Pages

Sunday, 28 July 2019

SHARE : 

PERSEDIAAN & TIPS MENJAGA ORANG SAKIT 
(*terutama warga emas...mak,ayah,atuk,nenek*)



Dari tahun lepas lagi ramai yg contact saya, tanya psl mcm mana saya sekeluarga 'handle' mak sepanjang setahun lebih dia ada masalah saluran jantung tersumbat.
Kawan2 mesti tahu mak saya tiba2 jatuh sakit 2 hari sebelum majlis konvokesyen saya,mmg mak abah tak dpt datang tp sy gagahkan diri naik atas pentas ambil skrol ijazah,muka banyak senyum dlm hati...okay dah, mls la nk throwback mata masuk habuk.hehe

Jadi,selesai konvo saya terus gi husm tmpt mak warded bergilir2 dgn abg/kakak teman mak.


Saya akan jelaskan secara detail pada setiap gambar kat bawah okay...secara ringkasnya :

1. Mesin check tekanan darah tinggi,rendah & jantung
2. Jadual makan ubat
3. Bekas2 kecik untuk dilabelkan sebagai bekas ubat (*beli kedai ecosave je)
4. Rekod/dokumen berkaitan kesihatan pesakit
5. Mangkuk tandas plastik
6. Botol air spray

 


Tips yg saya kongsikan kat gmbr2 ni semua mmg doctors, nurses, pesakit2 lain semua sgt2 teruja bila diorang tengok.Ubat dan rekod bp juga kronologi kesihatan pesakit,semua tu sangat penting bagi kita sebab kita akan peka dgn waktu mkn ubat dan keadaan pesakit bila darah atau jantung tak stabil...nanti bila pergi icu ke apa ke doktor tanya kita blh bg jawapan dgn yakin tekanan drh & jantung berapa2... sampai bila nk bg jawapan "saya tak tahu..tiba2 je jd mcm ni...saya tak tahu...saya tak tahu.." kalau mcm tu nampak sgt kita tak syg dan peduli tentang org yg sakit tu.
yg ni utk senang bila dok tanya 'last warded bila ?' 'haritu warded bila ya?' haaa takkan nk jwb 'lupa' plk kan....
ni senarai ubat...tp ubat2 slalu berubah2..jd kena sabar....kotak2 ubat mmg akan slalu kena buang,tampal baru..cmtu la slalu hehe

Selain itu jugak, bila kita buat mcm ni...kita memudahkan kerja doktor,jururawat dan juga doktor pelatih....org yg msuk wad mesti tahu kan, sehari hampir 4,5 org datang tanya soalan yg sama....tanya psl ubat la,tanya psl kejadian mula2 sakit la, mcm2 soalan...tp soalan smua berkisar kpda bnda yg sama je...kalau kita ada boleh la kita tolong jwb, tp kalau kita pergi tandas ke balik rmh amik baju ke tak kesian dkt mak abah yg dh tua nk jwb soalan2 yg sama ulang2 kali? haaaa kalau sy, mudah jeeee..
Doktor / jururawat / doktor pelatih datang tanya soalan, saya terus bagi rekod kesihatan mak saya yg sy catat, rekod tekanan drh dan juga kotak ubat2..
ni kotak2 ni beli kedai 2 ringgit. 
salotep yg mcm kertas boleh tulis ngn marker.
pastikan ubat2 sebelum tu dah dikira jarak jam sbb ada yg tak blh mkn masa dkt2.

saya mudah je.
kalau sebelum makan.
7pagi 7mlm
kalau selepas makan.
9pagi 9mlm
Automatik, Doc,nurses and final year students even penjaga/waris pesakit semua senyum sampai ke telinga siap boleh pinjam smua tu pergi tunjuk dkt penjaga patient lain supaya buat mcm ni jgk.Pelajar tahun akhir lagi happy sbb detail pesakit dia dpt lengkap,siap tgkap gmbr salin dlm buku lg.
Haaa..best kan.
Memudahkan kerja kita sendiri disamping memudahkan juga kerja org lain.
(Masa dlm wad, teman mak...sy bosan sgt...jd sy melukis...bila last day, sy bagi hadiah cenderahati dkt staff2 kat wad 7 utara...dorang smua baik sgt..sayanggggg byk2 nurses husm.)
part paling best bila kat hospital..dpt atuk dan nenek free..

1 tips.
bila tengok org tua terkial2 nk buat apa2..kita sbgai org muda yg bertenaga, bantulah seadanya..tak perlu tunggu penjaga dia dtg...pimpin dia gi tandas, tgk dia batuk kuat sgt pergi gosok blkg dan bg air...kdg2 yg sakit tua dh tukang jaga pun uzur jgk..yg tu la paling sebak..jd kita yg muda ni tlong la sedayanya..kita tak tahu nnti kita tua mcm mana plk.. 
Haaaa, korang cubala...kalau skrg belum ada sesiapa yg sakit tak pe, save je dulu apa2 yg rasa penting...sakit ni muncul tiba2...masa kita sihat ni, buatla persediaan.
tips bila teman pesakit dlm wad.

1. pastikan katil sentiasa kemas. pukul 7 pagi dah kemas katil pesakit,kalau sy, saya tak tunggu nurse dtg kemas....sy buat sndiri..sbb yg sakit tu mak sy dan sy boleh uruskan bnda2 simple mcm kemaskan cadar dan lain2...

2. tempat kita sbgai peneman untuk tidur. i am always the extra one hahahaha saya mmg nak tmpt sy selesa tak kisahla kalau ada yg ckp tkg jaga org sakit tak perlu selesa sgt like heloooo bro,kita nak jaga org sakit bila wktu tidur,bila pesakit lena kita pun rehat la.masa tu la kita nak kumpul tenaga utk hari esk plk sibuk je tau..em jd tmpt sy tidur sbelah kanan bwh ktil pesakit sy pastikan bersih dan selesa.
1. meja/almari sebelah katil pesakit pastikan tak ada smpah...pinggan kotor gelas dh guna trus basuh dan cuci, susun smua alatan atas meja tu elok2...jgn serabut dgn tisu,plastik,bungkus nasik,air teh o ais limau 2 hari lps.

2. sebelum ni dkt husm dia belum kluarkan praturan utk simpan brg2 didalam bilik surau...jd sblum tu sy pastikan tmpt sbelah almari ni susun kemas2...jgn gulung je sumbat baling celah tu..jangan mcm tu..kesian jururawat nnti...pagi pukul 6 bngun trus kemas tmpt tidur simpan elok2.

Alhamdulillah...setahun slepas angiogram dan fisioterapi mak sihat walafiat, skrg ada masalah gastrik plk tapi kami semua sedang usahakan untuk berjumpa pakar.


bila dah discharge first week mak duduk dlm blik sy...sbb buang air amik wudhuk semua sy urus dlm bilik je..lupa gmbr alat2 utk memudahkan urusan buang air dan berwudhuk.nnti sy ltk dkt komen...
haaa kes yg ni sy nangis dlm bilik air mental breakdown kjp hehehehe...silap sendiri,tak perasan bekas ubat duk kat bwh...jd ada kanak2 msuk blik dan buat mcm ni...nsib baik sy hafal, dah igt dlm kepala rupa ubat2 dan nama ubt2...blh d selamatkan lg.

jd peringatan..sbolehnya kalau ada kanak2 kt rmh...ltk la kt tmpt tggi sikit ubat2 tau..budak2 ni comel kita nk marah tak tergamak...lap air mata ngn hujung lengan baju jela mampu. hehe




Baiklah, ini sahaja perkongsian dari saya. Doakan mok dan abah saya semoga diberikan kesihatan yg baik ye...kita saling mendoakan antara 1 sama yg lain tau.

Sekian,
Sally Scha Ebrahem
Januari 24, 2018

Friday, 30 September 2016

RAHSIA DIDALAM MAHKAMAH SYARIAH



                           


KES MAL VS KES JENAYAH


Kedua-dua kes memberikan impak yang besar kepada aku.Mana tak nya melihat berpuluh-puluh institusi kekeluargaan hancur didepan mata. Minggu pertama bila aku didedahkan dengan perbicaraan kes-kes mal seperti kes perceraian di luar mahkamah juga kes-kes jenayah seperti khalwat dan pengesahan perkahwinan di luar negara,memang aku akui aku belum bijak mengawal emosi, berkali-kali juga aku menitiskan air mata. Banyak yang bermain di minda aku.
Kenapa begini jadinya?
Perlukah bercerai-berai?
Kenapa kahwin sampai ke Selatan Thailand?
Perlukah kahwin senyap-senyap?

Dan yang paling aku fikirkan adalah...

Macam mana kalau benda ni semua terjadi kepada keluarga aku?Kepada ibubapa aku?kepada abang aku? Kepada kakak aku? Dan kepada aku sendiri?

NAUZUBILLAHIMINZALIK.Moga Allah memelihara kami semua.

                Aku dikhabarkan bahawa sebelum ini Tuan Hakim tidak memanjangkan mana-mana kes. Tangguh dikira tangguh. Selesai dikira selesai. Namun selepas keberadaanku disini, Tuan Hakim mengulas panjang lebar setiap apa yang berlaku.

Sebagai teladan,
Dan juga
Sebagai pengajaran.
Buat aku.

                Boleh dikatakan setiap hari akan ada permohonan untuk bercerai.
                Boleh dikatakan setiap hari akan ada pendaftaran kes baru.

Hari ahad, isnin dan juga selasa merupakan hari perbicaraan bagi kes-kes mal seperti perceraian dan mut’ah.
Manakala hari rabu merupakan hari perbicaraan bagi kes-kes jenayah seperti kes ditangkap khalwat dan juga perkahwinan diluar negara atau hamil luar nikah.
Hari khamis tiada perbicaraan tetapi biasanya akan sibuk dengan kunjungan pemohon-pemohon bagi pelbagai jenis kes.



KES MAL

Kes Mal 0055

Plaintif yakni Pemohon kebanyakannya adalah perempuan
Manakala Defendan pula sebaliknya.

Hari tu, aku berada bersebelahan dengan kandang OKT iaitu Orang Kena Tuduh. Jantung aku berdegup kencang sementara Penolong Pendaftar mengarahkan semua orang untuk berdiri hormat diatas kehadiran Tuan Hakim. Tuan Hakim memandang kearahku dan memberikan senyuman. Mungkin saja dia tahu getar didadaku.

Pendaftar memulakan perbicaraan.

“Kes Mal bernombor 00038-00550-00**-2016 Si Fulanah binti Fulan dan Si Fulan bin Fulan”
Sila ke hadapan.

Lalu melangkah kehadapan mereka-mereka yang terlibat. Aku memerhati kedua-duanya. Wanita itu yakni Plaintif berbaju kurung dan bertudung serkup.Wajahnya berkerut-kerut. Si Suami yakni Defendan pula kelihatan bersahaja.

‘Plaintif sila naik ke atas untuk memberi keterangan’

Sila angkat tangan kanan dan ikut kata-kata saya

‘benar-benar belaka’
Jatuh tangan jawab soalan peguam dan menghadap kepada Tuan Hakim.

Sesi soal-jawab berlangsung.

Semuanya berjalan lancar



KES JENAYAH

Kes jenayah agak berbeza dengan kes mal kerana kes jenayah melibatkan juga kehadiran penguatkuasa pejabar agama dan pegawai polis.

Berbanding kes mal, kes jenayah mengharuskan pertuduhan untuk dibaca didalam mahkamah.

Aku juga berpeluang membaca pertuduhan semasa perbicaraan.

Pertuduhan adalah merupakan kenyataan atau fakta kes. Persetujuan dari OKT 1 dan OKT 2 akan di rekod. Kesan dari pengakuan bersalah mereka juga akan dibacakan.


KES 1

Yang paling aku tak dapat lupakan adalah kehardiran seorang gadis yang aku kira dalam lingkungan 16-17 tahun bersama seorang bayi. Mulanya aku agak tergamam apabila mengetahui bahawa bayi tersebut merupakan bayi tidak sah taraf.

OKT 1 iaitu gadis bawah umur itu kelihatan kusut, tudungnya sekadar terletak dikepala sahaja, saat pertuduhan dibaca dia hanya mengangguk-angguk.

‘Kamu hadir seorang diri?’
Angguk.
‘Ibu dan Bapa kamu ada?’
Geleng.

Kata-kata dari tuan hakim amat berbekas dikepala aku.

‘Biasanya apabila pada umur 17 tahun anda telah mempunyai anak tidak sah taraf atau bahasa mudah fahamnya anak luar nikah, memang tak dapat dinafikan bahawa anda telah mengenali erti seks pada umur lingkungan 14-15 tahun lagi’

Aku kira telahannya agak kasar tapi selepas aku berfikir dan berfikir.
Ya apa yang dikatakan Yang Arif tak mampu aku sangkal.

Aku beristighfar...memohon perlindungan dari Allah dari perbuatan terkutuk.

OKT 1 mengatakan bahawa dia mohon agar OKT 2 yakni Lelaki yang ‘bersamanya’ tidak didakwa.
Aku tercengang.

APAKAH INI SEMUA?

Hakim terpaksa membuat keputusan untuk meletakkan OKT 1 didalam tahanan sehinggalah penjamin yakni ibu atau bapanya datang.
Aku melihat OKT 1 itu....Dia benar-benar kelihatan ‘sakit’...Aku tidak berpuas hati.

Selesai perbicaraan untuk hari itu aku bergegas ke pejabat agama dan disitu aku bertanyakan perihal si gadis tersebut, benarlah telahan ku...gadis itu mempunyai ‘mental disorder’..patutlah dia kelihatan serabut.
Dan yang paling mengejutkan aku apabila rupanya dia sudah bergelumang dengan zina seawal usia 14-san. Aku terdiam bila diberitahu bahawa ibunya sendiri yang memaksanya untuk bekerja sebegitu.
Ya Allah...apa yang tidak kena dengan dunia sekarang? Malah anak yang sedang disusuinya juga tidak tahu yang mana satukah bapa kandungnya.

Tengahari itu bapanya datang dan Hakim mengarahkan agar  gadis itu dibawa ke hospital jiwa dan mungkin akan dipantau oleh pusat serenti bagi wanita-wanita dan anaknya kemungkinan besar akan dihantar kepusat kebajikan masyarakat.

KES SELESAI.

KES 2

************************
(bersambung...)

PROSEDUR PERCERAIAN DI KELANTAN



PERCERAIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENGERTIAN TALAQ
Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.
Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya.
DALIL HARUS TALAQ
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:

“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.”
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)


RUKUN DAN SYARAT TALAQ
1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:
a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.
b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
c) Baligh.
d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.
2. Isteri. Syarat-syarat isteri:
a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.
b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.
3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:
a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.
b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.
4. Qasad (niat).

HUKUM TALAQ
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
Hukum
Penjelasan
Wajib

a)      Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi

b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka

c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik

d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a)      Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas

b)      Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi

c)      Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya

d)     Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a)      Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya

b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
       Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan    mempunyai pengetahuan agama
Harus
         Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

Kesimpulannya, hukum menjatuhkan talaq akan berubah wajib setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.Haram jika menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.Sunat jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.Makruh jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.
Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).

PEMBAHAGIAN TALAQ

Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
i. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.
Berdasarkan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap Negeri, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu secara talaq, ta’liq, khulu’, fasakh dan li’an.
(a) Perceraian Secara Talaq
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri;
(b) Perceraian Secara Ta'liq
Ta'liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas 'aqad nikah. Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara 'aqad nikah. Amalan ta'liq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syara', tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak.
(c) Perceraian Secara Khulu'
 Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia. Perceraian secara khulu' boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk;
(d) Perceraian Secara Fasakh 
Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri; dan
(e) Perceraian Secara Li'an
Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi. Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai li'an turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.

Sebelum pihak isteri berhasrat untuk memfailkan permohonan perceraian, adalah menjadi suatu keutamaan bagi pihak isteri untuk meneliti terlebih dahulu alasan-alasan yang sesuai, tepat dan munasabah bagi mewajarkan sesuatu permohonan itu dibuat. Ini adalah bagi memastikan permohonan tersebut tepat dan selaras dengan kehendak hukum syarak dan undang-undang, Peraturan serta Arahan Amalan yang berkuat kuasa. Sekiranya fakta atau alasan-alasan yang dikemukakan itu tidak menepati maksud perceraian yang dipohon sama ada secara ta’liq, fasakh dan sebagainya, kemungkinan besar kes tersebut akan ditolak oleh mahkamah.

Untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut, pihak isteri adalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pandangan daripada pihak-pihak yang berautoriti di Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri atau mahkamah syariah yang berdekatan.[1]

ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi-

(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;

(f) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada, sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan

(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(5) Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.

(6) Pada melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankan perdamaian itu dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.

(8) Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara ia menjalankan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.

(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain berhubung dengan perkahwinan itu.

(12) Tiada seseorang Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain dari seorang ahli keluarganya yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.

(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.

(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen 48.

(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes-
(a) di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada;

(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ia tidak mungkin masuk ke dalam bidang kuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu;

(c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang dipenjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; atau

(e) di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik.

(16) Sesuatu talaq raj'i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan terlebih dahulu, sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan perintah daripada Mahkamah, tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga habisnya tempoh 'iddah.

(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga berakhir kehamilan itu.
ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN


Seksyen 48. Timbangtara oleh Hakam.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak, dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

(2) Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syarak.

(4) Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.

(5) Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(6) Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oeleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan perintah itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(7) Melainkan jika dia adalah anggota keluarga terdekat pihak itu, maka tiada seorang pun atau Peguam Syarie boleh dibenarkan hadir atau mewakili mana-mana pihak di hadapan Hakam.

CARTA ALIRAN PROSEDUR  PERMOHONAN PERCERAIAN
PROSEDUR PERMOHONAN CERAI 
(SECARA TALAQ DENGAN PERSETUJUAN BERSAMA)


Rounded Rectangle: KAUNTER
 


  1. Suami atau isteri:-
i. Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah  dilengkapkan (mengikut format borang)
ii. Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri  masing-masing)
iii. Daftar kes cerai di kaunter
iv. Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah
(Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah
hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes
didaftarkan).
Rounded Rectangle: MAHKAMAH 


b. Suami dan isteri:-
i.Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
ii.Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
•Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
•Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasport.
c. Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri
d. Suami melafazkan cerai talaq satu (1)
e. Mahkamah:-
i.Sahkan lafaz cerai suami
ii.Keluarkan perintah perceraian
f. Suami dan isteri terima rekod perceraian
g. Suami dan isteri bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai


Rounded Rectangle: JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
 



h. Suami dan isteri:-
i.Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal berikut:-
•Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
•Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasport
•Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
ii.Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan  oleh negeri-negeri)
i. Jabatan Agama Islam:-
i.Daftar cerai
ii.Keluarkan sijil cerai





PROSEDUR PERMOHONAN CERAI
(TANPA PERSETUJUAN BERSAMA)


Rounded Rectangle: KAUNTER 
MAHKAMAH
 




  1. Suami atau isteri:-
i.Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah dilengkapkan (mengikut format borang)
ii.Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing)
iii.Daftar kes cerai di kaunter
iv.Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah.
(Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke
mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh
Rounded Rectangle: MAHKAMAH

kes didaftarkan)


b. Mahkamah serahkan saman kepada suami atau isteri  (dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas kes didaftarkan)
c. Suami dan isteri:-
i.Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan          
ii.Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
•Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
•Kad Pengenalan  atau dokumen pengenalan diri atau Pasport.
d. Suami atau isteri tidak bersetuju bercerai
e. Mahkamah lantik Jawatankuasa Pendamai
ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
Seksyen 47(5) Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.


Rounded Rectangle: JAWATANKUASA PENDAMAI
 



f. Suami atau isteri:-
i.Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
ii.Beri keterangan kepada Jawatankuasa Pendamai
g. Jawatankuasa Pendamai:-
i. Mengadakan proses perdamaian
ii.Kemukan laporan bertulis dan syor kepada Hakim sama ada wujud perdamaian atau tidak.
Proses Perdamaian dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.

ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Rounded Rectangle: PROSES MAJLIS HAKAM

Seksyen 48. Timbangtara oleh Hakam.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak, dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.



j. Suami dan isteri:-
i.Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
ii.Beri keterangan kepada Hakam.
k. Hakam:-
i.Dapatkan kuasa talaq
ii.Maklumkan keputusan kepada Hakim
(3 Keadaan Proses Majlis Hakam ) :
  1. Mahkamah mengarahkan perlantikan hakam pihak-pihak
  2. Perlantikan Hakam Mahkamah
  3. Perlantikan Hakam Berlainan Bagi Hakam pertama dan Hakam kedua.


Rounded Rectangle: MAHKAMAH
 



l. Mahkamah perakukan keputusan Hakam
m.Suami atau Hakam lafaz cerai
n. Mahkamah keluarkan perintah perceraian
o. Suami dan isteri
i.Terima rekod percerian
Rounded Rectangle: JABATAN AGAMA 
ISLAM NEGERI 

ii.Bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai


p. Suami dan isteri:-
i.Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal berikut:-
•Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
•Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasport
•Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
ii.Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)
q. Jabatan Agama Islam:-
i.Daftar cerai
ii.Keluarkan sijil cerai

 CONTOH KES BAGI PERMOHONAN CERAI SEKSYEN 47
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
Kes Tuntutan Cerai Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam 2002
(Persetujuan Bersama)
No.Mal Kes :  03008-055-0241-2016
Plaintif : Abd Halim Bin Daud
Defendan : Nur Syafiqah Binti Mat Razali
Fakta Kes : 
Pendaftaran Kes Pada 27 April 2016
Yuran Pendaftaran : Rm105
Sebutan kali pertama pada 03 Mei 2016
Pasangan berkahwin pada 17 Mac 2011
Pemohon iaitu suami berumur 45 tahun manakala isteri berumur 25 tahun
Plaintif dan Defendan belum pernah bercerai dan perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang pertama
Sebab perceraian :
  1. Tidak bersefahaman antara satu sama lain
  2. Tidak bersama selama 3 tahun
  3. Saling bersetuju untuk bercerai demi kebaikan bersama
Keputusan Kes :
  1. Bercerai talak satu kali pertama ( talak rajie’) dengan kebenaran mahkamah ( persetujuan bersama)
  2. Defendan suci dan tidak mengandung
  3. Eddah tiga kali suci

Kes Tuntutan Cerai Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam 2002
(Tanpa Persetujuan Bersama)
No.Mal Kes :  03008-055-0369-2012
Plaintif : Wan Salwani Binti Wan Ismail
(diwakili peguam dari Tetuan Suhaila & Co)
Defendan : Che Mansor Bin Che Pa
(diwakili peguam dari Tetuan Hj.Mohd Zaki & Co)
Sebutan kali pertama pada 05/08/2012
Tarikh perbicaraan pertama ditetapkan pada 23/09/2012
Perbicaraan seterusnya pada 05/11/2012 dengan sebab Rujuk Jawatankuasa Pendamai/Hakim - Hakim mengarahkan kedua pihak membawa hakam masing-masing
Perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 17/12/2012 dengan sebab Masalah Ketidak hadiran plaintif- Notis makluman kepada Defendan.
Perbicaraan seterusnya pada 08/01/2013 – Laporan Hakam Pihak-pihak
Pada 19/02/2013 kedua pihak hadir ke Mahkamah bagi mendengar keputusan laporan hakam kedua pihak.
Pada 12/03/2013 Hakam Mahkamah iaitu Ahmad Mawardi Bin Mustafa dengan kebenaran mahkamah melafazkan talaq bagi pihak Defendan.


[1] Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas - Salor, 15510 Kota Bharu Kelantan . 14 August 2015