SATU REALITI
assalamualaikum.....sebentar tadi...saya terbaca satu kisah..dan saya mahua nda turut sama membacanya...
Masyaallah..manfaat
ilmu nih,kpd yg nk kawin & kpada parent2 yg lebihkan adat dari
syariat..sila baca..smoga ALLAH buka pntu hati kita untuk manfaatkan
syariat dalam sesuatu persandingan..(^_^)ALLAH maha Pemberi rezki..(^_^)
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku
membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari
lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi
hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir
antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.
Bapa Gadis : Oh.
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara.
Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata
dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak
berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah.
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun
dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak
grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila
disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk
merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan
dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak.
Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai
masak tak?
Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err.
Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan.
Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa
dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda
kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung
lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak
tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia
terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25
ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala,
bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.
itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi
orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar.
Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si
gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa
suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan
anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya
pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan
dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu
akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula
ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu
dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak
melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan
sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami
membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak
pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia
saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata
yang memandang saya akan dapat dosa.
Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri
daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan
fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna
itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi
itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu.
Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab
orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik.
Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit
sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi
cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi
pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan
pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang
pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang
berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada
duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap
hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu
saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak
pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina.
Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je
biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang
ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan
jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik
pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau
takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la kita
tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan
dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat
tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami
dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik
pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata
bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis
memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis
mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni.
Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan,
pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang
akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan
kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna :
Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat
Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak.
Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna :
Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde
walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya,
bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk
anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.
Siap kalau berhias
secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.
Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah
Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah
pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang,
jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna
memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.
Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon
untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna
mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam
kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis
yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air
mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.
Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata
tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia
amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.
" :)”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
TAMAT
No comments:
Post a Comment