Pages

Wednesday, 17 December 2014

Dunia Gadis Itu










Dunia Gadis Itu

Bagi gadis itu, semuanya biasa.
Mata-mata yang memandang sekadar memandang.
Meraka memandang kerana mereka fikir mata itu mata mereka,punya mereka,hak mereka.
Lalu mengapa tidak dijojolkan mata memandang kiri dan kanan.
Memandang tanpa rasa bersalah,
Menembusi ilusi dihadapan mata.
Itu mereka.
Mereka yang gemar meluaskan bola mata,gemar ­ mencelikkan pandangan.
Tak mahu-mahu meredupkan mata, merehatkan penglihatan atau merendahkan pandangan.

Bagi gadis itu, semuanya normal.
Mulut-mulut yang berbisik sekadar halwa telinga.
Kekanan berjemput kekiri menghindar.
Herot-berot bibir-bibir yang bercakap.
Basah lencun sifulan dihadapan.
Hebat benar mereka mengulas kata mentafsir itu menterjemah ini
Seumpamanya mengenali sejak kandungan sang ibu.
Begitu hebatnya mereka.
Mereka yang mana?
Mereka yang gemar berbisik,berbicara tanpa kerdipan mata walau sekali.

Gadis itu masih begitu.
Kaku.
Bibirnya tidak bicara walau sepatah kata.
Memerhati didalam diam sambil berfikir.
Kadang tanpa diundang tanpa dijemput penasaran itu muncul jua.
Sambil memandang pantulan diri dia bertanya dengan kerutan didahi
.
“ Begitu pelikkah aku dimata mereka sehingga mereka sering memandang dan berbisik?”

Ya,
Mungkin aku makhluk dari marikh sana.
Luar Biasa.





Sally Shafiqah Ibrahim
21:40pm
Khamis
16 disember 2014

No comments: