Pages

Sunday, 23 February 2014

Easy To Forgive But Hard To Forget


Its unbelievable sem ni aku tak bagitahu sape-sape pun brapa pointer aku...
Xper aku xperlu pun nk share ngn sape-sape..
Mcm lah org peduli..
Cukup aku bersyukur sorang-sorang...
Bayar nazar...dan teruskan lagi usaha...

Tetibe aku teringat lelaki tu...
Dulu kami rapat....
Ye...dia mmg satu kuliah ngn aku..
Tapi dia superp sbb dia dh bljar sbelum we alls...
So, dia punye presentation n esaimen selalu dpt pujian....

Hari tu kami bergaduh...
Aku ngn kawan-kawan aku...
Adalah dlm 4 org...dan dia sorang....

Dia xpuas hati ngn kami masa buat kerja...
Padahal selama nie dia hanya mengarah..
Yela since dia lg bnyk pgalaman...
Kami tukang ikut je...

Dia mempersoalkan saat aku menyuruh nya menghargai penat lelah kawanku kerana kawanku yg itu telah banyak sekali menghabiskan masa dan tenaga demi projek itu...
Dia memberitau bahawa kenapa kami tak minta pertolongan dari dia kalau tak reti nak buat kerja...
Aku membalas..
macam mana kami tergamak nak minta bantuannya??
Baru sahaja bertemu mata...
dia terus menerus memberitahu jadual nya yg padat..
betapa penat nye dia kehulur ke hilir....
kami mempertimbangkan situasi dia....

Masih segar dlm ingatanku...
Tergamak dia mesej ngn aku bahasa kan 'aku'..'ko'...

Tergamak dia mengata kami semua dekat fb...
Cakap kami main-main buat kerja.,
Even rmai yg komen memihak kpda kami..
Tp hati kami hancur...2 org sahabat aku nangis..
Aku cuba bertahan sambil reply msej dia,.aku still bahasakan 'awak' .. 'saya'.. 'awak'...
Kami semua masa tu puasa tp kawan ku yg tu tidak mampu nak berbuka bersama-sama kerana dia tidak dapat mnahan air mata nya dari menitis...

Dan yang paling aku tak mampu nak lupakan ialah....
saat dia menghina aku.
silap aku kerana dulu masa semester satu aku pernah memberitahunya pointer aku berapa...
memang tak leh lawan la ngn pointer dia tu...

masa kami sdg berbalas sms tu....

 dia ckp sampai bila2 pun pointer aku xkan naik

Allah...aku seolah ditusuk sembilu...dulu dia yg mmberi kata motivasi.

seorang kawan tergamak dia...

selepas beberapa hari,kami semua berdiam diri...
kami meneruskan projek sesama kami sahaja.

tak lama kemaudian dua org shabatku itu kelihatan mesra dgn nya...aku memang tabik sbb mereka hebat...

Aku agak susah melupakan smua yg berlaku memandangkan aku yg bermesej ngn dia...aku tak bertegur sapa dgnnya...dia mula me.manggilku shafiqah..tp since aku tak biasa jd aku xmenjawab pun...selepas itu dia kembali memanggil sally...aku menurut sahaja apa yg dia suruh kerana aku seorang je dlm 4 org kwn k yg satu kumpulan dgnnya....aku harus professional dan tidak boleh mengikut emosi..

memandangkan subject itu adalah subject kesukaan ku semua nya sangat memberangsangkan...markah untuk midterm aku tertinggi dan presentation kami dipuji..alhamdulillah...aku syukur...

selepas itu aku berfikir...aku maafkan dia walaupun dia tak pernah melafazkan ucapan maaf....
bila berjumpa dia menegur..aku senyum...

tapi benarlah kata orang....memaafkan itu mudah tapi untuk melupakan apa yg sudah berlaku..ianya termaat perit dan sukar.

Saturday, 22 February 2014

I notice everything, I just act like I don't...

Assalamualaikum readers....

yeah..long time no see...

I'm just feeling not well recently...
I've to think twice if I wanna go out and grab  something to eat....
I don't really have a lot of money that can ensure will stay safely in my purse until this 28th...

it's hard because every new semester come, there will always be a problem with my loan...
Well....it should be in my bimb since the first week of my new semester.

Nevermind....

Let's say..if today I'm having my rameen so tomorrow nasi bujang will be my great dinner since I just eat once a day.

Yupp..Sometimes it's hurt deep inside being like this...but I keep telling myself...my situation is nothing to compare with others...somebody might drink a milk from a dog today....but anybody cares? No one !!!

then I told myself....

Just smile..Allah with me and He will never leave me alone even my own friends did that to me....Allah will never burdening His servant with a big difficulties that we can't take it...As my mom said....I have her... she still alive so don't worry cause herself will keep supporting me...

There's a bunch of people keep judging my life....they love to talk at my back....keep complaining and comparing their life with my life..

I notice everything, I just act like I don't...

and one more thing that really frustrating enough was..

Why she keep doing this to me....????

We never talk until she wanna something from me....am I a doll...? Am I your 'taik idung'?

The other friend already told me that you will keep doing this...but I wouldn't care because I thought this time you really appreciate what ive done....I don't need your thank you or anything but i i want you to remember me not even in your difficulties but in your everyday life...

How could you did this..

you find if you want then you leave after you've done.

I notice everything, I just act like I don't...

I don't wanna cry for this...you are absolutely not worth to it.

please....stop torturing my feeling....stop find me in your complicated situation...stop leaving me....stop using me....

could we be like before....?

I don't hate you for using me for your own....I just felt so sad cause why we end up like this....

you just text me if you want me as if there's no one with you.

stop doing that...I'm tired of this fake relationship...please im begging you lets be a good friend in the future....I wanna start all over....I don't wanna feel horrible if my family asking about my friends..

I will wait for you to see how much I love you and I hope our childhood memory will bring our happiness back....like before.


****

*the moment that you want someone to read this and hopefully they will understand your feeling and you will get back....but unfortunately there's somebody else that put their ownself to be the characters in my entry...it is frustrating.



Thursday, 23 January 2014

7 azab yang dilihat pengali kubur


7 azab yang dilihat pengali kubur

 Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,” Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi. Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.” Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah. Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Wednesday, 1 January 2014

Leaving

Hi guys, this is a really really random and emotional post so you don't have to read this. I just need to let some of my feelings out.

There's this constant pattern in my life which I've just noticed. There will be a person (no matter it's a girl or a boy) that will get to know me and I'll be comfortable enough with them and have the need to talk with them 24/7 and I'll be very mad when someone else trying to be close with them. I feel angry because I know they are capable of taking him/her away from me, like they are more fun to be around with more than me. Yes, I'm a very jealous person, no matter if it's a guy or a girl (no homo though). And the more I spend time with my new "close friend", I feel like I'm being annoying you know like I want to spend time with them ALL THE TIME. I want to talk to them, I want to see them, I want to tweet them and blablabla. And I feel like they're getting irritated by me you know but they kept it to themselves because I feel like they don't want to hurt my feelings. And I noticed how they laugh more and be more happy with their other friends than me. And I'll get mad. And they'll think I'm annoying because I'm so over-protective and I don't want them to talk to anyone else. I have a lot of best friends before when I was 14 until now, and my past best friends, well let's just say we're not more than acquaintance now. I noticed that they are annoyed by me. And they always have fun without me. It's like I can't make them happy and I'm not a good friend. And then, they will step back very slowly without me noticing and then we just stop talking just like that *snaps finger* I just want to say sorry that I'm not the friend you expect me to be. I just hope one day I will find someone who will stick around for a very long time :(

cc: Asyura Alya

Tuesday, 31 December 2013

PENGHORMATAN ISTIMEWA/Special Tribute - Tok Guru Nik Aziz Dengan Iringan...

Assalamualaikum.....Apa khabar semua....saya dah start final hari nie...alhamdulillah.so far so good...

Dah masuk 2014 kan...

herm..sebenarnya,,, xtahu nak cakap apa sbgai mukaddimah...

tujuan utama post nie ditulis just nak share video nie....saya nangis tengok video ni tambah pula lagu yg mengiringi lagu nie,,sangat menyentuh jiwa saya...

Air mata pun blum kering di pipi...saya terfikir kan abah di kampung...



https://www.youtube.com/watch?v=fd7UKdGYGMw



sebenarnya,
saya sangat keliru....
rahsia nie...bukan rahsia sebenarnya,
saya takut,
saya tak tahu yg mana hakiki dan yang mana bathil....

Ya Allah...tolonglah ya Allah...tunjukkanlah kebenaranmu...

Siapa dia...yang,, 'sebenar-benarnya di sisi MU'...

Allah...aku takut,,,aku bingung....

Wednesday, 18 December 2013

Sebenarnya........







Saya ada simpan hati pada orang,
dia tak tahu
kenapa saya tulis ni?
bukan untuk dia tahu.

tapi untuk siapa yang terbaca.
bila ada hati pada orang,
lebih baik simpan dan doa
luah pada tiba masanya, yakni betul-betul masanya.

kerana takut, bila ‘perkenalan’ awal
rindu pada dia mengatasi rindu pada tuhan

takut hilang dia kalau tak luahkan?
jangan takut, jodoh sudah tertulis,
kalau bukan dia, ade yang lebih baik.

saya hanya orang biasa,
yang berusaha menjadi baik.
doakan saya.

perkenalan sesudah nikah lebih indah..

Saturday, 14 December 2013

Kisah Anak Seorang Tabligh

Kisah Benar dari Anak Seorang Tabligh. Bacalah kisah yang dicoretkan anak si mati ini. Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya.

________________________

Kisah Anak Seorang Tabligh

Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah." -awinda al habsyi-