Pages

Saturday 10 March 2012

khasiat buah-buahan untuk wajah berseri

sengkuang
sesuai untuk semua jenis kulit.dapat melembap dan menegangkan kulit.warna buah ini juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

cara membuatnya:
cuci dan kupas sengkuang.masukkan kedalam pengisar kemudian kisar sehingga halus.campurkan sedikit madu serta perahan limau nipis.lumur pada wajah sekurang-kurangnya 30 minit.kemudian bersihkan dengan air.lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.  

kentang
sayuran ini mengandungi potasium,zat besi,karbohidrat serta vitamin A,B dan C yaang menjadi pelengkap kepada bahan antioksidan sekali gus memperlahankan proses  penuaan.bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat,masker kentang sesuai digunakan untuk merawatnya.
cara membuatnya:   
buang kulit dan kisar kentang menjadi halus.kemudian sapu pada kulit terutama bahagian berjerawat dua kali seminggu selama 30 minit.selepas itu cuci dengan air suam.

betik
betik buah yang kaya denagn pelbagai khasiat.kandungan estrogen serta vitamin A, dan C yang mampu mencegah kedutan dan juga menanggalkan sel kulit mati.buah ini juga berfungsi untuk semua jenis kulit terutama kulit berjerawat.

cara membuatnya:
lenyek betik menjadi halus.kemudian campurkan dengan sedikit air mawar  dan disapu pada wajah selama 30 minit.cuci bersih dan lakukan 2 kali seminggu.

 tomato
warnanya yang merah dengan rasa yang sedikit masam mampu menjadikan  kulit lebih halus dan merona merah.

cara membuatnya:
potong tomato kemudian gosok pada wajah.isinya juga boleh diambil kemudian disapu sebagai masker selama 30 minit.
 
 pisang
buah berwarna kuning ini memiliki khasiat yang baik untuk wajah.dengan  menggunakannya,kulit wajah menjadi lembap dan tegang.sangat baik untuk mengatasi masalah kedutan kulit.

cara membuatnya:
ambil pisang dan lenyek isinya.tambahkan minyak zaitun atau madu pada pisang yang hancur.oleskan pada wajah dan biarkan 30 minit.bersihkan wajah dengan kapas dibasahi air suam.

  
 timun
selain khasiatnya yang dapat menyegarkan mata,timun juga boleh menghaluskan kulit.

 
cara membuatnya :
kisar timun sehingga hancur.tambahkan susu tepung dan air sehingga adunan menjadi pekat.sapu pada wajah selam 30 minit 

 

No comments: