Pages

Monday 4 June 2012

TIPS BELAJAR DENGAN CERIA

ramai student komplen belajar ni buat mereka tension..stress dan tertekan..korang belajar pun tak ceria..macam mana nak bekerja dan hidup ngan ceria..an?an?an?
ni..saya nak lecture sket..(alahai...aku ni terrrlebih ceria ker sampai kene kasi tips keceriaan bagai!! =,=' )


        BELAJAR CARA BELAJAR
okay..ada baiknya kita belajar cara belajar sebelum start belajar..kerana kaedah belajar ni berbeza-beza ikut kesesuaian seseorang.ada orang main belajar jer tapi tak tahu apa yang dia belajar..itu bila da grad jadi orang kurang ajar.so,check dulu apa yang sesuai dengan kita.

        BELAJAR DENGAN HATI
belajar memang kene guna otak tapi jangan lupa guna hati sekali...buka hati baru senang ilmu nak masuk..cane nak berhati terbuka ni? belajar lah dengan senang hati,baca doa penerang hati,belajar sepenuh hati..jangan asyik nak ingat buah hati aje!

        BELAJAR MENGAJAR
nak mudah ingat apa yang korang belajar dan yang korang da faham tu...haa apa kata korang cuba mengajar member2 yang sloooowww sket tu...bukan saja member tu akan paham tapi korang juga akan lebih faham sefaham-fahamnye dengan kefahaman yang sangat mendalam.

        BELAJAR KERANA TUHAN
ada orang nak belajar kerana periksa (macam aku dulu-II jgk) ada tu kerana nak kerja..aaaiiii..cuba beljar kerana ALLLAH.....sebab kejayaan korang dalam periksa mahupun kerjaya adalah atas kehendak-NYA...no wonder lah ada student yang study setengah mati pun gagal,ada yang berjaya kat universiti tapi gagal dapat kerja...nak buat cenggana.....niat tak betul.

        BELAJAR SEPANJANG HAYAT
kalau korang ingat nak belajar sampai tamat universiti sahaja..alamatnya korang tak kan dpat ilmu sepenuhnya kerana kat universiti korang baru belajar teorinya sahaja....tanam lam pikiran untuk belajar sepanjang hayat sebab dengan cara itu lah otak dan hati akan sentiasa terbuka untuk terima ilmu kerana ilmu yang korang tahu tu baru tak sampai setitik kalau nak dibandingkan dengan lautan ilmu yang ALLAH sediakan..

BITTAUFIQ WANNAJAH...
ILLAL LIQO' MA'A SSALAMAH..

No comments: