salam
semua,kali ni saly nak update post pasal stres atau tekanan perasaan
(bukan sakit mental ye) tapi kalau gagal menangani stres dengan bijak
tak mustahil free2 dapat penyakit mental ni..so..saly nak share sikit
pasal benda ni..sebab hari tu saly pi klinik ngan kakak and nampak
pamplet sal stres ni...harap2 ini dapat memberi manfaat kepada semua..
yang baik datang dari ALLAH,yang buruk datang dari diri saly sendiri..selamat membaca..
MENANGANI
STRES DENGAN BIJAK
PENGENALAN
Stres ialah
tindak balas fizikan,emosi dan mental kepada perubahan.
Stress
merangkumi tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panic,perasaan
gemuruh,kebimbangan,kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila
berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.
KENAPA ANDA
STRES
-Diri
sendiri-kecewa
-Keluarga-masalah
rumahtangga,kewangan,anak dan sebagainya
-Pekerjaan-tidak
cemerlang dalam kerja,tidak naik pangkat,dibuang kerja,kene tukar dan sebagainya
-Pelajar-gagal
dalam pelajaran,tiada duit belanja dan masalah membayar yuran
-Komuniti-bertengkar
dengan jiran
-Kesesakan
lalulintas
-Persekitaran
yang tidak selesa
-Tragedi
ngeri
-Menunggu
dalam tempoh yang lama
TANDA-TANDA
STRES
-Jantung
berdegup kencang
-Cepat marah
-Rasa tidak
gembira
-Hilang
selera makan
-Hilang minat
belajar atau bekerja
-Tidak cukup
tidur
-Suka
menengking
-Cuba
menjauhkan diri dari orang sekeliling
APA YANG
HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANDA
MARAH
-Bertenang..tarik
nafas dan lepas perlahan-lahan
-Kenalpasti
punca anda marah
-Mendapatkan
nasihat orang lain
-Beredar ke
tepmpat lain bagi mengawal kemarahan
-Berbincang
dengan ahli keluarga atau rakan
-Membiasakan
diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga
melalkukan kesalahan
melalkukan kesalahan
AMALKAN 10B
-Bertenang
-Bernafas
dengan dalam
-Berkata :
“relakslah…..”
-Beribadat
dengan seikhlas hati
-Bercakap
dengan seseorang
-Berurut
-Berehat dan
mendengar muzik bernada perlahan
-Bagi orang
islam segera mengambil wudhuk dan berzikir
-Beriadah
-Bersenam
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment