Pages

Wednesday 26 June 2013

SEDIKIT PERKONGSIAN ^_^

Ketika isteri mengandung...

ISTERI : (mukanya masam dengan suaminya)

SUAMI : (perasan perubahan isterinya, jika dulu kalau balik kerja je mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit aksi menggoda)

Malam sebelum tidur..

ISTERI : Abang.. Saya minta maafff.. (peluk suaminya yang baring di katil)

SUAMI : Sayang minta maaf kenapa..? (buat2 x tahu)

ISTERI : Saya bermasam muka je dengan abang sejak mengandung, rasa berdosa kt abang saya pun tak tahu kenapa bang.. Rasa x sedap badan, macam2 rasa...

SUAMI : (senyum dan usap rambut isteri, kemudian cium dahinya) Sayang, abang faham. Pembawakan baby ni..(usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kt masjid, kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni. Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami. Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka, tak pernah kurang melayan abang. Untuk pengetahuan sayang, abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat, bahagia dan Allah lindungi.

ISTERI : (peluk erat2 suaminya)

*******

PENGAJARAN : Jadilah suami yang penyabar, bukan terus melenting jika isteri berubah emosi. Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama, penuhi majlis2 ilmu di masjid atau di mana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh jadi panduan kehidupan. Sentiasalah memaafkan isteri, kerana Syurga isteri pada redha suami.

No comments: