Pages

Friday, 18 May 2012

tiket PERCUMA untuk SEMUA

TIKET PERJALANAN PERCUMA


    PENGENALAN: 


NAMA SEBENAR : Hamba Alllah
GELARAN : Insan
BERASAL : Tanah
ALAMAT : Planet bumi
maklumat perjalanan
TEMPAT BERLEPAS : Kehidupan Dunia
DESTINASI TUJUAN : Alam Akhirat
TEMPOH PERJALANAN : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
MASA BERLEPAS : Ketika malaikat menjemput
MASA HADIR (CHECK IN) : Tetap,pasti dan tidak berubah


Syarat perjalanan:


Ditujukan kepada semua penumpang,diminta ambil perhatian kerana mereka yang memulakan perjalanan mereka dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat akan melalui pelbagai peristiwa.sila perhatikan ketua dan pilot atau jeruterbang anda semua, beliau adalah malaikat maut.bagi penumpang yang belum jelas,sila dapatkan maklumat lanjut pada papan kenyataan dalam al-qur'an dan al-hadith rasululullah serta mengikut setiap peraturan dengan berhati-hati.sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendekiawan atau ulama'.....
muatan yang dibenarkan
5 meter kain kapan putih
kapas putih secukupnya


muatan-muatan lain yang dipertimbangkan :
1)amal soleh
2)sedekah jariah
3)doa anak-anak soleh
4)ilmu yang bermanfaat


perhatian


Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.Barangsiapa yang tidak mematuhi akan didenda.


saat atau waktu berlepas


Bila-bila masa dari sekarang.Kepada semua penumpang yang sudah mempunyai tiket atau passport...sila bersiap sedia,jika tidak mahu sebarang kesulitan berlaku.


ulangan


Tempahan perjalanan adalah suatu yang tetap dan pasti maka tidak perlu di ingatkan lagi.Tetapi atas dasar mengingatkan para bakal penumpang,lalu kami menulis kepada anda semua.Hendaklah kamu mengambil perhatian yang sewajarnya berkenaan perjalanan ini.Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur khidmat kepada anda semua.Semoga anda gembira dengan perjalanan ini.Sesuai dengan firman ALLAH,surah Kahfi yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG MENGHARAPKAN PERJUMPAAN YANG BAIK DENGAN TUHANNYA,MAKA HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMALAN YANG BAIK DAN JANGAN PULA MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU PUN"







hai?assalamualaikum semua readers n bloggers...post kali  ni bercorak islamik sikit..HERM...semenjak dua menjak ni guruh asyik berdentum dan kilat saling sabung-menyabung..kadang- kadang gerun sampai peluk 'bebey aisya' kuat-II..tiap kali itu berlaku saya pasti cepat-cepat kira...hari ni hari ape ek..?alhamdulillah hari isnin...tahu kenapa.?sebab takutkan hari kiamat..bukankah hari kiamat itu hari jumaat..penghulu segala hari..?
kali ni saya nak kongsi satu kisah yang saya pernah dengar masa zaman sekola dulu..tajuknya....

- NIAT SEBENAR SYAITAN-

Pada zaman sahabat,ada seorang lelaki buta yang amat rajin bersolat dimasjid.Bagi memudahkannya berulang alik,dia mengikat seutas tali menghubungkan rumahnya dengan masjid berkenaan.Berpandukan tali itulah dia berjalan setiap hari untuk berjemaah .Jarak antara rumah lelaki buta dengan masjid tidaklah berapa jauh,namun masalahnya ialah di pertengahan jalan terdapat sebuah lubang besar yang dipenuhi air.
Suatu hari,lelaki buta itu terjatuh kedalam lubang tersebut.bajunya habis basah,kesian kan..?dia terpaksa berpatah balik untuk menukarkan pkaian kepada yang kering.Dia kemudian menyusur tali itu semula menuju ke masjid.

Malangnya ketiak melintasi lubang itu buat kali kedua,lelaki buta terjatuh lagi.Bersusah payah dia pulang kerumah dan menukar pakaian.Seterusnya berjalan menuju ke masjid buat kali ketiga.
Sudah nasibnya,ketika melintasi lubang besar,dia tergelincir lagi.Lelaki buta terhuyung hayang...Tapi anehnya,belum sempat tubuhnya terhumban kedalam lubang,seseorang menghulurkan tangan.Orang itu menahan tbuhnya daripada jatuh dan kemudian memimpin tangan lelaki buta itu menuju kemasjid.
Berulang kali lelaki buta itu mengucapkan terima kasih sambil bertanya..'Bolehkah tuan bagitahu saya,siapakah tuan sebenarnya?'soal lelaki buta ketika sampai diperkarangan masjid.

'Aku adalah SYAITAN!'jawab orang yang tidak dikenali tadi, 'SYAITAN?'lelaki buta terkejut..'Lalu kenapa engkau membantu ku sedangkan aku hendak kemasjid untuk bersolat kepada Allah yang Maha Esa??'
Jawab syaitan,'aku menolongmu kerana aku takut dosa-dosa orang islam yang lain akan terampun.Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama dosamu ALLAH swt ampunkan..semasa engkau jatuh kali kedua,seluruh dosa keluargamu pula terampun..dan..jika aku biarkan engkau terjatuh buat kali ketiga maka seluruh dosa umat islam akan terampun...sebab itulah AKU MEMBANTUMU!!'

t.a.m.a.t..
.
masya Allah....lihatlah betapa syaitan itu sanggup melakukan apa sahaja demi membawa umat islam menemaninya di neraka kelak..nauzubillahi min zalik!!

Wednesday, 16 May 2012

syenyowm panjang ^______^


Kadang-kadang…sebelumtidur..ada yang mendodoikan..malah sedasarwasa ini pun..jika ada masa terluang,masih ada yang mengulit lenaku..
Sebelum mata terlena..
Di buaianmalam gelita..
Tafakurku di pembaringan..
Mengenangkan nasib diri…
Yang kerdil,lemah,danbersalutdosa…
Mampukahku mengharungi titian sirathnanti…
Membawa dosa yang menggunung tinggi..
Terkapaiku mencari limpahan hidayah-mu..
Agar terlerai kesangsian hati ini,
Sekadar  airmata tak mampu membasuhi dosa ini…

Thanks hamihakimi….tahun  ni,hami spm kan..ly doakan hami dapat wat yang terbaik…alaah..hami kan bijak…ngee…

aduhai..bertuahnya saly!


Alhamdulillah…

:bertuahnya  aku:
Ada family yang besar macam ni…

:bertuahnya aku:
Ada abah yang sangat penyayang..

:bertuahnya aku:
Ada mak yang sangat baik hati..

:bertuahnya aku:
Ada abang-abang yang gagah seramai 5 orang..

:bertuahnya aku:
Ada kakak-kakak yang cantik seramai 6 orang..

:bertuahnya aku:
Ada seorang adik lelaki yang handsome..

:bertuahnya aku:
Ada anak-anak saudara yang comel seramai 7 orang..

:bertuahnya aku:
Ada kediaman yang sangat indah dan selesa..

Alangkah  bertuahnya aku..apa lagi yang belum puas hati…?semuanya ada di depan mata..
Sudah lah wahai sally..bersyukurlah apa yang ada…
Hargailah apa yang diberi Allah sekarang…berkemungkinan semuanya hilang di kemudian hari..

Saturday, 12 May 2012

::sUaTu KetIKa DUlu::

Suatu ketika dulu..
Aku disangka bongsu..
kuasa tuhan..
3 tahun kemudian..
Aku dikurniakan seorang adik lelaki.
Alangkah mencuit perasaan..


Suatu ketika dulu..
Aku begitu lasak sekali..

Siapa sangka..
Semasa hujan mula membasahi bumi..
Aku dengan lagak berani mati..
Meniti di atas beranda tingkat 1 di bahagian atas rumahku..


Beranda di tingkat satu itu…
Sememangnya tinggi..
Siapa diantara kalian..
Tahu apa niatku..?


 
Herm…Rupanya.
Disaat itu terlintas di benak kecilku..
“Hujan mahu turun..
Seluar kakakku belum diangkat..
Ahh..biarlah aku sahaja membantunya”

 
Aduhai,
Begitu bersemangat sekaliaku..
Memanjat beranda..
semata-mata mahu mengangkat seluar kakakku itu..

‘ADUH!!’
Peritnya paha kananku!
Bagai disepit ketam saja..!
Angkara siapakah itu??


Amboooiii!!
Becok pula mulut abangku..
Mengadu kepada kakak
perihalku memanjat beranda..

 
Gara-gara aduan abangku..
Aku dihadiahkan cubitan istimewa..
Oleh kakakku yang sememangnya garang itu..
Mujurlah aku tidak melompat keluar beranda..


 
Begitulah suatu ketika dulu..
Aku sememangnya gemar beraksi..
Terutamanya..
Sedang orang lain tidak mempedulikanku..


Suatu ketika dulu..
Aku pernah memanjat almari..
Hanya kerana ingin mencapai..
Penutup teko hiasan ibuku..


 
Disebabkan badanku ketika kanak-kanak agak berisi,
Almari tersebut jatuh menimpa badanku..
Terkejut bukan kepalang keluargaku
yang sedang bermesyuarat mingguan..

 
Suatu ketika dulu..
Aku pernah terjatuh kedalam gaung api..
Kerana berebutkan tempat duduk dengankakakku,


Sedang kami bertolak-tolakan..
Tiba-tiba badan kecilku melayang
Kedalam gaung tempat ayah membakar sampah..

 
Aduh…
Peritnya belakangku dijilatapi..
Setiap kali aku menukar baju,
Kulitku akan tertanggal
Dan melekat pada baju..

 
Suatu ketika dulu..
Sedang aku mengasah lidi
untuk dibuat penunjuk muqaddam..
tanpaaku sedari..
aku dengan selamba..
menggigit serpihan kaca itu..
hahaha..
seolah-olah memakan cikedis pula.

 
Lalu..
seorang temanku meniru perbuatanku,
Eh..eh..
Mahu meniru seorang professional,
Mana mungkin menjadi..!
Tiba-tiba seorang abang datang..
Dan bertanyakan perihal bibirnya..
Kenapa pula..?
Rupanya hujung bibir temanku itu berdarah!


Kerana terkejut dan takut dipersalahkan..
Aku berlari sekuat hati,
Mengambil muqaddam dan rehal..
lalu berlari kerumahku..
hari itu aku ponteng mengaji!


Semua kisah dulu…
Masih segar diingatanku..
Dan bila dikenang kembali..
Aku pasti tergelak seorang diri..


Malah..
sering pula aku ditertawakan..
Oleh abang-abang dan kakak-kakakku..
Disebabkan kisah silamku yang penuh kenakalan itu..

 
Terima kasih Tuhan!!
Engkau masih memanjangkan umurku..
Sedang pelbagai lagak bahaya telah aku lakukan..
Syukur Alhamdulillah..










Wednesday, 9 May 2012

Peperiksaan Khas dan Temu Duga Separa Perubatan

9 mei 2012 adalah kali yang kedua bagi saya menghadiri temuduga ini..malah tawaran yang diterima juga sama..

i)latihan penolong pegawai perubatan
dan..
ii)latihan jururawat

saya lebih cenderung pada pilihan pertama…ohohoh.. medical assistant.

Untuk interview kali pertama bertempat di kolej kejururawatan kubang kerian dan yang kedua ini bertempat di balai islam kota bharu..
Macam2 gaya ada..haha..tapi yg pasti semuanya masih dalam keadaan sopan dan kemas..

*PERHATIAN*bagi wanita jangan memakai sesuatu yg dapat menghilangkan focus panel yg mnemuramah anda seperti keronsang yg agak besar atau rantai leher yg agak sarat…bagi lelaki cukup sekadar kemeja putih dan tali leher..

Antara soalan-II yang di tanya adalah:

  • Nama  penuh menteri kesihatan = dato’ seri liow toing lai
  • Nama penuh raja kelantan
  • Nama penuh menteri besar Kelantan
  • Nama 5 orang menteri-II di Malaysia
  • Apakah yang dimaksudkan dengan negeri bersekutu dan tidak bersekutu =bersekutu adalah negeri2 di pantai barat dan negeri tidak bersekutu adalah ngeri2 di pantai timur
  • Apakah nama negara2 asia tenggara =mynmar,Malaysia,Filipina,Thailand dll
  • Apa pendapat anda tentang menteri besar Kelantan
  • Apa komen anda tentang perhimpunan BERSIH baru2 ini
  • Apakah tuntutan2 yg dikemukakan semasa perhimpunan BERSIH = pilihanraya yg adil dan saksama
  • Apakah Negara maju (di asia tenggara) = singapura
  • Negara membangun =malaysia
  • SOALAN BERKAITAN JAWATAN MEDICAL  ASSISTANT
  • Apakah tugas khusus bagi penolong pegawai kesihatan yg berkhidmat didalam ambulan
  • Apakah alatan dan kelengkapan perubatan yg ada didalam ambulan
  • SOALAN BERKAITAN JAWATAN JURURAWAT
  • Apakah warna2 list pada tudung nurse
  • Apakah makna yang mewakili setiap warna
  • Apakah itu staff nurse?adakah sama atau berbeza dgn nurse
  • Apakah fungsi darah putih
  • Sebutkan jenis2 darah = A,B,AB,O
  • Terangkan tentang PERKUMUHAN.PENCERNAAN dan PERNAFASAN

Semua soalan2 di atas bukanlah ditujukan kepada saya semuanya tetapi dikumpulkan setelah saya bertanyakan sahabat2 yg telah interview…Tapi setiap soalan tidak semestinya sama…kadang2 bergantung kepada tempat anda di temuduga dan panel yg menemu duga anda..

  1. AMBIL PERHATIAN TENTANG ISU SEMASA YG BERLAKU DI NEGARA KITA
  2. SELAIN ITU,SEJARAH BERKENAAN NEGARA JUGA PERLU DITEKANKAN
  3. SILA BERTEMU DGN M.A ATAU NURSE DI KLINIK BERHAMPIRAN ANDA DAN TANYALAH APA YG PATUT (disarankan oleh panel pnemuramah)
  4. JANGAN HANYA AMBIL TAHU TUGAS UMUM…CARI JUGA TUGAS2 KHUSUS YG ADA..
  5. PASTIKAN SUARA ANDA KUAT DAN MUDAH DIFAHAMI PANEL
  6. LETAKKAN FAIL DOKUMEN ANDA MENGHADAP KE ARAH PANEL DAN JGN TERLALU JAUH SUPAYA MUDAH DICAPAI OLEH PANEL

Akhir kata…saya doakan kejayaan anda dan kalau sememangnya ditakdirkan rezeki anda di situ maka Allah pasti tunjukkan jalan yg mudah bagi anda…yang perlu…USAHA +  DOA +  TAWAKKAL + REDHA..
Wassalam.. ^____^

Monday, 7 May 2012

hApPy hOLiday

                                              ::sejuk weyyy air kat jeram mak nenek ni::
                                                    sally,mira,meni,muye n mize
                                                                       sally n mira
                                                      saya posing ala ala artis (siap pgg sikat rmbut lagi) hahaha
                                                              auchakk??