Pages

Thursday 21 February 2013

Lawak ke der??

kisah lawak buat mereka-II yang tengah stress.. 
enjoy~ 
 
3 ekor  pontianak
 
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. 
Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan 
sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. 
Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan 
pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit 
dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. 
Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" 
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu 
itu...habiissss aku kerjakan!!!!" 
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda 
tu. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi 
sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh 
dengan cucuran darah. "korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan 
muka yg kerek. "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar 
itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil 
ketawa seram," ha ha ha hah". 
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off 
jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat 
nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, 
dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu 
berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, 
memang dia paling power". 
Sambil mengosok gosok idung nya pontianak tu pun berkata , "korang 
nampak tembok batu tu?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor 
tu... "Err aku tadi tak nampak".
 
kisah penebang kayu dengan Siti Nurhaliza
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka 
tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini 
terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di 
pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada 
cahayamata 
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di 
tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke 
dalam sungai. Si pencari kayu berasa 
sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang 
dalam sungai yang dalam itu. 
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si 
pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari 
kayu pun memberitahukeadaan hal yang berlaku. Pari pari tadi turun 
ke dalam sungai dan munculdengan membawa kehadapan pencari kayu 
sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari 
pari. "Bukan. .. . ", jawab si pencari kayu ringkas. Pari pari turun 
semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari 
perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan 
yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun 
kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin 
yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai 
kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari 
pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak 
besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke 
dalam sungai tadi". 
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari 
memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si pencari kayu. Si 
pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa 
tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke 
pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam 
sungai tidak timbul timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu 
atas kehilangan isteri tercinta. Pari pari muncul lagi lalu bertanya 
akan hal keadaan yang menimpa si pencarikayu. Dengan nada sedih 
beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungaitidak timbul 
timbul. . . 
" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama 
samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari 
menduga. 
"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu 
marah, "Penipu, pembohonggg. . . . , nah terima laaa. . .", belum 
sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan 
hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham. 
Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan 
Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba 
muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba 
akan memberi ke empat empat mereka kepada hamba. hamba tak mampu 
beristeri banyak sorang pun dah cukup...
 
pakai dulu seluar dalam sebelum panjat pokok kelapa..
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga di tepi rumahnya, 
tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil 
memandang keatas. 
"Masyaallah" Tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh 
budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, Tok 
penghulu memarahi beliau. 
Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai 
seluar dalam dulu. Tak senonoh betul. 
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu 
membeli seluar dalam. Setelah pulang kerumah,budak tersebut 
menceritakan segala-nya kepada emak nya. Esok pagi-pagi lagi,emak 
budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar 
dalam. 
Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang 
dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00" Seperti semalam, tok 
penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang 
keatas. 
"Masyaallah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak 
budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya 
untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan, Tok 
penghulu berkata : "Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak 
panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul. 
Selepas selesai membebel Tok penghulu menyeluk poketnya dan 
mengambil wang lalu berkata:- 
"Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur..
renungkan...........hahahaha..
 
 nah..sape makan cili...berasap la dia.
 
Nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....
perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..
heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...
nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...
belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?...
sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...
dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa.... kulit dah tebal nak masuk neraka?...
bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..
masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..
suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...
yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama
kesudahanya hari jumaat,
org pegi solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...
kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..
org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....
bukan mengata bukan mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jangan buat benda yang x tepat...
bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..
balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bukanya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bulan sure kena sepak..
awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...
pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...
tulah... Tuhan bg akal x pakai,
Tuhan bagi hati x tahu menilai,
diri sendiri yang lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..
kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah x payah susah²,"
tau lak senyap bila dah bunting....
la ni baru nak ingat Tuhan,
itu pun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat....
nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...
perkara lepas jangan dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bukan untuk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...
 
sekian sahaja....
 

 

No comments: