Biasakan Bertanya,Jangan Mudah Membuat Sebarang Ulasan,Andaian,Spekulasi,Kontroversi...
Tuesday, 25 June 2013
RINDU
Aku rindu....
masa lalu ku..
Aku rindu...
masa kecilku...
bergelak ketawa bersama abang-abang dan kakak-kakakku...
melakukan semua perkara yang berbahaya sesuka hatiku....
Aku rindu....
masa persekolahanku...
Masihku ingat,
persekitaran sekolah rendah...
sahabatku ramai yang belum punya sifat malu...
bertepuk tampar dengan lelaki..
sedang aku..
agak awal kewujudan rasa itu..
tersentuh hujung jari saja sudah gementar bagai mahu pitam..
Suatu ketika dahulu..
dia...
seorang budak lelaki menghantar warkah kepadaku melalui kakaknya..
'kain buruk warna merah,
tulisan buruk jangan marah'
'pecah kaca pecah gelas,
habis baca harap balas'
Aku gembira...malu....
namun,tak pernah ku balas warkahnya...
Aku rindu zaman sekolah rendah ku..
mendapat hadiah dari mereka-meraka yang tidakku kenali...
menitiskan air mata kerana takut...gementar...
Aku rindu..
masa persekolahanku...
langkah pertama menaiki bas sekolah...
melewati masa dua puluh minit...
Aku rindukan panggilan-panggilan mereka..
tingkatan satu...
NOBITA...
seterusnya...
SALLY....SALLY.....dan SALLY....
Aku rindu dihujani surat-surat..
Setiap pagi...
Aku rindu..
menghantar nasi bungkus ke bilik guru-guruku.....
bergurau senda bersama mereka...
Aku rindu..
menghadiahi guru-guru ku sesuatu yang aku cipta sendiri...
Aku rindu...
melihat rajuk guruku terhadap kesibukanku melayan guru lain....
Masa silamku dipenuhi gelak tawa...
Kasihku kekal bersama mereka...
Aku merindui semuanya....aku teramat rindu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment