Show feelings,
get hurt.
Be faithful,
get cheated on.
Show love, get
left.
Be honest, get
lied to.
Ketahian apakah ini?
Selama 4 tahun kita kenal, berkali-kali kau perdajalkan aku.
Ohh..Lelaki yang gemar berfoya.
Memanglah semuanya celaka.
Dulu....ketika kau menggunakan
pelbagai cara untuk ‘tackle’ aku, habis seantero ‘pickup lines’ telah kau
cipta.
“Aduhai sayang...alangkah tidak
sabarnya aku ingin bertemu denganmu diatas pelamin cinta kita”
Masihkah kau ingat wahai buaya?
Aku ini umpama boneka bernyawa kau
perlakukan....
Saat kau bosan kau cari,
Saat kau jemu kau lari.
Kau berlagak umpama KAU KEPUNYAANKU SEORANG.
Kau berlagak umpama HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.
Hakikatnya?
Hakikatnya kau menyelam sambil meneguk air longkang loji perkumuhan!!!Pantaslah
dengan lelaki seperti engkau.Kurang cukup seorang.!!
Apakah tiada rasa bersalah didalam hatimu?
Aku begitu jelek mengingatkan saat kau mengajakku bertemu diatas
pelamin sedangkan kau sudah punya kekasih hati.
Berani-beraninya kau mempermainkan perasaan aku?
Seorang gadis yang belum pernah mengenal erti CINTA.
Seorang gadis yang memberanikan diri menyambut salam CINTA.
Tergamaknya dirimu wahai lelaki.
Aku ini anak perempuan yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh
bapaku.
Aku ini anak perempuan yang disayangi seluruh jiwa dan raga oleh
ibuku.
Engkau juga punya saudara perempuan,
Masakan kau tergamak memperlakukan aku sebegini?
Masakan kau tega menghancurkan hati aku seperti ini?
*******
PENULISAN PERTAMA
PENULISAN KEDUA
PENULISAN KETIGA
PENULISAN KETIGA
****
PENULISAN
KEEMPAT – 5 Mac 2015
Hampir
bertahun juga aku menyekat Zafril di laman social aku, namun aku hairan
bagaimana dia menemui nombor baru ku.Dia menghantar pesanan kepadaku meminta
alamat rumahku, katanya ingin menghantar sesuatu.Aku dengan endah tak endah
menghantar alamat asrama aku.
Beberapa
hari kemudian, aku menerima satu bungkusan dari satu Online Shop, ya dress yang
berwarna green emerald tersangatlah cantik.
Wow,
aku dengan muka tak malu mencuba pakaian itu.Semua kawanku mengatakan dress itu
begitu ‘stunning’.
Dia
mengatakan itu tanda dia memohon maaf dan katanya sudah laam dia ingin memberi
hadiah buatku.Aku mengucapkan terima kasih buat susah-susah sahaja.
Dalam
hati aku, baguslah nanti bagilah lagi.hahahha sebenci-benci aku padanya aku tak
kisah menerima pemberiannya.Hati aku juga yang senang.
Aku
meminjam gambar seorang sahabat lelaki ku, aku menghantar gambar tersebut
kepada Zafril dengan mengatakan bahawa itulah dia lelaki pilihan keluargaku dan
aku sudah jatuh cinta kepada lelaki itu.Dia agak tergamam ya dia terkejut.
Apa
dia fikir aku tak mampu hidup tanpa dia? Memang bodoh betullah kalau macam tu.Hakikatnya
aku belum dimiliki sesiapa tapi aku
bertekad tak akan pernah menerima dia dalam hidup aku.
Atas
apa yang telah dia dan bekas kekasihnya perlakukan aku, tak semudah itu aku
menerimanya kembali dalam hidup aku.
Aku
sengaja menyakiti hatinya dengan memuji lelaki yang kononnya kekasih aku
itu.Dia seorang yang baik hati, anak yang soleh belajar di institusi tinggi
dalam bidang syariah dan banyak lagi.Barulah Zafril terkulat-kulat merayu agar
aku melupakan perkara yang lepas.
Tidak...Tidak
akan ada lagi peluang dan ruang buat lelaki pengecut dan bacul macam Zafril.
Biar
dia rasakan betapa sakitnya hati diperdajalkan.Aku yang dulu bukan lagi aku
yang sekarang, dulu aku memang bebal bagai lembu dicucuk hidung tapi kerana
sikap dia, hati aku telah beku sebeku-sebekunya.
Sambil
aku mencium wangian dress yang baru aku terima, dengan penuh rasa bahagia...
aku menekan ‘button’ ‘BLOCK’ pada nombornya.
.
.
KAU
DAH BOLEH PERGI MAMPUS.
No comments:
Post a Comment