Pages

Sunday 22 September 2013

AL-FATIHAH untuk ibu kita

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada.

Semoga bermanfaat

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...saya ada sedikit perkongsian ni...semoga bermanfaat ye.. :)

" Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku''


Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..



*****

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.


2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.


(Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati ...


Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
Derma kerusi roda dihospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala . Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .. 


Kongsi mesej ini kpd orang ramai ... Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu.

 InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...

7 kalimat yg harus di biasakan..


1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.


3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.


4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.


5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.


6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.


7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


Ada 2 pilihan utk anda :1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.


2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.


Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala.. Amiiin ya rabbal alamin


Semoga bermanfaat. 


Amin.... 
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدن
ا مُحَمَّدٍ 


Kongsi lh dngan rakan anda . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Sunday 15 September 2013

suka-suka je ..hehehhe...

TARIKH LAHIR DAN MAKNA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

# saya no 5 anda pulak bagaimana ?

no.1 ----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 ----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 ----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 ----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 ----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 ----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 ----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 ----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 ----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

ANDA NO BRAPA?

Kembali Nya Daku Di Bumi Usim

Hai Semua....Assalamualaikum.... *lambai-lambai tgn.

Sekarang aku da ada kat bumi nilai nie....aku naik bas catar rijal...dah lah silap tengok masa...hahaha..mulanya aku tengok dah betul..tp tah la cane bleh tersilap pulak....padahal bas sampai pukul 9:30 malam..tapi aku terrrrlihat pukul 8:45 malam....pukul 8:45 tu baru dekat kota bharu sedangkan aku pasir puteh patutnya kul 9:30.....

kesian pulak abang aku terpaksa tunggu.....lama jugak tu..

then, sebab rasa cam lama giler...aku pi kfc...beli makanan lah kan xkan beli baju pulak...

Sampai kfc. (Aku pi sorang je) nampak laaaa member sekolah aku dlu,, nama Ain..dia tengok aku ngan muka terkejut..guess what she said?? *angkat kening belah kanan 2 kali

"Sally....!!!!gemuk wehh!!"

Oww.no..xsempat salam xsempat tanya khabar..ain ni mmg nk kne ni,.hahah..ain siap tanya aku makan apa jadi tembam camtu...aku apa lagi kan...jawab sejujurnya jelah...

"Alaaa ain...aku makan cam biasa2je...cuma sahur aku makan dua pinggan..then berbuka puasa sepinggan je...pukul 2 or 3 pagi..aku masuk dapur makan lagi....yg pasti mulut xleh duduk diam.."

Tergelak-gelak ain tengok aku....sempat pulak dia perli aku sebelum aku nak keluar kfc tu...

"Ly..nampak lucu rr..dah la pendek..gemok pulak..hahaha"

Eiii..jaat..!!

Lepas tu.....tunggu bassss...ujan laa plak..dalam pukul 10:30 malam baru lah bas sampai..nasib baik abang ada angkut barang-barang aku tu...besar dan berat...huhu


Naik lah bas...semua budak usim je nama pun bas catar usim..

pukul 7:30 pagi sampai lah kami dekat kolej kediaman sutera indah...masyaallah..nk angkut cmne beg kalau berhenti jauh gitu...

Aku pun angkut satu beg masuk kolej...satu lagi yg raksasa...xmampu..so.aku hanya duduk tepi jalan tu..tunggu superhero datang.mungkin?

tunggu punya tunggu...xde yg dtg nk mmbantu...smua student dah masuk kolej..tggallaaa aku tepi jalan tu...sebab stress sgt aku call semua org....mula2 abah...then mak..then aimi last skali akram.

Saja je mengadu la konon kan....tetibe bas berhenti sbelh aku...bdk2 rmai kot trun...aku dh segan ni..nasib baik driver bas trun..aku mintak dia alihkan beg aku ke depan sikit...xmasuk hostel pun xpelah....

alang-alang rmai tgh kalut angkut beg aku pun tumpang kalut gak angkut beg..berjengket-jengket lah jawabnya ..dah beg sama besar ngn aku....

Aktiviti seterusnya angkut beg naik aras 4....angkut beg dari stor pulak.., geledah punya geledah..,,4 kali baru jumpa...

keesokannya...bermulalah kuliah pertama....

jumpa ngn kawan2..alangkah eksaited nye mereka saat melihatku... -.-'

Semua pakat nak cubit....nak tarik...nak tumbuk pun ada .hahahaah...

diorang kalut cakap aku gemuk....terutamanya tang PIPI....ok fine..itu tanda bahagia...

wink wink....

sekarang kami cuti 4 hari....semalam sewa kereta keluar pukul 6 setengah petang balik hostel before tutup pagar....dalam pukul 11:45 malam., nasib baik pegawai keselamatan  yg poyo tu xde.haha..law x konfem kami kene brainwash..

Malam tadi aku ngn na decorated bilik kami...perghhh, yg sempit jdi nampak luas je pndangan mata.....hehehe...puas hati,

so..sekarang aku baru siap makan nasik....tataw nak wat mende...

eh,, lupa nak ckp., taw x...kat sini ada mamat keling gila seks...yeeek.,, dia duk depan hotel sapura berhadapan kolej kami...tunjuk alat sulit dia...nasib baik jendela blik aku bkn bhdapan ngn hotel tu,, so aku xpenah lg tgk..kawan aku la slalu nampk keling tu tnjuk dot dot dia....ni mmg kes gila....

seram btul,,,, mintak jauh la.., mintak allah jaga...

Sunday 1 September 2013

DIAM




Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..


 
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM .

Sebelum Terlambat :'3




Assalamualaikum semua pembaca belog cik saly… ^_^

Jenuh jugak nak carik idea nak tulis entry pasal apa…huhu…malam ni tak tahu nak buat apa…sebab tu on lappy nie…sambil dengar lagu HURT dinyanyikan oleh Christina aquilera…pergh..gila sedih lagu ni…

kisah nye pasal dia dari kecik lagi suka pi circus tengok orang wat aksi-aksi kat sana bersama ayahnya…kononnya cita-cita dialah kan..bergayut kat tali..buat pertunjukan depan orang ramai…ayah dial ah yang selalu menemani dia…pegang tangan dia….sampailah dia besar dan berjaya capai impian dia…tapi yang malangnya disebabkan komitmen dia tu..dia xdapat lagi luangkan masa dengan ayahnya…sehinggalah masa dia nak start buat pertunjukan tu..dia dapat sepucuk surat…(tak delah dia tayangkan isi kandungan surat tu ) …pastu dia terus keluar cari ayah dia..sambil menangis-nangis…ternampak kelibat aayhnya..dia memanggil-manggil…tapi rupanya bukan ayahnya…wuu..sedih kot….

‘’I’m sorry for blaming you for everything…I just couldn’t do..and I hurt myself…by hurting you….’’
Hargailah Orang Yang Berada di Sisi Kita Sebelum Terlambat….

*******

Abah……
Sekarang abah dah masuk 70an….susuk tubuh dah mula mengecil…kurus..bila saly tatap lama-lama….rasa teramat sayu…rasa teramat takut….kehilangan.

Abah belum lagi menjejakkan kaki ke Mekah…..Saly tahu abah nak sangat kesana….Abah selalu baca buku-buku pasal haji….Abah pi kursus haji….abah suka dengar radio ikim.fm…

Ya Allah..murahkanlah rezeki kami….

Ya Allah…jemputlah abah dan mak kerumahmu menunaikan rukun haji….

Ya Allah…sejahterakanlah mereka berdua….

Ya Allah….jauhkanlah aku daripada menyakiti hati dan perasaan mereka berdua…

Ya Allah..panjangkan lah umur mereka berdua agar mereka dapat terus beribadat kepadamu…

Amin Ya Rabbal Alamin….


8:12pm
Ahad
1 september 2013