KISAH HATI
bahagian I
aku mula menyukai
seseorang seawal umurku 11 tahun,iaitu ketika darjah 5...
namanya adalah *AA .kami
mula kenal semasa kami mengaji ditempat yang sama (di rumah jiranku sendiri)
rumahnya tidaklah berada di kawasan rumahku..namun aku kenal benar rumahnya
kerana setiap kali pulang dari sekolah,aku pasti melalui rumahnya.
umur kami berbeza
setahun..dia lebih muda dariku..tapi..dengan tubuhku yang kecil..ramai yang
tidak menyangka aku berumur 11 tahun..bermula di tempat mengaji....kami sering
berbalas pandang...dia sangat comel...berkulit cerah dan berlesung pipit..
di sekolah,bangunan
kelasku bersebelahan dengan bangunan kelas AA...jadi secara tidak langsung
setiap kali sesi memulakan pengajian (menyanyi lagu kebangsaan dan bacaan doa)
berlangsung..kami akan saling berpandangan antara satu sama lain....hanya aku
dan dia memahami erti disebalik pandangan kami..
sebenarnya semasa
melangkah ke darjah 5 aku dipindahkan dari kelas pertama ke kelas kedua
gara-gara keputusan ujian akhir tahun darjah 4 tidak memuaskan...aku bersama
beberapa orang sahabat terpaksa bertukar kelas..
semasa mula-mula
dikelas itu..aku sangat malu dan tidak selesa..ini berikutan ada seorang
pelajar lelaki yang sering melihat-lihat kearahku..hinggakan kawan sebelah aku
turut perasan dengan tindakan pelajar tersebut.. walaupun aku tahu pelajar itu
memandang kearah ku..namun aku langsung tidak melihatnya..aku buat-buat tidak
nampak...
suatu hari...bila
aku masuk ke kelas..aku perasan ada bungkusan di dalam laci mejaku....bila aku
membuka nya...barulah aku tahu bahawa...ada
seseorang memberikan aku sebuah jam tangan berbentuk hati dan berwarna
merah!disamping jam..ada sehelai kertas yang bertulis.. 'Saya suka
awak'....disebabkan aku belum pernah berhadapan dengan situasi itu dan
kawan-kawan ku bising sekali bertanyakan gerangan yang menghantar..aku jadi
menggigil dan takut..
malah ada yang
merampas kertas itu konon mahu membuat pengecaman tulisan siapakah itu...bila
buntu...kami berjumpa guru kelas matematik yang paling baik hati..CIKGU
MAN.sahabatku memberitahu cikgu hal itu...aku hampir-hampir menitiskan air
mata...aku pun sudah lupa kenapa aku berperasaan begitu..sambil ketawa cikgu
mengatakan bahawa...ada orang yang menyukai aku...aku agak I* yang meletakkan benda
tersebut dalam laci ku..kerana semasa kami berjumpa cikgu man dia asyik
memandang2 kami...selepas bersama cikgu man..aku pergi ke arah pelajar-pelajar
lelaki yang sedang bermain bola..lalu bertanya kan siapa yang memberiku jam ini
(aku menunjukkan jam tersebut).namun tiada yang mengaku..aku lantas membaling
jam tersebut ke bawah..
bila di
ingatkan..kenapalah aku berbuat begitu..kalau orang sudah memberi....terima
sajalah..namun dengan umurku masih setahun jagung..mungkin aku masih belum
bijak mengawal emosi..sampai sekarang..aku tidak tahu siapakah gerangan yang
MENYUKAI aku dan menghadiahkan jam tangan tersebut..
berbalik kepada
kisah AA......dulu aku mempunyai seorang sahabat baik bernama J*...aku kira dia
menyukai AA kerana setiap kali tiba giliran AA mengaji bersama pok ngoh (tok
guru kami) dia pasti cepat2 mahu duduk bersila disebelah AA ...sedangkan aku
tersangat-sangat segan untuk bersebelahan dengan mana2 lelaki...walaupun aku
masih dalam lingkungan kanak-kanak...namun aku sudah punya sifat malu
itu....aku sering dipuji oleh ngoh (mok guru kami) kerana dalam kanak-kanak
perempuan..hanya aku yang sering berbaju kurung apabila pergi mengaji..ngoh
sering membandingkan aku dengan AM* (kakak AA yg sebaya denganku) kerana sering
mengaji dengan berseluar sukan dan berbaju lengan pendek..
masih segar
diingatan ku..semasa aku darjah 6...terdapat cermin diletakkan di luar
tandas..jadi bila aku melihat cermin itu..terpantul lah wajah AA yang sedang
belajar di dalam kelasnya....walaupun
aku malu,aku tetap mencuri pandang ke arah nya..dan setiap kali aku ke
tandas..dia pasti perasan akan kehadiran ku dan turut berbalas pandang..
kami tidak pernah
meluahkan perasaan kami..cuma sahabat-sahabatnya yang sentiasa memberitahuku
bahawa AA menyukai aku..
pernah suatu
ketika...semasa kelas malam..aku sengaja melalui kelas AA yang masih gelap..aku
seorang diri...bila aku melalui kelas itu..aku terdengar suara orang bercakap
dan tiba-tiba lampu menyala...aku sangat terkejut bila mendapati bahawa AA
sedang berbual bersama seorang pelajar perempuan yang sekelas denganku,namanya
AM*..
sedang aku
terkejut..mereka berdua sedar akan kehadiranku..namun disebabkan geram dan
SAKIT HATI...aku berlari sekuat hati menuju ke kelasku...aku mahu menangis
namun air mata tidak mahu menitis...aku juga mahu menjerit namun suara tak mahu
keluar...mereka berdua mengejarku..namun hanya AM* yang terus megejarku hingga
ke kelas..AA entah kemana..sampai saja
dalam kelas..aku terduduk di kerusiku...lalu AM datang kepadaku sambil
berkata.. 'aku tidak berbuat apa-apa dengan AA...yang kau dengar aku ketawa
tadi hanyalah kerana aku geli hati mendengar AA mengatakan bahawa dia
menyintaimu..aku hanya menemuinya sekadar mahu bertanya tentang kau dan dia yang
heboh diperkatakan budak-budak sedang asyik menyulam kasih...'
selepas kejadian
itu aku langsung tidak berjumpa AA..malah ke tandas pun tidak..tiap kali bila
aku melihat AA tajam memandang kearahku..aku cepat-cepat berbual dengan pelajar
lelaki kelasku...sekadar mahu menyakiti hatinya.
tapi suatu hari,aku
rela dalam terpaksa ke tandas..semasa aku sampai..aku dapati kawan rapat AA,
SY* ada disitu dan mahu becakap denganku..katanya..'AA meminta kau memaafkan dia'...SY* menyatakan bahawa
AA langsung tidak bersalah..dan dia amat sayang padaku...aku menjawab..'kenapa
tidak dia sendiri yang memohon maaf dariku..!'..selepas saja selesai ayat
'dariku' aku terus beredar melangkah menuju ke kelasku..
masih segar dalam
ingatan ku…semasa latihan sukan….aku memasuki acara lumba lari.jadi..jadi
setiap petang aku dan kawan-kawan akan berlatih di padang sekolah..selesai saja
latihan aku mengambil peluang menyaksikan giliran AA pula memulakan latihan…sebelum
dia memulakan latihan tersebut..dia menjerit kearah ku..katanya ‘’sally,dapat
nombor berapa (lumba lari)?? ‘ aku menjawab ‘dua…’ dalam hati aku berkata..’aduhai.tak
malukah bertanya dengan suara yang kuat
di tengah padang!’..
tapi apa yang
menghairankan aku…
semasa dia
berlari…jelas sekali bahawa dia sepatutnya mendapat tempat pertama..namun
kelihatan dia sengaja menjadikan kedudukan nya jatuh ke tangga kedua…aku
hairan..
selesai saja
latihan AA..dia menjerit kearah ku buat kali kedua dengan suara yg lantang.AA
menyatakan bahawa dia juga seperti aku mendapat tempat kedua..aku hanya
tersenyum…melihat telatahnya..comel sekali..
ketika akhir
tahun..dan aku telah tamat UPSR...aku menerima sepucuk surat dari AA yang
dikirimkan melalui kakaknya..
dia meminta maaf
atas segala salah silapnya...dan pantun terakhirnya masih ku ingat..
'kain buruk warna
merah,
tulisan buruk
jangan marah.'
pecah kaca pecah
gelas,
habis baca harap
balas.'
tapi..aku tidak
membalasnya pun..bila tamat sahaja persekolahan..aku melanjutkan pengajianku di
sekolah yang agak jauh...dan aku juga telah khatam mengaji...antara aku dan AA...kami
tidak bertemu lagi...sehinggalah suatu hari...dia berada diluar rumah tok
guru.sedang aku,di luar rumahku....dia memanggilku..aku semacam tidak mahu
layan kerana aku rasa bahawa aku dan dia tiada apa-apa..seingatku aku tidak
pergi kepadanya..tapi aku bertanyakan kenapa dia memanggilku..kami berinteraksi
jarak jauh...kalau tidak silap..dia memberitahuku bahawa dia seorang pengawas sekarang..aku
kira dia tidak perlu memberitahuku...(mungkin saja aku ego kerana sudah berbeza
sekolah dengannya atau aku takut abangku melihat kami)...selepas kejadian
itu.....bertahun-tahun....kami langsung tidak berjumpa.
sehinggalah.....
ketika aku di tingkatan
5...aku dan kawan-kawan ku berada di stesen bas...saat itu aku sudah merasakan
bahawa..sekumpulan lelaki asyik memandang ke arah kami...tapi aku senyapkan
saja..disebabkan dahaga..aku ke kedai seven eleven bersama seorang sahabatku..AM*..sedang kami
berjalan...tiba-tiba namaku dipanggil....aku berpaling...aku lihat dalam
kelompok lelaki itu ada yang aku semacam pernah lihat...wajahnya iras-iras
pelakon dan penyanyi...DANNY X-FACTOR..putih,berlesung pipit..namun aku buat
tidak tahu dan terus berjalan..
bila aku menaiki
bas..dan lelaki itu lalu disebelahku...barulah aku sedar...bahawa lelaki
tersebut punya sejarah denganku....AA...!!sepanjang perjalanan pulang,aku
tersenyum panjang..segala memori terpasang indah bagai layar perak...
bulan lepas...sahabat
baikku J* datang kerumahku...masihku ingat semasa peperiksaan UPSR dulu..aku
dan dia tidak bertegur sapa..aku pun tidak pasti mengapa kami
begitu..namun..baru-baru ini..dia datang kerumah ku kerana ingin bertanyakan
berkenaan tawaran melanjutkan pengajian disamping bertanya khabar...sedang kami
bercerita....tiba-tiba..keluarlah soal mengapa kami bergaduh dahulu...aku bertanyakan
padanya....J* memberitahuku...rupa-rupanya..dulu dia sakit hati bila mengetahui
bahawa AA tidak menyukainya tetapi menyukai aku..kerana kecewa dan geram..dia
tidak bercakap denganku...sehinggalah bila keputusan upsr keluar..barulah kami
bertegur sapa...
dan sekarang..aku
berumur 19 tahun...aku dan AA tidak berjumpa lagi...tapi baru-baru ini aku terserempak
dengan sahabat-sahabatnya di sebuah pasaraya...mereka memandangku seolah-olah belum pernah melihat orang!.salah
seorang menegurku..'kenal kah?'..aku mengangguk sambil tersenyum lantas
meneruskan urusanku..
itulah...sebahagian
kisah hati ku dulu...jauh di lubuk hati ku...ingin saja aku berjumpa dengan AA...dan
bercerita panjang dengannya..dalam kalangan ahli keluarganya..apa yang aku
perasan..dia lah yang paling baik hati dan jika dulu,dia
comel..sekarang,handsome sudah..hahaha..
moga-moga dia dalam
keadaan sejahtera hendaknya dan bahagia senantiasa...
ahad
20 mei 2012
5:05 pm
4 comments:
sweet nya cerita tu :D
well..ni kisah benar bukan rekaan tau..
realiti tanpa fantasi..ihik
best la kan recall balik zaman2 kita stil budak2 dulu.. admire orang tu, orang ni.. hehe... biasa masa tu kita tak tau apa.. hehe.. kalo yg hensem yang jambu.. yg femes kat sekolah, yang tu la kita taram.. hahaha
hehe....zaman skolah lah zaman yg paling best...!!!!
Post a Comment