Teruskan membaca dan jangan khuatir.Aku punyai kebenaran
empunya diri untuk mencoretkan kisah cintanya disini…kisah seorang lagi
sahabatku yang menderita patah hati.izinkan aku menggelarkan dirinya sebagai
Tom kerana dia pernah mengatakan bahawa aku dan dia ibarat Tom dan Jerry,sering
bersama walaupun sering bertelingkah.dimana ada Tom,disitu ada Jerry.
Bagi aku Tom cukup baik,handsome (walaupun dia asyik
mengatakan dia tidak smart),gayanya seperti Bruno mars.dia nakal namun ilmu
agama dia pelajari.dulu disekolah,dia cukup dikenali ramai bersama motor
kesayangannya.cool.malah abangku juga mengenalinya.
untuk pengetahuan semua Tom telah bersama kekasih hatinya
selama hampir 4 tahun.malah aku sangat mengenali wanita tersebut.jangan tak
percaya,aku pernah menjadi sahabat baik perempuan itu dan aku juga pernah
menjadi musuh ketat nya..namun itu perkara lain dan aku tak mahu menyentuh
memori itu kerana bagi aku forgive everythings is the best way to acchive
happiness.
Sememangnya aku boleh dikatakan agak rapat dengan Tom,namun
kami tak pernah bercerita tentang kisah hati malah sampai sekarang aku tak tahu
sama ada dia tahu atau tidak yang satu ketika dulu geng aku pernah bergaduh
besar dengan geng kekasih hatinya itu.
Begitupun aku pernah bertanyakan perihal hubungan Tom dengan
wanita itu,masihku ingat jawapan Tom….
’tak mahu mengganggu anak dara orang kerana pelajaran masih
terumbang-ambing’
Selepas itu aku tak pernah lagi bertanya berkenaan
cintanya…..sampai berlanjutan setahun lebih…
Aku dan Tom tidak lagi sekadar berhubung melalui
Facebook,kami merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan tali persahabatan kami
melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon.
Sampailah satu ketika itu,dia menghantar mesej kepadaku.aku
mendengar bunyi pesanan ringkas yang masuk tapi aku sekadar membiarkannya
sahaja kerana aku fikir itu adalah mesej-mesej daripada abang angkatku dari
program keluarga angkat persatuanku dulu.aku agak rimas dengan perhatian
melampau yang diberikannya kepadaku.jadi aku biarkan sahaja mesej tersebut disapa
angin.
Beberapa minit berlalu aku mencapai telefon ku,alangkah
kagetnya aku bila mendapati mesej-mesej tersebut adalah dari sahabatku
Tom.daripada mesejnya aku tahu benar bahawa dia dalam kesusahan dan kesedihan
yang teramat.aku segera membalas mesej tersebut dan bertanyakan keadaannya.dia
seakan tidak mahu menceritakan hal sebenar kepadaku.namun selepas didesak
barulah dia menceritakan apa yang terjadi.
Bila aku membaca mesej panjang lebarnya itu,tanpa ku sedari,air
mataku menitis di atas paha.fikiranku bercampur baur.
Terkejut,sedih,marah,simpati,pedih,sakit…semuanya
menghadirkan titisan mutiara dari mataku.
Aku tidak mampu berbuat apa-apa saat Tom merintih sayu dan
memberitahuku bahawa dia telah melepaskan kekasihnya.dia redha dalam duka.
Ya,Tom terpaksa melepaskan wanita itu kerana dia tidak mahu
menjadi penghalang untuk wanita tersebut mencari sinar bahagia yang lain.Aku
tahu dia telah penat mendengar cerita buruk mengenai kekasihnya itu.hati siapa
yang mampu bersabar bila dikhabarkan bahawa wanitanya bergembira bersama lelaki
lain sedangkan mereka belum lagi memutuskan hubungan yang sedia ada.
Tapi,aku benar-benar tidak menyangkakan tindak balas dari
Tom.dia masih lagi menyebelahi wanita itu dan mengatakan semuanya berpunca dari
dirinya sendiri.Malah dia tidak mahu aku menghuraikan masalah putus cintanya
itu dan tidak mahu aku membuat ulasan mengenai perempuan itu.oh..alangkah baik
hatinya.!masih lagi bersangka baik sedangkan aku…aku ingin sahaja menampar pipi
perempuan itu dan mengatakan bahawa dia telah membuat kesilapan besar dengan
meninggalkan lelaki sebaik Tom.!
Dulu..aku pernah bertanyakan hubungan cinta Tom melalui
adiknya kerana aku agak rapat dengan adik lelakinya.adiknya memberitahu bahawa
berkemungkinan besar Tom sudah tidak bersama wanita itu namun rupanya lain
kisah sebenar cinta Tom.
Rupa-rupanya dia masih lagi bersama wanita itu namun
hubungan mereka agak mengelirukan.
Namun apa yang aku pelajari adalah apa yang berlaku semuanya
sudah ditakdirkan.
Memang benar pepatah yang menyebut..
‘manusia merancang namun tuhan yang menentukan’
Mereka bersama dalam jangka masa yang sangat lama…tapi Kuasa
Allah tiada yang mampu menghalang.
Walaupun wanitanya punyai lelaki lain namun Tom tidak dapat
berbuat apa-apa melainkan melepas bebas wanita itu.
Tom juga silap…kerana sebelum ini walaupun seringkali dia
mendengar desas desus kecurangan perempuan tersebut,dia tidak pernah bertanya
mahupun berbincang secara matang bersama kekasihnya itu.dia hanya memendam rasa
seorang diri.
Apa yang Tom buat?dia mendiamkan diri dan tidak membalas
mesej mahupun menerima panggilan wanita itu.alasan?sakit hati mungkin?aku
sendiri kurang pasti…
Setiap kali dia mendengar berita yang tidak menyenangkan
berkaitan wanita itu,Tom hanya mendiamkan diri dalam satu tempoh masa tanpa
berbincang perkara duduk bangun kebenaran khabar angin itu.aku sendiri agak
bersetuju dengan pengakuan Tom,mungkin kekasihnya sunyi ditinggalkan lama-lama
lalu mencari yang lain.
Masihku ingat,malam itu dia berkali-kali meratap sayu
menyalahkan diri sendiri.aku sendiri teramat sedih dan sebak kerana dalam
hidupku aku tidak pernah tahu bahawa didalam dunia ini masih ada lelaki yang
benar-benar ikhlas menyayangi seorang perempuan seperti Tom.aku menemaninya
mendengar luahan hatinya sehinggalah jam hampir menunjukkan ke angka 4 pagi aku
tanpa sedar terlelap.
Ketika aku tersedar jam telah menunjukkan pukul 6:30
pagi.aku mencapai telefon dan aku lihat ada 4 mesej didalam inbox yang belum ku
baca.mulanya aku tersenyum…Tom ada menyelitkan unsur gurauan didalam mesej
pertamanya,aku tahu benar dia berusaha melupakan kesedihan yang menimpa
dirinya.tapi mesej yang lain mengejutkan aku,
Pukul 5:00 pagi Tom ada menghantar pesanan yang berbunyi..
‘jerry,tom keluar sekejap.tom ingin membakar segala kenangan
antara dia dan tom’
‘jerry,tom sedang membakar kenangan kami…… :( ’
Ya Allah…!!kasihan sahabatku !alangkah bongoknya aku
ketiduran dan tiada disampingnya saat dia sedang melawan emosinya.
Hari yang seterusnya kami sudah boleh bergelak ketawa sambil
bergurau senda.aku mencuba sedaya upayaku agar dia mampu bangkit semula dan
melupakan segala kesedihan yang ada dalam hatinya.
Sedang aku melayan perasaan seorang diri,aku mendapat sms
dari Tom.dia mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk bangun,dia lemah.rupanya
dia bermimpi akan perempuan itu dan hatinya yang baru kuat menjadi lemah
kembali.
Inilah mesej yang dihantar Tom kepadaku..sampai bila-bila
akanku ingat…
‘setiap hari,setiap detik hati Tom sentiasa rindukan
dia…tapi kerinduan Tom dibalas gini… :(
besarnya dugaan yang Tom perlu
tempuhi…mudahnya dia cari pengganti.. :(
tapi dia punya alasan yang kukuh untuk buat begitu..tapi kenapa dia tak boleh
setia ngan Tom sampai hujung nyawa..Ya Allah berulang kali Tom beri dia peluang
untuk berubah dari kesilapan…setiap kecurangan yang dilakukannya membuatkan
hati Tom terluka bagai tak sembuh..parut luka terus menjadi dendam hingga tiada
penghujung..sesungguhnya perasaan sayang aku terhadap kau tak pernah
berubah,sejak aku isytiharkan kamu hinggalah saat ini…..tapi,ini yang kau balas
cintaku.. :( ’
Tom,bersabarlah..ingatlah kata-kata yang selalu Jerry
tuturkan kepada Tom saat Tom jatuh mengingati wanita itu.
‘Allah tidak pernah menimpakan ujian yang tidak mampu
hambaNya tempuhi’
Dan…
‘Allah punya kebahagiaan yang lain yang jauh lagi berkat dan
diredhai buat Tom’
Masyaallah….aku terkejut lagi dan lagi…
Seorang demi seorang sahabatku kecewa dan rebah kerana
cinta.Aku terkesima.dulu mereka semua bahagia setiap kali punya masalah
merajuknya hanya seketika,beberapa hari kemudian aku pasti melihat kembali
senyum tawa sahabat-sahabatku.
Aku bukanlah seorang doktor pakar cinta yang mampu merungkai
segala permasalahan pesakit-pesakit ku yang hatinya parah dilukai.
Aku hanyalah seorang teman yang hanya mampu mendengar keluh
kesah sahabat-sahabatku disamping menuturkan kata-kata semangat buat mereka.
Aku memohon sepenuh hatiku agar Allah memberi mereka
kesudahan yang indah kerana aku tahu hanya Dialah yang berkuasa merawat
hati-hati hambanya.
2 comments:
panjang lebar stori ini.. tom is a good fren, sebab ia baik jadi dia dah kena main.. or takpun memang tom sengal ;D
haha..sengal...!!!
Post a Comment