Pages

Saturday 11 August 2012

aduh..sakit..!sakit!!






Cerpen I-hak cipta terpelihara.tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada cerpen ini sebelum mendapat izin penulis.terima kasih…
sekadar jamuan hati.rekaan semata-mata.tiada kene mengena antara hidup atau mati

Tajuk:Bila Urat Bersimpul,Bahu Terkehel
Oleh:Sally Sofiey Ebrahem


Adoooiii!!….asal ni sampai nak toleh kirikanan pun takboleh?!!!
Eii…ni mesti sebab aku tidur lasak sangat kan…atau pun sebab aku online tak ingat dunia.!

 Herm…takpe…takpe…small matter..take it easy bebeh!! Alah…macam aku tak biasa benda macam ni...aku da biasalaa.…gastrick...migrain…sakit itu sakit ini..blablabla…semua aku tangani sendiri apa..paling kurang pun bila demam teruk sangat aku terpaksa jugak mintaksape-sape belikan panadol and hundred plus…(sape lagi kalau bukan ayah aku)mueheheh..

   Okay…first of all,pusingkan kepala mengikut arah jam…satu..dua.. adoi mak! Cannot-cannot..!!
Eisyh.takleh jadi…! Ni critical kes punya sampai nak wat aerobic pun takleh..!

   ‘milah!kenapa dengan kamu ni…?’
   ‘er..tak de apalah mak….urat putus agaknya..hee’
   ‘kamu ni..mari sini aku tengok kan..’

Dalam hati (alaa..mak elok-elok baring tengok tv..serbasalah ler plak aku!!)

  ‘erm..tak pelah mak…esok-esok okay kot..’

Masuk bilik…

Haii….Heran betullah aku….padahal semalam leher je yang tak leh nak gerak….ni sampai melarat bahu aku pulak yang sakit… apa kejadah la gamak nya aku nak handle benda ni..omaigod!

Herm,seperti biasa..malam tak pernah malu menonjolkan diri beliau..dengan penuh rasa syahdu dan terharu..aku melompat keatas katil ber size king kelamin aku ni..’dusyuummm!’
‘Arghhhh!!aduh!!!sakitnya!sakitnya!!’ (macam mana laa aku boleh terlupa yang leher and tengkuk aku ni tercedera!)

Ni tak boleh jadi ni….haa !aku  ada idea!! Intelligent!!brilliant!kebabommmm!!

Keluar kat ruang tamu….nampak mak and abang long….buat muka sedih sikit sambil tangan non stop urut bahu…(bijak tak aku?!)

‘haa..milah..taksembuh-sembuh lagi bahu kamu tu?’
‘uumm..tak mak…da penat milah urut sendiri..tapi xjugak okay’
‘aku nak urut semalam kamu tak hendak..mari sini aku urut..’
‘hehe..okay mak..okay.’

Mula-mula mak urut kuat betul…mahu terkucil aku….lepas beberapa ketika..jari mak mula mengurut perlahan-lahan…penuh…penuh..penuh kasih sayang..??
Err…apsal tetiba plak aku rasa mata aku cam panas je…ehem-ehem…rileks beb…eh..sebak pulak aku…

   Air mata menitis….satu….dua…
Laju…

‘eh..kenapa milah?kuat sangat ke aku urut kamu?’
‘err.tak adalah mak..mata milah masuk habuk..’

Ya allah….sudah begitu lama mak tidak membelai tubuh ini…
Ya allah….andai ini hikmahnya…aku rela dalam kesakitan setiap masa..!!

Aku mula mengerti..setolol dan sebengong mana seseorang itu..bila ianya berkaitan orang yang melahirkannya dan menjaganya…hati yang keras pasti melebur sedikit demi sedikit….
Allah mencipta ulat untuk mewujudkan sang kupu-kupu yang indah..
Allah memberiakukesakitan agar aku mngecapi nikmat sentuhan seorang ibu….


No comments: