Pages

Monday, 12 September 2016

TIPS MUET 

Okay ni tips berdasarkan apa yg sy bljar dari miss yurnie my lecturer at USIM...

✍๐Ÿป Untuk WRITING task A.
NON LINEAR. 


Title
Intro
Overall trend
Analysis
Synthesis
Conclusion

1)title
2) intro + overall trend
Analysis
3)Synthesis+conclusion

Task A dia nak :

1. tajuk 

2. intro (oyak figure 1 kcek sal gapo WHILE(sementara) figure 2 kecek sal gapo)

3. overall (secara general "kaitkan figure 1 n figure 2 .
contoh IN GENERAL, STUDENTS PREFFERED TO STUDY IN GROUP COMPARED TO STUDY BY THEIRSELF)

4. start analysis (yg ni tulis apa yg ada depan mata je..pilih mana2 figure atau table. contoh THE HIGHEST/THE LOWEST PERCENTAGE OF....IS....) buat dlm 4 ayat

5. start synthesis/link (yg ni kena kaitkan kedua2 gmbarajah... ( contoh : in 2001, 56% students preffered a study group compared to in 2003, only 20% students doing a studygroup)


6. conclusion (buat simple je jgn wt kesimpulan dari diri sendiri buat melalui apa yg dh di prhatikan)

kena ingat task A nie ada formula dia.

Year(tahun)  
Data(5%) 
Trendword(increased,highest) 
Venue(tempat, xigt dh tp rasanya pasal tajuk yg di beri tu, study group ke price of car ke)

untuk analysis wajib ada 4 tu (YDTV)

tp untuk synthesis/link xwjib ada 4 kalau ada 2/3 dh ok tp igt keyword dia INFLUENCED BY, PREFFERED, DUE TO THE.

๐Ÿ‘ป writing task B plk

untuk LINEAR.350words.5paragraph/perenggan.

1. Intro blh mulakan dgn : 

= persoalan.

contoh_in this globalization era,all of us know that everything have their own cost..nothings free anymore..why did this happended? 

= quote / kata2 hikmah 
contohnya. einstein have already said that "study hard is way better than study smart". 

dalam intro juga...masukkan 3 thesis statement tanpa explanation

1 ayat intro (persoalan/kata2 /apa2 je) 3 ayat untuk 3 thesis statements.

dan start perenggan kedua dengan thesis statement pertama diikuti 3 isi/contoh

dan truskan perenggan ke 3 dan ke 4 dgn thesis statement kedua n ketiga.

start conclusion / perenggan terakhir. cuma gabungkan balik main point / 3 thesis statements kita td.

sekian. itu sahaja untuk writing task 2

๐Ÿ‘‚๐Ÿปuntuk LISTENING

Kalu aku..aku biasakan dgr radio mat salleh biar la napok koya pun tp buleh besso ngn caro dia sebut kut bi...dgr radio inggeris bkn semata2 nk dgr lagu tp nk dgr deejay kecek gapo....dgr n try faham gapo dia kecek...

pastu tgk movie inggeris..TAPI turn OFF subtittle...try tgk tanpa sarikata dn try pehe gapo dio kecek...

kalu ada cd muet biasanya dlm buku muet dia bg cd...try dgr TEKS huk speaker kecek sambil tgk dkt halaman belakang buku..sbb ada dia tulis teks/skrip...dgr cd sambil tgk skrip tu...lps tu dgr skali lg tanpa tgk teks jawab soalan...aku buat soalan listening dlm buku setakat 15 soalan jah. huhuhu


๐Ÿ‘€๐Ÿ‘ Untuk READING plk...

xde tips sgt cuma kena faham la crito petikan tu..aku xbaca smua..tp kalau petikan mcm best aku baca smua paragraph hahaha..cuma kena faham soalan n faham petikan..

MUET ๐Ÿ‘“๐Ÿ“– tips reading :

1. stay focused

2. read the questions.

3. underline/garis keywords.
3. for TRUE/FALSE/NOT STATED 

True or False = try to identify proff / kenalpasti bukti jwpn dekat petikan.. garisssss. samaada ada ckp psl tu atau ada ckp tp berbeza dgn dkt soalan.

Not stated = almost impossible to underline maksudnya kita mmg xblh nk cari pun dkt petikan psl tu. so maknanya jwpn nya jelas2 la Not Stated.

4. Guessing meaning of words.
cuba teka mksud apa2 prktaan yg kita xtau tu.

ingat ye kalau kt dpn prktaan ada huruf DE mksudnya prktaan tu negatif contoh 

DEactivated = me-nyah aktifkan / tidak mengaktifkan.

TION =proses
contohnya... transformaTION = proses perubahan. 

cuba fahami the writer's intention maksudnya cara penyampaian penulis tu dia marah ke dia bg pndpt ke dia kritik ke.

untuk soalan TRUE / FALSE pastikan dekat petikan kita boleh cari BUKTI.maksudnya kalu FALSE kita mmg jmpe n  garis dkt petikan maknanya mmg dkt petikan BERLAWANAN dgn soalan.
bgitu jgk kalau TRUE kita blh jmpe n garis dkt petikan mana tmpt yg mmg dia sebut mcm soalan sbut...
kalau NOT STATED plk..kita lgsung xjmpe dkt petikan psl tu..xleh garis lgsung sbb xjmpe.ok tu maknanya NOT STATED.

Tips mudah reading..try la baco buku READER DIGEST atau baca NEW STRAIT TIME...biar kita biasa dgn petikan yg bersifat akedemik atau penting....

ingat ye..untuk reading...biar cemar kertas..garis jwpn dkt petikan..baru nampak JELAS...

kesimpulannya...

๐Ÿ’๐Ÿป๐Ÿ™…๐Ÿป๐Ÿ™‹๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

SPEAKING : kecek sokmo jgn senyap bg contoh pgalaman atau isu semasa pun tak pe

READING : Gariskan jwpn dkt petikan

WRITING : faham format writing

linear 
non-linear

LISTENING : biasakan dgr n fhmkan percakapan dlm bhasa inggeris

(*p/s : Maaf kalau ada silap mana2 sbb semua nota saya dh bg dkt kwn dan semua yg di atas adalah 100% apa yg ada dalam kepala sy yg saya masih lg ingat..)

Sunday, 28 August 2016


This post is dedicated to gadis-gadis remaja out there.

Jujur aku cakap, sebelum ni..masa aku umur 18,19,20,21 memang aku sangat anti-social dalam erti kata yg sebenar, aku ni tak reti bergaul dengan orang-orang tua terutama yang pernah kenal aku masa aku kecik-kecik dulu.

why?
sebab aku benci ayat diorang bila jumpa aku,

"eh yang ni anak yang ke berapa?"
.
" amboi dh besar dh masa kecik dulu *sebut kisah2 zmn aku brhingus dulu"
.
"aik yang ni yang mana pulak?"
.
" eh lain lah yang ni tak macam adik beradik yang lain" (*sambil tengok aku atas bawah)

Yelah, mungkin dalam 13 org adik beradik ni aku yang paling buruk dan x warak n zuhud kot. huhuhuhuhuhuhuhu

part paling best bila aku habis skolah aku tolong mak aku meniaga nasik kt depan rumah, tiap kali makcik2 dtg beli nasik masyaAllah btapa fed up nya aku layan mulut diorang...

"yg ni ank yg mana"
"kenapa yg ni lain"

Frankly speaking, AKU BENCI SANGAT SANGAT SANGAT SITUASI TU.

Lama kelamaan aku msuk Universiti apa semua, ingat things will get better..mksudnya aku dari segi pencapaian khidupan tu sama la dgn kakak2 n abang2 aku...but things getting worst, org2 tua still lg duk buat2 tanya soalan yg annoying tu..dalam kepala aku
"mak cik kalau ye pun tak de modal nak bercakap cuba la tanya benda lain, tanya la aku study kt mana ke study apa ke.."

tp nk wat cmne org tua kan..kite senyum jela...

But then, i just realized that it is not my fault that i am not like the others...Think i'm fcvking ugly compared to the others? Just. go. die.

I'M IGNORING ALL THOSE NOISY BECOK MAKCIK.

Jadi, tiap kali org dtg kat rumah...aku duduk kt dapur je, buat air lps tu panggil abah suruh abah wat keluar air kt tetamu....lama kelamaan aku tak keluar bersalam dengan org2 yg dtg kat rumah..aku nyorokk je..meniaga pun lps kakak ipar aku amik alih dah ada pembantu aku x meniaga lg...cuma kalau aku keluar jemur kain even dah mnyorok akan dgr jgk la "tu anak ke,lain ye".

Sampai la satu ketika aku tak perasan yg dtg rumah aku ni mak saudara aku..maklumlah aku anak k 12 jd smua ibu dan bapa saudara aku dh tua, dan ada yg xtahu pun kwujudan aku ni hahaha..hari tu aku buat air mcm biasa dan bg kt abah...lps dh balik tetamu, mak aku dtg kt aku marah2..

"Apa perangai ni saly, mama marinah dtg lgsung x keluar tnjuk muka hah"

masa tu tgh lipat kain kt dpn tv, ya Allah cuak giler spnjg umur 20an mmg mak jrg sgt marah aku...

"kalau mcm ni. nanti saly nak kahwin besok, mcm mana nak mntak tolong org2 kg, sedara mara? nanti kenduri kahwin nnti tak ada org kg dtg bantu ringankan majlis."

At that moment, aku rasa....DUSHHH.

i'm crying my heart out.

Aku rasa mcm bodoh je apa aku buat...biar la apa org nak kata..it's just a words..bukan makcik2 tu baling gigi palsu diorang ats muka aku pun
.hati aku sepatutnya sado..bkn duk wat perangai x cantik mcm tu..aku ni anak dara spatutnya cuba brgaul ngn org2 tua...

Bila aku praktikal dekat Mahkamah dan handle makcik2 dkt kaunter...baru aku sedar mereka ni okay je..(err atau mungkin sbb diorang xknl aku kot. hahaha.jht nau shaiton ni still nk hasut aku)

masa kat tmpt kerja tu, ramai makcik yg mengadu nk bercerai..yg nangis dpn aku..yg pgg tgn aku...yg tnjuk lebam2 kt bdn...aku layankan smuanya..pekerja mmg dh x trlayan tp sbb aku fkir 4 bulan je pgalaman ni so aku hadap smua keluh kesah makcik pakcik yg ada mslh rmh tgga, yg nak uruskan harta pusaka...aku rasa seronok pulak...

Lepas tu, aku cuba applied di rumah...masa tetamu dtg, aku intai dlu celah lgsir kalau prempuan je..lps buat air aku trus bwk dulang air smpai k ruang tamu..tp kalau tetamu lelaki aku pggil abah la...pastu aku salam n brbual skit bila dia tnye "ank yg k brapa, knpe lain dri yg lain" mak aku trus jwb "memang lah lain tak kan nak sama ngn yg lain kalau cmtu namanya kembar"
aku senyum je..hehehe

Sekarang aku dah boleh handle smua ni...sbb aku pun nnti nak kahwin kan hohohoho (*org pn xhendak saly oiii) aku kena layan makcik2 ni elok2 yela nnti majlis kenduri aku..sape nk tlong kakak2 n abang2 xpe ada adik leh bntu..aku ni nanti kawin xtau la kan sape nk tlong..org lain ada life dan komitmen msing2..nampaknya aku kena tlong diri sendiri la kot dan of course makcik2 kt kg kena dtg tlong jgk hahhaha

Apa-apa pun..buat gadis2 remanja kt luar sana...cuba la berubah perlahan2..kita mmg rasa mympah nk lyn tetamu mak atau abah kita kan haha mklumla org tua...tp kita kena igt nnti masa kawin atau masa meninggal dunia nnti golongan veteran ni la yg tlong kita....org muda ni kbyakannya selfie dan melango je keje hehe...jgn maraaa naa..

Wahai mak cik-mak cik dan juga gadis-gadis di luar sana, betul...Kadang- kadang, tanpa kita sedari. Kita telah menyakiti hati orang lain. Mungkin dari segi kelakuan kita, dari cara kita berkomunikasi, dari cara kita melayani mereka. Kita fikir, ahhhhhh...dia ni ni sensitif sangat...ahhhh...dia mlut laser nya..ahh biarkan ah die...asalkan aku bahagia. Namun kita tidak tahu, mungkin disebalik kebahagiaan kita, kesenangan kita, datangnya dari doa orang tersebut. Kesihatan yang kita perolehi, didoakan oleh orang tersebut. Yang kita anggap dia sebagai penyebok, mungkin yang kita benci. Ingatlah, Allah menjadikan setiap manusia mempunyai hati dan perasaan, jangan nanti Allah menarik nikmat- nikmat yang kita ada. Sebabnya kita tidak menjaga hubungan sesama manusia.

Last but no least,
jom kita sama2 melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Be kind to the others and let Allah do the rest.

ุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู„ู‡، ูˆ ุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ

Kalau nak jadi ahli syurga...
Sentiasalah jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia...

#TidakSempurnaSedangBerubahKeArahLebihBaik
#BacaDanKomenYgBaikBaikSahaj
#ShareKalauBermanfaat


Sempena bermulanya pengajian buat adik-adik baru terutamanya junior-junior USIM,

kak oly nak bagi tips special untuk engkorang. 

Kalau ko tak baca sampai habis, ko jangan nak menyampuk ye..kak oly jentik dahi jendol ko japgi.

1. Sepatutnya masa minggu orientasi tu, ko kena cepat2 cari dan kumpul kawan sebanyak yg mungkin...bukannya ko duduk bertempekk je dgn kwn skolah ko. kak oly dlu smngat perkauman tu terlebih kuat..haha berapa row krusi tu semua geng hakak...maklumlah USIM tu skolah no.2 Maahad Saniah. wakaka dan masa awal2 tu ko kwn la ngn kwn kpada kwn kau. kawan baru kau tu akan ada banyak kegunaannya nanti. kikiki ๐Ÿ˜Ž

2. Bila dah dpt jadual kuliah n kelas, salin la jadual tu elok2 senang ko nk set masa nnti jgn jd mcm kak oly, asyik tggu nk copy member punye je kah3 tp ko jangan nk menunjuk sgt dkt org ko punye jadual tu kang xpsl2 ko jadi tukang informer kelas hari ni kat bts 1.2 kuliah kjp lg Family Law. hahaha penadddd. ๐Ÿ˜ฐ

3. Dalam kuliah biasanya first impression mmg budak2 duk dpn semua geng2 sivik bergetarrr yg blkg2 geng gile-gile...tp sbnrnya lps 4 tahun kak oly peratikan, tu la assumption bingai skali..hoi ramai je best scorer yg duduk brisan blakang. conclusionnya, depan ke blkang ke  bukan satu isu..kalo ko duduk kat depan skali tp ko duk scroll ig pstu buat taik mata dari awal smpai hbis kuliah tak de maknanya dik oiiii..cuma xleh di nafikan la, kalau duduk depan focus dia lebih sikit..kt blkg main selfie selfok pn blh lg. haha kak oly awal semester and last semester duduk row dpn2..tgh2 sem dia noti sikit asyik keluar awl nk g partime tu yg duk blkg senang nk kuor. last sem tu timbul keinsafan trus duduk row dpn2 even sorang2. mmg nmpak la prubahan pointer hehe bitter truth. ๐Ÿ˜“

4. Dekat cafe plk mmg pukul 10 pagi hiruk pikuk ngn mnusia..satu je kak oly nk nasihat yg gemok yg terlebih tinggi ko jangan nak rasa hebat sgt mentang2 ko gedabakk ko suka hati tolak2 himpit2 org yg cononet kemetot ye!!! eh geram plk..member2 mmg xde yg kohajo cmni kbyakannya junior la nampak je makhluk comel mcm hakak ni ko trus rasa ko senior main tolakkk je nasib hakak x terlentang berbuih mlut tau.em jaga sikit adab dkt cafe tu. show some kindness la dkt org2 yg x berdaya. ๐Ÿ˜ž

5. Library. mmg ko rasa benci nk pegi library sbb kena panjat bukit.kan kann...pstu smpai2 xde satu pun bahan2 tuk ko buat research brkaitan assignment ko..haha biaseeee. sbr je ye.nnti ko nak x nak kena pergi jgk ke UKM atau UIA. satu lg, bila ko free ko try la bwk buku2 jgn bwk laptop plk nnti ralit donlop Kdrama haha ko pi library..bertapa kt situ.best..cari tmpt xde org. kak oly byk kali jgk masa weekend g ngn kwn naik moto..tp g sorang2 jalan kaki naik bas lg best sbb kdg2 kita kena bljr hdup sndiri. best sgt masa tu..sbb awl sem jd xde assignment..hakak pegi untuk buat research psl thesis even bru sem brapa je haha lps tu hakak bwk skali buku lukisan..kirenya just santai2 study n wt bnda yg kita suka. you guys should try tau..cuma tu la ko jangan la jd mcm akak ni slalu jgk berangan jmpe jodoh dkt library, trlggar mamat hensem, terpgg buku yg sama dkt rak. hahaha ngokngek. come on la, tu dlm drama blh la.hehe in real life ko jmpe yg pakai sluar ats pusat rmbut belah tgh kjp jeling kjp syum. tu je la dikkk nonn oi. ๐Ÿ˜’ tp kalau ko kena usya ngn foreigner student from nigeria, ko pndai2 la hdap hakak xnk ingat memori2 tu. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜‚

6. PKP. Pusat Keusahawanan Pelajar. buat junior2 perempuan. tolonglah jangan selfish sgt ko gi study atau disscusion kt situ please la..tmpat duduk dan meja terhad tu satu hal, ni adik2 junior LELAKI nak gi beli mknn kt pkp pun segan. xboleh la cmtu girls...tolerate sikit. budak2 lelaki pun nk jgk beli cucuk-cucuk, makan nasik air dkt pkp tu..kalau engkorang dah conquer tmpt tu smpai last year la dorang xmerasa nikmat CUCUK-CUCUK dan NASIK AIR pkp tau. makan sembang sikit then blah..xyah wat ketupat lama sgt, bg ruang untuk org lain plk. tau? ๐Ÿ˜˜

7. MESIN ATM. cam biasa awal2 dpt ptptn mmg q akan pnjg berjela2...yg tu mmg sorry not sorry xde toleransi dh.haha cuma nk bgtahu yg hari2 biasa bila adik2 perempuan nk amik duit...

contoh nisbahnya, 
PEREMPUAN 9 org, 
LELAKI 1 org.

tolak ansur la sikit kesian dia..apa slhnya bg dia gi dulu ko xkesian tgk muka canggung awkward dia tu.tertunduk2.haha.kalau xkesian kt dia, ko kesian la dkt kwn2 dia yg tgh tggu dia kt sebelah kanan dpn pntu tu ๐Ÿ˜‚

8. USRAH. haha ape ko ingat UM, UIA je ada geng USRAH, JEMAAH..? Usim ada jgk..hehe tu bergantung la jemaah apa ko join..tp asalkan bertunjangkan akidah AhlulSunnahWalJamaah persilakanlah...jgn ko g join jemaah Syiah, Wahabi plk dik oi..ada juga Usrah yg biase je yg skdar perkongsian ilmu.yg tu kalau nnti ada panggilan n text jemputan..ko pegi la dik..jangan la jadik mcm kak oly ni..
10 kali usrah, 10 kali akak tak pegi. hahaha alasannya? settle urusan pinjaman dan busy ngn partime job. rasa kesian plk akak junior duk msej tp kak oly wat derk je.hmm 

9. Mula buat tabung. Awal semester ni xpyh la over sgt weekend je kalut sewa kreta gi enjoy smpai KLCC...dik, kak oly dulu tahun 4 g KLCC sesat. !! gi mana2 pun sesat. sbb apa? sbb jarang sangat gi jalan2 enjoy. dlm kpala otak hakak ni dari TAHUN 1 SAMPAI TAHUN 4 asyik pikir MACAM MANA AKU NAK CARI DUIT SAMPINGAN???? tu je diknon oi...malu smpai thp nanges dlm jamban kalau duit xckup trpaksa mntak duit ngn abah atau kakak2 n abg2. belajar la cari SIDEINCOME....skrg bnda hujung jari je.zmn akak aritu x celik IT sgt pasaitu kerja mcm2 nk cover pnjaman n yuran yg mahal nak mam tu...

Potong rambut kwn2
Jaga gerai org dkt PKP
Jual tudung terpakai
Kerja sambilan kat PKP ada je gab antara kuliah n kelas terus berlari ke sana
Bukak gerai jual jagung manis masa mggu orientasi junior
Jaga kiosk dkt GIANT dari pagi sampai malam
Bukak Salon & Spa
Jual kerepek & meggi

Akak buat semua bnda dik..sbb apa? sbb orang xtahu kondisi kita..org nmpak kita happy je, org yg dk jauh x tahu perbezaan harga brgan n mknan dkt kg n tmpt kita...kita x boleh nk expect org akan support kita smpai 4 tahun..kita yg kena stand on our own two feets.

Belajar kerja bwh org, dpt didik tahap disiplin kita.
Belajar berniaga, dpt asah marketing planning kita.

10. Last but not least.SIKAP DAN SIFAT.

Masa bljar la kau akan hadap mcm2 jenis ragam manusia. Lecturers, Kawan sekuliah, Kawan Sekelas even Staffs kakitangan dkt USIM. Hadapilah dgn bijak...kak oly xleh komen byk sgt part ni sbb risau jd murung 3 hari 3 malam. huhu.

Cuma hakak blh ckp, itu semua LUMRAH dan jadikan smua masalah yg dtg dari manusia skeliling sbgai 1 batu loncatan untuk kita menjadi manusia yg lebih berguna di masa hadapan. handle dgn bijak...ingat, kalau rasa down atau sedih....tekapkan tgn di dada, rasakan denyut jantung, lafazkan Innallaha ma'a Ssobirin. Dah..lap air mata tu..Allah ada dgn kau,dik. hakak pun ada ni, ko save je no. akak kalau ko perlukan someone kak olly ade je tau?tauu?tauuu?

SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG BERGUNA BUAT AGAMA,DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA, DAN BANGSA.

p/s : Inshaallah kita jumpa nanti Hari Konvokesyen hakak bulan 11 ni tau.
Semoga Panjang Umur ??

#TipsMasukU
#USIM
#USIMterusMaju

Thursday, 11 February 2016

PENGALAM YANG MENDEWASAKAN



 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..............” 
Surah al-Baqarah Ayat 286

********
Sejajar dengan umur aku yg makin menginjak kealam dewasa, aku mula diuji dengan pelbagai dugaan.
Tahun aku mengambil SPM merupakan PERMULAANnya, aku merupakan seorang pelajar dan sahabat yang mendapat ‘high expectation’ dari ramai orang.

Memang tidak dinafikan, jauh disudut hati aku, walaupun aku tak pernah memberitahu sesiapa tapi aku sememamngnya mengharapkan 10A untuk SPM. Selepas berpenat lelah dan berusaha sedaya mungkin, itulah kali pertama dalam hidup aku, aku berani meletakkan harapan setinggi itu.

“Bila terbang terlalu tinggi.....kesakitan yang dialami saat terjatuh ke bumi...perit ..perit teramat”

Dan bila keputusan peperiksaan keluar, result aku tak seperti yg aku harapkan dan impikan.
Aku dapat 3A+ dan selebihnya B+.
H.A.M.P.I.R  

Kau tahu tak perasaan saat melihat result kawan-kawan kau yang dapat 10A- ? kau rasa hati kau hancur berkecai...kau rasa tak adil kau rasa kecewa..kau tahu masa tu perasaan semua bercampur–gaul...

kau bukan tak bersyukur tapi kau sakit bila ditikam bertalu-talu oleh manusia sekeliling kau.
Kau bayangkan bila kau dan kawan kau sedang menangis sambil memegang keputusan peperiksaan masing-masing.

Lalu datang seorang cikgu didepan kau dan kawan kau..
“dah-dah cepat senyum *nama kawan kau*, meh cikgu amik gambar...xpe la air mata kegembiraan kan..dapat 10A...”
Didepan kau.
Berkata-kata demikian.
Didepan kau.

Lalu kau bayangkan lagi, saat kawan-kawan sekelas kau datang menghampiri kau bersama muka yg penuh kebahagiaan..
“Weehhh..kau pun 10A mcm kitorang gak kan...!!! “
Pejam mata.
Gigit bibir.
Kau biarkan air mata tu...

Peritnya rasa ini ya Allah...

Masa tu aku tak bercakap dengan sesiapa..aku berjalan kearah cikgu kesayangan aku yg sedang mengedarkan slip keputusan.


“cikgu..cikgu..saya minta maaf..saya x dapat...saya xberjaya dptkan 10A tu..”
Masa tu jugak aku rebah terduduk sebelah dia...semua orang dalam dewan terkejut..aku dah tak peduli lagi dengan kata-kata orang lain.
“Eh kenapa tu, dia gagal ke...”
“Dia xlulus ke eh?”
Tak de orang faham apa aku rasa......HARAPAN. yg dah hancur.

Masa aku terduduk sambil menekup muka...cikgu aku cepat-cepat tarik aku mendekat dengannya..
“sayang, jangan mcm ni...keputusan kamu dah strong sgt ni...tgok B pun B+...tak pe la tak A pun tapi result awak dah kuat dah ni...” 

aku menangis memang dah mcm apa dah masa tu..tersedu-sedu..

Aku masih dapat rasakan sampai sekarang usapan tgn nya di bahu aku...

Aku pulang kerumah..semua orang bertanyakan result aku...aku mendiamkan diri masuk kedalam bilik. Aku menangis lagi dan lagi...bila semua orang dah tak kelihatan aku keluar aku letak slip aku di atas meja...tak de sorang pun family aku tegur aku pasal tu...aku menyendiri.

Aku menangis berhari-hari..aku tak makan..aku tak minum...aku berbaring sambil menangis dan aku ingat lagi masa tu atas katil aku nangis sambil beristighfar ( sebab aku risau aku kena rasuk sbb menangis terlalu lama)

Tamparan yang mengena aku tersangatlah kuat. Aku tak mampu hadap semua tu. Aku hanya berbaring dan menangis...dan menangis...aku menulis diatas kertas meluahkan rasa kecewa aku...
(Sekarang pun aku masih lagi menangis kerana aku membayangkan balik situasi aku ketika itu...Bila aku terjumpa balik kertas-kertas yang aku luahkan perasaan aku...betapa sebaknya aku rasakan..)

Sampailah satu ketika...aku tersedar dari tidur selepas menangis terlalu lama...aku terlihat sebuah buku disebelah aku...dan aku ternampak kelibat ayah aku keluar dari bilik aku..

Buku motivasi.
Buku yang membina semula semangat yang telah lari dari tubuh aku.

Malam tu aku bangun malam, aku solat taubat dan sebagainya..aku menangis sepuas hati aku atas sejadah tu..aku nangis betul-betul...aku fikir mungkin ada yang x beres dgn hubungan aku dgn Dia (ALLAH) atau hubungan aku dengan FAMILY atau hubungan dengan Sesiapa sahaja..mungkin Allah nk tegur aku...aku sejukkan hati aku sendiri..aku dah tak de kawan-kawan yang nak pujuk aku...keluarga aku,aku malu...aku mengadu semahunya pada DIA yang maha mendengar....

Aku bangkit semula...Aku dan sahabatku sememangnya meneruskan pengajian ke tingkatan 6 bawah.
Aku kembali ke sekolah dengan azam baru aku kuatkan diri aku bila seorang demi seorang sahabat aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.

Dan tibalah saat aku juga menerima tawaran ke IPT tapi aku kurang bernasib baik kerana kawan-kawanku dapat melanjutkan pelajaran untuk Matrikulasi namun aku mendapat tawaran untuk Diploma.
Aku kaget sekali lagi bila kawan-kawan aku yang gagal mendapatkan tawaran dibenarkan untuk membuat rayuan sedangkan aku tak dapat membuat sebarang rayuan kecuali keputusan terima atau tolak sahaja...aku didalam dilemma...keluargaku membantah aku ke IPT tersebut kerana katanya membazirkan umur untuk diploma.Semua menyuruhku mengambil tingkatan 6 bawah atau Sijil  Tinggi Agama selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah. Aku menangis lagi dan terpaksa akur. Aku tolak tawaran IPT tersebut.

Aku menyambut salam selamat tinggal daripada kawan-kawan aku.

Hari pertama tanpa sahabat-sahabat yang selalu bersama aku.
Meja kiri dan kanan kosong, orang dibelakang enggan berpisah atau naik ke depan.
Hari seterusnya...jadual berubah dan tiada seorang pun memberitahu aku....
Kau bayangkan keadaan masa tu...
Kiri dan kanan kosong.
Buku tiada bersama aku.
Walaupun aku berkecil hati dengan kawan-kawan sekelas aku...aku sabarkan hati...tak pe ini baru sedikit....

Aku melalui koperasi sekolah untuk menuju ke kantin...dan masa tu lah...
“Hoi..kesiannya jalan sorang-sorang...tak dapat masuk U ke..haha kawan-kawannya semua dah pergi tinggalkan dia..hahahhahahah”
 Abang-abang tingkatan 6 atas mengherdik aku..
Adik-adik yang tidak tahu hujung pangkal terus memandang kearah aku dengan muka yang.....ah biarkanlah.aku tak mahu ingat.

Sejak itu...bila rehat, aku tidak makan dikantin..aku makan didalam kelas sahaja...aku tidak minum air sebab risau nanti perlu ke tandas seorang diri pula..

Aku pernah dibaling anak ayam yg sudah mati oleh budak-budak lelaki....

Dan bila waktu pulang...aku tidak tergesa-gesa pulang ke rumah..kerana aku risau bertemu pelajar-pelajar lain...

Mungkin disebabkan aku dikenali ramai jadi kemana sahaja aku pergi akan ada yang menegur, aku benci bila ditanya soalan yang sudah diketahui jawapannya.

“Ya, Aku masih disini. Aku tidak masuk U, aku ditinggalkan kawan-kawan aku. kenapa? Apa kau peduli?Aku mendapat tawaran IPT tapi aku yang menolaknya..kau tahu itu? Kau tak tahu. Kau fikir aku terkandas disini kerana aku bodoh dan gagal dan sial? Kau lah yang sial sebenarnya.!!!!!! “

Senyum..masih lagi senyum. Semuanya hanya berkisar didalam kepala sahaja.Biarkanlah mereka..
Bila waktu pulang, aku berada didalam kelas berseorangan..aku mengulang kaji pelajaran...aku hafal apa yang perlu dan aku membuat latihan...bila sudah tiada orang didalam kawasan sekolah..aku akan balik ke rumah..berjalan seorang diri...aku tak suka bila pelajar2 lain memandang aku...kerana sebelum ini aku tidak pernah bersendirian...

Berbulan-bulan aku begitu....
Aku tahan diri pergi kantin, tandas, koperasi, bilik guru yang aku selalu lepak..dan pulang bila sudah tiada orang disekolah.
Seksa tiada siapa yang tahu.

Selepas pertengahan tahun, keputusan aku agak memberangsangkan dan aku dinaikkan ke kelas pertama.disitulah aku menemui sahabat baru yg senasib dengan aku.Aku dikelilingi manusia yang berfikiran positif dan membantu aku.Tiada lagi mereka yang mendiamkan diri bila jadual bertukar dan tiada lagi orang yang enggan duduk semeja dengan aku..kami semua belajar bersama-sama dalam suasana yang harmoni.

Selepas itulah..aku cuba menjejakkan kaki keluar kelas..aku masih lagi ingat perasaan itu...aku berpimpinan tangan dengan sahabat aku..dia mengajak aku menemaninya ke kantin...aku terkejut melihat cat-cat baru di bangunan...ya Allah betapa lamanya aku terperap didalam kelas dan keluar dari kelas balik ke rumah tergesa-gesa....

Aku rasa mahu menangis saat itu. Aku pegang kejap tangan sahabat aku.
Terima Kasih ‘Rama-Rama’.

Aku bahagia menjalani hari-hariku dengan normal...seperti dulu.Aku dah tak peduli lagi akan mereka-mereka yang menyisihkan aku dulu. Dan orang yang meninggalkan aku tak pernah tahu akan seksaan yang aku terima.

Sehinggalah saat aku ke pejabat sekolah menemani kawan aku..tiba-tiba seorang guru menegur aku dengan muka kaget.. 

“heyy kamu ada lagi rupanya..saya ingat kamu dah masuk U..”

Aku terdiam. Mata aku langsung tidak berkedip...
Tanpa sempat aku menjawab...seorang lagi cikgu yang rapat dengan aku menjawab,

“Ya, dia ada lagi...dia sayang nak tinggal sekolah ni dan dia nak ambil sijil tinggi agama disini. “ katanya sambil tersenyum kearah aku...

Teacher selalu menenangkan aku ketika aku didalam situasi yang kronik begini.
Thank you so much teacher Ros.

Hari-hari berlalu seperti biasa dan aku masih lagi berusaha membina balik keyakinan diri aku dan semangat aku...

Keputusan peperiksaan keluar dan keputusan aku memuaskan aku.(mungkin aku sudah belaajr bersyukur aku dah tak fikir lagi keputusan org lain aku hanya gembira dan bersyukur)
Sambil menunggu keputusan rasmi IPT aku menerima tawaran dari  satu Kolej Islamik...Kawan aku memujukku untuk kesana..aku juga mahu kesana kerana aku risau aku tidak berjaya mendapat tawaran ke IPT..atau aku dapat IPT  yg keluarga aku tak suka..
Aku memberitahu kedua ibu bapa ku..mereka bersetuju sahaja..aku meyiapkan segala dokumen dan barang-barang untuk ke sana. 

Masa itulah aku rebah sekali lagi bila orang yang agak penting dalam hidup aku menghubungiku memarahi aku, mengugutku tidak mahu memberikan sokongan kewangan.Dia tak mahu aku ke kolej tunggu sahaja tawaran U...Aku menangis tersedu-sedan. 

Aku tiada sesiapa untuk bertanyakan pendapat aku tak mahu menceritakan hal ini kepada ibubapa aku kerana risau mereka berkecil hati, aku berjalan hampir setengah jam di tengah panas terik..ke cybercafรฉ aku menulis didlam blog aku sambil menangis..dan aku masih ingat seorang budak menegur aku kenapa menangis.

Aku sedih bila orang yang rapat denganku berkata-kata begitu.

Selepas beberapa  hari, aku berdamai dengan dia dan aku mengikuti katanya untuk tidak ke kolej tersebut.
Tak pe lah mungkin itu yang terbaik..
Selepas beberapa bulan sampailah keputusan kepada aku.
Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT yang sama dengan sahabat-sahabat malah berada ditahun yang sama.

Aku tidak pernah mempunyai KAWAN BAIK atau BFF  kerana aku percaya bahawa tiada manusia akan kekal bersama kita selama-lamanya.

Manusia datang dan pergi...awal pengajianku aku selalu menangis kerana dipinggirkan sahabat-sahabat aku sendiri..mereka yang pernah berjanji akan berjuang bersama, memungkiri janji sendiri...tapi selepas itu.pelangi muncul...Allah mendatangkan beribu-ribu sahabat dari seluruh fakulti malah dari Universiti lain menggantikan mereka-mereka yang dahulu.

Sekarang demi perkara yang isa-sia...aku sudah tidak menangis lagi ...kalau awalnya aku membenci..sekarang tidak lagi..aku sudah lali..dan tiada perasaan apa pun yg tinggal dalam hati aku buat mereka-mereka yang pernah menyakiti aku...aku andaikan bahawa mereka tidak lagi wujud dalam hidup aku.

Aku meneruskan pengajian aku demi ijazah yang bakal membanggakan keluarga aku...aku bertungkus lumus belajar dan juga mencari kerja sampingan dan membuat apa sahaja yg boleh membantu aku dalam pengajian aku...

Alhamdulillah sekarang.....sudah hampir 4 tahun aku berjuang...aku bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pula.

Doakan agar latihan industri aku di salah sebuah mahkamah syariah berjalan lancar..
Jutaan terima kasih buat semua yang berada disisi aku dari dulu hingga sekarang.
Dilain masa aku akan terus kuat melawan dugaan yang mendatang...

Jadi, benarlah...Allah tak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.

 mereka-merekk ke aku kenapa menangis.
mpir setengah jam keLaaTahzanInnAllahaMa’ana~

Wednesday, 23 December 2015

SELAMAT TINGGAL DUNIA CAMPUS



MACAM MANA KORANG URUSKAN PERBELANJAAN DI IPTA?

Bagi aku penagih kasih ptptn ni, satu sem dapat 3250. ditolak ngn yuran, buku, fotostet nota, makan minum and so on…mmg xkan bertahan sampai akhir sem.
jujur aku ckp, family aku biasa2 je, xmiskin sgt, xkaya sangat. mak abah dah xkeje..abah 73 mak 62..aku anak ke belas2 dari belas2…aku bongsu.
smua kakak2 n abang2 aku dah kawin…semua dah ada komitmen masing2…sebelum msuk ipt, one of my sister dah pesan i have no right to ask any financial supports from my siblings, they all have their own financial problems.
so, i'm done.

cuma kalau desperate sgt aku PINJAM dan BAYAR BALIK ASAP.
tapi bila raya ke atau holiday break, kalau ada org hulur aku sambut je.hehehe

Bagi aku….aku dah faham sgt ngn diri aku, aku jnis yg suka beli tudung n baju, terutama awal semester..maklumlah budak baru nak up kan…masa tu aku carik duit dgn jual kerepek ubi,keropok ikan, maggi thai…letak dkt koperasi hostel slalunya habis licin cuma duit xpernah cukup..xpe lah aku halalkan. lepas tu aku amik upah jaga booth kerongsang dkt kwsn cmpus aku jugak…not bad lah.
bila naik sem 4 aku try keje dkt tesco tp bukan dalam tesco kat luar2 je, jaga kiosk..dari pukul 9 pagi sampai 10 malam, sakit belakanggggg ngn kerusi xleh bersandar gitu..huhu aku kena hafal lebih 100 jenis kuih traditional. nak termuntah rasanya.haha tiap hari dpt 40 ringgit..lepas la makan minum tu.
banyak sem jugak aku ad mslsh ngn ptptn msuk lambat aku trpaksa pnjm duit ngn org nk byr yuran…

semester 4 adalah semester paling terseksa…tiap mlm sbelum tidur aku nangis,aku xleh nk pinjam duit ngn siblings aku, aku malu nk mintak ngn parents aku, tp bila mak aku ckp "selagi mak hidup, mak akan tolong, xpyh pedulikan org lain,mak ada" berderai air mata aku masa tu..aku rasa mcm down sgt kalau mak abah xde aku mcm mana?aku acap kali makan roti expired date, pernah mlm tu aku dahaga air, air masak xde, aku masak air dlm heater, xtahan tggu lama sgt nk sejukkkan, aku cri air merata dlm rumah aku, ttbe aku trnmpk balang air housemate aku, hampir2 aku nk minum tp aku fikir kalau aku mati dlm tdur mcm mana? end up aku tunggang botol aku mnum stitik dua air. kalau bertuah dptlah nasik mkn skali shari, aku n roomate aku beli perencah nsik goreng. kami ada ricecooker kami masak nsik kosong pstu gaul ngn prencah tu. bbrapa mggu lps tu aku tgk ricecooker xde..dah kena rampas.masa tu kami puasa, nk dekat berbuka da…hancur hati aku.. tp kami kuat sbb kami bergantung sesama sendiri, sama2 susah.pernah jgk tetibe jiran dtg bg nasik…xtahu mana dia tahu kami xmakan..malu jugak mse tu…

tp itu semester 4 punya crita.masa tu ada msalah ptptn, sbb tu tenat skit.
bila dh msuk semester2 akhir, aku pun dah muak makan nasik basi, roti berkulat…tmbh ngn prgai suka beli tudung n baju, aku bangkit…aku xnak dah mcm tu.aku cuba usaha cara lain plk.
under subject entrepreneurship, aku bukak salon n spa…potong rambut,basuh rambut,pedicure,manicure, facial treatments. kami bertujuh aku manager dan tukang potong rambut n basuh rambut.alhamdulillah A pun dapat,duit pun dpt. ohh pengalaman skali.


lepas abis semester tu, aku teruskan dgn potong rambut, ramai jgk org yg aku xkenal dtg nk ptong rmbut. Alhamduliilah…walaupun masih lg makan sekali sehari tp xde la tenat mcm dlu.
tambahan lg, aku mula buat partime dkt kedai di campus aku, bila ada gap aku keje.bila aku ada masa free lebih aku join bukak booth…walaupun sangat penat tp berbaloi.xperlu lg aku nk mintak pinjam duit ngn sape2.

bila dah last sem ni…aku tgk banyaaaakkk sgt shawl n tudung aku yg dah x terpakai dan ada jugak yg aku beli xpakai2….so, aku decide aku buat preloved items. alhamdulilllahhhh banyak jugak terjual. (rasa bahagia bila pergi campus nmpk org pakai tudung kita)
bermanfaat jgk tudung2 yg aku beli dlu..

aku suka melukis sangat2 suka melukis, ada org cadangkan aku jual lukisan aku..tp aku xtau kalau ad org nk beli. tp mcm best je buat totebag kan? hahaha skrg aku tgh kumpul duit nk beli wacom, bru semangat sikit.melukis dan jana pndptan. ewahhh berangan.

Sekarang, aku tgh studyweek, nanti bulan dua tahun depan...aku dah start praktikal dekat mahkamah syariah rendah.

wish me all the best. :)


Sunday, 13 December 2015

ED





I've been trapped inside a tower, 
I am locked and lost the key, 
now the darkness that creeps at night, 
is my only company, 
nobody tries to save me here, 
because they cannot hear my cries, 
I pass my days in solitude, 
and watch the world move on outside, 
this tower isn't that grand, 
it's really not that tall, 
but still I can't escape it, 
I can't break free from here at all, 
and though you cannot see this tower, 
just believe it's there instead, 
because my tower isn't made of stone, 
I'm just trapped inside my head.

Wednesday, 9 December 2015

LELAKI DURJANA



Show feelings, get hurt.
Be faithful, get cheated on.
Show love, get left.
Be honest, get lied to.

Ketahian apakah ini?
Selama 4 tahun kita kenal, berkali-kali kau perdajalkan aku.
Ohh..Lelaki yang gemar berfoya.
Memanglah semuanya celaka.


Dulu....ketika kau menggunakan pelbagai cara untuk ‘tackle’ aku, habis seantero ‘pickup lines’ telah kau cipta.
“Aduhai sayang...alangkah tidak sabarnya aku ingin bertemu denganmu diatas pelamin cinta kita”
Masihkah kau ingat wahai buaya?
Aku ini umpama boneka bernyawa kau perlakukan....
Saat kau bosan kau cari,
Saat kau jemu kau lari.

Kau berlagak umpama KAU KEPUNYAANKU SEORANG.
Kau berlagak umpama HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.

Hakikatnya?
Hakikatnya kau menyelam sambil meneguk air longkang loji perkumuhan!!!Pantaslah dengan lelaki seperti engkau.Kurang cukup seorang.!!

Apakah tiada rasa bersalah didalam hatimu?
Aku begitu jelek mengingatkan saat kau mengajakku bertemu diatas pelamin sedangkan kau sudah punya kekasih hati.

Berani-beraninya kau mempermainkan perasaan aku?

Seorang gadis yang belum pernah mengenal erti CINTA.
Seorang gadis yang memberanikan diri menyambut salam CINTA.

Tergamaknya dirimu wahai lelaki.

Aku ini anak perempuan yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh bapaku.
Aku ini anak perempuan yang disayangi seluruh jiwa dan raga oleh ibuku.

Engkau juga punya saudara perempuan,

Masakan kau tergamak memperlakukan aku sebegini?
Masakan kau tega menghancurkan hati aku seperti ini?

*******

PENULISAN PERTAMA

PENULISAN KEDUA 

PENULISAN KETIGA

****

PENULISAN KEEMPAT – 5 Mac 2015
Hampir bertahun juga aku menyekat Zafril di laman social aku, namun aku hairan bagaimana dia menemui nombor baru ku.Dia menghantar pesanan kepadaku meminta alamat rumahku, katanya ingin menghantar sesuatu.Aku dengan endah tak endah menghantar alamat asrama aku.
Beberapa hari kemudian, aku menerima satu bungkusan dari satu Online Shop, ya dress yang berwarna green emerald tersangatlah cantik.
Wow, aku dengan muka tak malu mencuba pakaian itu.Semua kawanku mengatakan dress itu begitu ‘stunning’.
Dia mengatakan itu tanda dia memohon maaf dan katanya sudah laam dia ingin memberi hadiah buatku.Aku mengucapkan terima kasih buat susah-susah sahaja.
Dalam hati aku, baguslah nanti bagilah lagi.hahahha sebenci-benci aku padanya aku tak kisah menerima pemberiannya.Hati aku juga yang senang.
Aku meminjam gambar seorang sahabat lelaki ku, aku menghantar gambar tersebut kepada Zafril dengan mengatakan bahawa itulah dia lelaki pilihan keluargaku dan aku sudah jatuh cinta kepada lelaki itu.Dia agak tergamam ya dia terkejut.
Apa dia fikir aku tak mampu hidup tanpa dia? Memang bodoh betullah kalau macam tu.Hakikatnya aku belum dimiliki sesiapa tapi  aku bertekad tak akan pernah menerima dia dalam hidup aku.
Atas apa yang telah dia dan bekas kekasihnya perlakukan aku, tak semudah itu aku menerimanya kembali dalam hidup aku.
Aku sengaja menyakiti hatinya dengan memuji lelaki yang kononnya kekasih aku itu.Dia seorang yang baik hati, anak yang soleh belajar di institusi tinggi dalam bidang syariah dan banyak lagi.Barulah Zafril terkulat-kulat merayu agar aku melupakan perkara yang lepas.
Tidak...Tidak akan ada lagi peluang dan ruang buat lelaki pengecut dan bacul macam Zafril.
Biar dia rasakan betapa sakitnya hati diperdajalkan.Aku yang dulu bukan lagi aku yang sekarang, dulu aku memang bebal bagai lembu dicucuk hidung tapi kerana sikap dia, hati aku telah beku sebeku-sebekunya.
Sambil aku mencium wangian dress yang baru aku terima, dengan penuh rasa bahagia... aku menekan ‘button’ ‘BLOCK’ pada nombornya.
.
.
KAU DAH BOLEH PERGI MAMPUS.