Pages

Wednesday 12 December 2012

Sukar Kah Mencari Sahabat Sejati???

Tip menjadi sahabat





Dalam membina persahabatan, terdapat beberapa tip menjadi sahabat sejati dan mendapatkan sahabat sejati. Bukan main hentam saja. Sebab itulah ada sesetengah kawan kecewa dalam persahabatan. Kecewa seperti putus cinta dan ditinggalkan kekasih. Seakan-akan kawan sedia ada tidak wujud baginya kerana sahabat yang disayanginya pergi meninggalkannya.

Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri kita. Maka itu, kita mesti ada resepi-resepi untuk membina persahabatan. Antaranya ialah;



-Bersahabat kerana Allah SWT. 

Dalam persahabatan kita perlu ikhlas. Ikhlas ini hadir apabila niat dan hati kita bersih. Bersih daripada perkara-perkara yang Allah SWT tidak redha. Bersahabat kerana Allah SWT bukan kerana harta, kepintaran, keturunan, nafsu syahwat, pengaruh, kuasa dan sebagainya. Kita bersahabat untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT bukannya mengharapkan kebaikan kita dibalas oleh sahabat kita.



-Bersahabat perlu berlapang dada.

Sahabat adalah orang yang sangat rapat dengan kita. Boleh dikatakan aktiviti harian kita diketahuinya. Kekadang kita banyak persamaan dengannya seperti makanan dan minuman kegemaran, sukan, hobi dan prinsip hidup.
Oleh itu, hati kita mudah tersentuh dan terguris apabila sahabat kita berubah perilaku dan berkasar bahasa dengan kita. Jadi, cara untuk mengatasi masalah hati ini agar tidak terkecewa dan persahabatan terus berkekalan ialah berlapang dadalah. Cubalah untuk memahami. Berdoalah kepada Allah SWT agar persahabatan itu berkekalan.

 

-Mampu beritsar dalam persahabatan.

Itsar merupakan peringkat Ukhuwah (persahabatan) yang tertinggi. Itsar bermaksud melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Mampu tak! Saya yakin kita mampu buat. Apa penting teruskan pergantungan kepada Allah SWT dan berusaha mencapai ke arah itu.
Ini pernah dibuktikan oleh kaum Ansar dengan kaum Muhajirin semasa peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
Bagaimana dengan diri kita?
Mampukah?
Terserah kepada diri masing-masing. Sekiranya bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Tidak mustahil anda akan mendapatkannya.

 


-Wujud kefahaman yang sama berkenaan makna persahabatan.

Ada juga antara kita masih kurang memahami erti persahabatan. Ada juga memahami erti persahabatan tetapi kefahamannya hanya untuk dirinya. Manakala sahabatnya pula tidak memahami erti persahabatan. Pendek kata 'bertepuk sebelah tangan, tidak  mungkin berbunyi.'
Kita sudah berbaik dengannya, tetapi dia tidak menghiraukan kita. Kekadang, kehadiran kita tiada erti baginya.

Sekiranya kita berhadapan situasi ini. Saya sarankan jangan cepat menghukum dan berputus asa. Kemudian nekad tidak mahu mencari sahabat. Jangan begitu kawan.
Mungkin dia tidak faham maksud kita bersahabat dengannya atau dia tidak tahu apa erti persahabatan dalam kehidupan.

 

Jadi, peranan kita yang tahu erti persahabatan, fahamkan apa itu persahabatan. Kenapa perlu ada sahabat. Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan seperti hadiahkan buku berkenaan kisah persahabatan, ajak makan bersama, beriktikaf bersama, dan jalan-jalan bersama. InsyaAllah, sekiranya perkara tersebut dilakukakan hanya mencari keredhaan Allah SWT. Tidak mustahil anda akan bahagia dan tenang bersama sahabat anda.
Begitu juga dengan mereka yang tidak faham erti persahabatan. Jangan duduk diam. Berusaha dan korbankan sedikit masa membaca buku dan artikel berkenaan persahabatan. Aktif bertanya jika perlu.

InsyaAllah anda akan menemui nilai persahabatan.
Selamat Mencuba!



Doaku, buatmu sahabat
Ya Allah jernihkan niatku.
Ya Allah, aku insan yang lemah memerlukan pertolongan makhluk setelah memohon dengan-Mu.
Ya Allah, kini aku berada jauh daripada keluarga tercinta.
Aku hanya berharap perhatian dari-Mu.
Namun, aku inginkan teman sebagai sahabat.
Saat aku diberjauhan dengan keluarga tercinta,
Aku ingin berdamping dengannya, agar aku kuat menghadapi dugaan dijalan-Mu.
Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang tidak sempurna dan serba kekurangan.
Maka itu,Ya Allah, Hadirkanlah seorang sahabat yang soleh untukku.
Seorang sahabat sebagai pelengkap akan kekuranganku.
Amien Ya Rabbal 'alamin.

Bersahabatlah kerana Allah SWT, kerana Allah SWT pemilik sekalian makhluk. Dialah yang menemukan kita dengan sahabat sejati kita.

 

*sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4996-sukarkah-mencari-sahabat-sejati.html

Sunday 2 December 2012

jom SAMA-SAMA kita amalkan

Assalamualaikum...dan moga sihat selalu...
rindu tetibe kat rumah...suasana solat berjemaah beramai2...
jom sama-sama kita amalkan oke?ni..
PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Friday 30 November 2012

apa kata anda tentang soal jawab ustaz ini berkaitan bercinta (berkenal-kenalan )sebelum kahwin

yuhuu..assalamualaikum semua...sebenarnya bebrapa hari ni...macam-macam perkara berlaku dan beberapa kali niat nak update lam belog...tapi apakan daya...saya teramat2 lah busy ngn assignments....tadi syida post satu link kat group yg saya join...bila saya baca..ohh...agak menarik...sesuai dengan student u cam kita2 nie...


                                                                          (xaci my big bro leh balik kampung !!! (T_T)


okay....yg kat bawah ni...separuh jer dari article asal..
saya just tunjuk bahagian yg saya suke je k..selebihnya sila baca kat sini :

http://komuniti.iluvislam.com/topic/27442-couple-bukan-menghampiri-zina/

so,selamat membaca ok?

kat bawah ni..kalau anda nk tahu...ditulis oleh seorang ustaz..memandangkan masalah percintaan sebelum kahwin ni mnerima bermacam2 hukum....so,kat bawah ni dia tunjukkan soalan yg biasa bermain d fkiran kita..dan jawapan yg dia berikan...tp saya suggest..lps ni better anda baca full edition sbb mmg best n confirm puas hati...ENJOY..

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???


2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.
Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?
Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.



4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.
Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.
Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)

6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.
Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.


7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.
Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.
8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?
Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.
Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:
((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).


9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?
Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.

Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..
Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.


9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.
Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.
Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.


10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.

11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke?

Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul.

12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.

Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan.
13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.

Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati.

14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak?

Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up.

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati.

Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha…

Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!!

15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.

Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.
16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi..
Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.

((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).
Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.


Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.

Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?
Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.

17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.

Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda.
Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. 



sekian....jangan lupa teruskan membaca --->  http://komuniti.iluvislam.com/topic/27442-couple-bukan-menghampiri-zina/

korang da besar panjang...so LU PIKIR LAH SENDIRI....jangan rasa korang bijak sangat sampai dah boleh kasi hukum hakam sesuka hati....

babai..

WALLAHUA'LLAM..






Sunday 25 November 2012

NASIB XKENA ROGOL...EUWW

Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..

M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...

M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

Thursday 22 November 2012

StOp AsKIng mE tHIs QuEStIon..!

assalamualaikum semua...apa khabar..? dah makan..? kalau yg da makan tu..dah digest belom..? kalau dah digest tu...ehem2 lah..muahahahh..ok..dah sihat ker yg demam2 tu...?

i dah sihat...cuma batuk2 n selsema je.. ubat ada yg dah habis..dan ada jugak yang tak pernah sentuh langsung....kikiki
 
lama rasa nya tak update entry baru....assignments penuh...presentation lagi...
tu yg sempat bukak fb je mlm2....blogging xnyempat2...hemoh3

so,kali ni just nk share somethings...since ramai sangat yg slalu..menuturkan ayat2 di bwah..

perhatian..sila pastikan nada yg anda baca betul serta tepat tanpa mengubah tempo nya..sekian...

'WAH....NAMA MACAM MAT SALLEH'
'AMBOI,NAMA NAK KELAS JE'
'EHH...KENAPA PANGGIL SALLY?'
'GANAH NAMO DEMO'
'ORANG LONDON KE NI?'
'SALLY ?? XDE KAITAN PUN NGAN SHAFIQAH??'
'PEWIT..NAMA SALY WEY..KELAS KAU JAH'

ok...look.


 zaman2 kecik dulu i mmg kiut tahap gaban...tp sejak dewasa ni..kiut tu beransur hilang... ohhh sedih .. :'(

nama sally fnie..bukan saya reka atau bukan saya saja2 letak semata2 nak carik glamour...

macam ni alkisahnya.....
haa..apa lagi tercegat kat situ...meh..meh duduk bersila tepi saya ni...mulut tu tutup..jangan ternganga je..kang meleleh2 air liur..xsanggup eden nk ngelap nye seyh..

pada zaman dahulu kala....saat kelahiran ku...abah mahu meletakkan nama ku sebagai SALIHAH ...tapi tak tahu laaa.. mana silap nye...ade orang pi taruk nama SHAFIQAH...-..-'

tapi (lagi sekali)..di sebab kan abah mmg nak kan nama salihah...mereka semua membiasakan diri memanggil ku sbgai baby salihah....ouchh.. suwitt gitu..

okay2..continue please..
pada suatu hari...di pagi yang hening...diselangi bunyi kicauan burung merpati dua sejoli di ranting pohon jambu depan rumah daku....

datanglah mak cik n pak cik (lupa dah nama apa)..
diorang letak anak dia kat umah kami..kira nya mak mengasuh anak dia la...kata nya dia seorang cikgu,,,

bila dia terlihat kelibat anak kecil terkedek2 dengan botol susu nya...
terbit dari mulut beliau..."ohh sungguh comel budak ini...montel lagi...pipi gebu....rambut panjang...pakai gaun....indahnya ciptaan Tuhan.." -sory yang ni aku tipu..

  (sila tutup mata dan bayangkan seorang puteri yg berada disebalik sinaran spotlight tersengih2) 

bila dia tanya sape nama...mungkin abang2 atau kakak2 ku..mmberitahu bahawa..nama ku SALIHAH...bila dia dengar sahaja....salihah...maklumlah beliau orang ilir... -..-'
terus terpacul nama SALLY..
 
oleh yang demi kain...tiap kali dia datang.dia akan memanggil2 saya sebagai sally....maka orang lain turut berjangkit dengan virus nama baru tersebut...tambahan pula di masa itu..profesor2 dan saintis2 belum wujud..maka penyakit tersebut membiak dengan meluasnya..dan tanpa sempadan..... (ala2 bakteria yakult gitu)
hatchurrmm!! (sory2 terbersin tiba2..huh.. sape la nyebut2 nama daku nih)

okay...sampai lah sekarang...sampai lah di era globalisasi ni..sedasarwasa ini...
semua orang memanggil2 aku dengan nama itu...
budak2 dekat tempat mengaji panggil saly...

sampai lah ke sekolah rendah...terjumpa ngan diorang....semua panggil saly..
sampai lah ke peringkat high school...dengar je kakak2 ku mmggil ku begitu..
rakan2 turut berjangkit tanpa dapat dikawal..
 sampai lah ke lubang telinga guru2..
bila daku mnyuruh nya mmggil shafiqah,. tahu apa jawab nya..?

'alaaa..kawan2 awk pggil saly...saya pun nk jgk paggil gitu..kang saya panggil shafiqah bukan awak nyahut pun'

heheh..betul jgk tu..

sampailah dekat u..
maklum saja..budak sekolah saya yg dapat usim..dekat 25 orang..
hahahah...so satu usim ni panggil saly je...

arakian...begitulah alkisah nya...disebalik nama special dan istimewa ku ini (err bukan special n istimewa tu makna nya sama ke? ahh lantak lah..ada aku kesah?)



take note: kisah ni saya tak tahu betul tak..sebab masa tu saya kecik lagi..saya tahu kisah ni bial saya besar...sebab ramai sgt asik tnye...so,saya tanya la mereka2 yg berpengalan.
okay sekian terima kasih...

nak ciom ket leh x..?kih3 mmuahhhh2







Friday 16 November 2012

muhasabah diri yg penuh noda



Wαnitα kelemαhαnnyα pd AURAT
Lelαki kelemαhαnnyα pd SYAHWAT
Mαkα bαgi ώαnitα tidαk boleh berkαtα :
"Lelaki yάng sαlαh kαrenα merekα tidαk mαmpu menjαgα SYAHWAT"
Sedαngkαn Wαnitα sendiri yang lαlαi dαlαm menjαgα AURAT
Wαnitα y HEBAT αdαlαh Wαnitα yάng tαbαh istiqomαh menjαgα AURAT
Lelαki yάng HEBAT αdαlαh Lelaki yάng sαbαr menαhαn kehendαk SYAHWAT
Wαnitα & Lelαki yάng HEBAT αdαlαh yάng sαmα² teguh memuliαkαn SYARI'AT

Tuesday 13 November 2012

SINISTER cerita thriller yg bikin heart attack

assalamualaikum semua rakan2 ku tayam mucup anga2 ni...
hikhikhik...

nk share something nie...

*haa..tadi kan..masa dalam kelas bahasa arab...saya tertido...tetiba bunyik kuat sgt...sy trkjut beruk mat yeh engat kan buku2 classmates jatuh..tp bila saya pndang sebelah kiri...air mncurah-curah dari siling yg pecah...xtahu camne tetiba siling tu boleh pecah and keluarkan air yg banyak mencurah2....kami mmg terlompat terus dari kerusi..even ustaz pun bangun mengejut....esyh...mujur la awal pagi...kalau tgh malam mahu nya saya pengsan x bangun2 ..

okay for your information....

hari selasa..kelmarin...saya ngan kawan2....kak su,na,mizah n zaty keluar jejalan...kami pi tengok wayang....sebelum tu..memang kak su awal-awal dah bagitahu yang dia nak tengok citer seram pembunuhan....dalam hati saya..ala..xmahu2...

tapi sebab fikir-fikir kan selama ni saya asik takut2 je..asal iklan cite seram tv3 tu..msti cpt2 saya tukar channel..tak pun kalau ade org ramai sangat..saya cuma tutup mata n telinga je..
hehehe...bukan penakut...tp saya jenis yang kuat berimaginasi dan kuat ingatan...terutama bab2 macam ni....alah..saya tengok dinding pun da terbayang macam2....mana nak berani tgk citer thriller ni/..

di sebabkan itu...saya memutuskan untuk bersetuju  ke panggung wayang dekat alamanda putrajaya...dan menonton cerita SINISTER....uhh...seram woo...


citer ni kisah pembunuhan bersiri...sebenarnya..pembunuh tu...kita mmg langsung xexpect taw...memang ending dia bahi saya..menyakitkan hati..hehehe...sbb pembunuh2 tu....tak sepatutnya menjadi pembunuh.....ohh...demmit!


(MUKA PENJAHAT TU..XTAHU  LA SEJENIS MANUSIA ATAU HANTU)

ha...nak taw x..masa kami tengah tengok tu..mmg banyak kali terkejut...bayang kan....si ashley anak pmpuan penulis novel tu...dia keluar dari kotak dgn suara nye...eisyh....xleh engat taw..


 ni lah gambar masa budak tu keluar dari kotak secara mengejut.....dia histeria..,,




setiap kali pembunuhan berlaku..pembunuh tu buat macam movie..dia rakam then dia classified terus titlle dia...ada sleepy time...pool party..barbeque..banyak lagi la....tp mmg cara dia bunuh tu kejam giler kot. lps tu...semua yg dia rakam tu..dia masukkan dalam kotak..ltk atas siling...intention dia? xtahu -..-'


ha...ni lah sinopsis citer SINISTER tu...

The film opens on Super 8 footage where a family of four are standing under a tree with bags over their heads and nooses around their necks. An unseen figure saws a tree limb acting as a counterweight with a pole saw, and cuts it off, sending the family up, strangling them.

Months later, true-crime novelist Ellison Oswalt (Ethan Hawke) moves into the same house as the murdered family with his wife, Tracy (Juliet Rylance), and their two children Ashley (Clare Foley) and Trevor (Michael Hall D'Addario). Ellison uses the murders as the basis for his new book. Supposedly, there were five members in the family, and one of the children went missing after the murders.

Ellison finds a box in the attic, which contains a projector and several reels of Super 8 footage that are each labeled as if innocent home movies. He watches the films, all depicting families murdered in various ways, including having their throats slit in bed (Sleepy Time '98), an arson (BBQ '79), being drowned in their pool (Pool Party '66), being run over by a lawn mower (Lawn Work '86) and the hanging that opened the movie (Family Hanging Out '11). The drowning one proves especially disturbing for him, as he sees a dark figure with a demonic face. Upon seeing this figure, strange things begin happening around the house. Ellison continues to observe the films, and discovers strange things in them, such as symbols painted near the murder scenes, and the demonic figure, which begins to show up in every film.

He calls a deputy (James Ransone) to help him find the location of these murders. After going through the images, the deputy refers him to a local professor, Jonas (Vincent D'Onofrio), whose expertise lie within the occult and demonic phenomena, to decipher the symbol in the films. Jonas tells Ellison that the symbols are that of a Pagan deity named Bughuul, who was known as an eater of children's souls, killing the families of the child and then taking the child to his own netherworld. One night, Ellison hears the film projector running and goes up to the attic. He finds five children (all of whom were the missing from each family after they were murdered) watching one of the films. When Bughuul suddenly appears in front of him, Ellison falls from the attic. Having had enough, he burns the projector and the film and moves out with his family. Upon returning to their old house, he goes into the attic and finds the box containing the projector and film, completely unharmed. However, there is a new item inside: an envelope with "extended endings." Within that, Ellison finds that after each murder took place, the missing child would come onscreen, revealing them to be the murderers, and then disappear.

Ellison again chats with Professor Jonas, who sends him scans of rare historical drawings of the mysterious symbol and explains that Bughuul would supposedly appear in the images, which acted as portals between his realm and the mortal realm.

Shortly after, the deputy, whose repeated calls Ellison had been ignoring all day, calls again and this time Ellison picks up. The deputy informs him that he has discovered the link between the murders: each family had last lived in the house where the previous murder had taken place. By moving out of the house, the deputy continues, he has put himself and his family in place to continue the pattern. Ellison begins feeling light-headed. He looks in his empty coffee cup and finds a mysterious liquid left behind, then notices the note that was under his cup from his daughter and loses consciousness.

Upon waking, he finds himself, his wife and son bound and gagged in the same manner as the families in the Super 8 films. Ashley walks in, carrying an axe and a Super 8 camera. She then documents the grisly murders of her father, mother, and brother, and paints the walls in their blood, with several childish images such as unicorns, cats and dogs . She then goes to the projector and plays the film she just took, revealing the children in the hallway. Upon Bughuul's appearance, the children run away. Bughuul picks up Ashley and walks into the film with her.

The final shot shows the box of film in the attic of the Oswalt house, this time with a new canister that reads "House painting '12".


THE END....


okay...temkiu semua....nnti jgn lupa ekk tgk citer ni.,confirm xnyesal..
*teringat laki2 lam panggung wayang hari tu...tiap kali scene malam..dia tutup muka ngn tgn dia..kah3.... tuan handsome....tp sayang...
-..-' (sadis tak ayat saya?!)

Friday 9 November 2012

ehh..JaNgaN taK PeRcaYA....HAri BUlaN KeLaHiRAn ANdA tu ADa mAKnA di SEbaLikNYa tAW....


1hb
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah
dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan
untuk didekati.

4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb.
Kamu disukai ramai kerana >personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.


10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat>bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal
cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat'
bila berada di sampingnya.

23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.


25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak taukan?????

26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mentingkan keseronokan saja!!!!

27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman.Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja
selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!
"


*ini memang mengikut kajian..tapi.. jangan percaya dan iktikad dgn benda ni...dosa nnti..
sekadar suka-suka je...btw,

saya lahir pada 23 MEI 1993 ^__^

Tuesday 6 November 2012

MEREKA LELAKI-ii YANG GEMAR BERKASIH-SAYANG

malam ni...aku ada kuliah TITAS....tapi...tengah2 encik maiki lecture tu......tetibe aku teerpandang kan dua org mamat ni...sorang nama HAD sorang nama SOD....aku heran la..ape benda lah yg sod tgh buat tu...dagu dia atas bahu si had..mulut dia termuncung2...aku bekerut dahi daa..aik..exercise mulut ke hapa?
lepas tu..diorang main gosok2 telinga plak....haha..kenapa la dengan diorang...si sod gosok2 bahu si had tu...pastu..dia wat konon2 nak ciom pipi si had ....had pulak tergelak2....
lawak plak aku tgk diorang.....then..tetiba sod sandarkan kepala kat bahu had...alahai manja nya...sambil tgn dia gosok2 pipi had..had sengeh2...

 

aku...selang seli..kejap pandang encik maiki..kejap pandang diorang..member2 aku kat sebelah n belakang dah tergelak2 tgk diorang berdua......aku cuma senyum je...




dalam pada masa tu..tetiba aku teringat kan kekasih aku..si zayn malik tu...dia pun rapat sangat ngn harry,...dia suka cucuk tgn dia kat pipi harry sbb harry ade lesung pipit..lagi satu zayn suke ngat gulung jari dia lam rambut harry..sbb rambut harry kerinting..oh...how sweet..aku suke kan lelaki2 yg bersahabat baik kerana ALLAH......dan berkasih sayang sesama mereka...




*even ramai cakap nonsense pasal harry and zayn....aku emmilih untuk husnuzzhon...aku anggap mereka bersahabat baik.... ^_^

Saturday 3 November 2012

ya ALLAH...aku ada adik??!!

assalamualikum semua....pagi tadi pukul 5:55am selamat sampai usim...xde orang dalam bilik..hanya aku...

sekarang tengah kemas2 bilik and locker...sambil godek2 fesbut..
tetiba nampak...dia...ya allah.....bila direnungkan...dah besar adik aku.makin handsome....
baru aku perasan....dalam laptop aku...xde pun gambar dia....????kenapa...?
hai...sebak plak pagi2 ni.gambar abang2 n kakak2 aku banyak je...
perasan tak kita macam abaikan dia..kadang2 aku sedih bila tengok semua berkumpul dalam bilik aku bercerita itu ini..sedang dia di luar tengok tv atau baca buku...

memang betul...dia troublemaker...dari kecik lagi....tapi biasalah...dia kan remaja....semua org melalui saat itu kan...

aku hanya punya adik seorang....dia lah...satu2 nya....dulu mmg aku rapat giler kot ngan dia....malam2 naik moto sama2..round2......dia citer problem dia....kat aku...tp di sbbkan sangat rapat dia hilang rasa hormat pada aku...aku mula hilang sabar.....tu yg mnyebabkan kami sekarang dah tak rapat macam dulu....





bila aku godek2 fb dia.....aku nampak gambar dia..masyaallah...dia betul2 dah besar!!!
dia sekarang umur 16 tahun...kami memang bercakap...tapi tidak semesra dulu....

malah....sejak dia mula jadi remaja...dia berubah menjadi pendiam dengan semua org,,,bila abah atau mok bertanya...dia hanya jawab sepatah2....
apakah mmg remaja sifatnya begitu... (sbb aku rasa aku paling suka bercerita semua perkara kpd abah aku n mok aku..even aku kene usya dalam bas pun aku citer)

dia mula menjauhkan diri dari kami....abg2 and kakak2 nya...
aku berusaha sedaya mungkin bertegur sapa dengannya...tapi dia sering acuh taka acuh..kadang2 aku perhatikan..bila ade org bercakap dengan nya,...dia menjawab pertanyaan itu sambil berjalan....kenapa macam tu..?

sebelum aku ke usim hari tu..aku cari semua buku2 nota n rujukan aku...aku bagi dekat dia..kadang2 aku nak sgt dia tanya aku apa2 yg dia tak faham...

(kenpa tak aku je yg pegi dekat dia..?mukanya masam mencuka.... macam mana lah aku nak dekat dengannya? )



aku saaayang dia....sbb dia satu2 nya adik aku....aku nak sangat dia berjaya..sbb aku tahu dia terror dalam hafazan...suara dia merdu bila baca qur'an....

ya allah..tolong sampai kan salam rindu dan kasih aku pda nya....tolong permudahkan segala urusan nya....tolong khabarkan pada nya...kami..abang2 dan kakak2 nya tetap menyayangi nya..

adik....mereka tak bertanya bukan kerana mereka tak peduli..tapi mereka sibuk dengan urusan masing2....mereka perlu kuat mencari rezeki demi menyara keluarga mereka....mereka perlu kan sokongan.....doakanlah kebahagiaan mereka...

*mey,aku xse kito gini sapa bilo2...aku nok sangat mu jadi po dulu....jange lah senyap gitu....bercerita lah nge mok and abah....hargai mereka selagi mereka ada di rumah....jaga mereka untuk aku....air mata aku mengalir sbb aku menyesali smua yg berlaku..sedihnya tuhan saja yg tahu,,,,

Friday 2 November 2012

menyampah saya ngan awak berdua...


Eh knapa lah pasangan suami isteri di usia muda kat depan aku ni hah..? 

menyampah nye….yang pmpuan nie..jeling2…yg lelaki ni plk…ei…xsuka la..kenapa nk duk kat sofa depan aku ni..kan tmpt lain banyak lagi..buat aku rasa amat2 tak selesa tahu tak..?? aku ni dah la…..em….nevermind..alaaa…betul2….xselesa taw..

Both of u..….please la pegi la kat sana tu…xsuka la….awak dua org..tolong ek..? pi laa kat seat sana tu..saya uncomfortable gini….nk angkat muka pun tak leh….buku pun xde nak cover ni…

Eh2…siap main tulis2 kat kertas lg??? ape ni…….uhmm…menci…nye…

Okay..look….kamu dua org buat2 busy lah konon..tp sambil wat keje tu ta yah la tgk2…..kat sini…saya x tahu nk wat respons apa…lagi satu..xperlu bisik2..cakap je kuat2….aku pakai headphone apa…bukan dengar pun..asik2 cakap slow2..makin la saya tak selesa…..please laa…adoi..cepat la wahai line internet..tak sabar  aku nak belah ni taw…..nak pi balik umah…nk sambung tengok korea drama…..

·         Sory ekk…saya asik membebel je..abis ..tak de org kat sebelah ni….

hah?? how could he????

 tadi...masa ngah guna wifi cc..tetiba masuk seseorang..lalu depan aku...aku angkat kepala.haaa??? mulut aku berbentuk 0....dia pulak..xbergerak.. kaku...memandang ke arah aku...lps beberapa saat...
baru keluar dari mulut kami berdua..'ooh...'
then aku memusatkan kembali mataku kpd laptop dihadapan dan continue kerje aku,manakala dia terus berjalan cari pc kosong..

lelaki2 dalam lingkungan awal 20-an...masuk cc.....beberapa minit berlalu..mereka kelihatan mahu beredar..aku duduk di sofa berdekatan cashier...mereka berlalu seorang2....aku hanya memandang dengan ekor mata ku...lelaki terakhir berbaju kuning..aku mengangkat wajah...dia beredar..,,aku termenung....tetiba....aucakk ahh? hah? sempat lg dia corner and mengintai aku....?? adoi....aku nk terr sembur plak ase ngn cara dia..hihihi..lucu...

selepas beberapa ketika...dia yg pertama..ingin beredar,,ya kami pernah kenal...dan ya...kami punya sejarah..dan ya sekali lagi......aku pernah menolak dia..mengecewakan permintaan hati nya....

so,
disebabkan kami pernah kenal dan rapat..aku fikir mungkin dia akan menegur aku..sekadar mengakat kening ke?.tp..? dia hanya lalu di depan aku..menonong..berjalan....

aku? err...? pape lah... maybe dia dh x mahu tgur aku..nnti die teringat something yg menyakitkan hati dia...maybe?

disebabkab aku terkesima dgn lagak dia..aku terus laju menaip post baru ni bagi menghilangkan kegugupan aku....hehehehe....ngok ngek plak aku rasa.. -..-'

Tuesday 30 October 2012

sELamat hari RaYA eidUladhA

 helow???



Assalamualaikum semua pembaca dan pengikut setia belog cik sely. ^_^
moga sihat sopmo okey?


 terlambat kan cik sely wish hari raya..ekekek..sory2




sekarang ada kat kampung bersama abah...mok...adik luqman...delisya and danish..
wah..best nya sampai asik2 bangun pukul 11..biasa kalau kat usim...adoi..ta cukup tido eden....hehe...apa nak jadi la anak dara ni..

 

bila kemas umah rasa cam..wahh..lama nyaaaaa tak wat keje2 ni...
masa raya qurban tu,memang best sgt taw...pi tengok lembu kene sembelih ngan mak,kak ipah,along n adik danish...kami balik jalan kaki...heheeheh..pimpin tangan..



raya kali ni xde la meriah sgt sbb ramai yang tak de...cuma abg hazmi n kak ah n baby afnan je yang balik kampung..yg len ade komitmen lain....vindu mereka semua ..