Pages

Saturday 9 February 2013

CINTA yang tidak KESAMPAIAN

 

Teruskan membaca dan jangan khuatir.Aku punyai kebenaran empunya diri untuk mencoretkan kisah cintanya disini…kisah seorang lagi sahabatku yang menderita patah hati.izinkan aku menggelarkan dirinya sebagai Tom kerana dia pernah mengatakan bahawa aku dan dia ibarat Tom dan Jerry,sering bersama walaupun sering bertelingkah.dimana ada Tom,disitu ada Jerry.

Bagi aku Tom cukup baik,handsome (walaupun dia asyik mengatakan dia tidak smart),gayanya seperti Bruno mars.dia nakal namun ilmu agama dia pelajari.dulu disekolah,dia cukup dikenali ramai bersama motor  kesayangannya.cool.malah abangku juga mengenalinya.

untuk pengetahuan semua Tom telah bersama kekasih hatinya selama hampir 4 tahun.malah aku sangat mengenali wanita tersebut.jangan tak percaya,aku pernah menjadi sahabat baik perempuan itu dan aku juga pernah menjadi musuh ketat nya..namun itu perkara lain dan aku tak mahu menyentuh memori itu kerana bagi aku forgive everythings is the best way to acchive happiness.
 

Sememangnya aku boleh dikatakan agak rapat dengan Tom,namun kami tak pernah bercerita tentang kisah hati malah sampai sekarang aku tak tahu sama ada dia tahu atau tidak yang satu ketika dulu geng aku pernah bergaduh besar dengan geng  kekasih hatinya itu.

Begitupun aku pernah bertanyakan perihal hubungan Tom dengan wanita itu,masihku ingat jawapan Tom….

’tak mahu mengganggu anak dara orang kerana pelajaran masih terumbang-ambing’

Selepas itu aku tak pernah lagi bertanya berkenaan cintanya…..sampai berlanjutan setahun lebih…

Aku dan Tom tidak lagi sekadar berhubung melalui Facebook,kami merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan tali persahabatan kami melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon.

Sampailah satu ketika itu,dia menghantar mesej kepadaku.aku mendengar bunyi pesanan ringkas yang masuk tapi aku sekadar membiarkannya sahaja kerana aku fikir itu adalah mesej-mesej daripada abang angkatku dari program keluarga angkat persatuanku dulu.aku agak rimas dengan perhatian melampau yang diberikannya kepadaku.jadi aku biarkan sahaja mesej tersebut disapa angin.

Beberapa minit berlalu aku mencapai telefon ku,alangkah kagetnya aku bila mendapati mesej-mesej tersebut adalah dari sahabatku Tom.daripada mesejnya aku tahu benar bahawa dia dalam kesusahan dan kesedihan yang teramat.aku segera membalas mesej tersebut dan bertanyakan keadaannya.dia seakan tidak mahu menceritakan hal sebenar kepadaku.namun selepas didesak barulah dia menceritakan apa yang terjadi.
Bila aku membaca mesej panjang lebarnya itu,tanpa ku sedari,air mataku menitis di atas paha.fikiranku bercampur baur.

Terkejut,sedih,marah,simpati,pedih,sakit…semuanya menghadirkan titisan mutiara dari mataku.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa saat Tom merintih sayu dan memberitahuku bahawa dia telah melepaskan kekasihnya.dia redha dalam duka.

Ya,Tom terpaksa melepaskan wanita itu kerana dia tidak mahu menjadi penghalang untuk wanita tersebut mencari sinar bahagia yang lain.Aku tahu dia telah penat mendengar cerita buruk mengenai kekasihnya itu.hati siapa yang mampu bersabar bila dikhabarkan bahawa wanitanya bergembira bersama lelaki lain sedangkan mereka belum lagi memutuskan hubungan yang sedia ada.

 

Tapi,aku benar-benar tidak menyangkakan tindak balas dari Tom.dia masih lagi menyebelahi wanita itu dan mengatakan semuanya berpunca dari dirinya sendiri.Malah dia tidak mahu aku menghuraikan masalah putus cintanya itu dan tidak mahu aku membuat ulasan mengenai perempuan itu.oh..alangkah baik hatinya.!masih lagi bersangka baik sedangkan aku…aku ingin sahaja menampar pipi perempuan itu dan mengatakan bahawa dia telah membuat kesilapan besar dengan meninggalkan lelaki sebaik Tom.!

Dulu..aku pernah bertanyakan hubungan cinta Tom melalui adiknya kerana aku agak rapat dengan adik lelakinya.adiknya memberitahu bahawa berkemungkinan besar Tom sudah tidak bersama wanita itu namun rupanya lain kisah sebenar cinta Tom.

Rupa-rupanya dia masih lagi bersama wanita itu namun hubungan mereka agak mengelirukan.

Namun apa yang aku pelajari adalah apa yang berlaku semuanya sudah ditakdirkan.
Memang benar pepatah yang menyebut..

 


‘manusia merancang namun tuhan yang menentukan’

Mereka bersama dalam jangka masa yang sangat lama…tapi Kuasa Allah tiada yang mampu menghalang.

Walaupun wanitanya punyai lelaki lain namun Tom tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melepas bebas wanita itu.

Tom juga silap…kerana sebelum ini walaupun seringkali dia mendengar desas desus kecurangan perempuan tersebut,dia tidak pernah bertanya mahupun berbincang secara matang bersama kekasihnya itu.dia hanya memendam rasa seorang diri.

Apa yang Tom buat?dia mendiamkan diri dan tidak membalas mesej mahupun menerima panggilan wanita itu.alasan?sakit hati mungkin?aku sendiri kurang pasti…

Setiap kali dia mendengar berita yang tidak menyenangkan berkaitan wanita itu,Tom hanya mendiamkan diri dalam satu tempoh masa tanpa berbincang perkara duduk bangun kebenaran khabar angin itu.aku sendiri agak bersetuju dengan pengakuan Tom,mungkin kekasihnya sunyi ditinggalkan lama-lama lalu mencari yang lain.









Masihku ingat,malam itu dia berkali-kali meratap sayu menyalahkan diri sendiri.aku sendiri teramat sedih dan sebak kerana dalam hidupku aku tidak pernah tahu bahawa didalam dunia ini masih ada lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi seorang perempuan seperti Tom.aku menemaninya mendengar luahan hatinya sehinggalah jam hampir menunjukkan ke angka 4 pagi aku tanpa sedar terlelap.

Ketika aku tersedar jam telah menunjukkan pukul 6:30 pagi.aku mencapai telefon dan aku lihat ada 4 mesej didalam inbox yang belum ku baca.mulanya aku tersenyum…Tom ada menyelitkan unsur gurauan didalam mesej pertamanya,aku tahu benar dia berusaha melupakan kesedihan yang menimpa dirinya.tapi mesej yang lain mengejutkan aku,

Pukul 5:00 pagi Tom ada menghantar pesanan yang berbunyi..

‘jerry,tom keluar sekejap.tom ingin membakar segala kenangan antara dia dan tom’

‘jerry,tom sedang membakar kenangan kami…… :(

Ya Allah…!!kasihan sahabatku !alangkah bongoknya aku ketiduran dan tiada disampingnya saat dia sedang melawan emosinya.

 

Hari yang seterusnya kami sudah boleh bergelak ketawa sambil bergurau senda.aku mencuba sedaya upayaku agar dia mampu bangkit semula dan melupakan segala kesedihan yang ada dalam hatinya.

Sedang aku melayan perasaan seorang diri,aku mendapat sms dari Tom.dia mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk bangun,dia lemah.rupanya dia bermimpi akan perempuan itu dan hatinya yang baru kuat menjadi lemah kembali.

Inilah mesej yang dihantar Tom kepadaku..sampai bila-bila akanku ingat…

‘setiap hari,setiap detik hati Tom sentiasa rindukan dia…tapi kerinduan Tom dibalas gini… :( besarnya dugaan  yang Tom perlu tempuhi…mudahnya dia cari pengganti.. :(  tapi dia punya alasan yang kukuh untuk buat begitu..tapi kenapa dia tak boleh setia ngan Tom sampai hujung nyawa..Ya Allah berulang kali Tom beri dia peluang untuk berubah dari kesilapan…setiap kecurangan yang dilakukannya membuatkan hati Tom terluka bagai tak sembuh..parut luka terus menjadi dendam hingga tiada penghujung..sesungguhnya perasaan sayang aku terhadap kau tak pernah berubah,sejak aku isytiharkan kamu hinggalah saat ini…..tapi,ini yang kau balas cintaku.. :( ’

Tom,bersabarlah..ingatlah kata-kata yang selalu Jerry tuturkan kepada Tom saat Tom jatuh mengingati wanita itu.

‘Allah tidak pernah menimpakan ujian yang tidak mampu hambaNya tempuhi’
Dan…

‘Allah punya kebahagiaan yang lain yang jauh lagi berkat dan diredhai buat Tom’
Masyaallah….aku terkejut lagi dan lagi…

Seorang demi seorang sahabatku kecewa dan rebah kerana cinta.Aku terkesima.dulu mereka semua bahagia setiap kali punya masalah merajuknya hanya seketika,beberapa hari kemudian aku pasti melihat kembali senyum tawa sahabat-sahabatku.

Aku bukanlah seorang doktor pakar cinta yang mampu merungkai segala permasalahan pesakit-pesakit ku yang hatinya parah dilukai.

Aku hanyalah seorang teman yang hanya mampu mendengar keluh kesah sahabat-sahabatku disamping menuturkan kata-kata semangat buat mereka.

Aku memohon sepenuh hatiku agar Allah memberi mereka kesudahan yang indah kerana aku tahu hanya Dialah yang berkuasa merawat hati-hati hambanya.

2 comments:

Kenari Putih said...

panjang lebar stori ini.. tom is a good fren, sebab ia baik jadi dia dah kena main.. or takpun memang tom sengal ;D

sALLy SoFiEy eBRaHem said...

haha..sengal...!!!