Pages

Sunday, 15 September 2013

suka-suka je ..hehehhe...

TARIKH LAHIR DAN MAKNA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

# saya no 5 anda pulak bagaimana ?

no.1 ----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 ----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 ----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 ----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 ----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 ----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 ----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 ----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 ----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

ANDA NO BRAPA?

Kembali Nya Daku Di Bumi Usim

Hai Semua....Assalamualaikum.... *lambai-lambai tgn.

Sekarang aku da ada kat bumi nilai nie....aku naik bas catar rijal...dah lah silap tengok masa...hahaha..mulanya aku tengok dah betul..tp tah la cane bleh tersilap pulak....padahal bas sampai pukul 9:30 malam..tapi aku terrrrlihat pukul 8:45 malam....pukul 8:45 tu baru dekat kota bharu sedangkan aku pasir puteh patutnya kul 9:30.....

kesian pulak abang aku terpaksa tunggu.....lama jugak tu..

then, sebab rasa cam lama giler...aku pi kfc...beli makanan lah kan xkan beli baju pulak...

Sampai kfc. (Aku pi sorang je) nampak laaaa member sekolah aku dlu,, nama Ain..dia tengok aku ngan muka terkejut..guess what she said?? *angkat kening belah kanan 2 kali

"Sally....!!!!gemuk wehh!!"

Oww.no..xsempat salam xsempat tanya khabar..ain ni mmg nk kne ni,.hahah..ain siap tanya aku makan apa jadi tembam camtu...aku apa lagi kan...jawab sejujurnya jelah...

"Alaaa ain...aku makan cam biasa2je...cuma sahur aku makan dua pinggan..then berbuka puasa sepinggan je...pukul 2 or 3 pagi..aku masuk dapur makan lagi....yg pasti mulut xleh duduk diam.."

Tergelak-gelak ain tengok aku....sempat pulak dia perli aku sebelum aku nak keluar kfc tu...

"Ly..nampak lucu rr..dah la pendek..gemok pulak..hahaha"

Eiii..jaat..!!

Lepas tu.....tunggu bassss...ujan laa plak..dalam pukul 10:30 malam baru lah bas sampai..nasib baik abang ada angkut barang-barang aku tu...besar dan berat...huhu


Naik lah bas...semua budak usim je nama pun bas catar usim..

pukul 7:30 pagi sampai lah kami dekat kolej kediaman sutera indah...masyaallah..nk angkut cmne beg kalau berhenti jauh gitu...

Aku pun angkut satu beg masuk kolej...satu lagi yg raksasa...xmampu..so.aku hanya duduk tepi jalan tu..tunggu superhero datang.mungkin?

tunggu punya tunggu...xde yg dtg nk mmbantu...smua student dah masuk kolej..tggallaaa aku tepi jalan tu...sebab stress sgt aku call semua org....mula2 abah...then mak..then aimi last skali akram.

Saja je mengadu la konon kan....tetibe bas berhenti sbelh aku...bdk2 rmai kot trun...aku dh segan ni..nasib baik driver bas trun..aku mintak dia alihkan beg aku ke depan sikit...xmasuk hostel pun xpelah....

alang-alang rmai tgh kalut angkut beg aku pun tumpang kalut gak angkut beg..berjengket-jengket lah jawabnya ..dah beg sama besar ngn aku....

Aktiviti seterusnya angkut beg naik aras 4....angkut beg dari stor pulak.., geledah punya geledah..,,4 kali baru jumpa...

keesokannya...bermulalah kuliah pertama....

jumpa ngn kawan2..alangkah eksaited nye mereka saat melihatku... -.-'

Semua pakat nak cubit....nak tarik...nak tumbuk pun ada .hahahaah...

diorang kalut cakap aku gemuk....terutamanya tang PIPI....ok fine..itu tanda bahagia...

wink wink....

sekarang kami cuti 4 hari....semalam sewa kereta keluar pukul 6 setengah petang balik hostel before tutup pagar....dalam pukul 11:45 malam., nasib baik pegawai keselamatan  yg poyo tu xde.haha..law x konfem kami kene brainwash..

Malam tadi aku ngn na decorated bilik kami...perghhh, yg sempit jdi nampak luas je pndangan mata.....hehehe...puas hati,

so..sekarang aku baru siap makan nasik....tataw nak wat mende...

eh,, lupa nak ckp., taw x...kat sini ada mamat keling gila seks...yeeek.,, dia duk depan hotel sapura berhadapan kolej kami...tunjuk alat sulit dia...nasib baik jendela blik aku bkn bhdapan ngn hotel tu,, so aku xpenah lg tgk..kawan aku la slalu nampk keling tu tnjuk dot dot dia....ni mmg kes gila....

seram btul,,,, mintak jauh la.., mintak allah jaga...

Sunday, 1 September 2013

DIAM




Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..


 
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM .

Sebelum Terlambat :'3




Assalamualaikum semua pembaca belog cik saly… ^_^

Jenuh jugak nak carik idea nak tulis entry pasal apa…huhu…malam ni tak tahu nak buat apa…sebab tu on lappy nie…sambil dengar lagu HURT dinyanyikan oleh Christina aquilera…pergh..gila sedih lagu ni…

kisah nye pasal dia dari kecik lagi suka pi circus tengok orang wat aksi-aksi kat sana bersama ayahnya…kononnya cita-cita dialah kan..bergayut kat tali..buat pertunjukan depan orang ramai…ayah dial ah yang selalu menemani dia…pegang tangan dia….sampailah dia besar dan berjaya capai impian dia…tapi yang malangnya disebabkan komitmen dia tu..dia xdapat lagi luangkan masa dengan ayahnya…sehinggalah masa dia nak start buat pertunjukan tu..dia dapat sepucuk surat…(tak delah dia tayangkan isi kandungan surat tu ) …pastu dia terus keluar cari ayah dia..sambil menangis-nangis…ternampak kelibat aayhnya..dia memanggil-manggil…tapi rupanya bukan ayahnya…wuu..sedih kot….

‘’I’m sorry for blaming you for everything…I just couldn’t do..and I hurt myself…by hurting you….’’
Hargailah Orang Yang Berada di Sisi Kita Sebelum Terlambat….

*******

Abah……
Sekarang abah dah masuk 70an….susuk tubuh dah mula mengecil…kurus..bila saly tatap lama-lama….rasa teramat sayu…rasa teramat takut….kehilangan.

Abah belum lagi menjejakkan kaki ke Mekah…..Saly tahu abah nak sangat kesana….Abah selalu baca buku-buku pasal haji….Abah pi kursus haji….abah suka dengar radio ikim.fm…

Ya Allah..murahkanlah rezeki kami….

Ya Allah…jemputlah abah dan mak kerumahmu menunaikan rukun haji….

Ya Allah…sejahterakanlah mereka berdua….

Ya Allah….jauhkanlah aku daripada menyakiti hati dan perasaan mereka berdua…

Ya Allah..panjangkan lah umur mereka berdua agar mereka dapat terus beribadat kepadamu…

Amin Ya Rabbal Alamin….


8:12pm
Ahad
1 september 2013

Sunday, 18 August 2013

Bentuklah Hati Yang Remuk Berkecai Itu Dan Berikanlah Kepada Sang Pencipta Yang Lebih Berhak Dan Menghargai




Assalamulaikum kesayanganku semua….buat pengetahuan anda..entry ini tidak aku kongsikan di wall facebook aku mahupun di twitter aku..kerana entry kali ini agak bernada peribadi…

Aku agak hanya org tertentu sahaja yg sering mengintip hasil taipan jari-jemariku ini…jadi aku tidak khuatir ianya tersebar terlalu hebat…kisah aku..bukan kisah hangat yang perlu dijaja kesana kemari…

Izinkan daku meluahkan apa yang terpendam didalam lubuk hatiku…..Aku merasakan beban ini sudah tak mampu lagi ku simpan…..aku diam..aku memerhati…aku pendam….aku kecewa…

Ya aku tahu…..seringkali entry didalam blog aku disalah ertikan oleh kebanyakan pembaca…kadang-kadang aku maksudkan si fulan bin fulan..namun si fulan binti fulan pula yang membaca dan ‘tauching’…

Sukarnya..rumitnya..susahnya…meluahkan rasa...

Saat ketiadaan teman rapat sebegini…blogging merupakan cara terbaik disamping monolog dalaman serta pengaduan kepada NYA…..

Maklum sahaja..sedasarwasa ini…kita mengalami pelbagai pengalaman…yang tak pernah kita fikirkan sebelum ini…malah tak terjangkau dek akal kita…orang yang kita rapat serapat-rapatnya sebelum ini menjadi seorang asing dalam hidup kita sekarang...aku sudah mula menerima keadaan itu..tidak lagi menangis dikala sendiri..tidak lagi meminta dikasihi…tidak lagi meminta ditemani..cukup sekadar senyuman sebagai sedekah dan pengubat jiwa lara yang remuk berkecai…

‘AKU BELAJAR MENERIMA DAN AKU ‘OKAY’ KERANA AKU ADA ALLAH’

Pernah juga terfikir dibenakku…kenapa manusia mudah benar berubah bila menemui sesuatu yang baru?

Aku hairan..perubahan itu adakah dari aku atau dari mereka?

‘I hate it when my friends act differently among certain people..i was like…’do you have to be like that??’’

‘I hate it when my friends hide somethings from me since I’ve told her/him every single things even it is a secret….it just like…hey babe?who am i?am I toy? Alive toy???!!’

‘I hate it when I miss my friends who doesn’t even remember me at all..’

‘I hate it when I have to smile and act normally in front of my friends while my heart deeply hurted’

‘I hate it when my friend found somebody else and I was like…‘ow,so u have them and u start ignoring me? Wth?!’

‘I hate it when I keep dreaming about my friends..again..and again…it make sense,I hate her/him but I still miss her/him damnmuch!!!!’

It was hurted enough when you have to stalk your friends and ‘eat your heart alone’…u know what I means right? It is pretty hurt..!!! I have to cover my sick’s feeling from everybody….i smile…I jokes…I talk non stop….i laugh….

Dearest Readers…

Why should I suffer like this? Why do I have to be this poor sally?

Why I keep blaming myself????

 I knew it……from the beginning I shouldn’t have to love somebody this far…I don’t’ have to trust somebody this much….why??? cause at the end…i….me…myself….who was crying before sleep without anybody realize it….

Ya Tuhan…

Aku sangat berkecil hati dengannya….semasa dia jatuh aku pimpin tangannya…semasa dia dikecewakan..aku ubati hatinya..semasa dia menangis..aku turut mengalirkan air mata….semasa dia rapuh aku kuatkan jiwanya….Allah...bukan niatku mengungkit…..namun..janji-janjinya…menggamit perasaan kecewaku…..siapakah aku padanya?betapa banyak kata-kata manis yang dia ungkapkan sepanjang tempoh penyembuhan hati nya itu…..

Ya,dia pernah berjanji…bila dia menemui cinta yg baru….akulah orang pertama yang akan mengetahuinya…namun,sekarang…lihatlah…akulah orang yang terakhir mengetahui penemuan cinta baharu nya itu…

Nah,rasakn betapa peritnya hati..dimungkiri sahabat yang kita menangis bersama..ketawa bersama.!!

Detik berlalu…dia mula diam membisu….aku juga tidak lagi menanti sebarang pengakuan darinya..hati aku tiada perasaan lagi..

Bayangkan perasaan ku..bila melihat sahabat-sahabatnya bergurau senda mempelaga-lagakan dia bersama buah hatinya…dikala dia masih lagi tidak pernah membuka mulut tentang itu..dikala dia masih lagi merahsiakannya dari ku..apa kau agak aku tersenyum kambing?tersengih macam orang bodoh?

MEMANG TAK AH!!

Hati aku..hancur..sakitnya tuhan sahaja yang tahu…mampu dia berlagak macam tak pernah mengungkap janji itu? Aku bukan lah terlalu memikirkan perihal dia temui cinta atau tidak…kerana itu tiada kene mengena dengan aku….ini soal JANJI…janji…JANJI ANTARA SAHABAT..

Apa semua ni hah? Tolonglah..tolong.

Kepada dia…terimalah bahawa..aku tidak lagi seperti yang dulu…kau berlagak seperti tiada apa yang berlaku..kau berlagak seolah kau tidak pernah menyakiti hatiku…kau berlagak seolah aku ini patung bernyawa yang tak punya perasaan…

Aku penat..teramat penat...

‘we’re done……selamat tinggal teman masa laluku…moga kebahagiaan bersamamu….’

Assalamualaikum.

Monday
19 august 2013
12:13 AM











Saturday, 17 August 2013

Terbebankah Anda Dengan Nilai Mas Kahwin Dimasa Kini???

Assalamualikum...aduh...lama betul ya tak update blog...yelah..last post masa bulan ramadhan hari tu kan...lepas raya langsung xsentuh blog...xmake up kan blog..xpakai kan pakaian yg cantik2..eh eh? macam tu pun boleh?hahahah..
okay..macam ni..hari tu saya ada terbaca front page surat khabar KOSMO..guess what the issue talk about?

"Ramai Lelaki Membujang Lantaran Wang Hantaran Yang Mahal"

err...yeke nie?ye jugak kan...sebab sekarang ni kita tengok trend nilai hantaran bergantung kepada kelulusan pendidikan si perempuan..kalau diploma lain..ijazah lain..master lain..phd apatah lagi....
 opss..jangan tanya saya..sebab saya masih kanak-kanak..hahaha..xreti lagi pasal benda nie....degree tah kemana...
 jadi,untuk isu ini..nah silakan baca cerita kat bawah ni ek.....?
*******

LELAKI: saya nak bagi RM6000 untuk
mas kawen awak

PEREMPUAN: RM6000? semurah itukah
saya???

LELAKI: errrmmm...ok..RM10 ribu

PEREMPUAN: kalau RM10 ribu....rantai
leher saya pom rm10 ribu...kiranya
saya ini hanya seperti rantai leher??
yang akan awak hancurkan bentuknya
dan buat lain apabila puas dengan
bentuk yg lama??

LELAKI: ok..!!....RM20 ribu

PEREMPUAN: kereta VIVA saya
berharga 40 ribu....bermakna saya
lebih murah dari kereta VIVA disisi
awak

LELAKI: ok...RM50 ribu

PEREMPUAN: adakah itu harga saya???
bangunan KLCC tupun berharga jutaan
ringgit...

LELAKI: ok...baiklah....awak letaklah
sendiri berapa harga awak...saya akan
bayar!

PEREMPUAN: ......diri saya TERLALU
mahal.....sehingga awak x dapat nak
BELI....cukuplah awak bagi RM100
ringgit sahaja....bukan kerana harga
saya....tapi kerana perintah Agama yg
mewajibkan mas kawen...
 *****
sekian sahaja entry kali nie..ambil yang jernih..buang yang keruh....selamat hari raya..maaf zahir dan batin...

Sunday, 28 July 2013

Sekadar Perkongsian Percutian Daku di Kampung


Assalamualikum semua...sedar xsedar dah nak raya pun kan...
10 malam terakhir ramadhan...

Alhamdulillah masih berkesempatan menghabiskan bulan ramadhan tahun ini di kampung tercinta...

bersama keluarga yang teramat dikasihi...

Aku senang...Aku tenang...Berada di sini....
 

    


kalau aku tidak tersilap,hari keenam berpuasa..aku keluar ke bandar bersama kekandaku...kasyifah.
atau lebih mesra lagi kak ipah...aku sengaja memilih untuk berjubah,bersarung tangan dan berniqab..
ingin merasakan bagaimanakah situasi yg dilalui dua org kakak ku yg sememangnya berpurdah...

mengikut pendapat aku..yeah..seriusly..langsung tiada rasa tidak selesa sepanjang aku berpakaian sebegitu..
panas?langsung tidak...malah aku selesa kerana..bau-bau yg tidak menyenangkan seperti asap rokok tidak mampu singgah ke ruang pernafasanku...



dan untuk pengetahuan anda...secara automatik..org sekeliling agak menghormati kami...
sukar untuk dijelaskan...
tapi yg pasti..



aku tenang...mungkin nanti?
insyaallah..

siapa tahu.?


****


nah..kain-kain tudung..maklumlah..kekandaku kan seorang pengusaha butik online Asy syifa..
sibuk sekali beliau...tempahan makin rancak..semoga rezeki nya bertambah..

kalau tiada halangan..insyaallah...dia akn melangsungkan pertunangannya bersama pilihan hatinya raya nanti...aku mendoakan yg terbaik kerana aku juga ingin melihatnya bahagia..sudah cukuplah derita nya selama ini..

*****

  
 lauk kegemaranku bila berada di kampung..
kuah kuning bersama ikan keli digoreng garing penuh kasih sayang...
 


 ini dia...air bandung cincau...kemahuan abang ku..shukri...



petang itu aku kebelakang rumah..terpana bila melihat kehadiran sangkar burung.....burung berwarna hijau dan biru,

kuda....si zoro masih sihat...masih gagah...sempat aku menggosok kepalanya..bertanya khabar...



abah..dekat betul abah tengok tv...



 kelmarin...mak dan kakak-kakak ku keluar..aku tiada keinginan untuk mengikut..jadi mak menyerahkan tugasan memasak bagi juadah berbuka kepadaku...aku sekadar memasak apa yg sudah mak cadangkan...sayur lemak..dan ikan tenggiri...itu shaja..




danish dan delisha...dah besar,



hari pertama berbuka..juadahnya adalah nasik kerabu...agak lumayan bagi kami..sedap..seperti biasa..air tangan che ani..ibunda tercinta,,



 moga menjadi anak yg soleh dan solehah ye...mama ly keep praying for your happiness..




 amar dan danish..sama-sama botak...


 muka sedih kenapa danish..hahaha..sayang adik!!





along..comel.. ^_^

dah la..xtahu sebenarnya topik entry kali nie...sekadar berkongsi detik-detik berada di kampung...

******

Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari ke 20. Semoga ALLAH SWT menerima ibadah kita dan mengampunkn segala dosa-dosa kita. Selamat malam, Assalamualaikum.