Pages

Saturday 12 May 2012

::sUaTu KetIKa DUlu::

Suatu ketika dulu..
Aku disangka bongsu..
kuasa tuhan..
3 tahun kemudian..
Aku dikurniakan seorang adik lelaki.
Alangkah mencuit perasaan..


Suatu ketika dulu..
Aku begitu lasak sekali..

Siapa sangka..
Semasa hujan mula membasahi bumi..
Aku dengan lagak berani mati..
Meniti di atas beranda tingkat 1 di bahagian atas rumahku..


Beranda di tingkat satu itu…
Sememangnya tinggi..
Siapa diantara kalian..
Tahu apa niatku..?


 
Herm…Rupanya.
Disaat itu terlintas di benak kecilku..
“Hujan mahu turun..
Seluar kakakku belum diangkat..
Ahh..biarlah aku sahaja membantunya”

 
Aduhai,
Begitu bersemangat sekaliaku..
Memanjat beranda..
semata-mata mahu mengangkat seluar kakakku itu..

‘ADUH!!’
Peritnya paha kananku!
Bagai disepit ketam saja..!
Angkara siapakah itu??


Amboooiii!!
Becok pula mulut abangku..
Mengadu kepada kakak
perihalku memanjat beranda..

 
Gara-gara aduan abangku..
Aku dihadiahkan cubitan istimewa..
Oleh kakakku yang sememangnya garang itu..
Mujurlah aku tidak melompat keluar beranda..


 
Begitulah suatu ketika dulu..
Aku sememangnya gemar beraksi..
Terutamanya..
Sedang orang lain tidak mempedulikanku..


Suatu ketika dulu..
Aku pernah memanjat almari..
Hanya kerana ingin mencapai..
Penutup teko hiasan ibuku..


 
Disebabkan badanku ketika kanak-kanak agak berisi,
Almari tersebut jatuh menimpa badanku..
Terkejut bukan kepalang keluargaku
yang sedang bermesyuarat mingguan..

 
Suatu ketika dulu..
Aku pernah terjatuh kedalam gaung api..
Kerana berebutkan tempat duduk dengankakakku,


Sedang kami bertolak-tolakan..
Tiba-tiba badan kecilku melayang
Kedalam gaung tempat ayah membakar sampah..

 
Aduh…
Peritnya belakangku dijilatapi..
Setiap kali aku menukar baju,
Kulitku akan tertanggal
Dan melekat pada baju..

 
Suatu ketika dulu..
Sedang aku mengasah lidi
untuk dibuat penunjuk muqaddam..
tanpaaku sedari..
aku dengan selamba..
menggigit serpihan kaca itu..
hahaha..
seolah-olah memakan cikedis pula.

 
Lalu..
seorang temanku meniru perbuatanku,
Eh..eh..
Mahu meniru seorang professional,
Mana mungkin menjadi..!
Tiba-tiba seorang abang datang..
Dan bertanyakan perihal bibirnya..
Kenapa pula..?
Rupanya hujung bibir temanku itu berdarah!


Kerana terkejut dan takut dipersalahkan..
Aku berlari sekuat hati,
Mengambil muqaddam dan rehal..
lalu berlari kerumahku..
hari itu aku ponteng mengaji!


Semua kisah dulu…
Masih segar diingatanku..
Dan bila dikenang kembali..
Aku pasti tergelak seorang diri..


Malah..
sering pula aku ditertawakan..
Oleh abang-abang dan kakak-kakakku..
Disebabkan kisah silamku yang penuh kenakalan itu..

 
Terima kasih Tuhan!!
Engkau masih memanjangkan umurku..
Sedang pelbagai lagak bahaya telah aku lakukan..
Syukur Alhamdulillah..










No comments: