KES MAL VS KES JENAYAH
Kedua-dua kes memberikan impak
yang besar kepada aku.Mana tak nya melihat berpuluh-puluh institusi kekeluargaan
hancur didepan mata. Minggu pertama bila aku didedahkan dengan perbicaraan
kes-kes mal seperti kes perceraian di luar mahkamah juga kes-kes jenayah
seperti khalwat dan pengesahan perkahwinan di luar negara,memang aku akui aku
belum bijak mengawal emosi, berkali-kali juga aku menitiskan air mata. Banyak
yang bermain di minda aku.
Kenapa
begini jadinya?
Perlukah
bercerai-berai?
Kenapa
kahwin sampai ke Selatan Thailand?
Perlukah
kahwin senyap-senyap?
Dan yang
paling aku fikirkan adalah...
Macam mana
kalau benda ni semua terjadi kepada keluarga aku?Kepada ibubapa aku?kepada
abang aku? Kepada kakak aku? Dan kepada aku sendiri?
NAUZUBILLAHIMINZALIK.Moga
Allah memelihara kami semua.
Aku dikhabarkan bahawa sebelum
ini Tuan Hakim tidak memanjangkan mana-mana kes. Tangguh dikira tangguh. Selesai
dikira selesai. Namun selepas keberadaanku disini, Tuan Hakim mengulas panjang
lebar setiap apa yang berlaku.
Sebagai
teladan,
Dan juga
Sebagai
pengajaran.
Buat aku.
Boleh dikatakan setiap hari akan
ada permohonan untuk bercerai.
Boleh dikatakan setiap hari akan
ada pendaftaran kes baru.
Hari ahad, isnin
dan juga selasa merupakan hari perbicaraan bagi kes-kes mal seperti perceraian
dan mut’ah.
Manakala
hari rabu merupakan hari perbicaraan bagi kes-kes jenayah seperti kes ditangkap
khalwat dan juga perkahwinan diluar negara atau hamil luar nikah.
Hari khamis
tiada perbicaraan tetapi biasanya akan sibuk dengan kunjungan pemohon-pemohon
bagi pelbagai jenis kes.
KES MAL
Kes Mal 0055
Plaintif
yakni Pemohon kebanyakannya adalah perempuan
Manakala
Defendan pula sebaliknya.
Hari tu, aku
berada bersebelahan dengan kandang OKT iaitu Orang Kena Tuduh. Jantung aku
berdegup kencang sementara Penolong Pendaftar mengarahkan semua orang untuk
berdiri hormat diatas kehadiran Tuan Hakim. Tuan Hakim memandang kearahku dan
memberikan senyuman. Mungkin saja dia tahu getar didadaku.
Pendaftar
memulakan perbicaraan.
“Kes Mal
bernombor 00038-00550-00**-2016 Si Fulanah binti Fulan dan Si Fulan bin Fulan”
Sila ke
hadapan.
Lalu
melangkah kehadapan mereka-mereka yang terlibat. Aku memerhati kedua-duanya.
Wanita itu yakni Plaintif berbaju kurung dan bertudung serkup.Wajahnya
berkerut-kerut. Si Suami yakni Defendan pula kelihatan bersahaja.
‘Plaintif
sila naik ke atas untuk memberi keterangan’
Sila angkat
tangan kanan dan ikut kata-kata saya
‘benar-benar
belaka’
Jatuh tangan
jawab soalan peguam dan menghadap kepada Tuan Hakim.
Sesi
soal-jawab berlangsung.
Semuanya
berjalan lancar
KES JENAYAH
Kes jenayah
agak berbeza dengan kes mal kerana kes jenayah melibatkan juga kehadiran
penguatkuasa pejabar agama dan pegawai polis.
Berbanding
kes mal, kes jenayah mengharuskan pertuduhan untuk dibaca didalam mahkamah.
Aku juga
berpeluang membaca pertuduhan semasa perbicaraan.
Pertuduhan
adalah merupakan kenyataan atau fakta kes. Persetujuan dari OKT 1 dan OKT 2
akan di rekod. Kesan dari pengakuan bersalah mereka juga akan dibacakan.
KES 1
Yang paling
aku tak dapat lupakan adalah kehardiran seorang gadis yang aku kira dalam
lingkungan 16-17 tahun bersama seorang bayi. Mulanya aku agak tergamam apabila
mengetahui bahawa bayi tersebut merupakan bayi tidak sah taraf.
OKT 1 iaitu
gadis bawah umur itu kelihatan kusut, tudungnya sekadar terletak dikepala
sahaja, saat pertuduhan dibaca dia hanya mengangguk-angguk.
‘Kamu hadir
seorang diri?’
Angguk.
‘Ibu dan
Bapa kamu ada?’
Geleng.
Kata-kata
dari tuan hakim amat berbekas dikepala aku.
‘Biasanya
apabila pada umur 17 tahun anda telah mempunyai anak tidak sah taraf atau
bahasa mudah fahamnya anak luar nikah, memang tak dapat dinafikan bahawa anda
telah mengenali erti seks pada umur lingkungan 14-15 tahun lagi’
Aku kira
telahannya agak kasar tapi selepas aku berfikir dan berfikir.
Ya apa yang
dikatakan Yang Arif tak mampu aku sangkal.
Aku
beristighfar...memohon perlindungan dari Allah dari perbuatan terkutuk.
OKT 1
mengatakan bahawa dia mohon agar OKT 2 yakni Lelaki yang ‘bersamanya’ tidak
didakwa.
Aku
tercengang.
APAKAH INI
SEMUA?
Hakim
terpaksa membuat keputusan untuk meletakkan OKT 1 didalam tahanan sehinggalah
penjamin yakni ibu atau bapanya datang.
Aku melihat
OKT 1 itu....Dia benar-benar kelihatan ‘sakit’...Aku tidak berpuas hati.
Selesai
perbicaraan untuk hari itu aku bergegas ke pejabat agama dan disitu aku
bertanyakan perihal si gadis tersebut, benarlah telahan ku...gadis itu
mempunyai ‘mental disorder’..patutlah dia kelihatan serabut.
Dan yang
paling mengejutkan aku apabila rupanya dia sudah bergelumang dengan zina seawal
usia 14-san. Aku terdiam bila diberitahu bahawa ibunya sendiri yang memaksanya
untuk bekerja sebegitu.
Ya
Allah...apa yang tidak kena dengan dunia sekarang? Malah anak yang sedang
disusuinya juga tidak tahu yang mana satukah bapa kandungnya.
Tengahari
itu bapanya datang dan Hakim mengarahkan agar gadis itu dibawa ke hospital jiwa dan mungkin
akan dipantau oleh pusat serenti bagi wanita-wanita dan anaknya kemungkinan besar
akan dihantar kepusat kebajikan masyarakat.
KES SELESAI.
KES 2
************************
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment