Pages

Friday 30 September 2016

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI DI MAHKAMAH SYARIAH





FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA
semester 8
sesi 2015/2016
 
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


( MAHKAMAH SYARIAH PASIR PUTEH KELANTAN )
NAMA
SHAFIQAH BIN IBRAHIM
NO.MATRIK
1121556
NAMA SUPERVISOR UNIVERSITI
DR. ABDUL MANAN BIN ISMAIL

 


ISI KANDUNGAN

BAB

TOPIK DAN SUB-TOPIK


MUKA SURAT
BAB 1
PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH KELANTAN
1
1.1
PENGENALAN, LATAR BELAKANG ORGANISASI
1
1.2
PIAGAM PELANGGAN
2
1.3
SEJARAH PENUBUHAN MRSPP
3
1.4
BIDANG KUASA MRSPP
3
1.5
STRUKTUR ORGANISASI MRSPP
4
1.6
AKTIVITI UTAMA MRSPP
5

1.6.1 MEMBERI PENERANGAN KEPADA PELANGGAN
5

1.6.2 MENDAFTAR PERMOHONAN/TUNTUTAN
5

1.6.3 MENJALANKAN PERBICARAAN/SEBUTAN
6

1.6.4  MENJANA NOTIS TANGGUHAN, WARAN TANGKAP, NOTIS AMARAN, SAMAN KEPADA OKT BAGI KES JENAYAH DAN LAIN-LAIN LAGI MENERUSI SISTEM E-SYARIAH
6

1.6.5  MEMAKLUMKAN BERKENAAN DENGAN TANGGUHAN KES KEPADA PELANGGAN / KLIEN MENERUSI TALIAN RASMI MAHKAMAH
6

1.6.6  MENGELUARKAN SIJIL FARAID
6

1.6.7  MENGADAKAN MESYUARAT BULANAN BERSAMA DENGAN KAKITANGAN-KAKITANGAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
6
BAB 2
AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN PELAJAR PRAKTIKAL
7
2.1
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
7

2.1.1 BERURUSAN DENGAN PELANGGAN
7

2.1.2 MENGHADIRI PERBICARAAN
8

2.1.3 MEMFAILKAN KERTAS PERTUDUHAN KES JENAYAH
8

2.1.4 MEMBUAT SIJIL FARAID
9

2.1.5 MEMBUAT KERJA-KERJA PEJABAT
9
BAB 3
AKTIVITI-AKTIVITI PENTING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KES MAL/FARAID DAN KES JENAYAH
11
3.1
PROSES PENGURUSAN KES MAL/FARAID
11
3.2
PROSES PENGURUSAN KES JENAYAH
13
BAB 4
ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
16
4.1
ILMU YANG DIPEROLEHI
16
4.2
PENGALAMAN SEPANJANG MENJALANI PRAKTIKAL
16
BAB 5
PENUTUP
FAEDAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
20
5.1
FAEDAH LATIHAN INDSUTRI
20

5.1.1 PENDEDAHAN KEPADA DUNIA PEKERJAAN
20

5.1.2    MENJADIKAN MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
20

5.1.3    MENJADIKAN MAHASISWA YANG BERDISIPLIN TINGGI
21
5.2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
21



BAB 1

PENGENALAN, STRUKTUR ORGANISASI DAN AKTIVITI UTAMA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH KELANTAN
(Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Kelantan)

1.1  Pengenalan; Latar Belakang Organisasi

Visi
"Merealisasikan Pengurusan Pentadbiran dan Keadilan Syariah Yang Lengkap Sempurna dan Berwibawa Berlandaskan Hukum Syarak dan Undang-Undang Kepada Semua Lapisan Masyarakat"
Misi
i. Menzahirkan Keadilan Berpandukan Hukum Syarak dan Undang-Undang Sedia Ada.

ii. Mempertingkatkan Pengurusan Pentadbiran Yang Cekap dan Berkualiti.

iii. Penggunaan ICT Didalam Semua Urusan Pentadbiran.

iv. Latihan Kakitangan Yang Sesuai dan Berterusan.

v. Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi Ke Arah Pelanggan Yang Berpengetahuan.


                                                                       Objektif

"Menyediakan dan Melaksanakan Pengurusan dan Pengadilan Kes-Kes Syariah Berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang Secara Adil, Cekap dan Berkesan"


1.2 Piagam Pelanggan
·         Mengendalikan kes-kes dengan saksama, mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkaitan dalam jangkamasa yang munasabah dengan mengambilkira kerjasama semua pihak yang terlibat;

·         Memberi perkhidmatan kaunter dan lain-lain perkhidmatan dengan amanah, cekap dan mesra;

·         Mewujudkan hakim-hakim dan pegawai-pegawai syariah yang profesional, berwibawa dan cekap dalam bidang kehakiman syariah;

·         Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan;

·         Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan; dan


·         Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja.








1.3 Sejarah Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh

Terdahulu dikenali sebagai Mahkamah Qadhi Jajahan Pasir Puteh.Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh telah dibuka secara rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim pada 17 Zulhijrah 1385 bersamaan 8 April 1966. Bangunan ini bina oleh kerajaan Negeri Kelantan.
Kedudukan bangunan Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh adalah bersebelahan dengan Mahkamah Majistret Pasir Puteh. Selain itu juga, Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh berkongsi bangunan yang sama dengan Jabatan Agama Pasir Puteh.
Disamping itu, Dewan Bicara bagi Mahkamah Rendah Syariah terletak di tengah-tengah antara Mahkamah dan Pejabat Agama Pasir Puteh.

1.4 Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan (Zon) yang diberikan kepadanya.Di dalam kes Jenayah, Mahkamah mempunyai bidang kuasa hukuman maksimum yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali atau 6 kali sebatan. Manakala bagi kes Mal pula ia mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan dimana jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan tidak melebihi RM 200,000.00. Begitu juga bagi permohonan sijil faraid, pemohon boleh memohon sijil faraid di Mahkamah Rendah Syariah sekiranya nilai harta tidak melebihi RM 25,000.00. Pemohon perlu memohon sijil faraid bagi harta yang melebihi RM 25,000.00 di Mahkamah Tinggi Syariah.



1.2 Struktur Organisasi
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
TUAN RAMLEE BIN AB RAHMAN




PENOLONG PENDAFTAR
ROSMAIZAN BINTI YUNUS

PEMBANTU PENDAFTAR
NAZIFAH AKMAL BINTI ZAINUDIN

PEMBANTU TADBIR (kewangan)
NORHAMIDAH BINTI SALLEH

PEMBANTU PENDAFTAR
AZMAN BIN MAMAT



PEGAWAI SULH
WAN FIRDAUS BIN WAN IBRAHIM
 

PEGAWAI OPERASI 
 AHMAD MAWARDI BIN  MUSTAFA

PEMBANTU TADBIR (pentadbiran)
                                                           ASIAH BINTI YUSOF               

PENGHANTAR NOTIS
CHE HASSAN BIN CHE NGAH

 




                                                                                                

Rajah 1.3.1: Struktur Organisasi Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh




1.6 Aktiviti Utama Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh

1.6.1 Memberi penerangan kepada pelanggan / klien berkenaan dengan apa-apa permohonan / tuntutan kes Mal/Faraid

Mahkamah rendah bertanggungjawab untuk menerangkan proses dan prosedur berkenaan dengan apa-apa permohonan / tuntutan kepada pelanggan yang hadir.Bayaran bagi setiap pendaftaran permohonan / tuntutan adalah berbeza berdasarkan jenis permohonan / tuntutan. Satu Salinan semak akan diberikan kepada pelanggan / klien yang hadir untuk memudahkan mereka dalam menyediakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan sekali dengan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Bagi pelanggan / klien yang tinggal di kawasan bukan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, mereka masih boleh membuat permohonan / tuntutan di MRS Pasir Puteh. Mereka perlu mendapatkan pengesahan tempat tinggal(yang mengesahkan mereka kini tinggal di dalam kawasan bidangkuasa), pengesahan tempat kerja ataupun bil api atau air atas nama sendiri yang telah diakuisah oleh penghulu / pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.

Contoh-contoh permohonan / tuntutan

·         Mal: Cerai biasa, cerai taklik, pengesahan lafaz cerai, tuntutan nafkah iddah, nafkah anak, mut’ah, pengesahan nikah, wali hakim, penyataan pembelaan, permohonan nikah bawah umur, tarik balik kes dll
·         Faraid: Permohonan sijil faraid (nilai harta tak lebih RM 100 000.00)

1.6.2 Mendaftarkan permohonan / tuntutan

Bagi permohonan / tuntutan yang telah dilengkapkan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkenaan, ia akan didaftarkan di dalam sistem E-syariah. Tarikh bagi perbicaraan/sebutan dimaklumkan kepada pemohon. Butiran pemohon (plaintif dan defendan) akan dilengkapkan didalam sistem. Tarikh sebutan/perbicaraan juga perlu dikemaskini di dalam sistem supaya memudahkan pengurusan kes.

1.6.3  Menjalankan perbicaraan/sebutan/siasatan bagi kes Mal/Faraid dan juga kes Jenayah Syariah.

Sepanjang keberadaan saya disini, Hakim bagi Mahkamah Rendah Syariah ialah Tuan Norazizi bin Abd Rahman selepas berlaku pertukaran Hakim Baru telah dilantik iaitu Tuan Ramlee bin Ab Rahman, sebelum pertauliahan jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Pegawai Sulh mengambil alih mengendalikan Kes Mal dan juga Kes Jenayah.

1.6.4  Menjana notis tangguhan, waran tangkap, notis amaran, saman kepada OKT bagi kes jenayah dan lain-lain lagi menerusi sistem e-syariah

1.6.5  Memaklumkan berkenaan dengan tangguhan kes kepada pelanggan / klien menerusi talian rasmi Mahkamah

1.6.6  Mengeluarkan sijil faraid

1.6.7  Mengadakan mesyuarat bulanan bersama dengan kakitangan-kakitangan Mahkamah Rendah Syariah







BAB 2

AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN PELAJAR PRAKTIKAL

2.1 Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dilakukan
Sepanjang 4 bulan ditempatkan di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, saya telah berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh mahkamah. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan akan diterangkan dalam sub-topik seterusnya.

2.1.1   Berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir

Ketua Bahagian iaitu Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Syariah tidak menetapkan bahawa pelajar-pelajar praktikal harus berada dikaunter Mahkamah setiap masa, namun saya sebagai pelajar praktikal disini secara sukarela berada di kaunter Mahkamah untuk membiasakan diri di kaunter khidmat pelanggan. Ia sedikit sebanyak melatih skil komunikasi pelajar praktikal dalam berurusan dengan pelanggan / klien. Disamping itu, ia juga dapat mendedahkan pelajar praktikal dengan permasalahan di pihak pelanggan dan juga dapat berfikir secara kritis dan kreatif akan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Kebiasaannya, saya akan cuba untuk berurusan dengan pelanggan / klien yang hadir. Kebanyakan daripada pelanggan / klien yang hadir mempunyai permasalahan yang melibatkan emosi. Kami telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pelanggan / klien yang hadir bertindak di luar kawalan. Urusan bersama pelanggan / klien diselia oleh pembantu pendaftar yang ada di Mahkamah Rendah Syariah. Pendaftar mahkamah suka membantu dan tidak lokek ilmu.






2.1.2   Menghadiri perbicaraan / sebutan di Dewan Bicara
           
            Perbicaraan / sebutan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah Syariah berlangsung pada setiap hari kecuali hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Perbicaraan / sebutan bermula pada jam 9.00 pagi. Kebiasaannya, kes-kes ini berlangsung di dalam Dewan Bicara.Namun begitu, ia bergantung kepada budi bicara Tuan Hakim Syarie sama ada hendak menjalankan kes di Dewan Bicara ataupun hanya dalam kamar.

            Saya sering menghadiri perbicaraan bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah di Dewan Bicara yang dikendalikan oleh Tuan Norazizi bin Abd Rahman dan juga Pegawai Sulh Wan Firdaus bin Wan Ibrahim. Apabila selesai perbicaraan / sebutan, berlangsungnya sesi soal dan jawab bersama pelajar praktikal (secara tidak formal). Saya pernah mengajukan beberapa soalan berkenaan dengan kes Jenayah Syariah. Disamping itu, Tuan Hakim juga telah berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada kesemua pelajar praktikal. Antara perbicaraan /sebutan kes yang pernah saya hadiri adalah seperti cerai biasa, cerai luar mahkamah (pengesahan lafaz cerai), cerai taklik, tuntutan mut’ah, permohonan sijil faraid, permohonan wali hakim, nikah bawah umur, kes khalwat, tidak puasa di bulan Ramadhan, hamil tanpa nikah, poligami tanpa kebenaran, nikah tanpa kebenaran dan lain-lain lagi.

2.1.3   Memfailkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah

            Bahagian Pendakwaan akan menyerahkan kertas pertuduhan bagi kes Jenayah Syariah kepada pihak mahkamah. Di dalam kertas pertuduhan ada dinyatakan butiran OKT (Orang Kena Tuduh) beserta lokasi jenayah dilakukan, masa dan beberapa butiran lain.

            Saya telah berpeluang untuk memfailkan kes Jenayah Syariah dan juga mendaftarkannya di dalam sistem e-syariah. Butiran OKT perlu dilengkapkan di dalam sistem e-syariah untuk memudahkan operasi pengeluaran saman, waran tangkap dan lain-lain lagi. Surat iringan dalam / luar negeri juga perlu dijana sekiranya alamat OKT adalah di dalam kawasan luar bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Saman-saman yang dikeluarkan perlu diserahkan kepada OKT oleh Penghantar Notis. Tarikh sebutan bagi kes Jenayah Syariah dalam tempoh 21 hari daripada hari kes tersebut didaftarkan.


2.1.4   Membuat sijil faraid

            Bagi permohonan faraid yang telah selesai dan yang diluluskan oleh hakim maka mahkamah perlu mengeluarkan sijil faraid seminggu selepas kes selesai. Sijil faraid juga dibuat menerusi sistem e-syariah. Butiran waris perlu dilengkapkan dan seterusnya ia dengan secara automatik akan memaparkan bahagian yang diperoleh setiap ahli waris. Sijil faraid perlu ditandatangani oleh Tuan Hakim dan dimeterai sebelum diserahkan kepada pemohon.

2.1.5   Membuat kerja-kerja pejabat
            Antara kerja-kerja pejabat yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
1.   Menyediakan fail bagi kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah.

2.    Menyusun kes-kes yang telah selesai didalam rak yang telah disediakan.

3.    Fotokopi borang-borang permohonan, tuntutan dan senarai semak bagi kes Mal/Faraid

4.    Merekodkan kes-kes yang akan dibicarakan didalam Buku Tempoh Bicara

5.    Menulis maklumat pemohon/plaintif dan defendan/responden di kulit fail bagi kes Mal/ Faraid dan kes Jenayah

6.    Merekodkan kes-kes yang baru didaftar ke dalam dokumen di komputer  kaunter pendaftaran dan juga didalam Buku Daftar Kes

7.    Menjawab panggilan telefon dan memberi penerangan selepas merujuk kepada staff

8.    Mengemaskini tarikh sebutan dan lain-lain lagi dalam sistem e-syariah
 
   
BAB 3

AKTIVITI-AKTIVITI PENTING BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KES MAL/FARAID DAN KES JENAYAH


3.1 Proses Pengurusan Kes Mal/Faraid

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:
-          Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kelantan) 2002
-          Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002

Kes mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses utama pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes. Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Seterusnya, kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman (akan diterangkan dalam perenggan seterusnya) dan sebagainya. Kemudian, kes akan disebut (sebutan) pada hari yang telah ditetapkan.

Sejurus selepas itu, perbicaraan akan dijalankan iaitulah setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu. Kemudian, setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Perintah yang dimaksudkan akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Akhir sekali, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan. Proses bagi pengurusan kes Mal boleh dirujuk pada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan kes Mal dalam Rajah 3.1.1
Rajah 3.1.1: Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal

Saman kepada pihak-pihak boleh jadi sempurna/tidak sempurna. Ini bermaksud saman akan sempurna apabila pihak-pihak menerima saman dan juga mengisi borang akuan penerimaan. Saman tidak sempurna pula bermaksud saman tersebut tidak sampai kepada pihak-pihak. Sekiranya saman/permohonan tidak sempurna, Hakim/Pendaftar akan mendengar permohonan untuk penyampaian semula atau penyampaian ganti, berdasarkan kepada Afidavit/Laporan Penyampaian. Kes akan ditangguhkan dan tarikh baru untuk sebutan yang lain akan ditetapkan.
Tarikh sebutan semula hendaklah ditetapkan jika kes ditangguh atau waran tangkap dikeluarkan.



3.2 Proses Pengurusan Kes Jenayah

Akta Undang-Undang Syariah yang dirujuk:

-         Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kelantan) 2002
-         Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kelantan) 2002
-         Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002

Bagi permohonan jamin kes/menahan OKT di Mahkamah Rendah Syariah, beberapa perkara ataupun prosedur perlu dijalani. Pendakwa Syarie akan menghantar permohonan dan juga kertas pertuduhan kepada Penolong Pendaftar. Kemudian, dokumen (kertas pertuduhan) sebanyak empat helai perlu disemak dan perlu didaftarkan dalam buku daftar oleh Pembantu Pendaftar. Butiran OKT perlu direkodkan di dalam sistem dan saman akan dikeluarkan. Saman akan dihantar kepada OKT sama ada melalui Pendakwa Syarie mahupun Penghantar Notis Mahkamah Rendah Syariah OKT perlu hadir di Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa keadaan berkaitan dengan perbicaraan bagi kes Jenayah Syariah dan ia boleh dirujuk dalam rajah 3.2.1, rajah 3.2.2 dan rajah 3.3.3



Mendengar pihak-pihak memulakan sebuatn kes/perbicaraan
Dibacakan pertuduhan dan tanya pengakuan OKT sama ada mengaku salah atau tidak
 


           
Maklumkan kepada Hakim pengakuan OKT dan tanya semula pengakuan OKT, mengaku salah atau mahu dibicarakan
Jika OKT mengaku bersalah dan Hakim berpuas hati dengan pengakuan salah, catatkan pengakuan
 



                                                                             
Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes & bertanya kepada OKT setuju atau tidak akan fakta kes yang dibentang
Hakim mengarahkan Pendakwa Syarie menggulungkan hujahan kesnya
Hakim jatuhkan hukuman terhadap OKT – denda & penjara/bon berkelakuan baik/ dibebaskan dengan amaran /sebagainya
Jika OKT dan bersetuju, catat pengakuan dan sabitkan kes OKT kemudian berikan OKT peluang untuk merayu peringanan hukuman
 









Rajah 3.2.1: Perjalanan Perbicaraan Ringkas OKT Mengaku Salah

Rajah 3.2.2: OKT Tidak Mengaku Salah Atau Pihak-Pihak Mohon Tangguh Kes


Rajah 3.2.3: OKT Tidak Hadir / Pendakwa Tidak Hadir
 


















BAB 4

ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

4.1 Ilmu Yang Telah Diperoleh

Sepanjang 4 bulan saya menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah, bermacam-macam ilmu yang telah saya pelajari khususnya ilmu yang berkaitan dengan Undang-Undang Syariah. Mahkamah Rendah Syariah merupakan medan yang baik untuk pelajar Undang-Undang Sivil seperti saya mempelajari selok belok Undang-Undang Syariah dengan lebih mendalam lagi. Tuan Hakim Norazizi bin Abd Rahman dan Tuan Hakim Ramlee bin Ab Rahman sendiri telah memberikan tunjuk ajar yang begitu baik.

Disamping itu, saya juga ada belajar berkenaan dengan pengesahan lafaz cerai ; sighah dan kinayah. Lafaz cerai melalui sms adalah lafaz kinayah (tidak nyata) dan hakim akan melihat kepada ‘uruf sesuatu perkara sebelum mensabitkan jatuh/tidak sesuatu talak. Antara perkara penting yang telah saya pelajari adalah sebaik sahaja pasangan-pasangan disabitkan jatuh talak/bercerai dengan persetujuan bersama, dalam tempoh dua minggu mereka perlu pergi ke Pejabat Agama dengan membawa sijil nikah yang asal untuk dibatalkan supaya sijil cerai boleh dikeluarkan. Ramai daripada pelanggan/klien yang hadir keliru akan hal ini.

Selain itu dengan bertugas di kaunter khidmat pelanggan, saya telah sedikit sebanyak mempelajari skil untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga ada mempelajari tentang maklumat yang perlu disampaikan kepada pelanggan/klien yang hadir bertanyakan berkenaan dengan permohonan kes Mal/Faraid dan menjana resit denda untuk kes Jenayah.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya berkenaan dengan sulh (perbincangan yang tidak memerlukan perbicaraan) kepada Pegawai Sulh yang bertugas di Mahkamah Rendah Syariah. Sama seperti Undang-Undang Sivil, Sulh merupakan proses mediasi (mediation). Sekiranya ada persetujuan bersama diantara pihak-pihak maka mereka tidak perlu untuk dibicarakan dalam Dewan Bicara.


            Selain itu, saya juga didedahkan dengan kes-kes pengesahan nikah, wali hakim, nikah bawah umur dan beberapa kes menarik yang lain. Bagi kes-kes pengesahan nikah, kebanyakan daripadanya terpaksa ditangguhkan ke tarikh sebutan yang akan datang atas sebab dokumen tidak lengkap. Antara dokumen penting yang perlu dilengkapkan adalah seperti surat kebenaran dari konsulat, tauliah wali, maklumat saksi dan beberapa dokumen penting lain. Sekiranya mahkamah masih tidak berpuas hati dengan dokumen yang disertakan, maka mahkamah akan meminta pihak-pihak untuk membawa saksi (wali & saksi) bagi memberi keterangan di mahkamah berkenaan dengan pengesahan nikah tersebut.

            Bagi kes Jenayah Syariah pula, saya diberi peluang untuk melihat perbicaraan/sebutan kes khalwat, berjudi, minum minuman yang memabukkan dan beberapa kes Jenayah Syariah yang lain. Antara ilmu yang saya perolehi adalah kertas pertuduhan cuma boleh dikeluarkan setelah disiasat oleh Pegawai Penyiasat (Investigator Officer). Saya juga diberi makluman berkenaan dengan kesalahan jenayah boleh tangkap tanpa waran dan juga sebaliknya.

            Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari proses dan prosedur akan sesuatu permohonan/tuntutan bagi kes Mal/Faraid disamping dapat mengetahui serba sedikit tentang tatacara mahkamah bagi kedua-dua kes Mal/Faraid dan juga Jenayah Syariah. Saya juga mempelajari cara untuk “tackle” masalah klien dan lain-lain lagi. Saya telah banyak belajar di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh ini.




4.2 Pengalaman Sepanjang Menjalani Latihan Industri

Disamping ilmu-ilmu yang telah saya perolehi, saya juga telah menimba banyak pengalaman setelah menjalani latihan industri di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Antara pengalaman berharga yang telah saya perolehi adalah saya diberi peluang untuk duduk bersama dengan Pembantu Pendaftar sewaktu perbicaraan/sebutan sedang dijalankan. Hal ini telah membuatkan saya dapat melihat dengan jarak dekat cara Peguam Syarie berhujah bagi kes yang diwakili mereka; kes mut’ah, sabitan nusyuz dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga telah diberikan peluang bagi mewakili Pembantu Pendaftar untuk membacakan pertuduhan bagi kes jenayah semasa Perbicaraan kes didalam Dewan Bicara. Kes tersebut merupakan kes Khalwat.

Saya juga diberi peluang oleh Hakim terdahulu iaitu Tuan Norazizi bin Abd Rahman untuk mengambil alih tugas Pembantu Pendaftar bagi memastikan perbicaraan didalam kamar hakim berjalan lancar, saya ditugaskan untuk memanggil plaintif dan defendan dan juga saksi dan diberi peluang membacakan sumpah selain memberikan tarikh bagi perbicaraan seterusnya.

Selain itu, pengalaman yang telah saya perolehi juga saya dan beberapa pelajar praktikal yang lain berpeluang untuk mengadakan perbincangan ilmiah dan diberikan tajuk bagi perbentangan dan tugasan bertulis oleh Hakim Tuan Ramlee bin Ab Rahman dan juga Pegawai Sulh Tuan Wan Firdaus bin Wan Ibrahim dibawah tajuk ‘Prosedur Permohonan Perceraian Seksyen 47 EUKI 2002’ dan saya telah menjadi pembentang pertama secara sukarela pada hari tersebut manakala pelajar-pelajar praktikal yang lain membuat perbentangan pada hari yang seterusnya.

Disamping itu, pengalaman yang telah saya perolehi adalah saya dan beberapa pelajar praktikal yang lain berpeluang untuk mengadakan perbincangan ilmiah yang santai dengan Tuan Hakim. Beliau sering memberikan kata-kata semangat kepada kesemua pelajar praktikal. Disamping perbincangan ilmiah, Tuan Hakim juga ada berkongsi berkenaan dengan peluang kerjaya yang ditawarkan di Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Kelantan.

Saya juga mendapat pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila berhadapan dengan pelanggan yang ingin membuat permohonan cerai, pemohon tersebut hanya berkomunikasi dengan saya dan mengalirkan air mata sambil menunjukkan kesan-kesan lebam dibadannya yang telah dilakukan oleh suaminya, saya mengambil tindakan dengan menenangkan pelanggan tersebut dengan menasihatinya agar membuat laporan polis dan menerangkan prosedur yang tepat bagi permohonan cerai.

Secara keseluruhannya, banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang keberadaan saya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh. Tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh kesemua kakitangan Mahkamah juga merupakan pengalaman yang paling berharga sepanjang saya ditempatkan di Mahkamah ini.


 BAB 5

PENUTUP
FAEDAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


5.1 Faedah Latihan Indsutri

5.1.1   Pendedahan Kepada Dunia Pekerjaan

Dengan mengikuti kursus Latihan Indsutri yang dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Fiqh dan Fatwa) , pelajar sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan realiti alam pekerjaan. Pelajar dapat mempelajari sesuatu berkenaan dengan dunia bekerja dimana integriti itu merupakan perkara yang paling penting bagi semua kakitangan/penjawat awam di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada para pelajar akan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi sebaik sahaja bergraduasi. Dengan pemerhatian yang dibuat sepanjang latihan industri berlangsung, skop tugas bagi setiap penjawat awam sudah diketahui. Di Mahkamah Syariah sendiri, banyak jawatan yang boleh dimohon oleh graduan-graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan juga Ijazah Sarjana Fiqh dan Fatwa. Peluang pekerjaan dalam bidang Syariah adalah meluas.

5.1.2   Menjadikan Mahasiswa Berfikiran Kritis dan Kreatif

            Jika selama ini hanya teori sahaja yang dipelajari, dengan mengikuti kursus Latihan Industri ini ia lebih kepada latihan praktikal. Para pelajar akan cenderung untuk mengaplikasikan apa yang sudah dipelajari dengan permasalahan yang diperolehi daripada pelanggan/klien yang datang.  Sebagai contoh, pada semester ke 4 dan ke 5 pengajian saya di Fakulti Undang-Undang, kami telah mempelajari akan Undang-Undang Keluarga Islam beserta Faraid. Di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, kami disajikan dengan pelbagai permasalahan, tuntutan, permohonan kes Mal dan Faraid. Oleh itu, gambaran tentang sesuatu kes itu sudah ada. Apabila mendengar perbicaraan bagi kes-kes tersebut ia sedikit sebanyak membantu minda untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari dan ia membuatkan pelajar berfikir cara menyelesaikan permasalahan pelanggan/klien tersebut.

5.1.3   Menjadikan Mahasiswa Yang Berdisiplin Tinggi

Kursus Latihan Industri ini sedikit sebanyak melatih pelajar untuk menjadi lebih berdispilin. Pelajar perlu mematuhi masa di institusi latihan industri masing-masing, perlu menghormati Hakim-hakim, pegawai-pegawai, kakitangan am dan yang paling penting perlu cakna akan cara yang paling sesuai untuk berurusan dengan pelanggan/klien yang hadir. Disamping itu, kerja yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan agar memudahkan urusan di mahkamah tersebut.Saya juga sedar bahawa ianya sesuatu yang tidak wajar untuk pelajar praktikal menyerahkan semua kerja untuk pelajar praktikal lain untuk disiapkan. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kesemua pelajar praktikal bersama-sama membuat tugasan-tugasan yang diberikan, bukan hanya pelajar tertentu sahaja.Sikap disiplin didalam diri adalah tunjang utama kejayaan dimasa hadapan.

5.2 Cadangan Penambahbaikan

            Secara keseluruhannya, saya berpuas hati akan pengelolaan Latihan Industri oleh pihak Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Disamping itu, suka saya ingin kemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi kursus Latihan Industri ini.

            Latihan Industri ini perlu dipanjangkan lagi tempohnya. Hal ini kerana secara peribadinya saya merasa bahawa 4 bulan adalah tidak mencukupi untuk saya belajar dengan lebih banyak dan mahir banyak perkara di institusi tempat saya menjalankan Latihan Industri, di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, sebolehnya dicukupkan kepada 5 bulan.

            Disamping itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan kursus Latihan Industri ini pada tahun ke-2 dan juga ke-3. Pada tahun ke-2 tersebut pihak fakulti boleh mengelolakan latihan industri yang bertempat di Ibu Pejabat Polis ataupun Firma. Manakala pada tahun ke-3 pihak fakulti boleh melaraskan kesemua pelajar untuk menjalani latihan industri di mahkamah-mahkamah yang terpilih. Hal ini akan membuat para pelajar didedahkan dengan dunia undang-undang dengan lebih meluas.

            Selain itu, saya mencadangkan agar setiap pelajar praktikal diberikan tugas-tugas yang khusus bermakna setiap orang wajib membuat tugasan tersebut,dan tugasan tersebut sebolehnya berlainan dan system pergiliran diadakan. Ini untuk mengelakkan sikap ‘lepas tangan’ dan sikap tidak bertanggungjawab didalam diri setiap setiap pelajar praktikal.


No comments: