Hasbunallah Wanikmal Wakil
Mengalir air mata baca kata-kata dari
lembut kata-kata nya menusuk dalam hati...aku lampirkan disini buat sahabat2 ku yang sedang bersedih...
'kita tidak kalah namun belum menang..'
Assalamualaikum...
wahai anakku,
Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah
keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air
mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang
menderita, namun semua ringihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya
di akhirat seandainya kamu redha dengan ketentuanNya.
Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya " Sesiapa
yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan
tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu".
Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain
Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya
ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan
ini.
Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih
dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan
itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu.
Ucaplah " telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan
kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah".
Alangkah hebatnya
perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung.
Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah
menerima pengorbanan tersebut.
Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita
bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit
kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.
Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan
tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah
dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu
menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu
helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau
orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan.
Ingatlah firman Allah " bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W )
memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada
sesiapa yang Dia kehendaki".
Wahai anakku,
Teruskan kerja
Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau
kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus
lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada
sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.
Salam perjuangan buat semua yang disayangi.....
Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyanyagimu.
*aku yang tidak mengerti apa-apa hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kita...rindu NABI MUHAMMAD SAW..rindu ABAH...rindu MOK....
No comments:
Post a Comment