haha..tak pernah-pernah aku buat entri pasal benda nih..dunia hiburan ??
kihkihkih...arhh..tak kire..!
aku tak kesah ape korang nak kata...yg penting aku tetap nak tulis gak citerr pasal nie...
dengan ini di umumkan.........
JUARA BAGI PERTANDINGAN ASIAN WAVE 2012 TELAH DIMENANGI OLEH....
SHILA AMZAH!!! tahniah!!tahniah!!tahniah!!
masa ni paling berdebar (padahal aku tak paham pun mandarin.kih3)
semua juri2 memang sporting gila..siap berdiri..n tepuk tgn lagi..juri malaysia ade ke ekk gitu?
horaay..semalam..masa aku bukak broadcast youtube..aku nmpak yg 1st skali 'tercongok' vid shila amzah..
sbelum ni pun aku mmg suka ngn suara dia..tp lepas aku tgk over acting dia ngn sharnaz ..ase cam.. sedih plak.....xde batas ape pun even depan ayah nye shila si ND LALA tu.....
:'(
tapi.. (lagi sekali)
lepas dia berhijab aku jadik minat balik ngn dia.hehehe..lagipun si sharnaz pun ckp yg dia org paling heppy bila shila bertudung...how sweeeeett!!
and..semalam..memang masa aku tgk shila punyer perfomence tu..ceehh!! berdiri bulu roma beb!!
tambah2 yang lagu adele...set fire to the rain tuh... hamboihh,,,kelass ko shila! kalah si adele..!
tapi..yang x sangka2 tuh.. masa yang shila di umumkan sebagai juara.. AKU NANGISSSS!!!
hahahah.. ngok ngek kan? aku pun xtaw ape yang wat air mata aku laju je turun smlam..herm mungkin bila aku tgok shila sebak n mnitiskan air mata.. aku jadik sensiitif..kot? :')
hehehe.. ape2 pun..
kami sebagai rakyat malaysia berbangga dengan anda..shila amzah.anda menyanyi dengan style yg awesome..sopan...ade gak brutal sket2...hehe
ahh...shila amzah memang mantap..
tahniah sekali lagi.. ^_^
Biasakan Bertanya,Jangan Mudah Membuat Sebarang Ulasan,Andaian,Spekulasi,Kontroversi...
Thursday, 27 September 2012
Wednesday, 26 September 2012
SATU REALITI
assalamualaikum.....sebentar tadi...saya terbaca satu kisah..dan saya mahua nda turut sama membacanya...
Masyaallah..manfaat
ilmu nih,kpd yg nk kawin & kpada parent2 yg lebihkan adat dari
syariat..sila baca..smoga ALLAH buka pntu hati kita untuk manfaatkan
syariat dalam sesuatu persandingan..(^_^)ALLAH maha Pemberi rezki..(^_^)
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku
membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari
lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi
hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir
antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.
Bapa Gadis : Oh.
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara.
Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata
dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak
berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah.
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun
dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak
grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila
disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk
merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan
dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak.
Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai
masak tak?
Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err.
Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan.
Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa
dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda
kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung
lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak
tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia
terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25
ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala,
bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.
itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi
orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar.
Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si
gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa
suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan
anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya
pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan
dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu
akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula
ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu
dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak
melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan
sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami
membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak
pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia
saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata
yang memandang saya akan dapat dosa.
Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri
daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan
fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna
itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi
itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu.
Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab
orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik.
Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit
sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi
cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi
pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan
pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang
pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang
berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada
duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap
hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu
saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak
pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina.
Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je
biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang
ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan
jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik
pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau
takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la kita
tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan
dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat
tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami
dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik
pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata
bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis
memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis
mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni.
Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan,
pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang
akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan
kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna :
Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat
Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak.
Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna :
Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde
walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya,
bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk
anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.
Siap kalau berhias
secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.
Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah
Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah
pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang,
jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna
memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.
Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon
untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna
mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam
kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis
yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air
mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.
Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata
tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia
amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.
" :)”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
TAMAT
Tuesday, 25 September 2012
MamA Ly dApAt ANaK (sedare) baRU!!
YEAAHHHHH!!!! YAAAHOOOOO!!! HOOOORAAAAYY!!
ALHAMDULILLAH.....!!
jutaan rasa syukur diucapkan...
setelah 7 bulan kak ha mengandungkan baby beliau..akhirnya,ALLAH izinkan baby boy tersebut lahir melihat dunia ini..
alangkah bahagianya..
kak ha melahirkan bayi yang suci dari noda dan kak ha juga secara automatik seperti bayi nya juga..
dia suci dari dosa-dosa silam nya,
ALLAH mengampuni dosanya..
bayi lelaki...
inilah juga sebab yang mendorong aku menempah tiket bas pulang bercuti di kampung...
pada mula nya,kerana ade yang tak membenarkan aku pulang semasa cuti hari raya qurban,(study sahaja disini)...aku sudah memutusakn untuk berada disini sahaja...
namun.aku tidak dapat menahan perasaan ku..aku mahu melihat dengan mata kepalaku sendiri,aku mahu mencium wanginya bau seorang bayi,aku mahu memeluk erat bayi itu...aku juga mahu mendengar tangisannya yang dahagakan susu mummy nya..
baby boy,tunggu mama ly ye..hehe..macam biasa,semua anak-anak sedara mama ly enjoy bila mama ly ada...kan?kan?
dah ramai rupanya anak-anak sedara aku :
noor balqis binti mohd noor
noor adam bin mohd noor
nur dinie binti hamdi
nur aina binti hamdi
mohd hafiz bin hamdi
nurul delisha binti sanusi
muhammad danish bin sanusi
muhamad khuzaifah zihni bin tarmizi
muhammad afnan bin hazmi
dan baby boy yang baru belum ada nama..hehehehe..
*hanya mampu melepaskan rindu dendam kepada baby kak ha melalui gambar2 bayi dari encik goggle.. ^_____^
Monday, 24 September 2012
khas buat beliau yang jiwa kacau
salam
semua,kali ni saly nak update post pasal stres atau tekanan perasaan
(bukan sakit mental ye) tapi kalau gagal menangani stres dengan bijak
tak mustahil free2 dapat penyakit mental ni..so..saly nak share sikit
pasal benda ni..sebab hari tu saly pi klinik ngan kakak and nampak
pamplet sal stres ni...harap2 ini dapat memberi manfaat kepada semua..
yang baik datang dari ALLAH,yang buruk datang dari diri saly sendiri..selamat membaca..
MENANGANI
STRES DENGAN BIJAK
PENGENALAN
Stres ialah
tindak balas fizikan,emosi dan mental kepada perubahan.
Stress
merangkumi tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panic,perasaan
gemuruh,kebimbangan,kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila
berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.
KENAPA ANDA
STRES
-Diri
sendiri-kecewa
-Keluarga-masalah
rumahtangga,kewangan,anak dan sebagainya
-Pekerjaan-tidak
cemerlang dalam kerja,tidak naik pangkat,dibuang kerja,kene tukar dan sebagainya
-Pelajar-gagal
dalam pelajaran,tiada duit belanja dan masalah membayar yuran
-Komuniti-bertengkar
dengan jiran
-Kesesakan
lalulintas
-Persekitaran
yang tidak selesa
-Tragedi
ngeri
-Menunggu
dalam tempoh yang lama
TANDA-TANDA
STRES
-Jantung
berdegup kencang
-Cepat marah
-Rasa tidak
gembira
-Hilang
selera makan
-Hilang minat
belajar atau bekerja
-Tidak cukup
tidur
-Suka
menengking
-Cuba
menjauhkan diri dari orang sekeliling
APA YANG
HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANDA
MARAH
-Bertenang..tarik
nafas dan lepas perlahan-lahan
-Kenalpasti
punca anda marah
-Mendapatkan
nasihat orang lain
-Beredar ke
tepmpat lain bagi mengawal kemarahan
-Berbincang
dengan ahli keluarga atau rakan
-Membiasakan
diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga
melalkukan kesalahan
melalkukan kesalahan
AMALKAN 10B
-Bertenang
-Bernafas
dengan dalam
-Berkata :
“relakslah…..”
-Beribadat
dengan seikhlas hati
-Bercakap
dengan seseorang
-Berurut
-Berehat dan
mendengar muzik bernada perlahan
-Bagi orang
islam segera mengambil wudhuk dan berzikir
-Beriadah
-Bersenam
wallahua'lam..
Monday, 17 September 2012
banyak soalan banyak juga jawapannya
Assalamualaikum….semua..
Oh..how I miss all of u damnmuch bebeh!!
Dah masuk dua minggu aku kat usim…so far so good..homesick yang keterlaluan tak de lagi..hehe
Petang tadi dalam kul 5 setengah aku ngan member-ii call abang senior (yang memang wat bussines teksi ni) kami nak ke tesco beli barang keperluan…sebelum tu kami baca kat papan kenyataan tertulis..
Dari KK1 ke Tesco @ giant rm10.00 (pergi dan balik)
Then kami tunggu kat bus stand (biasanya orang lain ambil depan kolej kediaman)..selepas beberapa minit menunggu muncullah beliau..
Aku duduk didepan…dia bagitaw kami yang dia xdapat ambik kami jap lagi sebab dia nak ke kajang…
(dalam hati kami…xpelah..5 ringgit jela byr)
Sampai je kat tesco..kami da prepare duit 5 ringgit..tetiba dia cakap 10 ringgit ye dik..aku hulurkan duit aku,then say ‘thank you’..
Selesai berborong..kami singgah makan sekejap..
Nasi ayam panggang (ayam yang di potong2, beberapa hirisan timun,kuah sup dan sos) = rm4.60
Aduhai berbaloi..kalau cafeteria kat KK1 pulak,
Nasi putih (banyak atau sikit 1.oo) , ayam goreng , baby sotong yang xcukup bulan besar jari kelingking anak sedara aku 3 ekor, kuah gulai sikit = rm7.oo
Lu pikir lah sendiri..
1st time aku makan hari tu…. Ade lalat sekor lam nasik..aku dah la sakit hati lauk pedas bukan main lagi..kene pulak ade benda alah tu…terus aku pi dekat abg tu….aku tunjuk atas muka dia lalat yang ternganga lam pinggan aku tu…
Dia ngan tergagap-gagap.. ‘adik nak abg bagi balik duit adik atau adik nak tukar’
‘saya lapar..saya nak tukar..’
Kerusi lum panas lagi,tetiba member aku gitaw..’eii yek..ade rambut lah dalam air aku..!!’
Aku dah bengang ngan perkhidmatan cafe ni…huh! Nak mogok pun….xsanggup berlapar..eii..menci-menci!
Tapi hari tu…ade org mesej kat pengetua kolej kediaman satu..bagitaw yang hari tu ade member dia makan nasik then ade lalat (mungkin aku yg dia maksudkan)…pengetua jawab ngn nada bergurau ‘apa susah buang jela..’
Geram nye eden mendengarnya..
Ahhh..pedulikan lah..back to da story…
Dalam pukul 8 malam kami decided nak gunakan khidmat abg pidot plak…tapi sbelum tu aku mesej dia..tanyakan berapa harga tambang dari tesco balik ke KK1…abg pidot cakap 5 ringgit..kami pun apa lagi…minta beliau ambik kami….dia pesan tunggu lam 10 minit …
Abg pidot baik..hehe…pakai spek..lucu..dia senior kami..dia ckp..aku kene minta balik 5 ringgit ngn abg yg awal tadi tu…abg tu member dia gak…kira perniagaan sharing2 la..sbenarnya sebelum kami dah ade budak yg bayar 10 ringgit tapi abg tu xleh pi amik.. (duit ambik plak)..
Lepas sampai rumah…mandi..solat.. aku mesej abg yg hantar kami ke tesco tu..
‘salam..nak Tanya..10ringgit tu pergi balik kan..?’
‘10ringgit tu untuk pergi..balik adalah percuma untuk promosi..untung pergi dan balik’
‘dah tu..abg yang tak leh mai ambik kami..tadi..kan?’
‘ingat sekadar tnya tadi..ni nak balik dari tesco ke kk1 ea? Yang saya antar petang tadi?’
‘yela kami nak kepastian je sebab kami baca..sepuluh ringgit pergi dan balik..tak pela abang pidot dah hantarkan..’
‘memang tulis pergi balik….balik tu saya bagi percuma antar jika available..harga pergi 10 ringgit..tapi maaf saya tak dapat amik awak time balik..’
‘tiada maaf bagimu.. (tipu je.) salam..’
‘yeke….emmm camni…saya bagi ganti rugi…awk Cuma bayar 7.oo saja….3 ringgit saya pulangkan pada awak..’
‘tak mahu…..saya nak 5ringgit…..’
‘emm baik lah…xpelah saya terpaksa..nanti kita jumpe saya pulangkan..ada no akaun? Saya transfer saja’
*(SEMPAT PULAK BELIAU PERLI AKU..5 RINGGIT NAK TRANSFER??)
‘xpelah..saya halalkan..saya harap..lain kali awk tulis jelas2..pergi 10 ringgit..balik percuma… okay? Moga perniagaan anda terus maju…salam. ’
‘ok terima aksih…maafkan saya..trip awak sahaja kali ni saya terpaksa hantar je..saya da hal keluarga di rumah..tu saya lari kajang kejap..tapi harga tetap 10 ringgit..sebab tu saya mention awal2 pada awk tadi’
‘okay..beres’
‘jangan serik lagi ngan saya ea..sebagai ganti rugi..akan datang saya bagi half price kat awak..’
*TAMAT
Sakit nya hati tuhan saja yang tahu…tapi mesti beliau terkejut..ade pulak budak junior cam aku…bersoal siasat ngn dia..aku bukan ape…aku geram mentang-mentang kami freshie dia senang2 nak perbodohkan kami…xpe..cam biasa..aku akan bising2 n sebarkan cerita ni kat seluruh KK1…ko tengok lah nanti..
Ko engat kami halal kan ke..? nanti Allah akan balas balik perbuatan ko tu…ko aniaya kami..sesuka ati je..
Jangan harap aku nak naik keta ko lagi..cekik darah.! (baik aku naik ngn abg pidot dah la hantar kami sampai depan kolej..ambik pulak 5 ringgit je)
Tu beza nya budak FSU ngan budak FEM.. (mamat ni je oke)
Friday, 7 September 2012
10 carta DOSA
CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT..::
Ingatan buat diriku yang selalu terlupa...
1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.
2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.
3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar
4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah
5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka
6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan
7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..
8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka
9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka
10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang
2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.
3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar
4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah
5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka
6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan
7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..
8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka
9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka
10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang
Subscribe to:
Posts (Atom)