Pages

Wednesday 9 December 2015

LELAKI DURJANA



Show feelings, get hurt.
Be faithful, get cheated on.
Show love, get left.
Be honest, get lied to.

Ketahian apakah ini?
Selama 4 tahun kita kenal, berkali-kali kau perdajalkan aku.
Ohh..Lelaki yang gemar berfoya.
Memanglah semuanya celaka.


Dulu....ketika kau menggunakan pelbagai cara untuk ‘tackle’ aku, habis seantero ‘pickup lines’ telah kau cipta.
“Aduhai sayang...alangkah tidak sabarnya aku ingin bertemu denganmu diatas pelamin cinta kita”
Masihkah kau ingat wahai buaya?
Aku ini umpama boneka bernyawa kau perlakukan....
Saat kau bosan kau cari,
Saat kau jemu kau lari.

Kau berlagak umpama KAU KEPUNYAANKU SEORANG.
Kau berlagak umpama HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.

Hakikatnya?
Hakikatnya kau menyelam sambil meneguk air longkang loji perkumuhan!!!Pantaslah dengan lelaki seperti engkau.Kurang cukup seorang.!!

Apakah tiada rasa bersalah didalam hatimu?
Aku begitu jelek mengingatkan saat kau mengajakku bertemu diatas pelamin sedangkan kau sudah punya kekasih hati.

Berani-beraninya kau mempermainkan perasaan aku?

Seorang gadis yang belum pernah mengenal erti CINTA.
Seorang gadis yang memberanikan diri menyambut salam CINTA.

Tergamaknya dirimu wahai lelaki.

Aku ini anak perempuan yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh bapaku.
Aku ini anak perempuan yang disayangi seluruh jiwa dan raga oleh ibuku.

Engkau juga punya saudara perempuan,

Masakan kau tergamak memperlakukan aku sebegini?
Masakan kau tega menghancurkan hati aku seperti ini?

*******

PENULISAN PERTAMA

PENULISAN KEDUA 

PENULISAN KETIGA

****

PENULISAN KEEMPAT – 5 Mac 2015
Hampir bertahun juga aku menyekat Zafril di laman social aku, namun aku hairan bagaimana dia menemui nombor baru ku.Dia menghantar pesanan kepadaku meminta alamat rumahku, katanya ingin menghantar sesuatu.Aku dengan endah tak endah menghantar alamat asrama aku.
Beberapa hari kemudian, aku menerima satu bungkusan dari satu Online Shop, ya dress yang berwarna green emerald tersangatlah cantik.
Wow, aku dengan muka tak malu mencuba pakaian itu.Semua kawanku mengatakan dress itu begitu ‘stunning’.
Dia mengatakan itu tanda dia memohon maaf dan katanya sudah laam dia ingin memberi hadiah buatku.Aku mengucapkan terima kasih buat susah-susah sahaja.
Dalam hati aku, baguslah nanti bagilah lagi.hahahha sebenci-benci aku padanya aku tak kisah menerima pemberiannya.Hati aku juga yang senang.
Aku meminjam gambar seorang sahabat lelaki ku, aku menghantar gambar tersebut kepada Zafril dengan mengatakan bahawa itulah dia lelaki pilihan keluargaku dan aku sudah jatuh cinta kepada lelaki itu.Dia agak tergamam ya dia terkejut.
Apa dia fikir aku tak mampu hidup tanpa dia? Memang bodoh betullah kalau macam tu.Hakikatnya aku belum dimiliki sesiapa tapi  aku bertekad tak akan pernah menerima dia dalam hidup aku.
Atas apa yang telah dia dan bekas kekasihnya perlakukan aku, tak semudah itu aku menerimanya kembali dalam hidup aku.
Aku sengaja menyakiti hatinya dengan memuji lelaki yang kononnya kekasih aku itu.Dia seorang yang baik hati, anak yang soleh belajar di institusi tinggi dalam bidang syariah dan banyak lagi.Barulah Zafril terkulat-kulat merayu agar aku melupakan perkara yang lepas.
Tidak...Tidak akan ada lagi peluang dan ruang buat lelaki pengecut dan bacul macam Zafril.
Biar dia rasakan betapa sakitnya hati diperdajalkan.Aku yang dulu bukan lagi aku yang sekarang, dulu aku memang bebal bagai lembu dicucuk hidung tapi kerana sikap dia, hati aku telah beku sebeku-sebekunya.
Sambil aku mencium wangian dress yang baru aku terima, dengan penuh rasa bahagia... aku menekan ‘button’ ‘BLOCK’ pada nombornya.
.
.
KAU DAH BOLEH PERGI MAMPUS.

No comments: