Pages

Monday, 4 November 2013

Peristiwa Itu...





Selepas selesai solat subuh….kawan ku,Muhamad Akram Syed Ali menelefonku..sedang kami berbual-bual..tiba-tiba....kedengaran sahabatnya juga sahabatku,Ikhwan Sabri melafazkan kalimah ‘innalillahiwainnailaihiroji’un’…aku lantas bertanyakan Akram...musibah apakah yg menimpa…aku menggesanya agar memberitahuku…jantungku mula berdegup…kencang.aku semacam dapat menghidu sesuatu yg buruk tlh berlaku..lalu akram memberitahuku bahawa ABAH salah seorang sahabat nya,Baihaqi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..bulu romaku tegak berdiri..jantung ku seolah berhenti berdetak…dunia seakan berhenti bila dia menyebut “ABAH POK KI” .. itu bermakna “ABAH MIZE” sahabat baikku sendiri.. !!!!! baihaqi / lebih dikenali sebagai abe / pok ki adalah abang kepada sahabat ku,Hamiezan...masyaallah.!! ujian apakah ini?! 




Aku beristighfar .bibirku bergetar..aku takut..
Tanpa mampu berbuat apa-apa.aku terus memutuskan talian.dan terjun dari katil tingkat atasku.. aku mencapai telefon lalu menelefon sahabatku itu..allahuakbar.aku hanya mendengar dia menyebut ‘ely.!’..selebihnya hanya tangisan dan esakannya yang kedengaran..aku bertanyakan nombor biliknya..dia tidak mampu lagi berbicara.tiba-tiba seseorang mungkin sahabatnya Ana..memberitahuku nombor biliknya.aku mengajak roommate ku,Na untuk menemaniku kesana..jelas diwajahnya juga kelihatan sangat terkejut dengan berita itu.

Setibanya aku dibilik sahabatku itu,aku melihat dia duduk berlunjur sambil dikelilingi housemate nya..Ana,sahabat nya juga ada kerana malam itu Ana bermalam dirumahnya.
Tanpa berfikir apa-apa..aku segera mendekati sahabatku itu menariknya ke dalam pelukanku..die menangis sekuat hatinya…telefon yang bordering dicampaknya..aku menarik nafas ku…panjang…

Allahurobbi…..berat sungguh ujianmu..

 

Aku berusaha sekuat mungkin untuk memastikan suara esakanku kedengaran ditelinganya…air mata aku laju mengalir..bibirku diketap sekuat mungkin...aku tidak akan menunjukkan bahawa aku juga sepertinya…lemah tidak mampu menerima tamparan ini..
 
“abah..abah..nak abah..nak abah…”

dia menangis..meraung.. memanggil abahnya…tangannya menampar-nampar belakangku…hatiku hancur melihat keadaan itu...aku berselawat..aku menyeru nama Rabb ku..aku bisikkan ke telinga sahabatku..
“jangan begini mize,jangan ikutkan kata-kata syaitan..dia menghasutmu agar tidak redha dengan qadha qadha Allah”

Semua housematenya menangis melihat keadaan kami…


Aku terus berselawat dan memohon pertolongan dari-Nya..aku insan biasa juga lemah tidak berdaya…aku mohon kekuatan dari-Nya untuk menenangkan sahabat baikku…

“Abe?!”

Aku melepaskan pelukan perlahan-lahan…Ana mengambil alih menenangkan sahabatku….aku capai telefonku..aku kaget kerana Akram dan Ikhwan belum dapat menghubungi Abe..Abe berada dirumah sewa sedang mereka berdua di hostel..aku menyuruh Akram dan Ikhwan kerumah sewa Abe..aku khuatir dia belum menerima berita ini atau masih lagi tidur…

 

Selang beberapa minit,Akram menelefonku..aku beredar ke beranda berdekatan bilik air...air mataku masih laju mengalir ke pipi…dia memberitahuku..bahawa Abe telah mengetahui berita itu dan sedang mengemas semua pakaiannya untuk kembali ke kampung…masih jelas ditelinga ku… “ly,mata Abe merah”…aku tanpa dapat berkata sepatah pun…teresak-esak sambil menggenggam erat telefonku..
Aku mengesat airmata ku…aku menarik nafas…aku harus kuat..demi sahabatku.

Housemate mize dan Ana memimpinnya masuk kebilik untuk mengemas semua keperluan…kami memujuknya…dia masih lagi menggeleng-geleng..memanggil abahnya...mengatakan bahawa abahnya ada dihospital..tiada apa-apa yg berlaku pada abahnya..Ya allah..hanya Allah yg tahu betapa hati aku jiwa aku perasaan aku…hancur..pedih…peritnya..aku melihat sahabatku sebegitu…

 

Aku mendekati mize…aku berbisik padanya..

“ze,kalau nak jumpa abah kene kuat,jom kita kemas baju..ye..?”

Baru sahaja dia menghampiri almari bajunya..die tiba-tiba hampir jatuh terjelepuk..mize hampir pengsan..! semua orang menangis…semua orang membawanya baring ke atas katil..dia meracau-racau…aku genggam erat tangannya..aku kesat air matanya…aku bisikkan kata-kata semangat dan syahadah ketelinganya…air mataku masih lagi setia mengalir…..Azie.salah seorang sahabat rapatnya datang..aku bangun perlahan-lahan…beredar ke luar…aku beristighfar…memohon keampunanNya..

Encu,salah seorang sahabat kami datang melihat keadaan mize….tiba-tiba aku mendengar jeritan mize dari dalam bilik dia…aku segera kesana..aku lihat tangannya terawang-awang…dia meracau-racau....dan dia menyatakan bahawa abahnya masih lagi ada dihospital..!! aku menutup mulutku..aku keluar dan menangis lagi..kuatkah aku demi dia?

Keluarganya adalah keluargaku…abahnya adalah abahku…uminya adalah umiku..abangnya adalah 
abangku..adik-adiknya juga adik-adikku..rumah nya merupakan rumah keduaku..dulu aku sering kerumahnya..bermalam disana…allah….masih terngiang-ngiang suara abahnya menegur Imah agar memanggilku dengan gelaran KAK saly…masih terngiang-ngiang suara abahnya mengejutkan kami solat subuh…masih terngiang-ngiang suara abahnya mengimamkan solat maghrib…

 

Aku..yang tiada pertalian darah dengan mereka semua merasakan peritnya ujian ini…apatah lagi mereka semua??Allahurobbi….

tiba-tiba telefon mize berdering…Ana menjawab panggilan…die memberiku telefon itu..aku kurang jelas semasa Ana memberitahuku siapa dihujung talian…aku menjawab panggilan itu…

Disebabkan aku mengenali semua adik-beradik mize  dan sanak saudaranya malah jiran tetangganya,keadaan itu memudahkan segala urusan..kerana situasi itu belum memungkinkan mize untuk berinteraksi dengan sesiapa…

Amnah,sepupunya menelefon mengucapkan takziah…kak chik,adik mize turut menelefon bertanyakan keadaan kakaknya…Epa,sepupu nya turut mengucapkan takziah..Along mize setahuku dia merupakan mak sepupu mize menelefon sekali lagi untuk mendapatkan nama penuh dan ic mize..aku segera memberikan apa yg dipinta…

selang beberapa minit…Alongnya menelefon lagi,dia telah tiba..dan berada diground floor…
mize…..aku melihat wajahnya..aku melihat kedukaannya..aku melihat kesedihannya..perlahan-lahan aku paut lengannya…aku genggam jemarinya…kami semua membawa nya turun bersama-sama..aku pimpin dia…tangannya sejuk…

Dari jauh kelihatan Alongnya…wajah itu….tak kan pernah aku lupa bagaimana reaksi muka nya…hanya dengan menatap wajah itu..air mataku kembali membasahi pipiku….laju..hangat… Mereka berpelukan…aku menggosok-gosok lembut belakang mize…aku hembuskan doa kebelakangnya..moga Allah berikanmu kekuatan sayang.
saat mize berada didalam kereta..sebelumnya beredar..aku mendekatinya…aku cium kedua belah pipinya..aku bisikkan padanya..agar dia berselawat berbanyak-banyak sepanjang perjalanan itu…

Kami semua beredar ke bilik masing-masing…telefonku tidak lepas dari genggamanku…aku menantikan berita darinya…

Sepanjang hari..aku tidak tenang..bila aku berseorangan…bila semua orang lena..aku menangis lagi dan lagi..aku membaca yaasin sambil menahan air mataku dari mengalir…sakitnya dadaku tuhan sahaja yg tahu…demi menenangkan perasaanku yg gundah gulana….acap kali aku menelefon mak dan abah ku dikampung….aku menelefon abangku yg paling rapat denganku,muhaimie...aku menelefon kak idah yg berada disabah…mereka semua menyuruhku agar bersabar dan kuat demi sahabatku itu…seluruh keluargaku sememangnya jelas akan keakraban kami…masakan tidak..sudah hampir 7 tahun aku bersahabat dengannya.TUJUH TAHUN!!! Didalam kamar ku dikampung..buka sahaja almari…laci…atas meja..hanya gambar kami berdua yg kelihatan…aku menyayanginya lebih dari yang dia tahu..aku menangis bila memikirkan apa yg berlaku…dugaan ini…semuanya sekelip mata.

Maha Besar Allah..bila Dia mengatakan ‘kun fayakun’..Jadilah..!!maka JAdilah..!

Setiap saat merupakan satu penyeksaan buatku…batin ku menjerit-jerit agar menghubunginya setia masa…pukul 2 pagi..pukul 6 pagi…pukul 3 petang…pukul 12 malam…setiap masa aku memikirkan keadaannya…

Bagaimana penerimaan umi,abe,kak chik,imah,pok mat,muslim,dan balqis..
Semuanya bermain-main dikepalaku..betapa aku mengasihi mereka semua….betapa aku kasihkan abah mereka…hanya Allah sahaja yg mengetahui.

Cuma satu yg aku sedar…Hikmah dari peristiwa menyayat hati ini……

 

Hubungan yg renggang dan hampir putus kembali berpaut.Semoga ianya kekal hingga ke Syurga nanti.

****
Duhai sahabat..janganlah dikau banyak bersedih kerana kadang kala sedih itu berasal dari rasa tidak dan kurang redha dengan ketentuan Allah.Sentiasalah ingat bahwa ujian itu tanda sayangnya Allah pada dirimu..




No comments: