sihat xsemua....moga semua berada dalam rahmatNya...sekarang ni..perasan x..ramai yg pakai purdah kan..saya pun dikelilingi oleh mereka2 yg berniqab..kakak-2..malah..sahabat-2 saya pun ramai yg berpurdah...nanti saya yg menyusul siapa tahu..hehehe..tadi terjumpa satu post pasal mereka yg berniqab...jadi saya share kan lam belog ni..sama-sama lah kita repair mana yg patut..
Berpurdah , tapi masih Tabarruj ? Kenapa ??
Assalamualaikum sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih dikurniakan ni'mat
yang paling besar iaitu iman dan islam .
Sahabat-sahabat,
kenapa isu purdah yang saya cuba bincangkan ? Sebenarnya , bagi saya
wanita yang berpurdah ini adalah wanita yang istimewa, pada zahirnya ia
tidak nampak, tapi dari sudut dalamannya MasyaAllah .. hebat peribadinya
! Saya sangat kagum bila melihat wanita-wanita yang berpurdah, kerana
apa ? kerana mereka hebat istiqomah dalam mentarbiah diri mereka supaya
menjadi Mara'tussolehah.
Saya sendiri masih tidak mampu hingga
ketahap itu. Tapi saya akan cuba mencapai tahap itu suatu hari nanti,
InsyaAllah :) Tapi saya sedikit terkilan kerana akhir-akhir ini, saya
melihat ramai wanita-wanita yang berpurdah tetapi masih tidak menepati
syariat islam.Kenapa ?Humm jadi inilah sebab kenapa saya ingin sekali
membincangkan tajuk ini dengan sahabat-sahabat sekalian, jom tahu kenapa
saya katakan "berpudah tapi masih tabarruj"
Sahabat-sahabiah
yang dikasihi sekalian, sahabat-sahabat tertanya-tanya kenapa tajuk yang
saya ingin ulaskan ini berkenaan dengan orang yang berpurdah khususnya
wanita , dan kenapa pula tabarruj sedangkan sudah berpudah dan
berpakaian lengkap sebagai seorang muslimah ? Sebelum tu ingin sekali
saya mendefinisikan apa itu Tabarruj.
Di dalam kitab Zaad al-masiir menyatakan:
"Tabarruj, menurut Abu U'baidah adalah seorang wanita yang menampakkan
kecantikannya. Sedangkan menurut Az-zujaj tabarruj adalah menampakkan
perhiasan dan semua hal yang boleh merangsang syahwat lelaki."
Sahabat-sahabat jelas dengan definisi yang saya berikan ? Ya ,
sepertimana yang disebutkan tabarruj bermaksud seorang wanita yang
menampakkan kecantikan atau perhiasan di tubuhnya dan semua hal yang
boleh merangsangkan syahwat lelaki, itulah yang dikatakan Tabarruj!
Baiklah, berbalik pada perbincangan kita tadi, disini terdapat beberapa
sebab yang saya mengatakan bahawa yang berpurdah itu masih tabarruj,
antaranya ialah :
Pertama: mata . Sungguhpun saudari telah
memakai purdah tetapi saya tetap mengatakan saudari tabarruj , tahu
kenapa ? Saudariku.. kamu ingin menutup kecantikan paras rupamu tapi
mengapa kamu masih berhias mata sehingga berlebih-lebihan ? kamu katakan
celak itu sunnah , tapi adakah kamu mendengar bahawa sunnah nabi
memakai celak secara berlebih-lebihan hingga terserlah kecantikan matamu
? kepada siapa kamu berhias?
Sabda Nabi SAW:
"Seseorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya"[HR.Imam Ahmad,Abu Daud dan al-Nasaaiy]
Kedua: wangian . Tidak salah untuk memakai minyak wangi untuk
menghilangkan bau badan , tapi perlukan ia digunakan secara berlebihan ?
Saudariku .. sesungguhnya wangian itu akan menghampiri kamu kepada
zina. Dengarlah wahai saudariku , janganlah kamu menghampiri zina kerana
zina itu adalah dosa yang paling besar. Kenapa saya katakan ia
menghampiri zina ? cuba saudari tanyakan pada orang diluar sana
khususnya kaum adam, adakah mereka sukakan wangian atau sampah yang
busuk? pasti mereka juga akan memilih wangian.Wangian juga merupakan
satu tarikan yang kuat. Jadi, berjaga-jagalah wahai saudariku.
Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum
agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina[HR. Imam
An-Nasaaiy]
Ketiga: Pakaian . Apa guna kamu berpurdah , tapi
pakaian kamu masih menjolok mata ? Apa yang saya maksudkan dengan
menjolok mata adalah pilihan warna baju saudari. Warna-warna yang
menjolok mata adalah warna-warna yang terang seperti merah . Nabi sangat
melarang perempuan memakai pakaian yang berwarna merah kerana ianya
warna yang menarik perhatian dan merangsang syahwat lelaki.
Keempat: Lenggokkan tubuh badan. Yang saya maksudkan lenggokkan tubuh
badan adalah ketika mana saudari berjalan. Wanita perlu berjaga-jaga
soal lenggok badan ketika berjalan , kerana lelaki boleh tertarik dengan
seseorang wanita hanya kerana lenggok tubuh badannya yang penuh gaya
dan genit ketika berjalan dan nabi sangat melarang perbuatan itu .
Apa yang dimaksudkan dengan mutabarrijat didalam surah An-Nuur ayat 60, imam ibnu Al-a'rabiy menyatakan:
"Termasuk tabarruj, seseorang wanita yang mengenakan pakaian yang nipis
dan menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda
Rasulullah saw yang terdapat dalam hadith sahih
"Betapa banyak
wanita-wanita yang telanjang, berpakaian nipis merangsang dan
berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan
mencim baunya."
[HR.Imam Bukhari]
Wahai Maratussolehah yang
ku kasihi, kenapa islam terlalu menjaga wanita ini ? jawapannya adalah
kerana wanita ini mulianya melebihi segalanya, Allah mengagkat darjat
wanita dengan sangat tinggi . Buktinya ?
Sedarilah wahai para
serikandi islam, dirimu telah dibela Nabi seketikamana bermulannya
islam, ingatkah kamu ketika mana dahulu , wanita diperhambakan ? Maruah
wanita dipijak-pijak, wanita dijadikan sebagai bahan untuk memuaskan
nafsu seketika dahulu, tapi apabila datangnya Nabi dengan membawa islam ,
wanita dibela dengan sesunggunya ! Martabat wanita diangkat , tiada
lagi yang diperhambakan , maruah wanita terpelihara dan wanita tidak
lagi dijadikan bahan untuk memuaskan nafsu. Tidak cukupkah itu wahai
saudari-saudariku ? Tidak cukupkah pembelaan Nabi terhadap kita ? Ayuh
saudariku , Indahkanlah dirimu dengan iman di hati, personakanlah dirimu
dengan taqwa di sanubari. Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
sepesona perhiasan adalah wanita solehah yang telah terpatri jiwa ilmu
dan mahabbah, kaulah sesungguhnya insan yang bernama wanita solehah.
Marilah saudariku, mari kita sama-sama menjaga dan memelihara islam
dengan sesungguhnya . Buktikan pada dunia hari ini bahawa tangan yang
menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia !
-Waallahu a'lam-
*peringatan buat diri dan sahabat : apa yg kita buat wajib niat kerana Allah bukan nak menunjuk-nunjuk ^_^
2 comments:
saudara/saudari...
saya ambil input drpd artikel ini dan postkan di facebook dan blog saya ok :)
syukran
saya 'saudari'..
toyyib..xde masalah..
a'fuwan.
Post a Comment