Pages

Thursday, 11 February 2016

PENGALAM YANG MENDEWASAKAN



 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..............” 
Surah al-Baqarah Ayat 286

********
Sejajar dengan umur aku yg makin menginjak kealam dewasa, aku mula diuji dengan pelbagai dugaan.
Tahun aku mengambil SPM merupakan PERMULAANnya, aku merupakan seorang pelajar dan sahabat yang mendapat ‘high expectation’ dari ramai orang.

Memang tidak dinafikan, jauh disudut hati aku, walaupun aku tak pernah memberitahu sesiapa tapi aku sememamngnya mengharapkan 10A untuk SPM. Selepas berpenat lelah dan berusaha sedaya mungkin, itulah kali pertama dalam hidup aku, aku berani meletakkan harapan setinggi itu.

“Bila terbang terlalu tinggi.....kesakitan yang dialami saat terjatuh ke bumi...perit ..perit teramat”

Dan bila keputusan peperiksaan keluar, result aku tak seperti yg aku harapkan dan impikan.
Aku dapat 3A+ dan selebihnya B+.
H.A.M.P.I.R  

Kau tahu tak perasaan saat melihat result kawan-kawan kau yang dapat 10A- ? kau rasa hati kau hancur berkecai...kau rasa tak adil kau rasa kecewa..kau tahu masa tu perasaan semua bercampur–gaul...

kau bukan tak bersyukur tapi kau sakit bila ditikam bertalu-talu oleh manusia sekeliling kau.
Kau bayangkan bila kau dan kawan kau sedang menangis sambil memegang keputusan peperiksaan masing-masing.

Lalu datang seorang cikgu didepan kau dan kawan kau..
“dah-dah cepat senyum *nama kawan kau*, meh cikgu amik gambar...xpe la air mata kegembiraan kan..dapat 10A...”
Didepan kau.
Berkata-kata demikian.
Didepan kau.

Lalu kau bayangkan lagi, saat kawan-kawan sekelas kau datang menghampiri kau bersama muka yg penuh kebahagiaan..
“Weehhh..kau pun 10A mcm kitorang gak kan...!!! “
Pejam mata.
Gigit bibir.
Kau biarkan air mata tu...

Peritnya rasa ini ya Allah...

Masa tu aku tak bercakap dengan sesiapa..aku berjalan kearah cikgu kesayangan aku yg sedang mengedarkan slip keputusan.


“cikgu..cikgu..saya minta maaf..saya x dapat...saya xberjaya dptkan 10A tu..”
Masa tu jugak aku rebah terduduk sebelah dia...semua orang dalam dewan terkejut..aku dah tak peduli lagi dengan kata-kata orang lain.
“Eh kenapa tu, dia gagal ke...”
“Dia xlulus ke eh?”
Tak de orang faham apa aku rasa......HARAPAN. yg dah hancur.

Masa aku terduduk sambil menekup muka...cikgu aku cepat-cepat tarik aku mendekat dengannya..
“sayang, jangan mcm ni...keputusan kamu dah strong sgt ni...tgok B pun B+...tak pe la tak A pun tapi result awak dah kuat dah ni...” 

aku menangis memang dah mcm apa dah masa tu..tersedu-sedu..

Aku masih dapat rasakan sampai sekarang usapan tgn nya di bahu aku...

Aku pulang kerumah..semua orang bertanyakan result aku...aku mendiamkan diri masuk kedalam bilik. Aku menangis lagi dan lagi...bila semua orang dah tak kelihatan aku keluar aku letak slip aku di atas meja...tak de sorang pun family aku tegur aku pasal tu...aku menyendiri.

Aku menangis berhari-hari..aku tak makan..aku tak minum...aku berbaring sambil menangis dan aku ingat lagi masa tu atas katil aku nangis sambil beristighfar ( sebab aku risau aku kena rasuk sbb menangis terlalu lama)

Tamparan yang mengena aku tersangatlah kuat. Aku tak mampu hadap semua tu. Aku hanya berbaring dan menangis...dan menangis...aku menulis diatas kertas meluahkan rasa kecewa aku...
(Sekarang pun aku masih lagi menangis kerana aku membayangkan balik situasi aku ketika itu...Bila aku terjumpa balik kertas-kertas yang aku luahkan perasaan aku...betapa sebaknya aku rasakan..)

Sampailah satu ketika...aku tersedar dari tidur selepas menangis terlalu lama...aku terlihat sebuah buku disebelah aku...dan aku ternampak kelibat ayah aku keluar dari bilik aku..

Buku motivasi.
Buku yang membina semula semangat yang telah lari dari tubuh aku.

Malam tu aku bangun malam, aku solat taubat dan sebagainya..aku menangis sepuas hati aku atas sejadah tu..aku nangis betul-betul...aku fikir mungkin ada yang x beres dgn hubungan aku dgn Dia (ALLAH) atau hubungan aku dengan FAMILY atau hubungan dengan Sesiapa sahaja..mungkin Allah nk tegur aku...aku sejukkan hati aku sendiri..aku dah tak de kawan-kawan yang nak pujuk aku...keluarga aku,aku malu...aku mengadu semahunya pada DIA yang maha mendengar....

Aku bangkit semula...Aku dan sahabatku sememangnya meneruskan pengajian ke tingkatan 6 bawah.
Aku kembali ke sekolah dengan azam baru aku kuatkan diri aku bila seorang demi seorang sahabat aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.

Dan tibalah saat aku juga menerima tawaran ke IPT tapi aku kurang bernasib baik kerana kawan-kawanku dapat melanjutkan pelajaran untuk Matrikulasi namun aku mendapat tawaran untuk Diploma.
Aku kaget sekali lagi bila kawan-kawan aku yang gagal mendapatkan tawaran dibenarkan untuk membuat rayuan sedangkan aku tak dapat membuat sebarang rayuan kecuali keputusan terima atau tolak sahaja...aku didalam dilemma...keluargaku membantah aku ke IPT tersebut kerana katanya membazirkan umur untuk diploma.Semua menyuruhku mengambil tingkatan 6 bawah atau Sijil  Tinggi Agama selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah. Aku menangis lagi dan terpaksa akur. Aku tolak tawaran IPT tersebut.

Aku menyambut salam selamat tinggal daripada kawan-kawan aku.

Hari pertama tanpa sahabat-sahabat yang selalu bersama aku.
Meja kiri dan kanan kosong, orang dibelakang enggan berpisah atau naik ke depan.
Hari seterusnya...jadual berubah dan tiada seorang pun memberitahu aku....
Kau bayangkan keadaan masa tu...
Kiri dan kanan kosong.
Buku tiada bersama aku.
Walaupun aku berkecil hati dengan kawan-kawan sekelas aku...aku sabarkan hati...tak pe ini baru sedikit....

Aku melalui koperasi sekolah untuk menuju ke kantin...dan masa tu lah...
“Hoi..kesiannya jalan sorang-sorang...tak dapat masuk U ke..haha kawan-kawannya semua dah pergi tinggalkan dia..hahahhahahah”
 Abang-abang tingkatan 6 atas mengherdik aku..
Adik-adik yang tidak tahu hujung pangkal terus memandang kearah aku dengan muka yang.....ah biarkanlah.aku tak mahu ingat.

Sejak itu...bila rehat, aku tidak makan dikantin..aku makan didalam kelas sahaja...aku tidak minum air sebab risau nanti perlu ke tandas seorang diri pula..

Aku pernah dibaling anak ayam yg sudah mati oleh budak-budak lelaki....

Dan bila waktu pulang...aku tidak tergesa-gesa pulang ke rumah..kerana aku risau bertemu pelajar-pelajar lain...

Mungkin disebabkan aku dikenali ramai jadi kemana sahaja aku pergi akan ada yang menegur, aku benci bila ditanya soalan yang sudah diketahui jawapannya.

“Ya, Aku masih disini. Aku tidak masuk U, aku ditinggalkan kawan-kawan aku. kenapa? Apa kau peduli?Aku mendapat tawaran IPT tapi aku yang menolaknya..kau tahu itu? Kau tak tahu. Kau fikir aku terkandas disini kerana aku bodoh dan gagal dan sial? Kau lah yang sial sebenarnya.!!!!!! “

Senyum..masih lagi senyum. Semuanya hanya berkisar didalam kepala sahaja.Biarkanlah mereka..
Bila waktu pulang, aku berada didalam kelas berseorangan..aku mengulang kaji pelajaran...aku hafal apa yang perlu dan aku membuat latihan...bila sudah tiada orang didalam kawasan sekolah..aku akan balik ke rumah..berjalan seorang diri...aku tak suka bila pelajar2 lain memandang aku...kerana sebelum ini aku tidak pernah bersendirian...

Berbulan-bulan aku begitu....
Aku tahan diri pergi kantin, tandas, koperasi, bilik guru yang aku selalu lepak..dan pulang bila sudah tiada orang disekolah.
Seksa tiada siapa yang tahu.

Selepas pertengahan tahun, keputusan aku agak memberangsangkan dan aku dinaikkan ke kelas pertama.disitulah aku menemui sahabat baru yg senasib dengan aku.Aku dikelilingi manusia yang berfikiran positif dan membantu aku.Tiada lagi mereka yang mendiamkan diri bila jadual bertukar dan tiada lagi orang yang enggan duduk semeja dengan aku..kami semua belajar bersama-sama dalam suasana yang harmoni.

Selepas itulah..aku cuba menjejakkan kaki keluar kelas..aku masih lagi ingat perasaan itu...aku berpimpinan tangan dengan sahabat aku..dia mengajak aku menemaninya ke kantin...aku terkejut melihat cat-cat baru di bangunan...ya Allah betapa lamanya aku terperap didalam kelas dan keluar dari kelas balik ke rumah tergesa-gesa....

Aku rasa mahu menangis saat itu. Aku pegang kejap tangan sahabat aku.
Terima Kasih ‘Rama-Rama’.

Aku bahagia menjalani hari-hariku dengan normal...seperti dulu.Aku dah tak peduli lagi akan mereka-mereka yang menyisihkan aku dulu. Dan orang yang meninggalkan aku tak pernah tahu akan seksaan yang aku terima.

Sehinggalah saat aku ke pejabat sekolah menemani kawan aku..tiba-tiba seorang guru menegur aku dengan muka kaget.. 

“heyy kamu ada lagi rupanya..saya ingat kamu dah masuk U..”

Aku terdiam. Mata aku langsung tidak berkedip...
Tanpa sempat aku menjawab...seorang lagi cikgu yang rapat dengan aku menjawab,

“Ya, dia ada lagi...dia sayang nak tinggal sekolah ni dan dia nak ambil sijil tinggi agama disini. “ katanya sambil tersenyum kearah aku...

Teacher selalu menenangkan aku ketika aku didalam situasi yang kronik begini.
Thank you so much teacher Ros.

Hari-hari berlalu seperti biasa dan aku masih lagi berusaha membina balik keyakinan diri aku dan semangat aku...

Keputusan peperiksaan keluar dan keputusan aku memuaskan aku.(mungkin aku sudah belaajr bersyukur aku dah tak fikir lagi keputusan org lain aku hanya gembira dan bersyukur)
Sambil menunggu keputusan rasmi IPT aku menerima tawaran dari  satu Kolej Islamik...Kawan aku memujukku untuk kesana..aku juga mahu kesana kerana aku risau aku tidak berjaya mendapat tawaran ke IPT..atau aku dapat IPT  yg keluarga aku tak suka..
Aku memberitahu kedua ibu bapa ku..mereka bersetuju sahaja..aku meyiapkan segala dokumen dan barang-barang untuk ke sana. 

Masa itulah aku rebah sekali lagi bila orang yang agak penting dalam hidup aku menghubungiku memarahi aku, mengugutku tidak mahu memberikan sokongan kewangan.Dia tak mahu aku ke kolej tunggu sahaja tawaran U...Aku menangis tersedu-sedan. 

Aku tiada sesiapa untuk bertanyakan pendapat aku tak mahu menceritakan hal ini kepada ibubapa aku kerana risau mereka berkecil hati, aku berjalan hampir setengah jam di tengah panas terik..ke cybercafé aku menulis didlam blog aku sambil menangis..dan aku masih ingat seorang budak menegur aku kenapa menangis.

Aku sedih bila orang yang rapat denganku berkata-kata begitu.

Selepas beberapa  hari, aku berdamai dengan dia dan aku mengikuti katanya untuk tidak ke kolej tersebut.
Tak pe lah mungkin itu yang terbaik..
Selepas beberapa bulan sampailah keputusan kepada aku.
Aku berjaya mendapatkan tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT yang sama dengan sahabat-sahabat malah berada ditahun yang sama.

Aku tidak pernah mempunyai KAWAN BAIK atau BFF  kerana aku percaya bahawa tiada manusia akan kekal bersama kita selama-lamanya.

Manusia datang dan pergi...awal pengajianku aku selalu menangis kerana dipinggirkan sahabat-sahabat aku sendiri..mereka yang pernah berjanji akan berjuang bersama, memungkiri janji sendiri...tapi selepas itu.pelangi muncul...Allah mendatangkan beribu-ribu sahabat dari seluruh fakulti malah dari Universiti lain menggantikan mereka-mereka yang dahulu.

Sekarang demi perkara yang isa-sia...aku sudah tidak menangis lagi ...kalau awalnya aku membenci..sekarang tidak lagi..aku sudah lali..dan tiada perasaan apa pun yg tinggal dalam hati aku buat mereka-mereka yang pernah menyakiti aku...aku andaikan bahawa mereka tidak lagi wujud dalam hidup aku.

Aku meneruskan pengajian aku demi ijazah yang bakal membanggakan keluarga aku...aku bertungkus lumus belajar dan juga mencari kerja sampingan dan membuat apa sahaja yg boleh membantu aku dalam pengajian aku...

Alhamdulillah sekarang.....sudah hampir 4 tahun aku berjuang...aku bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pula.

Doakan agar latihan industri aku di salah sebuah mahkamah syariah berjalan lancar..
Jutaan terima kasih buat semua yang berada disisi aku dari dulu hingga sekarang.
Dilain masa aku akan terus kuat melawan dugaan yang mendatang...

Jadi, benarlah...Allah tak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.

 mereka-merekk ke aku kenapa menangis.
mpir setengah jam keLaaTahzanInnAllahaMa’ana~

Wednesday, 23 December 2015

SELAMAT TINGGAL DUNIA CAMPUS



MACAM MANA KORANG URUSKAN PERBELANJAAN DI IPTA?

Bagi aku penagih kasih ptptn ni, satu sem dapat 3250. ditolak ngn yuran, buku, fotostet nota, makan minum and so on…mmg xkan bertahan sampai akhir sem.
jujur aku ckp, family aku biasa2 je, xmiskin sgt, xkaya sangat. mak abah dah xkeje..abah 73 mak 62..aku anak ke belas2 dari belas2…aku bongsu.
smua kakak2 n abang2 aku dah kawin…semua dah ada komitmen masing2…sebelum msuk ipt, one of my sister dah pesan i have no right to ask any financial supports from my siblings, they all have their own financial problems.
so, i'm done.

cuma kalau desperate sgt aku PINJAM dan BAYAR BALIK ASAP.
tapi bila raya ke atau holiday break, kalau ada org hulur aku sambut je.hehehe

Bagi aku….aku dah faham sgt ngn diri aku, aku jnis yg suka beli tudung n baju, terutama awal semester..maklumlah budak baru nak up kan…masa tu aku carik duit dgn jual kerepek ubi,keropok ikan, maggi thai…letak dkt koperasi hostel slalunya habis licin cuma duit xpernah cukup..xpe lah aku halalkan. lepas tu aku amik upah jaga booth kerongsang dkt kwsn cmpus aku jugak…not bad lah.
bila naik sem 4 aku try keje dkt tesco tp bukan dalam tesco kat luar2 je, jaga kiosk..dari pukul 9 pagi sampai 10 malam, sakit belakanggggg ngn kerusi xleh bersandar gitu..huhu aku kena hafal lebih 100 jenis kuih traditional. nak termuntah rasanya.haha tiap hari dpt 40 ringgit..lepas la makan minum tu.
banyak sem jugak aku ad mslsh ngn ptptn msuk lambat aku trpaksa pnjm duit ngn org nk byr yuran…

semester 4 adalah semester paling terseksa…tiap mlm sbelum tidur aku nangis,aku xleh nk pinjam duit ngn siblings aku, aku malu nk mintak ngn parents aku, tp bila mak aku ckp "selagi mak hidup, mak akan tolong, xpyh pedulikan org lain,mak ada" berderai air mata aku masa tu..aku rasa mcm down sgt kalau mak abah xde aku mcm mana?aku acap kali makan roti expired date, pernah mlm tu aku dahaga air, air masak xde, aku masak air dlm heater, xtahan tggu lama sgt nk sejukkkan, aku cri air merata dlm rumah aku, ttbe aku trnmpk balang air housemate aku, hampir2 aku nk minum tp aku fikir kalau aku mati dlm tdur mcm mana? end up aku tunggang botol aku mnum stitik dua air. kalau bertuah dptlah nasik mkn skali shari, aku n roomate aku beli perencah nsik goreng. kami ada ricecooker kami masak nsik kosong pstu gaul ngn prencah tu. bbrapa mggu lps tu aku tgk ricecooker xde..dah kena rampas.masa tu kami puasa, nk dekat berbuka da…hancur hati aku.. tp kami kuat sbb kami bergantung sesama sendiri, sama2 susah.pernah jgk tetibe jiran dtg bg nasik…xtahu mana dia tahu kami xmakan..malu jugak mse tu…

tp itu semester 4 punya crita.masa tu ada msalah ptptn, sbb tu tenat skit.
bila dh msuk semester2 akhir, aku pun dah muak makan nasik basi, roti berkulat…tmbh ngn prgai suka beli tudung n baju, aku bangkit…aku xnak dah mcm tu.aku cuba usaha cara lain plk.
under subject entrepreneurship, aku bukak salon n spa…potong rambut,basuh rambut,pedicure,manicure, facial treatments. kami bertujuh aku manager dan tukang potong rambut n basuh rambut.alhamdulillah A pun dapat,duit pun dpt. ohh pengalaman skali.


lepas abis semester tu, aku teruskan dgn potong rambut, ramai jgk org yg aku xkenal dtg nk ptong rmbut. Alhamduliilah…walaupun masih lg makan sekali sehari tp xde la tenat mcm dlu.
tambahan lg, aku mula buat partime dkt kedai di campus aku, bila ada gap aku keje.bila aku ada masa free lebih aku join bukak booth…walaupun sangat penat tp berbaloi.xperlu lg aku nk mintak pinjam duit ngn sape2.

bila dah last sem ni…aku tgk banyaaaakkk sgt shawl n tudung aku yg dah x terpakai dan ada jugak yg aku beli xpakai2….so, aku decide aku buat preloved items. alhamdulilllahhhh banyak jugak terjual. (rasa bahagia bila pergi campus nmpk org pakai tudung kita)
bermanfaat jgk tudung2 yg aku beli dlu..

aku suka melukis sangat2 suka melukis, ada org cadangkan aku jual lukisan aku..tp aku xtau kalau ad org nk beli. tp mcm best je buat totebag kan? hahaha skrg aku tgh kumpul duit nk beli wacom, bru semangat sikit.melukis dan jana pndptan. ewahhh berangan.

Sekarang, aku tgh studyweek, nanti bulan dua tahun depan...aku dah start praktikal dekat mahkamah syariah rendah.

wish me all the best. :)


Sunday, 13 December 2015

ED





I've been trapped inside a tower, 
I am locked and lost the key, 
now the darkness that creeps at night, 
is my only company, 
nobody tries to save me here, 
because they cannot hear my cries, 
I pass my days in solitude, 
and watch the world move on outside, 
this tower isn't that grand, 
it's really not that tall, 
but still I can't escape it, 
I can't break free from here at all, 
and though you cannot see this tower, 
just believe it's there instead, 
because my tower isn't made of stone, 
I'm just trapped inside my head.

Wednesday, 9 December 2015

LELAKI DURJANA



Show feelings, get hurt.
Be faithful, get cheated on.
Show love, get left.
Be honest, get lied to.

Ketahian apakah ini?
Selama 4 tahun kita kenal, berkali-kali kau perdajalkan aku.
Ohh..Lelaki yang gemar berfoya.
Memanglah semuanya celaka.


Dulu....ketika kau menggunakan pelbagai cara untuk ‘tackle’ aku, habis seantero ‘pickup lines’ telah kau cipta.
“Aduhai sayang...alangkah tidak sabarnya aku ingin bertemu denganmu diatas pelamin cinta kita”
Masihkah kau ingat wahai buaya?
Aku ini umpama boneka bernyawa kau perlakukan....
Saat kau bosan kau cari,
Saat kau jemu kau lari.

Kau berlagak umpama KAU KEPUNYAANKU SEORANG.
Kau berlagak umpama HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.

Hakikatnya?
Hakikatnya kau menyelam sambil meneguk air longkang loji perkumuhan!!!Pantaslah dengan lelaki seperti engkau.Kurang cukup seorang.!!

Apakah tiada rasa bersalah didalam hatimu?
Aku begitu jelek mengingatkan saat kau mengajakku bertemu diatas pelamin sedangkan kau sudah punya kekasih hati.

Berani-beraninya kau mempermainkan perasaan aku?

Seorang gadis yang belum pernah mengenal erti CINTA.
Seorang gadis yang memberanikan diri menyambut salam CINTA.

Tergamaknya dirimu wahai lelaki.

Aku ini anak perempuan yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh bapaku.
Aku ini anak perempuan yang disayangi seluruh jiwa dan raga oleh ibuku.

Engkau juga punya saudara perempuan,

Masakan kau tergamak memperlakukan aku sebegini?
Masakan kau tega menghancurkan hati aku seperti ini?

*******

PENULISAN PERTAMA

PENULISAN KEDUA 

PENULISAN KETIGA

****

PENULISAN KEEMPAT – 5 Mac 2015
Hampir bertahun juga aku menyekat Zafril di laman social aku, namun aku hairan bagaimana dia menemui nombor baru ku.Dia menghantar pesanan kepadaku meminta alamat rumahku, katanya ingin menghantar sesuatu.Aku dengan endah tak endah menghantar alamat asrama aku.
Beberapa hari kemudian, aku menerima satu bungkusan dari satu Online Shop, ya dress yang berwarna green emerald tersangatlah cantik.
Wow, aku dengan muka tak malu mencuba pakaian itu.Semua kawanku mengatakan dress itu begitu ‘stunning’.
Dia mengatakan itu tanda dia memohon maaf dan katanya sudah laam dia ingin memberi hadiah buatku.Aku mengucapkan terima kasih buat susah-susah sahaja.
Dalam hati aku, baguslah nanti bagilah lagi.hahahha sebenci-benci aku padanya aku tak kisah menerima pemberiannya.Hati aku juga yang senang.
Aku meminjam gambar seorang sahabat lelaki ku, aku menghantar gambar tersebut kepada Zafril dengan mengatakan bahawa itulah dia lelaki pilihan keluargaku dan aku sudah jatuh cinta kepada lelaki itu.Dia agak tergamam ya dia terkejut.
Apa dia fikir aku tak mampu hidup tanpa dia? Memang bodoh betullah kalau macam tu.Hakikatnya aku belum dimiliki sesiapa tapi  aku bertekad tak akan pernah menerima dia dalam hidup aku.
Atas apa yang telah dia dan bekas kekasihnya perlakukan aku, tak semudah itu aku menerimanya kembali dalam hidup aku.
Aku sengaja menyakiti hatinya dengan memuji lelaki yang kononnya kekasih aku itu.Dia seorang yang baik hati, anak yang soleh belajar di institusi tinggi dalam bidang syariah dan banyak lagi.Barulah Zafril terkulat-kulat merayu agar aku melupakan perkara yang lepas.
Tidak...Tidak akan ada lagi peluang dan ruang buat lelaki pengecut dan bacul macam Zafril.
Biar dia rasakan betapa sakitnya hati diperdajalkan.Aku yang dulu bukan lagi aku yang sekarang, dulu aku memang bebal bagai lembu dicucuk hidung tapi kerana sikap dia, hati aku telah beku sebeku-sebekunya.
Sambil aku mencium wangian dress yang baru aku terima, dengan penuh rasa bahagia... aku menekan ‘button’ ‘BLOCK’ pada nombornya.
.
.
KAU DAH BOLEH PERGI MAMPUS.

Tuesday, 8 December 2015

I MiSS You


salam and hi,

it's been a long time, isn't?
hopefully, you guys still following my blog.
please don't hit the button "unfollow"

ohh
 

just wanna share something,
but yeahh let's K.I.S.S
Keep It Simple & Short
okay?

well, I've been really quiet lately (have to admit. lol)

busy siapkan thesis,
pejam celik, pejam celik,
ayoyo
dah tahun akhir ghupenya.

insyaallah tahun depan grad,

Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa.

hm hmm anyway,
before this, xsempat nak share kat sini.
guess what?
hohoho 



i'm on youtube's channel...!!!!!

haha since there were so many requests from my friends and also my sisters,  i've made 4 hijab tutorials.

this is the links


have fun girls. :)