Pages

Tuesday, 3 February 2015

Dunia Gadis itu - 2




Cinta Suka-Suka

“Dia membawa kupu-kupu kedalam organ penghadamanku”.

Perasaan yang mudah sekali singgah diceruk hati gadis itu,
Namun baginya,jatuh hati dan jatuh cinta nyata berbeza,
Betapa kuat dia menidakkan perasaan nakalnya.

Dia sememangnya punya hati senipis kulit bawang,
Dalam diam mudah sekali menyukai dan disukai.
Tapi si dia itu dirasakannya amat berbeza,
Benci tapi suka...atau boleh dikatakan benci tapi cinta,
Cintakah?
Ahh dia sendiri bingung dengan jiwa karut-marutnya itu.

Apakah itu dinamakan cinta atau hanya perasaan mengadanya sahaja?
Dia buntu
dan
keliru.

Bila ketemu dan si dia memandang kearahnya.
Dia tidak mampu memandang mata si dia itu,
Gadis itu akan melarikan diri bersembunyi dicelah-celah manusia.
Bila tiada yang melihat,
Dia sendiri yang melihat si dia didalam diam.

Acap kali dirasakan jantungnya berhenti berdegup saat terpandangkan si dia,
Bila dekat dia mahu berlari jauh,
Bila jauh dia mula penasaran.
Apakah itu cinta atau sekadar mainan perasaan?
Sudah hampir tiga tahun dia begitu,
Lalu sampai bila semua ini berterusan tergantung sepi?

Gadis itu seperti biasa,
Berlagak benci dan menyampah,
Sedang sinar didalam matanya penuh dengan rasa yang dia sendiri tidak pasti.

9:01am
25/01/2015




No comments: