Pages

Saturday, 16 February 2013

~kisah cuti sem gua~

 hai semua..assalamualaikum...entry kali ni i nak citer pasal holiday i...well,as u know...i kan tak dapat balik kampung atas sebab2 tertentu...so,i pegi meronggeng rumah kakak i kat klang...and fyi kat sana ada 2 org budak nakal..nama nya balqis n adam..anak buah i la tu.keje nya begado je...hahaha..sian mama dia..okay sepanjang berada disana macam2 i buat ngn diorang...

 

 i tolong balqis buat homework untuk subject seni dia...hehe lawa kan...kami buat guna perca kain je tu...


i ngan rabbit yg bermata merah..lembut je bulu dia , i siap ciom2 lagi...hihi



rabbits yang aktif n nakal..!!


tangan i kene conteng ngan bebudak...nakal tol kan..kan...esyh3..nasib baik mama ly ni baik hati...

ni plak hmework adam..i jugak i buatkan..hahah..dia siap letak lam peti takut plastesin tu cair..


haa..ni kitorang buat pizza...kakak i cakap,..kalau nk pizza sedap..jgn kedekut..kene taruk banyak2..cheese..bari sedaaap... 

 taburkan daging hancur...

cheese....


yang balqis punya laaaa gemok pizza dia..haha



 mahal ni taw bahan dia........



taraaa... sedap giler kotttt pizza kitorang buat!!!!! ase cam nak pecah perut i makan tawww..!



pastu main ngan adam....haha dah la subject sains..siap ade soalan lagi taw, tapi last2 i yg menang..horray!!



ololo...comel kan...jebet kene buli...hahaha..



haa..ni plak kami prepare barang2 nak buat homework kakak..guna botol air and batang eskrim..


hasilnya jadilah macam ni..kiut x...kiut x? mujur mama ly ada kan,kakak?hikhik


 pastu...kakak i panggil i nak buat muffin cake sama2..waaahhh iloike u know!!!
tu bahan-bahan dia...dan ni resepi dia nak buat mcam mana..alaaa.. mudah je,,


RESEPI COKLAT CHIP MUFFIN 

Bahan-bahan
250gm tepung
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara

1-Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk
2-Gaul bahan basah dalam mangkuk lain dan masukkan campuran bahan kering tadi.Gaul rata.
3-Letak dalam papercup,tabur coklat cip lagi jika suka.
4-bakar selama 20minit


taraaaaa....siap pom..

yang ni vanila flavour...



 haa ni i suka taw... coklat n cip...!! yummy..


umm..yg ni part yg paling penat........sian my sis taw...tengah2 jalan tu..keta tetiba mati...kitorang da panic taw...nasib ade apek tu tolong tolak masuk parking..



 balqis..mama ly...adam..hehe

kakak i pun ada bela burung....

 ni masa kat workshop....lama gak la kitorang tggu..

 haaa.. ni phone keychain...hand made taw.....
 ololo..baby ely.. comel...laku taw si balqis jual kat skolah dia...sape nak tempah gitau je saya..hehe

 kitorang buat ketupat....hehehe..rangup..inti nya paling sedap skali!!

 ni laaa hasilnya.sedap sangat2! 

 keemasan beb!!

 main ngan adam..hehhee..

 i punya op kos lah yg wane pink tu....booom...bom....


 ni hantu..hahahha..tipu lah.. si hajar...budak yg kakak i mengasuh..lidah dia mmg...errr...xsggup i..

adam ketiduran...ni masa dah nak hantar i balik usim....

Saturday, 9 February 2013

CINTA yang tidak KESAMPAIAN

 

Teruskan membaca dan jangan khuatir.Aku punyai kebenaran empunya diri untuk mencoretkan kisah cintanya disini…kisah seorang lagi sahabatku yang menderita patah hati.izinkan aku menggelarkan dirinya sebagai Tom kerana dia pernah mengatakan bahawa aku dan dia ibarat Tom dan Jerry,sering bersama walaupun sering bertelingkah.dimana ada Tom,disitu ada Jerry.

Bagi aku Tom cukup baik,handsome (walaupun dia asyik mengatakan dia tidak smart),gayanya seperti Bruno mars.dia nakal namun ilmu agama dia pelajari.dulu disekolah,dia cukup dikenali ramai bersama motor  kesayangannya.cool.malah abangku juga mengenalinya.

untuk pengetahuan semua Tom telah bersama kekasih hatinya selama hampir 4 tahun.malah aku sangat mengenali wanita tersebut.jangan tak percaya,aku pernah menjadi sahabat baik perempuan itu dan aku juga pernah menjadi musuh ketat nya..namun itu perkara lain dan aku tak mahu menyentuh memori itu kerana bagi aku forgive everythings is the best way to acchive happiness.
 

Sememangnya aku boleh dikatakan agak rapat dengan Tom,namun kami tak pernah bercerita tentang kisah hati malah sampai sekarang aku tak tahu sama ada dia tahu atau tidak yang satu ketika dulu geng aku pernah bergaduh besar dengan geng  kekasih hatinya itu.

Begitupun aku pernah bertanyakan perihal hubungan Tom dengan wanita itu,masihku ingat jawapan Tom….

’tak mahu mengganggu anak dara orang kerana pelajaran masih terumbang-ambing’

Selepas itu aku tak pernah lagi bertanya berkenaan cintanya…..sampai berlanjutan setahun lebih…

Aku dan Tom tidak lagi sekadar berhubung melalui Facebook,kami merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan tali persahabatan kami melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon.

Sampailah satu ketika itu,dia menghantar mesej kepadaku.aku mendengar bunyi pesanan ringkas yang masuk tapi aku sekadar membiarkannya sahaja kerana aku fikir itu adalah mesej-mesej daripada abang angkatku dari program keluarga angkat persatuanku dulu.aku agak rimas dengan perhatian melampau yang diberikannya kepadaku.jadi aku biarkan sahaja mesej tersebut disapa angin.

Beberapa minit berlalu aku mencapai telefon ku,alangkah kagetnya aku bila mendapati mesej-mesej tersebut adalah dari sahabatku Tom.daripada mesejnya aku tahu benar bahawa dia dalam kesusahan dan kesedihan yang teramat.aku segera membalas mesej tersebut dan bertanyakan keadaannya.dia seakan tidak mahu menceritakan hal sebenar kepadaku.namun selepas didesak barulah dia menceritakan apa yang terjadi.
Bila aku membaca mesej panjang lebarnya itu,tanpa ku sedari,air mataku menitis di atas paha.fikiranku bercampur baur.

Terkejut,sedih,marah,simpati,pedih,sakit…semuanya menghadirkan titisan mutiara dari mataku.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa saat Tom merintih sayu dan memberitahuku bahawa dia telah melepaskan kekasihnya.dia redha dalam duka.

Ya,Tom terpaksa melepaskan wanita itu kerana dia tidak mahu menjadi penghalang untuk wanita tersebut mencari sinar bahagia yang lain.Aku tahu dia telah penat mendengar cerita buruk mengenai kekasihnya itu.hati siapa yang mampu bersabar bila dikhabarkan bahawa wanitanya bergembira bersama lelaki lain sedangkan mereka belum lagi memutuskan hubungan yang sedia ada.

 

Tapi,aku benar-benar tidak menyangkakan tindak balas dari Tom.dia masih lagi menyebelahi wanita itu dan mengatakan semuanya berpunca dari dirinya sendiri.Malah dia tidak mahu aku menghuraikan masalah putus cintanya itu dan tidak mahu aku membuat ulasan mengenai perempuan itu.oh..alangkah baik hatinya.!masih lagi bersangka baik sedangkan aku…aku ingin sahaja menampar pipi perempuan itu dan mengatakan bahawa dia telah membuat kesilapan besar dengan meninggalkan lelaki sebaik Tom.!

Dulu..aku pernah bertanyakan hubungan cinta Tom melalui adiknya kerana aku agak rapat dengan adik lelakinya.adiknya memberitahu bahawa berkemungkinan besar Tom sudah tidak bersama wanita itu namun rupanya lain kisah sebenar cinta Tom.

Rupa-rupanya dia masih lagi bersama wanita itu namun hubungan mereka agak mengelirukan.

Namun apa yang aku pelajari adalah apa yang berlaku semuanya sudah ditakdirkan.
Memang benar pepatah yang menyebut..

 


‘manusia merancang namun tuhan yang menentukan’

Mereka bersama dalam jangka masa yang sangat lama…tapi Kuasa Allah tiada yang mampu menghalang.

Walaupun wanitanya punyai lelaki lain namun Tom tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melepas bebas wanita itu.

Tom juga silap…kerana sebelum ini walaupun seringkali dia mendengar desas desus kecurangan perempuan tersebut,dia tidak pernah bertanya mahupun berbincang secara matang bersama kekasihnya itu.dia hanya memendam rasa seorang diri.

Apa yang Tom buat?dia mendiamkan diri dan tidak membalas mesej mahupun menerima panggilan wanita itu.alasan?sakit hati mungkin?aku sendiri kurang pasti…

Setiap kali dia mendengar berita yang tidak menyenangkan berkaitan wanita itu,Tom hanya mendiamkan diri dalam satu tempoh masa tanpa berbincang perkara duduk bangun kebenaran khabar angin itu.aku sendiri agak bersetuju dengan pengakuan Tom,mungkin kekasihnya sunyi ditinggalkan lama-lama lalu mencari yang lain.









Masihku ingat,malam itu dia berkali-kali meratap sayu menyalahkan diri sendiri.aku sendiri teramat sedih dan sebak kerana dalam hidupku aku tidak pernah tahu bahawa didalam dunia ini masih ada lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi seorang perempuan seperti Tom.aku menemaninya mendengar luahan hatinya sehinggalah jam hampir menunjukkan ke angka 4 pagi aku tanpa sedar terlelap.

Ketika aku tersedar jam telah menunjukkan pukul 6:30 pagi.aku mencapai telefon dan aku lihat ada 4 mesej didalam inbox yang belum ku baca.mulanya aku tersenyum…Tom ada menyelitkan unsur gurauan didalam mesej pertamanya,aku tahu benar dia berusaha melupakan kesedihan yang menimpa dirinya.tapi mesej yang lain mengejutkan aku,

Pukul 5:00 pagi Tom ada menghantar pesanan yang berbunyi..

‘jerry,tom keluar sekejap.tom ingin membakar segala kenangan antara dia dan tom’

‘jerry,tom sedang membakar kenangan kami…… :( ’

Ya Allah…!!kasihan sahabatku !alangkah bongoknya aku ketiduran dan tiada disampingnya saat dia sedang melawan emosinya.

 

Hari yang seterusnya kami sudah boleh bergelak ketawa sambil bergurau senda.aku mencuba sedaya upayaku agar dia mampu bangkit semula dan melupakan segala kesedihan yang ada dalam hatinya.

Sedang aku melayan perasaan seorang diri,aku mendapat sms dari Tom.dia mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk bangun,dia lemah.rupanya dia bermimpi akan perempuan itu dan hatinya yang baru kuat menjadi lemah kembali.

Inilah mesej yang dihantar Tom kepadaku..sampai bila-bila akanku ingat…

‘setiap hari,setiap detik hati Tom sentiasa rindukan dia…tapi kerinduan Tom dibalas gini… :( besarnya dugaan  yang Tom perlu tempuhi…mudahnya dia cari pengganti.. :(  tapi dia punya alasan yang kukuh untuk buat begitu..tapi kenapa dia tak boleh setia ngan Tom sampai hujung nyawa..Ya Allah berulang kali Tom beri dia peluang untuk berubah dari kesilapan…setiap kecurangan yang dilakukannya membuatkan hati Tom terluka bagai tak sembuh..parut luka terus menjadi dendam hingga tiada penghujung..sesungguhnya perasaan sayang aku terhadap kau tak pernah berubah,sejak aku isytiharkan kamu hinggalah saat ini…..tapi,ini yang kau balas cintaku.. :( ’

Tom,bersabarlah..ingatlah kata-kata yang selalu Jerry tuturkan kepada Tom saat Tom jatuh mengingati wanita itu.

‘Allah tidak pernah menimpakan ujian yang tidak mampu hambaNya tempuhi’
Dan…

‘Allah punya kebahagiaan yang lain yang jauh lagi berkat dan diredhai buat Tom’
Masyaallah….aku terkejut lagi dan lagi…

Seorang demi seorang sahabatku kecewa dan rebah kerana cinta.Aku terkesima.dulu mereka semua bahagia setiap kali punya masalah merajuknya hanya seketika,beberapa hari kemudian aku pasti melihat kembali senyum tawa sahabat-sahabatku.

Aku bukanlah seorang doktor pakar cinta yang mampu merungkai segala permasalahan pesakit-pesakit ku yang hatinya parah dilukai.

Aku hanyalah seorang teman yang hanya mampu mendengar keluh kesah sahabat-sahabatku disamping menuturkan kata-kata semangat buat mereka.

Aku memohon sepenuh hatiku agar Allah memberi mereka kesudahan yang indah kerana aku tahu hanya Dialah yang berkuasa merawat hati-hati hambanya.

Saturday, 2 February 2013

Apa yang Korang Tak tahu pasal Aku

Hehehe..assalamualaikum....semua...buat masa nie aku sedang berusaha merubah my mind set from negative thinking to positive thinking....malam ni..aku tido sengsorang..member-member semua dah balik kampung....tinggal kan aku sengsorang.,,ohoho..never mind..



okay..berbalik kepada tajuk asal..as i mention earlier...

'apa yg korang tak tahu pasal aku'

hahaha..asik2 nak gojes je title tu erk... :D

this time,i wanna share somethings with all my readers....iaitu..benda-benda alah yg aku memang alergic dan juga ada sedikit kesukaan ku...

okay first of all...benda yg aku paling takut adalah......

1-LONGKANG


heyy..jgn nak gelak ye...seriously aku tak main2..aku fobia ngn longkang cam kat atas nie..

ya Allah ya tuhanku..aku trauma betul ngan longkang-longkang ni....tambah pulak kat usim ni longkang bersepah..dah la longkang gergasi...bayangkan kalau sehari tak kurang dari 3 kali aku jumpa longkang....dan tiap kali nak langkah longkang tu memang aku perlukan bantuan member aku..kalau tak de org hulur kan tangan memang aku tak kan lalu sampai sudah la...



aku engat lagi masa tu maybe aku dalam form 4 ,abang aku hampir-hampir nak dukung aku..hahaha...sebab aku takut giler nak langkah longkang tu...eii..gerun aku kalau ingat longkang nie...member-member yg rapat ngan aku memang dah biasa ngan habit aku ni..kalau longkang dihadapan ''sila hulurkan tangan anda dan pimpinlah saya''...ngeh3...tiap kali lalu tu memang akan terkeluar bunyik ''arghh takut!!'' even dah berpegangan tgn ngn mmber pun..aii...seram betul longkang ni ek...

 sebenarnya bukan apa...aku ni kan baby saly si kecil molek comel lotey...kaki nya pendek..kah3...so,aku tak confident ngn kaki aku sendiri....aku selalu membayangkan mcm mana kalau aku terjatuh lam longkang besar tu...mesti aku meraung2 tak pun aku buat-buat pengsan nak cover malu..hehehe





aku masih engat lagi..hari tu kawan2 aku berjalan kat depan meninggalkan aku tanpa sedar....tetiba aku perasan bahawa diorang semua dah melepasi longkang sedangkan aku belum...aku terjerit2 panggil diorang..takut nak buat camne...hahahah..bila aku sampai je dekat longkang tu...rupa2 nya longkang tu macam gambar kat atas ni je..hahaaha...xdalam langsung....member2 aku bukan main gelakkan aku....diorang ckp klau longkang tu pun aku xmmpu nk lalui sendri memang tahap kritikal dah tu..hihihihihi..

*by the way....kat usim ade satu longkang aku tak pernah lalu...tak kisah lah mmber pgg tgn atau tak...longkang tu besar giler...tp ramai je yg lalu..aku rela lalu kot lain...biarlah jauh pun....taw x longkang kat ne? hehehee.. longkang yg lepas kita masuk pagar usim tu..yg dekat padang luas tu..haaa,yg tu lah aku ta pernah lalu n xkan lalu..!! takut weyhhh!!

ok..nombor 2....benda alah yg aku xboleh blah adalah.....

2-KUMBANG DAN BELALANG


ISHHH...!! aku tengok pun dah berdiri bulu tengkuk ni....apa lagi kalau ada dekat aku..!!
apa yg membuat kan aku takut ngn mende tu adalah kewujudan kaki-kaki nya yg tajam tu....aku boleh nangis n menggelepar cam org tak betul kalau serangga tu terbang n terlekat kat baju aku tak pun rambut aku!! oh tolong ya Allah..mohon dijauhkan...


aku engat lagi dulu masa duk kat umah....aku selalu study lewat malam...masa tu la kumbang yg warna hijau bersinar tu..dia ketung keteng ketung keteng...hantuk kepala dia sndiri dekat lampu atas syiling lam bilik aku...masa tu aku memang terus kalut..cari selimut..tutp seluruh badan...bila aku dengar cam senyap je...baru la aku continue burn the candle midnight,tapi bila bunyik lagi aku akan duduk kat pintu..pastu tutup lampu then cepat2 lari.. bila rasa cam line dah clear..aku masuk bilik carik ada tak serangga tu kat lantai..kalau ada..aku akan campak kain alas kaki atas dia..pstu aku berusaha beranikan diri amik dia (mggunakan kain okay) then buang lam tong sampah atau kat tandas..hehe..kalau lah org tgk aku masa tu..cam bangang je xde keje...kih3..


kadang-kadang tu..masa aku tgh syok tgok tv...tetibe aku ase cam ade bende kat belakang aku merayap atas baju aku...aku secara tak langsung tanpa dirancang..aku akan terlompat2 geselkan belakang aku kat sape2 yg ade dekat aku sambil terjerit2....malah abah aku n abang aku selalu jadik mangsa...heheheh

 korang tahu x?

abah aku pernah terlompat2..nak tgkap serangga kat atas ni...masa tu aku nk kemas umah tetiba dia ada duk main kat lampu...aku lari kat dapur....carik penyapu..tapi hampir 15 minit aku still kat dapur smbil pgg btg pnyapu..haha ..langsung xpergi dekat..konon je berani....then,masa tu la abah aku datang selamat kan aku dari monster berkaki tajam tu...takut tau!.

okay...lagi satu yg aku tak leh buat dan aku sangat tak mahu buat adalah...

3-BERJALAN SEORANG DIRI TANPA TEMAN




aku jadik cam kekok,takut n malu...bila jalan sengsorang terutama di khalayak ramai...ianya bermula masa aku mlangkahkan kaki ke form 1.. masa tu aku dikenali ramai kerana aku punya 2 orang kakak malah mereka berdua memegang jawatan penting disekolah..dan abang aku pula seorang pelajar nakal..haahaahha..so,kemana aku pergi akan ada yg menegur atau mengusik..aku jadi xselesa nak berjalan sengsorang sbb bila ade teman masa tu la kita leh nk nyorok blkng dia (faham2 jela aku ni kan baby girl kecik je mudah la nk nyorok) hehehe...

buat masa sekarang 3 mende tu yg buatkan aku ase takut...ade lagi tapi xleh citer bebanyak t ade plak yg ngusik aku...

OKAY...sekarang aku nk share tabiat atau kegemaran atau hobi aku masa tak de keje nak buat...ngeh3... taraaa...!!!

1-SERBUK MILO



hahaha...aku memang ketagih ngn serbuk milo tambah2 kalau ngah tgok movie lam lappy aku...dan kalau nk thu sekrang ni pun aku ngah makan serbuk milo...kih3...

lagi satu..kadang2 aku suka gak bubuh air sikiiiiittt je..pstu kacau2...pastu makan....waaahhh sedap taw!!

 

pernah jugak aku..nak makan coklat bar...cadburry tu..tapi xde duwet...so...aku beli serbuk milo lam paket kecik tu..pastu aku tebuk ngn jarum kasi angin dia keluar....last skali aku iron..heheheehe.. jadik lah chocolate bar buatan saly! dijamin menjilat jari..heheheh





 okay nombor 2 plak...aku sangat2 suka makan....

2-KEK COKLAT



Wahh...korang bagi la banyak mana pun memang aku boleh habiskan...hehhehe..aku tak kisah langsung kalau takde hiasan k bunga k apa ke...yg penting isi kat dalam kek coklat!!oohh... nikmat nya makan kek coklat....please...sesape ase nk kasi aku kek...tolong bgi kek coklat taw? cheese cake xyah la.... kek pandan ke..kek perisa strawberry ke..ta yah..aku xberapa makan..heheheh (mengada mcm ad org nk bg)

haha..sekarang no...

3-SNAP-SNAP PICTURE 



Hehe..aku suke taw amik gambar..biarlah aku hodoh pun...aku tak kisah...alah..kebanyakan mereka yg suka perli aku dulu2 dah over plak sekarang..lebih daripada aku plak amik gambar diri sendiri...hahaha...tu lah..mengata lagi..kan sekarang dah kene badi..

hurm..tapi kadang2 aku suka gak amik gambar nature...xsemestinya muka aku je asik nk masuk camera...kan?? nanti aku kaya aku nak beli satu DSLR.!!!


 okay yg paling last skali....

4-KOREAN MOVIES AND DRAMA



aku kalau dah start tengok..memang susah nak stop...rela skip makan..gara2 nak abeskan episod citer korea yg aku tgh layan tu...hehehehe.... pastu mula la..sambil tgk....sambil nangis..

eh2..korang..dah pukul 5:43 pagi..aku tak tido pun !! mana aci gini....korang aku ase darah da naik atas kpla aku ni, so aku chow dlu ek..?  thanks sudi baca entry kali ni...

apa pendapat korang pasal diri aku ni?? mesti ngokngek kepala kemet kan?  -..-'