Pages

Tuesday, 3 February 2015

Dunia Gadis Itu- 4




Redha

Tak kan dia  lupa kejadian itu,
Peristiwa yang memaksa dia untuk membuat pilihan,
Pilihan antara terus merindu atau kembali menjadi orang asing.
Mana mungkin dia mampu memadamkan rasa sedih yang menggamit hatinya?
Namun,kalau benarlah antara dia dan si dia itu jodohnya tiada tercatat,
Maka dia akan sedaya upaya mencuba untuk membuang jauh perasaannya.

Hati ini bukan milik sesiapa.
Ia kepunyaan mutlak Sang Penciptanya.
Siapalah dia mempersoalkan semua yang ditakdirkan.

Pasrah.
Gadis itu pasrah.
Biarlah Allah sahaja yang menentukan corak hidupnya.
Apa yang pasti,
Dia hanya mampu berusaha dan berdoa....
Berusaha?
Apakah dia perlu memikat hati sesiapa yang dia ingini?
Tidak!
Itu bukan pegangan hidupnya.
 “Andai dia jodohku tidak perlulah aku terhegeh-hegehkannya....Allah mengetahui segalaNya.. Berdoalah agar diberikan yang terbaik...Dia akan mempermudahkannya”
23:00pm 26/01/15

No comments: