Pages

Friday, 30 September 2016

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI DI MAHKAMAH SYARIAH





FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA
semester 8
sesi 2015/2016
 
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


( MAHKAMAH SYARIAH PASIR PUTEH KELANTAN )
NAMA
SHAFIQAH BIN IBRAHIM
NO.MATRIK
1121556
NAMA SUPERVISOR UNIVERSITI
DR. ABDUL MANAN BIN ISMAIL

 


ISI KANDUNGAN

BAB

TOPIK DAN SUB-TOPIK


MUKA SURAT
BAB 1
PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH KELANTAN
1
1.1
PENGENALAN, LATAR BELAKANG ORGANISASI
1
1.2
PIAGAM PELANGGAN
2
1.3
SEJARAH PENUBUHAN MRSPP
3
1.4
BIDANG KUASA MRSPP
3
1.5
STRUKTUR ORGANISASI MRSPP
4
1.6
AKTIVITI UTAMA MRSPP
5

1.6.1 MEMBERI PENERANGAN KEPADA PELANGGAN
5

1.6.2 MENDAFTAR PERMOHONAN/TUNTUTAN
5

1.6.3 MENJALANKAN PERBICARAAN/SEBUTAN
6

1.6.4  MENJANA NOTIS TANGGUHAN, WARAN TANGKAP, NOTIS AMARAN, SAMAN KEPADA OKT BAGI KES JENAYAH DAN LAIN-LAIN LAGI MENERUSI SISTEM E-SYARIAH
6

1.6.5  MEMAKLUMKAN BERKENAAN DENGAN TANGGUHAN KES KEPADA PELANGGAN / KLIEN MENERUSI TALIAN RASMI MAHKAMAH
6

1.6.6  MENGELUARKAN SIJIL FARAID
6

1.6.7  MENGADAKAN MESYUARAT BULANAN BERSAMA DENGAN KAKITANGAN-KAKITANGAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
6
BAB 2
AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN PELAJAR PRAKTIKAL
7
2.1
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
7

2.1.1 BERURUSAN DENGAN PELANGGAN
7

2.1.2 MENGHADIRI PERBICARAAN
8

2.1.3 MEMFAILKAN KERTAS PERTUDUHAN KES JENAYAH
8

2.1.4 MEMBUAT SIJIL FARAID
9

2.1.5 MEMBUAT KERJA-KERJA PEJABAT
9
BAB 3
AKTIVITI-AKTIVITI PENTING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KES MAL/FARAID DAN KES JENAYAH
11
3.1
PROSES PENGURUSAN KES MAL/FARAID
11
3.2
PROSES PENGURUSAN KES JENAYAH
13
BAB 4
ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
16
4.1
ILMU YANG DIPEROLEHI
16
4.2
PENGALAMAN SEPANJANG MENJALANI PRAKTIKAL
16
BAB 5
PENUTUP
FAEDAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
20
5.1
FAEDAH LATIHAN INDSUTRI
20

5.1.1 PENDEDAHAN KEPADA DUNIA PEKERJAAN
20

5.1.2    MENJADIKAN MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
20

5.1.3    MENJADIKAN MAHASISWA YANG BERDISIPLIN TINGGI
21
5.2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
21



BAB 1

PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH KELANTAN
(Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Kelantan)

1.1  Pengenalan; Latar Belakang Organisasi

Visi
"Merealisasikan Pengurusan Pentadbiran dan Keadilan Syariah Yang Lengkap Sempurna dan Berwibawa Berlandaskan Hukum Syarak dan Undang-Undang Kepada Semua Lapisan Masyarakat"
Misi
i. Menzahirkan Keadilan Berpandukan Hukum Syarak dan Undang-Undang Sedia Ada.

ii. Mempertingkatkan Pengurusan Pentadbiran Yang Cekap dan Berkualiti.

iii. Penggunaan ICT Didalam Semua Urusan Pentadbiran.

iv. Latihan Kakitangan Yang Sesuai dan Berterusan.

v. Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi Ke Arah Pelanggan Yang Berpengetahuan.


                                                                       Objektif

"Menyediakan dan Melaksanakan Pengurusan dan Pengadilan Kes-Kes Syariah Berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang Secara Adil, Cekap dan Berkesan"


1.2 Piagam Pelanggan
·         Mengendalikan kes-kes dengan saksama, mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkaitan dalam jangkamasa yang munasabah dengan mengambilkira kerjasama semua pihak yang terlibat;

·         Memberi perkhidmatan kaunter dan lain-lain perkhidmatan dengan amanah, cekap dan mesra;

·         Mewujudkan hakim-hakim dan pegawai-pegawai syariah yang profesional, berwibawa dan cekap dalam bidang kehakiman syariah;

·         Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan;

·         Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan; dan


·         Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja.








1.3 Sejarah Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh

Terdahulu dikenali sebagai Mahkamah Qadhi Jajahan Pasir Puteh.Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh telah dibuka secara rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim pada 17 Zulhijrah 1385 bersamaan 8 April 1966. Bangunan ini bina oleh kerajaan Negeri Kelantan.
Kedudukan bangunan Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh adalah bersebelahan dengan Mahkamah Majistret Pasir Puteh. Selain itu juga, Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh berkongsi bangunan yang sama dengan Jabatan Agama Pasir Puteh.
Disamping itu, Dewan Bicara bagi Mahkamah Rendah Syariah terletak di tengah-tengah antara Mahkamah dan Pejabat Agama Pasir Puteh.

1.4 Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan (Zon) yang diberikan kepadanya.Di dalam kes Jenayah, Mahkamah mempunyai bidang kuasa hukuman maksimum yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali atau 6 kali sebatan. Manakala bagi kes Mal pula ia mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan dimana jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan tidak melebihi RM 200,000.00. Begitu juga bagi permohonan sijil faraid, pemohon boleh memohon sijil faraid di Mahkamah Rendah Syariah sekiranya nilai harta tidak melebihi RM 25,000.00. Pemohon perlu memohon sijil faraid bagi harta yang melebihi RM 25,000.00 di Mahkamah Tinggi Syariah.



1.2 Struktur Organisasi
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
TUAN RAMLEE BIN AB RAHMAN




PENOLONG PENDAFTAR
ROSMAIZAN BINTI YUNUS

PEMBANTU PENDAFTAR
NAZIFAH AKMAL BINTI ZAINUDIN

PEMBANTU TADBIR (kewangan)
NORHAMIDAH BINTI SALLEH

PEMBANTU PENDAFTAR
AZMAN BIN MAMAT



PEGAWAI SULH
WAN FIRDAUS BIN WAN IBRAHIM
 

PEGAWAI OPERASI 
 AHMAD MAWARDI BIN  MUSTAFA

PEMBANTU TADBIR (pentadbiran)
                                                           ASIAH BINTI YUSOF               

PENGHANTAR NOTIS
CHE HASSAN BIN CHE NGAH

 




                                                                                                

Rajah 1.3.1: Struktur Organisasi Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh




1.6 Aktiviti Utama Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh

1.6.1 Memberi penerangan kepada pelanggan / klien berkenaan dengan apa-apa permohonan / tuntutan kes Mal/Faraid

Mahkamah rendah bertanggungjawab untuk menerangkan proses dan prosedur berkenaan dengan apa-apa permohonan / tuntutan kepada pelanggan yang hadir.Bayaran bagi setiap pendaftaran permohonan / tuntutan adalah berbeza berdasarkan jenis permohonan / tuntutan. Satu Salinan semak akan diberikan kepada pelanggan / klien yang hadir untuk memudahkan mereka dalam menyediakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan sekali dengan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Bagi pelanggan / klien yang tinggal di kawasan bukan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, mereka masih boleh membuat permohonan / tuntutan di MRS Pasir Puteh. Mereka perlu mendapatkan pengesahan tempat tinggal(yang mengesahkan mereka kini tinggal di dalam kawasan bidangkuasa), pengesahan tempat kerja ataupun bil api atau air atas nama sendiri yang telah diakuisah oleh penghulu / pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.

Contoh-contoh permohonan / tuntutan

·         Mal: Cerai biasa, cerai taklik, pengesahan lafaz cerai, tuntutan nafkah iddah, nafkah anak, mut’ah, pengesahan nikah, wali hakim, penyataan pembelaan, permohonan nikah bawah umur, tarik balik kes dll
·         Faraid: Permohonan sijil faraid (nilai harta tak lebih RM 100 000.00)

1.6.2 Mendaftarkan permohonan / tuntutan

Bagi permohonan / tuntutan yang telah dilengkapkan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkenaan, ia akan didaftarkan di dalam sistem E-syariah. Tarikh bagi perbicaraan/sebutan dimaklumkan kepada pemohon. Butiran pemohon (plaintif dan defendan) akan dilengkapkan didalam sistem. Tarikh sebutan/perbicaraan juga perlu dikemaskini di dalam sistem supaya memudahkan pengurusan kes.

1.6.3  Menjalankan perbicaraan/sebutan/siasatan bagi kes Mal/Faraid dan juga kes Jenayah Syariah.

Sepanjang keberadaan saya disini, Hakim bagi Mahkamah Rendah Syariah ialah Tuan Norazizi bin Abd Rahman selepas berlaku pertukaran Hakim Baru telah dilantik iaitu Tuan Ramlee bin Ab Rahman, sebelum pertauliahan jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Pegawai Sulh mengambil alih mengendalikan Kes Mal dan juga Kes Jenayah.

1.6.4  Menjana notis tangguhan, waran tangkap, notis amaran, saman kepada OKT bagi kes jenayah dan lain-lain lagi menerusi sistem e-syariah

1.6.5  Memaklumkan berkenaan dengan tangguhan kes kepada pelanggan / klien menerusi talian rasmi Mahkamah

1.6.6  Mengeluarkan sijil faraid

1.6.7  Mengadakan mesyuarat bulanan bersama dengan kakitangan-kakitangan Mahkamah Rendah Syariah







BAB 2

AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN PELAJAR PRAKTIKAL

2.1 Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dilakukan
Sepanjang 4 bulan ditempatkan di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, saya telah berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh mahkamah. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan akan diterangkan dalam sub-topik seterusnya.

2.1.1   Berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir

Ketua Bahagian iaitu Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Syariah tidak menetapkan bahawa pelajar-pelajar praktikal harus berada dikaunter Mahkamah setiap masa, namun saya sebagai pelajar praktikal disini secara sukarela berada di kaunter Mahkamah untuk membiasakan diri di kaunter khidmat pelanggan. Ia sedikit sebanyak melatih skil komunikasi pelajar praktikal dalam berurusan dengan pelanggan / klien. Disamping itu, ia juga dapat mendedahkan pelajar praktikal dengan permasalahan di pihak pelanggan dan juga dapat berfikir secara kritis dan kreatif akan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Kebiasaannya, saya akan cuba untuk berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir. Kebanyakan daripada pelanggan / klien yang hadir mempunyai permasalahan yang melibatkan emosi. Kami telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pelanggan / klien yang hadir bertindak di luar kawalan. Urusan bersama pelanggan / klien diselia oleh pembantu pendaftar yang ada di Mahkamah Rendah Syariah. Pendaftar mahkamah suka membantu dan tidak lokek ilmu.






2.1.2   Menghadiri perbicaraan / sebutan di Dewan Bicara
           
            Perbicaraan / sebutan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah Syariah berlangsung pada setiap hari kecuali hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Perbicaraan / sebutan bermula pada jam 9.00 pagi. Kebiasaannya, kes-kes ini berlangsung di dalam Dewan Bicara.Namun begitu, ia bergantung kepada budi bicara Tuan Hakim Syarie sama ada hendak menjalankan kes di Dewan Bicara ataupun hanya dalam kamar.

            Saya sering menghadiri perbicaraan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah di Dewan Bicara yang dikendalikan oleh Tuan Norazizi bin Abd Rahman dan juga Pegawai Sulh Wan Firdaus bin Wan Ibrahim. Apabila selesai perbicaraan / sebutan, berlangsungnya sesi soal dan jawab bersama pelajar praktikal (secara tidak formal). Saya pernah mengajukan beberapa soalan berkenaan dengan kes Jenayah Syariah. Disamping itu, Tuan Hakim juga telah berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada kesemua pelajar praktikal. Antara perbicaraan /sebutan kes yang pernah saya hadiri adalah seperti cerai biasa, cerai luar mahkamah (pengesahan lafaz cerai), cerai taklik, tuntutan mut’ah, permohonan sijil faraid, permohonan wali hakim, nikah bawah umur, kes khalwat, tidak puasa di bulan Ramadhan, hamil tanpa nikah, poligami tanpa kebenaran, nikah tanpa kebenaran dan lain-lain lagi.

2.1.3   Memfailkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah

            Bahagian Pendakwaan akan menyerahkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah kepada pihak mahkamah. Di dalam kertas pertuduhan ada dinyatakan butiran OKT (Orang Kena Tuduh) beserta lokasi jenayah dilakukan, masa dan beberapa butiran lain.

            Saya telah berpeluang untuk memfailkan kes Jenayah Syariah dan juga mendaftarkannya di dalam sistem e-syariah. Butiran OKT perlu dilengkapkan di dalam sistem e-syariah untuk memudahkan operasi pengeluaran saman, waran tangkap dan lain-lain lagi. Surat iringan dalam / luar negeri juga perlu dijana sekiranya alamat OKT adalah di dalam kawasan luar bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Saman-saman yang dikeluarkan perlu diserahkan kepada OKT oleh Penghantar Notis. Tarikh sebutan bagi kes Jenayah Syariah dalam tempoh 21 hari daripada hari kes tersebut didaftarkan.


2.1.4   Membuat sijil faraid

            Bagi permohonan faraid yang telah selesai dan yang diluluskan oleh hakim maka mahkamah perlu mengeluarkan sijil faraid seminggu selepas kes selesai. Sijil faraid juga dibuat menerusi sistem e-syariah. Butiran waris perlu dilengkapkan dan seterusnya ia dengan secara automatik akan memaparkan bahagian yang diperoleh setiap ahli waris. Sijil faraid perlu ditandatangani oleh Tuan Hakim dan dimeterai sebelum diserahkan kepada pemohon.

2.1.5   Membuat kerja-kerja pejabat
            Antara kerja-kerja pejabat yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
1.   Menyediakan fail bagi kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah.

2.    Menyusun kes-kes yang telah selesai didalam rak yang telah disediakan.

3.    Fotokopi borang-borang permohonan, tuntutan dan senarai semak bagi kes Mal/Faraid

4.    Merekodkan kes-kes yang akan dibicarakan didalam Buku Tempoh Bicara

5.    Menulis maklumat pemohon/plaintif dan defendan/responden di kulit fail bagi kes Mal/ Faraid dan kes Jenayah

6.    Merekodkan kes-kes yang baru didaftar ke dalam dokumen di komputer  kaunter pendaftaran dan juga didalam Buku Daftar Kes

7.    Menjawab panggilan telefon dan memberi penerangan selepas merujuk kepada staff

8.    Mengemaskini tarikh sebutan dan lain-lain lagi dalam sistem e-syariah
 
   
BAB 3

AKTIVITI-AKTIVITI PENTING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KES MAL/FARAID DAN KES JENAYAH


3.1 Proses Pengurusan Kes Mal/Faraid

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:
-          Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kelantan) 2002
-          Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002

Kes mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses utama pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes. Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Seterusnya, kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman (akan diterangkan dalam perenggan seterusnya) dan sebagainya. Kemudian, kes akan disebut (sebutan) pada hari yang telah ditetapkan.

Sejurus selepas itu, perbicaraan akan dijalankan iaitulah setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu. Kemudian, setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Perintah yang dimaksudkan akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Akhir sekali, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan. Proses bagi pengurusan kes Mal boleh dirujuk pada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan kes Mal dalam Rajah 3.1.1
Rajah 3.1.1: Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal

Saman kepada pihak-pihak boleh jadi sempurna/tidak sempurna. Ini bermaksud saman akan sempurna apabila pihak-pihak menerima saman dan juga mengisi borang akuan penerimaan. Saman tidak sempurna pula bermaksud saman tersebut tidak sampai kepada pihak-pihak. Sekiranya saman/permohonan tidak sempurna, Hakim/Pendaftar akan mendengar permohonan untuk penyampaian semula atau penyampaian ganti, berdasarkan kepada Afidavit/Laporan Penyampaian. Kes akan ditangguhkan dan tarikh baru untuk sebutan yang lain akan ditetapkan.
Tarikh sebutan semula hendaklah ditetapkan jika kes ditangguh atau waran tangkap dikeluarkan.



3.2 Proses Pengurusan Kes Jenayah

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:

-         Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kelantan) 2002
-         Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kelantan) 2002
-         Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002

Bagi permohonan jamin kes/menahan OKT di Mahkamah Rendah Syariah, beberapa perkara ataupun prosedur perlu dijalani. Pendakwa Syarie akan menghantar permohonan dan juga kertas pertuduhan kepada Penolong Pendaftar. Kemudian, dokumen (kertas pertuduhan) sebanyak empat helai perlu disemak dan perlu didaftarkan dalam buku daftar oleh Pembantu Pendaftar. Butiran OKT perlu direkodkan di dalam sistem dan saman akan dikeluarkan. Saman akan dihantar kepada OKT sama ada melalui Pendakwa Syarie mahupun Penghantar Notis Mahkamah Rendah Syariah OKT perlu hadir di Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa keadaan berkaitan dengan perbicaraan bagi kes Jenayah Syariah dan ia boleh dirujuk dalam rajah 3.2.1, rajah 3.2.2 dan rajah 3.3.3



Mendengar pihak-pihak memulakan sebuatn kes/perbicaraan
Dibacakan pertuduhan dan tanya pengakuan OKT sama ada mengaku salah atau tidak
 


           
Maklumkan kepada Hakim pengakuan OKT dan tanya semula pengakuan OKT, mengaku salah atau mahu dibicarakan
Jika OKT mengaku bersalah dan Hakim berpuas hati dengan pengakuan salah, catatkan pengakuan
 



                                                                             
Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes & bertanya kepada OKT setuju atau tidak akan fakta kes yang dibentang
Hakim mengarahkan Pendakwa Syarie menggulungkan hujahan kesnya
Hakim jatuhkan hukuman terhadap OKT – denda & penjara/bon berkelakuan baik/ dibebaskan dengan amaran /sebagainya
Jika OKT dan bersetuju, catat pengakuan dan sabitkan kes OKT kemudian berikan OKT peluang untuk merayu peringanan hukuman
 









Rajah 3.2.1: Perjalanan Perbicaraan Ringkas OKT Mengaku Salah

Rajah 3.2.2: OKT Tidak Mengaku Salah Atau Pihak-Pihak Mohon Tangguh Kes


Rajah 3.2.3: OKT Tidak Hadir / Pendakwa Tidak Hadir
 


















BAB 4

ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

4.1 Ilmu Yang Telah Diperoleh

Sepanjang 4 bulan saya menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah, bermacam-macam ilmu yang telah saya pelajari khususnya ilmu yang berkaitan dengan Undang-Undang Syariah. Mahkamah Rendah Syariah merupakan medan yang baik untuk pelajar Undang-Undang Sivil seperti saya mempelajari selok belok Undang-Undang Syariah dengan lebih mendalam lagi. Tuan Hakim Norazizi bin Abd Rahman dan Tuan Hakim Ramlee bin Ab Rahman sendiri telah memberikan tunjuk ajar yang begitu baik.

Disamping itu, saya juga ada belajar berkenaan dengan pengesahan lafaz cerai ; sighah dan kinayah. Lafaz cerai melalui sms adalah lafaz kinayah (tidak nyata) dan hakim akan melihat kepada ‘uruf sesuatu perkara sebelum mensabitkan jatuh/tidak sesuatu talak. Antara perkara penting yang telah saya pelajari adalah sebaik sahaja pasangan-pasangan disabitkan jatuh talak/bercerai dengan persetujuan bersama, dalam tempoh dua minggu mereka perlu pergi ke Pejabat Agama dengan membawa sijil nikah yang asal untuk dibatalkan supaya sijil cerai boleh dikeluarkan. Ramai daripada pelanggan/klien yang hadir keliru akan hal ini.

Selain itu dengan bertugas di kaunter khidmat pelanggan, saya telah sedikit sebanyak mempelajari skil untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga ada mempelajari tentang maklumat yang perlu disampaikan kepada pelanggan/klien yang hadir bertanyakan berkenaan dengan permohonan kes Mal/Faraid dan menjana resit denda untuk kes Jenayah.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya berkenaan dengan sulh (perbincangan yang tidak memerlukan perbicaraan) kepada Pegawai Sulh yang bertugas di Mahkamah Rendah Syariah. Sama seperti Undang-Undang Sivil, Sulh merupakan proses mediasi (mediation). Sekiranya ada persetujuan bersama diantara pihak-pihak maka mereka tidak perlu untuk dibicarakan dalam Dewan Bicara.


            Selain itu, saya juga didedahkan dengan kes-kes pengesahan nikah, wali hakim, nikah bawah umur dan beberapa kes menarik yang lain. Bagi kes-kes pengesahan nikah, kebanyakan daripadanya terpaksa ditangguhkan ke tarikh sebutan yang akan datang atas sebab dokumen tidak lengkap. Antara dokumen penting yang perlu dilengkapkan adalah seperti surat kebenaran dari konsulat, tauliah wali, maklumat saksi dan beberapa dokumen penting lain. Sekiranya mahkamah masih tidak berpuas hati dengan dokumen yang disertakan, maka mahkamah akan meminta pihak-pihak untuk membawa saksi (wali & saksi) bagi memberi keterangan di mahkamah berkenaan dengan pengesahan nikah tersebut.

            Bagi kes Jenayah Syariah pula, saya diberi peluang untuk melihat perbicaraan/sebutan kes khalwat, berjudi, minum minuman yang memabukkan dan beberapa kes Jenayah Syariah yang lain. Antara ilmu yang saya perolehi adalah kertas pertuduhan cuma boleh dikeluarkan setelah disiasat oleh Pegawai Penyiasat (Investigator Officer). Saya juga diberi makluman berkenaan dengan kesalahan jenayah boleh tangkap tanpa waran dan juga sebaliknya.

            Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari proses dan prosedur akan sesuatu permohonan/tuntutan bagi kes Mal/Faraid disamping dapat mengetahui serba sedikit tentang tatacara mahkamah bagi kedua-dua kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah. Saya juga mempelajari cara untuk “tackle” masalah klien dan lain-lain lagi. Saya telah banyak belajar di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh ini.




4.2 Pengalaman Sepanjang Menjalani Latihan Industri

Disamping ilmu-ilmu yang telah saya perolehi, saya juga telah menimba banyak pengalaman setelah menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Antara pengalaman berharga yang telah saya perolehi adalah saya diberi peluang untuk duduk bersama dengan Pembantu Pendaftar sewaktu perbicaraan/sebutan sedang dijalankan. Hal ini telah membuatkan saya dapat melihat dengan jarak dekat cara Peguam Syarie berhujah bagi kes yang diwakili mereka; kes mut’ah, sabitan nusyuz dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga telah diberikan peluang bagi mewakili Pembantu Pendaftar untuk membacakan pertuduhan bagi kes jenayah semasa Perbicaraan kes didalam Dewan Bicara. Kes tersebut merupakan kes Khalwat.

Saya juga diberi peluang oleh Hakim terdahulu iaitu Tuan Norazizi bin Abd Rahman untuk mengambil alih tugas Pembantu Pendaftar bagi memastikan perbicaraan didalam kamar hakim berjalan lancar, saya ditugaskan untuk memanggil plaintif dan defendan dan juga saksi dan diberi peluang membacakan sumpah selain memberikan tarikh bagi perbicaraan seterusnya.

Selain itu, pengalaman yang telah saya perolehi juga saya dan beberapa pelajar praktikal yang lain berpeluang untuk mengadakan perbincangan ilmiah dan diberikan tajuk bagi perbentangan dan tugasan bertulis oleh Hakim Tuan Ramlee bin Ab Rahman dan juga Pegawai Sulh Tuan Wan Firdaus bin Wan Ibrahim dibawah tajuk ‘Prosedur Permohonan Perceraian Seksyen 47 EUKI 2002’ dan saya telah menjadi pembentang pertama secara sukarela pada hari tersebut manakala pelajar-pelajar praktikal yang lain membuat perbentangan pada hari yang seterusnya.

Disamping itu, pengalaman yang telah saya perolehi adalah saya dan beberapa pelajar praktikal yang lain berpeluang untuk mengadakan perbincangan ilmiah yang santai dengan Tuan Hakim. Beliau sering memberikan kata-kata semangat kepada kesemua pelajar praktikal. Disamping perbincangan ilmiah, Tuan Hakim juga ada berkongsi berkenaan dengan peluang kerjaya yang ditawarkan di Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Kelantan.

Saya juga mendapat pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila berhadapan dengan pelanggan yang ingin membuat permohonan cerai, pemohon tersebut hanya berkomunikasi dengan saya dan mengalirkan air mata sambil menunjukkan kesan-kesan lebam dibadannya yang telah dilakukan oleh suaminya, saya mengambil tindakan dengan menenangkan pelanggan tersebut dengan menasihatinya agar membuat laporan polis dan menerangkan prosedur yang tepat bagi permohonan cerai.

Secara keseluruhannya, banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang keberadaan saya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh kesemua kakitangan Mahkamah juga merupakan pengalaman yang paling berharga sepanjang saya ditempatkan di Mahkamah ini.


 BAB 5

PENUTUP
FAEDAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


5.1 Faedah Latihan Indsutri

5.1.1   Pendedahan Kepada Dunia Pekerjaan

Dengan mengikuti kursus Latihan Indsutri yang dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Fiqh dan Fatwa) , pelajar sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan realiti alam pekerjaan. Pelajar dapat mempelajari sesuatu berkenaan dengan dunia bekerja dimana integriti itu merupakan perkara yang paling penting bagi semua kakitangan/penjawat awam di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada para pelajar akan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi sebaik sahaja bergraduasi. Dengan pemerhatian yang dibuat sepanjang latihan industri berlangsung, skop tugas bagi setiap penjawat awam sudah diketahui. Di Mahkamah Syariah sendiri, banyak jawatan yang boleh dimohon oleh graduan-graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan juga Ijazah Sarjana Fiqh dan Fatwa. Peluang pekerjaan dalam bidang Syariah adalah meluas.

5.1.2   Menjadikan Mahasiswa Berfikiran Kritis dan Kreatif

            Jika selama ini hanya teori sahaja yang dipelajari, dengan mengikuti kursus Latihan Industri ini ia lebih kepada latihan praktikal. Para pelajar akan cenderung untuk mengaplikasikan apa yang sudah dipelajari dengan permasalahan yang diperolehi daripada pelanggan/klien yang datang.  Sebagai contoh, pada semester ke 4 dan ke 5 pengajian saya di Fakulti Undang-Undang, kami telah mempelajari akan Undang-Undang Keluarga Islam beserta Faraid. Di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, kami disajikan dengan pelbagai permasalahan, tuntutan, permohonan kes Mal dan Faraid. Oleh itu, gambaran tentang sesuatu kes itu sudah ada. Apabila mendengar perbicaraan bagi kes-kes tersebut ia sedikit sebanyak membantu minda untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari dan ia membuatkan pelajar berfikir cara menyelesaikan permasalahan pelanggan/klien tersebut.

5.1.3   Menjadikan Mahasiswa Yang Berdisiplin Tinggi

Kursus Latihan Industri ini sedikit sebanyak melatih pelajar untuk menjadi lebih berdispilin. Pelajar perlu mematuhi masa di institusi latihan industri masing-masing, perlu menghormati Hakim-hakim, pegawai-pegawai, kakitangan am dan yang paling penting perlu cakna akan cara yang paling sesuai untuk berurusan dengan pelanggan/klien yang hadir. Disamping itu, kerja yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan agar memudahkan urusan di mahkamah tersebut.Saya juga sedar bahawa ianya sesuatu yang tidak wajar untuk pelajar praktikal menyerahkan semua kerja untuk pelajar praktikal lain untuk disiapkan. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kesemua pelajar praktikal bersama-sama membuat tugasan-tugasan yang diberikan, bukan hanya pelajar tertentu sahaja.Sikap disiplin didalam diri adalah tunjang utama kejayaan dimasa hadapan.

5.2 Cadangan Penambahbaikan

            Secara keseluruhannya, saya berpuas hati akan pengelolaan Latihan Industri oleh pihak Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Disamping itu, suka saya ingin kemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi kursus Latihan Industri ini.

            Latihan Industri ini perlu dipanjangkan lagi tempohnya. Hal ini kerana secara peribadinya saya merasa bahawa 4 bulan adalah tidak mencukupi untuk saya belajar dengan lebih banyak dan mahir banyak perkara di institusi tempat saya menjalankan Latihan Industri, di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, sebolehnya dicukupkan kepada 5 bulan.

            Disamping itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan kursus Latihan Industri ini pada tahun ke-2 dan juga ke-3. Pada tahun ke-2 tersebut pihak fakulti boleh mengelolakan latihan industri yang bertempat di Ibu Pejabat Polis ataupun Firma. Manakala pada tahun ke-3 pihak fakulti boleh melaraskan kesemua pelajar untuk menjalani latihan industri di mahkamah-mahkamah yang terpilih. Hal ini akan membuat para pelajar didedahkan dengan dunia undang-undang dengan lebih meluas.

            Selain itu, saya mencadangkan agar setiap pelajar praktikal diberikan tugas-tugas yang khusus bermakna setiap orang wajib membuat tugasan tersebut,dan tugasan tersebut sebolehnya berlainan dan system pergiliran diadakan. Ini untuk mengelakkan sikap ‘lepas tangan’ dan sikap tidak bertanggungjawab didalam diri setiap setiap pelajar praktikal.


Monday, 12 September 2016

TIPS MUET 

Okay ni tips berdasarkan apa yg sy bljar dari miss yurnie my lecturer at USIM...

✍🏻 Untuk WRITING task A.
NON LINEAR. 


Title
Intro
Overall trend
Analysis
Synthesis
Conclusion

1)title
2) intro + overall trend
Analysis
3)Synthesis+conclusion

Task A dia nak :

1. tajuk 

2. intro (oyak figure 1 kcek sal gapo WHILE(sementara) figure 2 kecek sal gapo)

3. overall (secara general "kaitkan figure 1 n figure 2 .
contoh IN GENERAL, STUDENTS PREFFERED TO STUDY IN GROUP COMPARED TO STUDY BY THEIRSELF)

4. start analysis (yg ni tulis apa yg ada depan mata je..pilih mana2 figure atau table. contoh THE HIGHEST/THE LOWEST PERCENTAGE OF....IS....) buat dlm 4 ayat

5. start synthesis/link (yg ni kena kaitkan kedua2 gmbarajah... ( contoh : in 2001, 56% students preffered a study group compared to in 2003, only 20% students doing a studygroup)


6. conclusion (buat simple je jgn wt kesimpulan dari diri sendiri buat melalui apa yg dh di prhatikan)

kena ingat task A nie ada formula dia.

Year(tahun)  
Data(5%) 
Trendword(increased,highest) 
Venue(tempat, xigt dh tp rasanya pasal tajuk yg di beri tu, study group ke price of car ke)

untuk analysis wajib ada 4 tu (YDTV)

tp untuk synthesis/link xwjib ada 4 kalau ada 2/3 dh ok tp igt keyword dia INFLUENCED BY, PREFFERED, DUE TO THE.

👻 writing task B plk

untuk LINEAR.350words.5paragraph/perenggan.

1. Intro blh mulakan dgn : 

= persoalan.

contoh_in this globalization era,all of us know that everything have their own cost..nothings free anymore..why did this happended? 

= quote / kata2 hikmah 
contohnya. einstein have already said that "study hard is way better than study smart". 

dalam intro juga...masukkan 3 thesis statement tanpa explanation

1 ayat intro (persoalan/kata2 /apa2 je) 3 ayat untuk 3 thesis statements.

dan start perenggan kedua dengan thesis statement pertama diikuti 3 isi/contoh

dan truskan perenggan ke 3 dan ke 4 dgn thesis statement kedua n ketiga.

start conclusion / perenggan terakhir. cuma gabungkan balik main point / 3 thesis statements kita td.

sekian. itu sahaja untuk writing task 2

👂🏻untuk LISTENING

Kalu aku..aku biasakan dgr radio mat salleh biar la napok koya pun tp buleh besso ngn caro dia sebut kut bi...dgr radio inggeris bkn semata2 nk dgr lagu tp nk dgr deejay kecek gapo....dgr n try faham gapo dia kecek...

pastu tgk movie inggeris..TAPI turn OFF subtittle...try tgk tanpa sarikata dn try pehe gapo dio kecek...

kalu ada cd muet biasanya dlm buku muet dia bg cd...try dgr TEKS huk speaker kecek sambil tgk dkt halaman belakang buku..sbb ada dia tulis teks/skrip...dgr cd sambil tgk skrip tu...lps tu dgr skali lg tanpa tgk teks jawab soalan...aku buat soalan listening dlm buku setakat 15 soalan jah. huhuhu


👀👁 Untuk READING plk...

xde tips sgt cuma kena faham la crito petikan tu..aku xbaca smua..tp kalau petikan mcm best aku baca smua paragraph hahaha..cuma kena faham soalan n faham petikan..

MUET 👓📖 tips reading :

1. stay focused

2. read the questions.

3. underline/garis keywords.
3. for TRUE/FALSE/NOT STATED 

True or False = try to identify proff / kenalpasti bukti jwpn dekat petikan.. garisssss. samaada ada ckp psl tu atau ada ckp tp berbeza dgn dkt soalan.

Not stated = almost impossible to underline maksudnya kita mmg xblh nk cari pun dkt petikan psl tu. so maknanya jwpn nya jelas2 la Not Stated.

4. Guessing meaning of words.
cuba teka mksud apa2 prktaan yg kita xtau tu.

ingat ye kalau kt dpn prktaan ada huruf DE mksudnya prktaan tu negatif contoh 

DEactivated = me-nyah aktifkan / tidak mengaktifkan.

TION =proses
contohnya... transformaTION = proses perubahan. 

cuba fahami the writer's intention maksudnya cara penyampaian penulis tu dia marah ke dia bg pndpt ke dia kritik ke.

untuk soalan TRUE / FALSE pastikan dekat petikan kita boleh cari BUKTI.maksudnya kalu FALSE kita mmg jmpe n  garis dkt petikan maknanya mmg dkt petikan BERLAWANAN dgn soalan.
bgitu jgk kalau TRUE kita blh jmpe n garis dkt petikan mana tmpt yg mmg dia sebut mcm soalan sbut...
kalau NOT STATED plk..kita lgsung xjmpe dkt petikan psl tu..xleh garis lgsung sbb xjmpe.ok tu maknanya NOT STATED.

Tips mudah reading..try la baco buku READER DIGEST atau baca NEW STRAIT TIME...biar kita biasa dgn petikan yg bersifat akedemik atau penting....

ingat ye..untuk reading...biar cemar kertas..garis jwpn dkt petikan..baru nampak JELAS...

kesimpulannya...

💁🏻🙅🏻🙋🏻🙍🏻

SPEAKING : kecek sokmo jgn senyap bg contoh pgalaman atau isu semasa pun tak pe

READING : Gariskan jwpn dkt petikan

WRITING : faham format writing

linear 
non-linear

LISTENING : biasakan dgr n fhmkan percakapan dlm bhasa inggeris

(*p/s : Maaf kalau ada silap mana2 sbb semua nota saya dh bg dkt kwn dan semua yg di atas adalah 100% apa yg ada dalam kepala sy yg saya masih lg ingat..)

Sunday, 28 August 2016


This post is dedicated to gadis-gadis remaja out there.

Jujur aku cakap, sebelum ni..masa aku umur 18,19,20,21 memang aku sangat anti-social dalam erti kata yg sebenar, aku ni tak reti bergaul dengan orang-orang tua terutama yang pernah kenal aku masa aku kecik-kecik dulu.

why?
sebab aku benci ayat diorang bila jumpa aku,

"eh yang ni anak yang ke berapa?"
.
" amboi dh besar dh masa kecik dulu *sebut kisah2 zmn aku brhingus dulu"
.
"aik yang ni yang mana pulak?"
.
" eh lain lah yang ni tak macam adik beradik yang lain" (*sambil tengok aku atas bawah)

Yelah, mungkin dalam 13 org adik beradik ni aku yang paling buruk dan x warak n zuhud kot. huhuhuhuhuhuhuhu

part paling best bila aku habis skolah aku tolong mak aku meniaga nasik kt depan rumah, tiap kali makcik2 dtg beli nasik masyaAllah btapa fed up nya aku layan mulut diorang...

"yg ni ank yg mana"
"kenapa yg ni lain"

Frankly speaking, AKU BENCI SANGAT SANGAT SANGAT SITUASI TU.

Lama kelamaan aku msuk Universiti apa semua, ingat things will get better..mksudnya aku dari segi pencapaian khidupan tu sama la dgn kakak2 n abang2 aku...but things getting worst, org2 tua still lg duk buat2 tanya soalan yg annoying tu..dalam kepala aku
"mak cik kalau ye pun tak de modal nak bercakap cuba la tanya benda lain, tanya la aku study kt mana ke study apa ke.."

tp nk wat cmne org tua kan..kite senyum jela...

But then, i just realized that it is not my fault that i am not like the others...Think i'm fcvking ugly compared to the others? Just. go. die.

I'M IGNORING ALL THOSE NOISY BECOK MAKCIK.

Jadi, tiap kali org dtg kat rumah...aku duduk kt dapur je, buat air lps tu panggil abah suruh abah wat keluar air kt tetamu....lama kelamaan aku tak keluar bersalam dengan org2 yg dtg kat rumah..aku nyorokk je..meniaga pun lps kakak ipar aku amik alih dah ada pembantu aku x meniaga lg...cuma kalau aku keluar jemur kain even dah mnyorok akan dgr jgk la "tu anak ke,lain ye".

Sampai la satu ketika aku tak perasan yg dtg rumah aku ni mak saudara aku..maklumlah aku anak k 12 jd smua ibu dan bapa saudara aku dh tua, dan ada yg xtahu pun kwujudan aku ni hahaha..hari tu aku buat air mcm biasa dan bg kt abah...lps dh balik tetamu, mak aku dtg kt aku marah2..

"Apa perangai ni saly, mama marinah dtg lgsung x keluar tnjuk muka hah"

masa tu tgh lipat kain kt dpn tv, ya Allah cuak giler spnjg umur 20an mmg mak jrg sgt marah aku...

"kalau mcm ni. nanti saly nak kahwin besok, mcm mana nak mntak tolong org2 kg, sedara mara? nanti kenduri kahwin nnti tak ada org kg dtg bantu ringankan majlis."

At that moment, aku rasa....DUSHHH.

i'm crying my heart out.

Aku rasa mcm bodoh je apa aku buat...biar la apa org nak kata..it's just a words..bukan makcik2 tu baling gigi palsu diorang ats muka aku pun
.hati aku sepatutnya sado..bkn duk wat perangai x cantik mcm tu..aku ni anak dara spatutnya cuba brgaul ngn org2 tua...

Bila aku praktikal dekat Mahkamah dan handle makcik2 dkt kaunter...baru aku sedar mereka ni okay je..(err atau mungkin sbb diorang xknl aku kot. hahaha.jht nau shaiton ni still nk hasut aku)

masa kat tmpt kerja tu, ramai makcik yg mengadu nk bercerai..yg nangis dpn aku..yg pgg tgn aku...yg tnjuk lebam2 kt bdn...aku layankan smuanya..pekerja mmg dh x trlayan tp sbb aku fkir 4 bulan je pgalaman ni so aku hadap smua keluh kesah makcik pakcik yg ada mslh rmh tgga, yg nak uruskan harta pusaka...aku rasa seronok pulak...

Lepas tu, aku cuba applied di rumah...masa tetamu dtg, aku intai dlu celah lgsir kalau prempuan je..lps buat air aku trus bwk dulang air smpai k ruang tamu..tp kalau tetamu lelaki aku pggil abah la...pastu aku salam n brbual skit bila dia tnye "ank yg k brapa, knpe lain dri yg lain" mak aku trus jwb "memang lah lain tak kan nak sama ngn yg lain kalau cmtu namanya kembar"
aku senyum je..hehehe

Sekarang aku dah boleh handle smua ni...sbb aku pun nnti nak kahwin kan hohohoho (*org pn xhendak saly oiii) aku kena layan makcik2 ni elok2 yela nnti majlis kenduri aku..sape nk tlong kakak2 n abang2 xpe ada adik leh bntu..aku ni nanti kawin xtau la kan sape nk tlong..org lain ada life dan komitmen msing2..nampaknya aku kena tlong diri sendiri la kot dan of course makcik2 kt kg kena dtg tlong jgk hahhaha

Apa-apa pun..buat gadis2 remanja kt luar sana...cuba la berubah perlahan2..kita mmg rasa mympah nk lyn tetamu mak atau abah kita kan haha mklumla org tua...tp kita kena igt nnti masa kawin atau masa meninggal dunia nnti golongan veteran ni la yg tlong kita....org muda ni kbyakannya selfie dan melango je keje hehe...jgn maraaa naa..

Wahai mak cik-mak cik dan juga gadis-gadis di luar sana, betul...Kadang- kadang, tanpa kita sedari. Kita telah menyakiti hati orang lain. Mungkin dari segi kelakuan kita, dari cara kita berkomunikasi, dari cara kita melayani mereka. Kita fikir, ahhhhhh...dia ni ni sensitif sangat...ahhhh...dia mlut laser nya..ahh biarkan ah die...asalkan aku bahagia. Namun kita tidak tahu, mungkin disebalik kebahagiaan kita, kesenangan kita, datangnya dari doa orang tersebut. Kesihatan yang kita perolehi, didoakan oleh orang tersebut. Yang kita anggap dia sebagai penyebok, mungkin yang kita benci. Ingatlah, Allah menjadikan setiap manusia mempunyai hati dan perasaan, jangan nanti Allah menarik nikmat- nikmat yang kita ada. Sebabnya kita tidak menjaga hubungan sesama manusia.

Last but no least,
jom kita sama2 melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Be kind to the others and let Allah do the rest.

حبل من الله، و حبل من الناس

Kalau nak jadi ahli syurga...
Sentiasalah jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia...

#TidakSempurnaSedangBerubahKeArahLebihBaik
#BacaDanKomenYgBaikBaikSahaj
#ShareKalauBermanfaat


Sempena bermulanya pengajian buat adik-adik baru terutamanya junior-junior USIM,

kak oly nak bagi tips special untuk engkorang. 

Kalau ko tak baca sampai habis, ko jangan nak menyampuk ye..kak oly jentik dahi jendol ko japgi.

1. Sepatutnya masa minggu orientasi tu, ko kena cepat2 cari dan kumpul kawan sebanyak yg mungkin...bukannya ko duduk bertempekk je dgn kwn skolah ko. kak oly dlu smngat perkauman tu terlebih kuat..haha berapa row krusi tu semua geng hakak...maklumlah USIM tu skolah no.2 Maahad Saniah. wakaka dan masa awal2 tu ko kwn la ngn kwn kpada kwn kau. kawan baru kau tu akan ada banyak kegunaannya nanti. kikiki 😎

2. Bila dah dpt jadual kuliah n kelas, salin la jadual tu elok2 senang ko nk set masa nnti jgn jd mcm kak oly, asyik tggu nk copy member punye je kah3 tp ko jangan nk menunjuk sgt dkt org ko punye jadual tu kang xpsl2 ko jadi tukang informer kelas hari ni kat bts 1.2 kuliah kjp lg Family Law. hahaha penadddd. 😰

3. Dalam kuliah biasanya first impression mmg budak2 duk dpn semua geng2 sivik bergetarrr yg blkg2 geng gile-gile...tp sbnrnya lps 4 tahun kak oly peratikan, tu la assumption bingai skali..hoi ramai je best scorer yg duduk brisan blakang. conclusionnya, depan ke blkang ke  bukan satu isu..kalo ko duduk kat depan skali tp ko duk scroll ig pstu buat taik mata dari awal smpai hbis kuliah tak de maknanya dik oiiii..cuma xleh di nafikan la, kalau duduk depan focus dia lebih sikit..kt blkg main selfie selfok pn blh lg. haha kak oly awal semester and last semester duduk row dpn2..tgh2 sem dia noti sikit asyik keluar awl nk g partime tu yg duk blkg senang nk kuor. last sem tu timbul keinsafan trus duduk row dpn2 even sorang2. mmg nmpak la prubahan pointer hehe bitter truth. 😓

4. Dekat cafe plk mmg pukul 10 pagi hiruk pikuk ngn mnusia..satu je kak oly nk nasihat yg gemok yg terlebih tinggi ko jangan nak rasa hebat sgt mentang2 ko gedabakk ko suka hati tolak2 himpit2 org yg cononet kemetot ye!!! eh geram plk..member2 mmg xde yg kohajo cmni kbyakannya junior la nampak je makhluk comel mcm hakak ni ko trus rasa ko senior main tolakkk je nasib hakak x terlentang berbuih mlut tau.em jaga sikit adab dkt cafe tu. show some kindness la dkt org2 yg x berdaya. 😞

5. Library. mmg ko rasa benci nk pegi library sbb kena panjat bukit.kan kann...pstu smpai2 xde satu pun bahan2 tuk ko buat research brkaitan assignment ko..haha biaseeee. sbr je ye.nnti ko nak x nak kena pergi jgk ke UKM atau UIA. satu lg, bila ko free ko try la bwk buku2 jgn bwk laptop plk nnti ralit donlop Kdrama haha ko pi library..bertapa kt situ.best..cari tmpt xde org. kak oly byk kali jgk masa weekend g ngn kwn naik moto..tp g sorang2 jalan kaki naik bas lg best sbb kdg2 kita kena bljr hdup sndiri. best sgt masa tu..sbb awl sem jd xde assignment..hakak pegi untuk buat research psl thesis even bru sem brapa je haha lps tu hakak bwk skali buku lukisan..kirenya just santai2 study n wt bnda yg kita suka. you guys should try tau..cuma tu la ko jangan la jd mcm akak ni slalu jgk berangan jmpe jodoh dkt library, trlggar mamat hensem, terpgg buku yg sama dkt rak. hahaha ngokngek. come on la, tu dlm drama blh la.hehe in real life ko jmpe yg pakai sluar ats pusat rmbut belah tgh kjp jeling kjp syum. tu je la dikkk nonn oi. 😒 tp kalau ko kena usya ngn foreigner student from nigeria, ko pndai2 la hdap hakak xnk ingat memori2 tu. 😱😂

6. PKP. Pusat Keusahawanan Pelajar. buat junior2 perempuan. tolonglah jangan selfish sgt ko gi study atau disscusion kt situ please la..tmpat duduk dan meja terhad tu satu hal, ni adik2 junior LELAKI nak gi beli mknn kt pkp pun segan. xboleh la cmtu girls...tolerate sikit. budak2 lelaki pun nk jgk beli cucuk-cucuk, makan nasik air dkt pkp tu..kalau engkorang dah conquer tmpt tu smpai last year la dorang xmerasa nikmat CUCUK-CUCUK dan NASIK AIR pkp tau. makan sembang sikit then blah..xyah wat ketupat lama sgt, bg ruang untuk org lain plk. tau? 😘

7. MESIN ATM. cam biasa awal2 dpt ptptn mmg q akan pnjg berjela2...yg tu mmg sorry not sorry xde toleransi dh.haha cuma nk bgtahu yg hari2 biasa bila adik2 perempuan nk amik duit...

contoh nisbahnya, 
PEREMPUAN 9 org, 
LELAKI 1 org.

tolak ansur la sikit kesian dia..apa slhnya bg dia gi dulu ko xkesian tgk muka canggung awkward dia tu.tertunduk2.haha.kalau xkesian kt dia, ko kesian la dkt kwn2 dia yg tgh tggu dia kt sebelah kanan dpn pntu tu 😂

8. USRAH. haha ape ko ingat UM, UIA je ada geng USRAH, JEMAAH..? Usim ada jgk..hehe tu bergantung la jemaah apa ko join..tp asalkan bertunjangkan akidah AhlulSunnahWalJamaah persilakanlah...jgn ko g join jemaah Syiah, Wahabi plk dik oi..ada juga Usrah yg biase je yg skdar perkongsian ilmu.yg tu kalau nnti ada panggilan n text jemputan..ko pegi la dik..jangan la jadik mcm kak oly ni..
10 kali usrah, 10 kali akak tak pegi. hahaha alasannya? settle urusan pinjaman dan busy ngn partime job. rasa kesian plk akak junior duk msej tp kak oly wat derk je.hmm 

9. Mula buat tabung. Awal semester ni xpyh la over sgt weekend je kalut sewa kreta gi enjoy smpai KLCC...dik, kak oly dulu tahun 4 g KLCC sesat. !! gi mana2 pun sesat. sbb apa? sbb jarang sangat gi jalan2 enjoy. dlm kpala otak hakak ni dari TAHUN 1 SAMPAI TAHUN 4 asyik pikir MACAM MANA AKU NAK CARI DUIT SAMPINGAN???? tu je diknon oi...malu smpai thp nanges dlm jamban kalau duit xckup trpaksa mntak duit ngn abah atau kakak2 n abg2. belajar la cari SIDEINCOME....skrg bnda hujung jari je.zmn akak aritu x celik IT sgt pasaitu kerja mcm2 nk cover pnjaman n yuran yg mahal nak mam tu...

Potong rambut kwn2
Jaga gerai org dkt PKP
Jual tudung terpakai
Kerja sambilan kat PKP ada je gab antara kuliah n kelas terus berlari ke sana
Bukak gerai jual jagung manis masa mggu orientasi junior
Jaga kiosk dkt GIANT dari pagi sampai malam
Bukak Salon & Spa
Jual kerepek & meggi

Akak buat semua bnda dik..sbb apa? sbb orang xtahu kondisi kita..org nmpak kita happy je, org yg dk jauh x tahu perbezaan harga brgan n mknan dkt kg n tmpt kita...kita x boleh nk expect org akan support kita smpai 4 tahun..kita yg kena stand on our own two feets.

Belajar kerja bwh org, dpt didik tahap disiplin kita.
Belajar berniaga, dpt asah marketing planning kita.

10. Last but not least.SIKAP DAN SIFAT.

Masa bljar la kau akan hadap mcm2 jenis ragam manusia. Lecturers, Kawan sekuliah, Kawan Sekelas even Staffs kakitangan dkt USIM. Hadapilah dgn bijak...kak oly xleh komen byk sgt part ni sbb risau jd murung 3 hari 3 malam. huhu.

Cuma hakak blh ckp, itu semua LUMRAH dan jadikan smua masalah yg dtg dari manusia skeliling sbgai 1 batu loncatan untuk kita menjadi manusia yg lebih berguna di masa hadapan. handle dgn bijak...ingat, kalau rasa down atau sedih....tekapkan tgn di dada, rasakan denyut jantung, lafazkan Innallaha ma'a Ssobirin. Dah..lap air mata tu..Allah ada dgn kau,dik. hakak pun ada ni, ko save je no. akak kalau ko perlukan someone kak olly ade je tau?tauu?tauuu?

SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG BERGUNA BUAT AGAMA,DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA, DAN BANGSA.

p/s : Inshaallah kita jumpa nanti Hari Konvokesyen hakak bulan 11 ni tau.
Semoga Panjang Umur ??

#TipsMasukU
#USIM
#USIMterusMaju

Thursday, 11 February 2016

PENGALAM YANG MENDEWASAKAN



 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..............” 
Surah al-Baqarah Ayat 286

********
Sejajar dengan umur aku yg makin menginjak kealam dewasa, aku mula diuji dengan pelbagai dugaan.
Tahun aku mengambil SPM merupakan PERMULAANnya, aku merupakan seorang pelajar dan sahabat yang mendapat ‘high expectation’ dari ramai orang.

Memang tidak dinafikan, jauh disudut hati aku, walaupun aku tak pernah memberitahu sesiapa tapi aku sememamngnya mengharapkan 10A untuk SPM. Selepas berpenat lelah dan berusaha sedaya mungkin, itulah kali pertama dalam hidup aku, aku berani meletakkan harapan setinggi itu.

“Bila terbang terlalu tinggi.....kesakitan yang dialami saat terjatuh ke bumi...perit ..perit teramat”

Dan bila keputusan peperiksaan keluar, result aku tak seperti yg aku harapkan dan impikan.
Aku dapat 3A+ dan selebihnya B+.
H.A.M.P.I.R  

Kau tahu tak perasaan saat melihat result kawan-kawan kau yang dapat 10A- ? kau rasa hati kau hancur berkecai...kau rasa tak adil kau rasa kecewa..kau tahu masa tu perasaan semua bercampur–gaul...

kau bukan tak bersyukur tapi kau sakit bila ditikam bertalu-talu oleh manusia sekeliling kau.
Kau bayangkan bila kau dan kawan kau sedang menangis sambil memegang keputusan peperiksaan masing-masing.

Lalu datang seorang cikgu didepan kau dan kawan kau..
“dah-dah cepat senyum *nama kawan kau*, meh cikgu amik gambar...xpe la air mata kegembiraan kan..dapat 10A...”
Didepan kau.
Berkata-kata demikian.
Didepan kau.

Lalu kau bayangkan lagi, saat kawan-kawan sekelas kau datang menghampiri kau bersama muka yg penuh kebahagiaan..
“Weehhh..kau pun 10A mcm kitorang gak kan...!!! “
Pejam mata.
Gigit bibir.
Kau biarkan air mata tu...

Peritnya rasa ini ya Allah...

Masa tu aku tak bercakap dengan sesiapa..aku berjalan kearah cikgu kesayangan aku yg sedang mengedarkan slip keputusan.


“cikgu..cikgu..saya minta maaf..saya x dapat...saya xberjaya dptkan 10A tu..”
Masa tu jugak aku rebah terduduk sebelah dia...semua orang dalam dewan terkejut..aku dah tak peduli lagi dengan kata-kata orang lain.
“Eh kenapa tu, dia gagal ke...”
“Dia xlulus ke eh?”
Tak de orang faham apa aku rasa......HARAPAN. yg dah hancur.

Masa aku terduduk sambil menekup muka...cikgu aku cepat-cepat tarik aku mendekat dengannya..
“sayang, jangan mcm ni...keputusan kamu dah strong sgt ni...tgok B pun B+...tak pe la tak A pun tapi result awak dah kuat dah ni...” 

aku menangis memang dah mcm apa dah masa tu..tersedu-sedu..

Aku masih dapat rasakan sampai sekarang usapan tgn nya di bahu aku...

Aku pulang kerumah..semua orang bertanyakan result aku...aku mendiamkan diri masuk kedalam bilik. Aku menangis lagi dan lagi...bila semua orang dah tak kelihatan aku keluar aku letak slip aku di atas meja...tak de sorang pun family aku tegur aku pasal tu...aku menyendiri.

Aku menangis berhari-hari..aku tak makan..aku tak minum...aku berbaring sambil menangis dan aku ingat lagi masa tu atas katil aku nangis sambil beristighfar ( sebab aku risau aku kena rasuk sbb menangis terlalu lama)

Tamparan yang mengena aku tersangatlah kuat. Aku tak mampu hadap semua tu. Aku hanya berbaring dan menangis...dan menangis...aku menulis diatas kertas meluahkan rasa kecewa aku...
(Sekarang pun aku masih lagi menangis kerana aku membayangkan balik situasi aku ketika itu...Bila aku terjumpa balik kertas-kertas yang aku luahkan perasaan aku...betapa sebaknya aku rasakan..)

Sampailah satu ketika...aku tersedar dari tidur selepas menangis terlalu lama...aku terlihat sebuah buku disebelah aku...dan aku ternampak kelibat ayah aku keluar dari bilik aku..

Buku motivasi.
Buku yang membina semula semangat yang telah lari dari tubuh aku.

Malam tu aku bangun malam, aku solat taubat dan sebagainya..aku menangis sepuas hati aku atas sejadah tu..aku nangis betul-betul...aku fikir mungkin ada yang x beres dgn hubungan aku dgn Dia (ALLAH) atau hubungan aku dengan FAMILY atau hubungan dengan Sesiapa sahaja..mungkin Allah nk tegur aku...aku sejukkan hati aku sendiri..aku dah tak de kawan-kawan yang nak pujuk aku...keluarga aku,aku malu...aku mengadu semahunya pada DIA yang maha mendengar....

Aku bangkit semula...Aku dan sahabatku sememangnya meneruskan pengajian ke tingkatan 6 bawah.
Aku kembali ke sekolah dengan azam baru aku kuatkan diri aku bila seorang demi seorang sahabat aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.

Dan tibalah saat aku juga menerima tawaran ke IPT tapi aku kurang bernasib baik kerana kawan-kawanku dapat melanjutkan pelajaran untuk Matrikulasi namun aku mendapat tawaran untuk Diploma.
Aku kaget sekali lagi bila kawan-kawan aku yang gagal mendapatkan tawaran dibenarkan untuk membuat rayuan sedangkan aku tak dapat membuat sebarang rayuan kecuali keputusan terima atau tolak sahaja...aku didalam dilemma...keluargaku membantah aku ke IPT tersebut kerana katanya membazirkan umur untuk diploma.Semua menyuruhku mengambil tingkatan 6 bawah atau Sijil  Tinggi Agama selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah. Aku menangis lagi dan terpaksa akur. Aku tolak tawaran IPT tersebut.

Aku menyambut salam selamat tinggal daripada kawan-kawan aku.

Hari pertama tanpa sahabat-sahabat yang selalu bersama aku.
Meja kiri dan kanan kosong, orang dibelakang enggan berpisah atau naik ke depan.
Hari seterusnya...jadual berubah dan tiada seorang pun memberitahu aku....
Kau bayangkan keadaan masa tu...
Kiri dan kanan kosong.
Buku tiada bersama aku.
Walaupun aku berkecil hati dengan kawan-kawan sekelas aku...aku sabarkan hati...tak pe ini baru sedikit....

Aku melalui koperasi sekolah untuk menuju ke kantin...dan masa tu lah...
“Hoi..kesiannya jalan sorang-sorang...tak dapat masuk U ke..haha kawan-kawannya semua dah pergi tinggalkan dia..hahahhahahah”
 Abang-abang tingkatan 6 atas mengherdik aku..
Adik-adik yang tidak tahu hujung pangkal terus memandang kearah aku dengan muka yang.....ah biarkanlah.aku tak mahu ingat.

Sejak itu...bila rehat, aku tidak makan dikantin..aku makan didalam kelas sahaja...aku tidak minum air sebab risau nanti perlu ke tandas seorang diri pula..

Aku pernah dibaling anak ayam yg sudah mati oleh budak-budak lelaki....

Dan bila waktu pulang...aku tidak tergesa-gesa pulang ke rumah..kerana aku risau bertemu pelajar-pelajar lain...

Mungkin disebabkan aku dikenali ramai jadi kemana sahaja aku pergi akan ada yang menegur, aku benci bila ditanya soalan yang sudah diketahui jawapannya.

“Ya, Aku masih disini. Aku tidak masuk U, aku ditinggalkan kawan-kawan aku. kenapa? Apa kau peduli?Aku mendapat tawaran IPT tapi aku yang menolaknya..kau tahu itu? Kau tak tahu. Kau fikir aku terkandas disini kerana aku bodoh dan gagal dan sial? Kau lah yang sial sebenarnya.!!!!!! “

Senyum..masih lagi senyum. Semuanya hanya berkisar didalam kepala sahaja.Biarkanlah mereka..
Bila waktu pulang, aku berada didalam kelas berseorangan..aku mengulang kaji pelajaran...aku hafal apa yang perlu dan aku membuat latihan...bila sudah tiada orang didalam kawasan sekolah..aku akan balik ke rumah..berjalan seorang diri...aku tak suka bila pelajar2 lain memandang aku...kerana sebelum ini aku tidak pernah bersendirian...

Berbulan-bulan aku begitu....
Aku tahan diri pergi kantin, tandas, koperasi, bilik guru yang aku selalu lepak..dan pulang bila sudah tiada orang disekolah.
Seksa tiada siapa yang tahu.

Selepas pertengahan tahun, keputusan aku agak memberangsangkan dan aku dinaikkan ke kelas pertama.disitulah aku menemui sahabat baru yg senasib dengan aku.Aku dikelilingi manusia yang berfikiran positif dan membantu aku.Tiada lagi mereka yang mendiamkan diri bila jadual bertukar dan tiada lagi orang yang enggan duduk semeja dengan aku..kami semua belajar bersama-sama dalam suasana yang harmoni.

Selepas itulah..aku cuba menjejakkan kaki keluar kelas..aku masih lagi ingat perasaan itu...aku berpimpinan tangan dengan sahabat aku..dia mengajak aku menemaninya ke kantin...aku terkejut melihat cat-cat baru di bangunan...ya Allah betapa lamanya aku terperap didalam kelas dan keluar dari kelas balik ke rumah tergesa-gesa....

Aku rasa mahu menangis saat itu. Aku pegang kejap tangan sahabat aku.
Terima Kasih ‘Rama-Rama’.

Aku bahagia menjalani hari-hariku dengan normal...seperti dulu.Aku dah tak peduli lagi akan mereka-mereka yang menyisihkan aku dulu. Dan orang yang meninggalkan aku tak pernah tahu akan seksaan yang aku terima.

Sehinggalah saat aku ke pejabat sekolah menemani kawan aku..tiba-tiba seorang guru menegur aku dengan muka kaget.. 

“heyy kamu ada lagi rupanya..saya ingat kamu dah masuk U..”

Aku terdiam. Mata aku langsung tidak berkedip...
Tanpa sempat aku menjawab...seorang lagi cikgu yang rapat dengan aku menjawab,

“Ya, dia ada lagi...dia sayang nak tinggal sekolah ni dan dia nak ambil sijil tinggi agama disini. “ katanya sambil tersenyum kearah aku...

Teacher selalu menenangkan aku ketika aku didalam situasi yang kronik begini.
Thank you so much teacher Ros.

Hari-hari berlalu seperti biasa dan aku masih lagi berusaha membina balik keyakinan diri aku dan semangat aku...

Keputusan peperiksaan keluar dan keputusan aku memuaskan aku.(mungkin aku sudah belaajr bersyukur aku dah tak fikir lagi keputusan org lain aku hanya gembira dan bersyukur)
Sambil menunggu keputusan rasmi IPT aku menerima tawaran dari  satu Kolej Islamik...Kawan aku memujukku untuk kesana..aku juga mahu kesana kerana aku risau aku tidak berjaya mendapat tawaran ke IPT..atau aku dapat IPT  yg keluarga aku tak suka..
Aku memberitahu kedua ibu bapa ku..mereka bersetuju sahaja..aku meyiapkan segala dokumen dan barang-barang untuk ke sana. 

Masa itulah aku rebah sekali lagi bila orang yang agak penting dalam hidup aku menghubungiku memarahi aku, mengugutku tidak mahu memberikan sokongan kewangan.Dia tak mahu aku ke kolej tunggu sahaja tawaran U...Aku menangis tersedu-sedan. 

Aku tiada sesiapa untuk bertanyakan pendapat aku tak mahu menceritakan hal ini kepada ibubapa aku kerana risau mereka berkecil hati, aku berjalan hampir setengah jam di tengah panas terik..ke cybercafé aku menulis didlam blog aku sambil menangis..dan aku masih ingat seorang budak menegur aku kenapa menangis.

Aku sedih bila orang yang rapat denganku berkata-kata begitu.

Selepas beberapa  hari, aku berdamai dengan dia dan aku mengikuti katanya untuk tidak ke kolej tersebut.
Tak pe lah mungkin itu yang terbaik..
Selepas beberapa bulan sampailah keputusan kepada aku.
Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT yang sama dengan sahabat-sahabat malah berada ditahun yang sama.

Aku tidak pernah mempunyai KAWAN BAIK atau BFF  kerana aku percaya bahawa tiada manusia akan kekal bersama kita selama-lamanya.

Manusia datang dan pergi...awal pengajianku aku selalu menangis kerana dipinggirkan sahabat-sahabat aku sendiri..mereka yang pernah berjanji akan berjuang bersama, memungkiri janji sendiri...tapi selepas itu.pelangi muncul...Allah mendatangkan beribu-ribu sahabat dari seluruh fakulti malah dari Universiti lain menggantikan mereka-mereka yang dahulu.

Sekarang demi perkara yang isa-sia...aku sudah tidak menangis lagi ...kalau awalnya aku membenci..sekarang tidak lagi..aku sudah lali..dan tiada perasaan apa pun yg tinggal dalam hati aku buat mereka-mereka yang pernah menyakiti aku...aku andaikan bahawa mereka tidak lagi wujud dalam hidup aku.

Aku meneruskan pengajian aku demi ijazah yang bakal membanggakan keluarga aku...aku bertungkus lumus belajar dan juga mencari kerja sampingan dan membuat apa sahaja yg boleh membantu aku dalam pengajian aku...

Alhamdulillah sekarang.....sudah hampir 4 tahun aku berjuang...aku bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pula.

Doakan agar latihan industri aku di salah sebuah mahkamah syariah berjalan lancar..
Jutaan terima kasih buat semua yang berada disisi aku dari dulu hingga sekarang.
Dilain masa aku akan terus kuat melawan dugaan yang mendatang...

Jadi, benarlah...Allah tak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.

 mereka-merekk ke aku kenapa menangis.
mpir setengah jam keLaaTahzanInnAllahaMa’ana~