Pages

Friday 18 May 2012

hai?assalamualaikum semua readers n bloggers...post kali  ni bercorak islamik sikit..HERM...semenjak dua menjak ni guruh asyik berdentum dan kilat saling sabung-menyabung..kadang- kadang gerun sampai peluk 'bebey aisya' kuat-II..tiap kali itu berlaku saya pasti cepat-cepat kira...hari ni hari ape ek..?alhamdulillah hari isnin...tahu kenapa.?sebab takutkan hari kiamat..bukankah hari kiamat itu hari jumaat..penghulu segala hari..?
kali ni saya nak kongsi satu kisah yang saya pernah dengar masa zaman sekola dulu..tajuknya....

- NIAT SEBENAR SYAITAN-

Pada zaman sahabat,ada seorang lelaki buta yang amat rajin bersolat dimasjid.Bagi memudahkannya berulang alik,dia mengikat seutas tali menghubungkan rumahnya dengan masjid berkenaan.Berpandukan tali itulah dia berjalan setiap hari untuk berjemaah .Jarak antara rumah lelaki buta dengan masjid tidaklah berapa jauh,namun masalahnya ialah di pertengahan jalan terdapat sebuah lubang besar yang dipenuhi air.
Suatu hari,lelaki buta itu terjatuh kedalam lubang tersebut.bajunya habis basah,kesian kan..?dia terpaksa berpatah balik untuk menukarkan pkaian kepada yang kering.Dia kemudian menyusur tali itu semula menuju ke masjid.

Malangnya ketiak melintasi lubang itu buat kali kedua,lelaki buta terjatuh lagi.Bersusah payah dia pulang kerumah dan menukar pakaian.Seterusnya berjalan menuju ke masjid buat kali ketiga.
Sudah nasibnya,ketika melintasi lubang besar,dia tergelincir lagi.Lelaki buta terhuyung hayang...Tapi anehnya,belum sempat tubuhnya terhumban kedalam lubang,seseorang menghulurkan tangan.Orang itu menahan tbuhnya daripada jatuh dan kemudian memimpin tangan lelaki buta itu menuju kemasjid.
Berulang kali lelaki buta itu mengucapkan terima kasih sambil bertanya..'Bolehkah tuan bagitahu saya,siapakah tuan sebenarnya?'soal lelaki buta ketika sampai diperkarangan masjid.

'Aku adalah SYAITAN!'jawab orang yang tidak dikenali tadi, 'SYAITAN?'lelaki buta terkejut..'Lalu kenapa engkau membantu ku sedangkan aku hendak kemasjid untuk bersolat kepada Allah yang Maha Esa??'
Jawab syaitan,'aku menolongmu kerana aku takut dosa-dosa orang islam yang lain akan terampun.Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama dosamu ALLAH swt ampunkan..semasa engkau jatuh kali kedua,seluruh dosa keluargamu pula terampun..dan..jika aku biarkan engkau terjatuh buat kali ketiga maka seluruh dosa umat islam akan terampun...sebab itulah AKU MEMBANTUMU!!'

t.a.m.a.t..
.
masya Allah....lihatlah betapa syaitan itu sanggup melakukan apa sahaja demi membawa umat islam menemaninya di neraka kelak..nauzubillahi min zalik!!

No comments: