Pages

Tuesday, 3 February 2015

Dunia Gadis itu - 2




Cinta Suka-Suka

“Dia membawa kupu-kupu kedalam organ penghadamanku”.

Perasaan yang mudah sekali singgah diceruk hati gadis itu,
Namun baginya,jatuh hati dan jatuh cinta nyata berbeza,
Betapa kuat dia menidakkan perasaan nakalnya.

Dia sememangnya punya hati senipis kulit bawang,
Dalam diam mudah sekali menyukai dan disukai.
Tapi si dia itu dirasakannya amat berbeza,
Benci tapi suka...atau boleh dikatakan benci tapi cinta,
Cintakah?
Ahh dia sendiri bingung dengan jiwa karut-marutnya itu.

Apakah itu dinamakan cinta atau hanya perasaan mengadanya sahaja?
Dia buntu
dan
keliru.

Bila ketemu dan si dia memandang kearahnya.
Dia tidak mampu memandang mata si dia itu,
Gadis itu akan melarikan diri bersembunyi dicelah-celah manusia.
Bila tiada yang melihat,
Dia sendiri yang melihat si dia didalam diam.

Acap kali dirasakan jantungnya berhenti berdegup saat terpandangkan si dia,
Bila dekat dia mahu berlari jauh,
Bila jauh dia mula penasaran.
Apakah itu cinta atau sekadar mainan perasaan?
Sudah hampir tiga tahun dia begitu,
Lalu sampai bila semua ini berterusan tergantung sepi?

Gadis itu seperti biasa,
Berlagak benci dan menyampah,
Sedang sinar didalam matanya penuh dengan rasa yang dia sendiri tidak pasti.

9:01am
25/01/2015




AIR MATA



Aku memandang dinding kamarku,
Lalu ia mengalir tanpa suara,
Aku segera hapuskan ia,
Kenapa kau datang?

Aku merenung lagi..
Hingga menembusi dinding kamarku,
Lantas ia menitis ke  pipi ku,
Aku segera mengusapnya,
Kenapa kau hadir?

Aku menunduk kebawah,
Melihat baju yang lencun,
Pasti baju ku hairan benar,
Air masin apakah yang membasahinya,

Aku mendongak ke aatas,
Perit sekali mata ku,
Melawan sinar mentari,

Masya allah…


(tak sempat nak habiskan.idea hilang serta merta)



Jangan kau ganggu aku,





Aku senang begini,
Tanpa siapa-siapa,
Hanya aku dan tulisanku.

Tak perlu kau menyapaku,
Tak perlu kau menegurku.

Aku bahagia begini,
Berseorangan dan bersendiri,
Hanya ditemani sepi,

Manusia ramai yang celaka,
Tidak aku betah bersama mereka.

Kadang mereka berlembut didepan,
Belakang dikutuk habis-habisan.

Sebelum aku diperdajalkan,
Akanku dajalkan semua ini.
Berambus dan nyahlah manusia yang busuk hati.
Kau tidak aku perlukan.
Parasit dunia.

0:32 am
23/01/2015

Tanpa Kata





Dia pergi….
Tanpa sebarang berita;
Tanpa sepatah kata;
Tanpa kalung bicara;

Pergi dia bersama impian,
Impian yang berkubur bersama jasad;
Impian murni yang pasti Allah redhai,
Kerna apa?
kerna bersamanya tersimpul redha kedua ibubapanya.

Kepergiannya ditangisi seluruh alam…
Seorang Ibu,
Seorang Bapa,
Lima Abang,
Tujuh Kakak,
Malah sahabat handai yang terpisah bertahun-tahun,
Muncul disudut ruang rumah.

Dihadapan terkapar lesu jasadnya kaku tiada upaya,
Lalu dalam sayu disirami sendu,
Bersatu mengalunkan ayat-ayat suci;
Kalimah mulia Kitab Mu.

Wednesday, 17 December 2014

Dunia Gadis Itu










Dunia Gadis Itu

Bagi gadis itu, semuanya biasa.
Mata-mata yang memandang sekadar memandang.
Meraka memandang kerana mereka fikir mata itu mata mereka,punya mereka,hak mereka.
Lalu mengapa tidak dijojolkan mata memandang kiri dan kanan.
Memandang tanpa rasa bersalah,
Menembusi ilusi dihadapan mata.
Itu mereka.
Mereka yang gemar meluaskan bola mata,gemar ­ mencelikkan pandangan.
Tak mahu-mahu meredupkan mata, merehatkan penglihatan atau merendahkan pandangan.

Bagi gadis itu, semuanya normal.
Mulut-mulut yang berbisik sekadar halwa telinga.
Kekanan berjemput kekiri menghindar.
Herot-berot bibir-bibir yang bercakap.
Basah lencun sifulan dihadapan.
Hebat benar mereka mengulas kata mentafsir itu menterjemah ini
Seumpamanya mengenali sejak kandungan sang ibu.
Begitu hebatnya mereka.
Mereka yang mana?
Mereka yang gemar berbisik,berbicara tanpa kerdipan mata walau sekali.

Gadis itu masih begitu.
Kaku.
Bibirnya tidak bicara walau sepatah kata.
Memerhati didalam diam sambil berfikir.
Kadang tanpa diundang tanpa dijemput penasaran itu muncul jua.
Sambil memandang pantulan diri dia bertanya dengan kerutan didahi
.
“ Begitu pelikkah aku dimata mereka sehingga mereka sering memandang dan berbisik?”

Ya,
Mungkin aku makhluk dari marikh sana.
Luar Biasa.





Sally Shafiqah Ibrahim
21:40pm
Khamis
16 disember 2014

Friday, 23 May 2014

INNI AKHOFULLAH

 PEREMPUAN di uji di DUNIA,,

 Kena pakai TUDUNG ...
 Kena pakai STOKIN ...
 Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
 Kena banyak FITNAH ...
 Kena TAAT perintah SUAMI ...
 Kena menjaga MARUAH DIRI ...
 Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

 Di AKHIRAT,,

SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

 LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,

 Tidak payah pakai TUDUNG...
 Tidak payah pakai STOKIN...
 AURAT senang di jaga ...
 Tidak risau dengan FITNAH...
 MUDAH nak buat apa sahaja ..


 Tapi di AKHIRAT,,

 Tanggung dosa DIRI SENDIRI ..
 Dosa ISTERI ...
 Dosa ANAK-ANAK ..
 Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
 Dosa tidak beri NAFKAH ...
 Dosa tidak menjaga PANDANGAN ...
 Dosa ADIK-ADIK...
 Dosa sesama MANUSIA ...
 Dosa tidak SOLAT...

 SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA...
 LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL..

 Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

 Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN .
🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅
Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;

①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.

②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA.

‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’
Sebar sebarkan..........

#AllahuAkbar