1hb
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam
soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab
itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang
dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar
digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang
mampu mengubahnya.
3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang
seolah tak endah
dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu
segan
untuk didekati.
4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka
mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering
tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja
cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia
boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb.
Kamu disukai ramai kerana >personaliti kamu yang cukup
menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.
Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb.
Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak.
Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan
pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
8hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang
menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya
nafsu semata-mata saja!
9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan
keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang!
Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.
10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati
terasa diri terpinggir!
11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam
mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga
bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa
boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu
memberikan
komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu,
ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif
sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu
sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
amat pandai menjaga perhubungan.
14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam
hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada
sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup
kamu!!
15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah
keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu
akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini
yang suka membuat tindakan 'last minutes'.
16hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu
okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia
boring dengan sikap kamu itu. Cuba
kawal sikit.
17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu
sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu
perasaan sebenar kamu.
18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal
perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan
tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.
19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu
lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka
mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah
sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu
sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan
orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik
kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum
terlambat.
22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang
amat>bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal
cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa'
selamat'
bila berada di sampingnya.
23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka
mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping
teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam
perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat
menggongkong si dia.
25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai
lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan
kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak taukan?????
26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius
dalam
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mentingkan
keseronokan saja!!!!
27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain
walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan
teman-teman.Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu
meminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa
saja
selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
30hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan
kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
31hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.Jangan begitu,
hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!
"
*ini memang mengikut kajian..tapi.. jangan percaya dan iktikad dgn benda ni...dosa nnti..
sekadar suka-suka je...btw,
saya lahir pada 23 MEI 1993 ^__^
No comments:
Post a Comment