Betapa hatinya merindukan kelibat si dia,
Keinginan untuk melihat sidia yang penuh karisma
membuak-buak,
Kadang gadis itu merasakan dirinya tidak berlaku adil,
Perlukah dia merasakan begitu sedangkan dia tidak punya kelayakan
walau sekecil hama.
Dia orang biasa..
Cuma sesekali sahaja dia luar biasa,
Itupun luar biasa yang memalukan diri sendiri.
Sedang si dia...?
Dirasakan bak bidadara yang sudah memporak-perandakan
malamnya,
Dia tidak meminta bibirnya menyeru nama si dia kala malam
menjengah dalam sepi,
Bukan dia sengaja merindui si dia.
Semuanya berlaku tanpa dia sedari,
Betul kah tanpa disedari?
Entahlah...yang gadis itu tahu,
Dia menyampah dengan perasaan rindu yang ada didalam hati
kecilnya.
Dia tidak akan sesekali mendedahkan perasaannya.
Dan seperti biasa,
Gadis itu menidakkan rasa yang menggeletek jiwa raganya
Lalu berkatalah dia kepada dirinya sendiri...
“Jadi kau rindukan orang yang kemungkinan besar langsung
tidak memikirkan kau?”
“Arghhh..RINDU sudah boleh pergi mampus!!”
No comments:
Post a Comment