Pages

Friday 18 May 2012

tiket PERCUMA untuk SEMUA

TIKET PERJALANAN PERCUMA


    PENGENALAN: 


NAMA SEBENAR : Hamba Alllah
GELARAN : Insan
BERASAL : Tanah
ALAMAT : Planet bumi
maklumat perjalanan
TEMPAT BERLEPAS : Kehidupan Dunia
DESTINASI TUJUAN : Alam Akhirat
TEMPOH PERJALANAN : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
MASA BERLEPAS : Ketika malaikat menjemput
MASA HADIR (CHECK IN) : Tetap,pasti dan tidak berubah


Syarat perjalanan:


Ditujukan kepada semua penumpang,diminta ambil perhatian kerana mereka yang memulakan perjalanan mereka dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat akan melalui pelbagai peristiwa.sila perhatikan ketua dan pilot atau jeruterbang anda semua, beliau adalah malaikat maut.bagi penumpang yang belum jelas,sila dapatkan maklumat lanjut pada papan kenyataan dalam al-qur'an dan al-hadith rasululullah serta mengikut setiap peraturan dengan berhati-hati.sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendekiawan atau ulama'.....
muatan yang dibenarkan
5 meter kain kapan putih
kapas putih secukupnya


muatan-muatan lain yang dipertimbangkan :
1)amal soleh
2)sedekah jariah
3)doa anak-anak soleh
4)ilmu yang bermanfaat


perhatian


Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.Barangsiapa yang tidak mematuhi akan didenda.


saat atau waktu berlepas


Bila-bila masa dari sekarang.Kepada semua penumpang yang sudah mempunyai tiket atau passport...sila bersiap sedia,jika tidak mahu sebarang kesulitan berlaku.


ulangan


Tempahan perjalanan adalah suatu yang tetap dan pasti maka tidak perlu di ingatkan lagi.Tetapi atas dasar mengingatkan para bakal penumpang,lalu kami menulis kepada anda semua.Hendaklah kamu mengambil perhatian yang sewajarnya berkenaan perjalanan ini.Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur khidmat kepada anda semua.Semoga anda gembira dengan perjalanan ini.Sesuai dengan firman ALLAH,surah Kahfi yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG MENGHARAPKAN PERJUMPAAN YANG BAIK DENGAN TUHANNYA,MAKA HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMALAN YANG BAIK DAN JANGAN PULA MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU PUN"







No comments: