Pages

Friday 18 May 2012

pENaNGan CinTA PerTAmA





Betapa penangan cinta pertama itu maha dahsyat,
Bagaimana gadis senakalku bisa menjadi selemah itu..
Setenang- tenang dia,aku tetap gugup dihadapannya..
Aku harus bagaimana demi menenangkan hati ini?


Aduh,lagaknya sering menggundah-gulanakn jiwaku..
Bagaimana mungkin aku bisa bertahan dengan sikapnya,
Lucunya fenomena si nakal berkasih dengan si pendiam..
Namun harus ditakrifkan nakalnya benar ‘berisi’..


Adalah satu kebenaran  bahawa aku gadis dikenali ramai,
Mengapa tidak,lawakku tidak pernah sunyi kedengaran..
Parasku tidak secantik bidadari namun menyenangkan,
Kemesraanku sememangnya terpateri sejak azali..


Tapi sayang,ramai yang iri lalu menyulitkan cinta ku..
Mengapa begitu ramai temannya tidak merestui kami?
Bingung bertambah bingung sentiasa ada yang mengganggu..
Kiranya mampu,mahu sahaja aku hapuskan mereka!


Sememangnya hari tidak akan sentiasa cerah bersinar,
Apakah kerana temannya menginginkanku lalu dia rela?
Tiadaku sangka dia amsih menaruh hati pada si dia..
Terkejut bukan kepalang saat mengetahui kecurangannya,


Wahai kekasih,mengapa tidak  kau khabarkan perihal hatimu..?
Disaat aku menanti dirimu melunas janji setia,
Aku rebah kecewa mendengar luahan hatimu tentang si dia..
Kau tidak perlukan dunia,andai kau bisa memilikinya..


Apakah semudah itu kau lupakan semua kenangan?
Bukan salahku andai ramai yang ingin berteman..
Batasnya tetap ada walau semesra mana kami..
Demi tuhan,aku mendakap erat hati ini!!


Kekasihku.. (atau lebih sesuai bekas kekasihku)
Mengapa sewenang itu kau campak hatiku..?
Namun,jauh disudut hatiku aku tetap bersyukur..
Mengapa?
Kerana si dia langsung tidak menginginkan kau!!
Nah!rasakan bila diri tidak dihargai,


Kini aku gembira dikelilingi teman-teman yang baik,
Aku akur..
Walau kisah hati kita..cuba ku buang..
Ia tetap hadir tanpa aku pinta..


Benarlah…


Cinta pertama adalah cinta remaja..
Lalu aku bangkit kerananya..

p/s :untuk dia yang berkali-kali menitiskan air mataku…dan berkali-kali menyakitiku..
terima kasih telah mengajarkan ku erti kesabaran dan semoga kau tidak kan pernah merasakan sakit seperti mana yang aku rasakan.

No comments: