Pages

Tuesday 25 June 2013

PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN



KISAH HATI 

bahagian I

aku mula menyukai seseorang seawal umurku 11 tahun,iaitu ketika darjah 5...
namanya adalah *AA .kami mula kenal semasa kami mengaji ditempat yang sama (di rumah jiranku sendiri) rumahnya tidaklah berada di kawasan rumahku..namun aku kenal benar rumahnya kerana setiap kali pulang dari sekolah,aku pasti melalui rumahnya.

umur kami berbeza setahun..dia lebih muda dariku..tapi..dengan tubuhku yang kecil..ramai yang tidak menyangka aku berumur 11 tahun..bermula di tempat mengaji....kami sering berbalas pandang...dia sangat comel...berkulit cerah dan berlesung pipit..

di sekolah,bangunan kelasku bersebelahan dengan bangunan kelas AA...jadi secara tidak langsung setiap kali sesi memulakan pengajian (menyanyi lagu kebangsaan dan bacaan doa) berlangsung..kami akan saling berpandangan antara satu sama lain....hanya aku dan dia memahami erti disebalik pandangan kami..

sebenarnya semasa melangkah ke darjah 5 aku dipindahkan dari kelas pertama ke kelas kedua gara-gara keputusan ujian akhir tahun darjah 4 tidak memuaskan...aku bersama beberapa orang sahabat terpaksa bertukar kelas..

semasa mula-mula dikelas itu..aku sangat malu dan tidak selesa..ini berikutan ada seorang pelajar lelaki yang sering melihat-lihat kearahku..hinggakan kawan sebelah aku turut perasan dengan tindakan pelajar tersebut.. walaupun aku tahu pelajar itu memandang kearah ku..namun aku langsung tidak melihatnya..aku buat-buat tidak nampak...

suatu hari...bila aku masuk ke kelas..aku perasan ada bungkusan di dalam laci mejaku....bila aku membuka nya...barulah aku tahu bahawa...ada  seseorang memberikan aku sebuah jam tangan berbentuk hati dan berwarna merah!disamping jam..ada sehelai kertas yang bertulis.. 'Saya suka awak'....disebabkan aku belum pernah berhadapan dengan situasi itu dan kawan-kawan ku bising sekali bertanyakan gerangan yang menghantar..aku jadi menggigil dan takut..

malah ada yang merampas kertas itu konon mahu membuat pengecaman tulisan siapakah itu...bila buntu...kami berjumpa guru kelas matematik yang paling baik hati..CIKGU MAN.sahabatku memberitahu cikgu hal itu...aku hampir-hampir menitiskan air mata...aku pun sudah lupa kenapa aku berperasaan begitu..sambil ketawa cikgu mengatakan bahawa...ada orang yang menyukai aku...aku agak I* yang meletakkan benda tersebut dalam laci ku..kerana semasa kami berjumpa cikgu man dia asyik memandang2 kami...selepas bersama cikgu man..aku pergi ke arah pelajar-pelajar lelaki yang sedang bermain bola..lalu bertanya kan siapa yang memberiku jam ini (aku menunjukkan jam tersebut).namun tiada yang mengaku..aku lantas membaling jam tersebut ke bawah..

bila di ingatkan..kenapalah aku berbuat begitu..kalau orang sudah memberi....terima sajalah..namun dengan umurku masih setahun jagung..mungkin aku masih belum bijak mengawal emosi..sampai sekarang..aku tidak tahu siapakah gerangan yang MENYUKAI aku dan menghadiahkan jam tangan tersebut..

berbalik kepada kisah AA......dulu aku mempunyai seorang sahabat baik bernama J*...aku kira dia menyukai AA kerana setiap kali tiba giliran AA mengaji bersama pok ngoh (tok guru kami) dia pasti cepat2 mahu duduk bersila disebelah AA ...sedangkan aku tersangat-sangat segan untuk bersebelahan dengan mana2 lelaki...walaupun aku masih dalam lingkungan kanak-kanak...namun aku sudah punya sifat malu itu....aku sering dipuji oleh ngoh (mok guru kami) kerana dalam kanak-kanak perempuan..hanya aku yang sering berbaju kurung apabila pergi mengaji..ngoh sering membandingkan aku dengan AM* (kakak AA yg sebaya denganku) kerana sering mengaji dengan berseluar sukan dan berbaju lengan pendek..

masih segar diingatan ku..semasa aku darjah 6...terdapat cermin diletakkan di luar tandas..jadi bila aku melihat cermin itu..terpantul lah wajah AA yang sedang belajar  di dalam kelasnya....walaupun aku malu,aku tetap mencuri pandang ke arah nya..dan setiap kali aku ke tandas..dia pasti perasan akan kehadiran ku dan turut berbalas pandang..

kami tidak pernah meluahkan perasaan kami..cuma sahabat-sahabatnya yang sentiasa memberitahuku bahawa AA menyukai aku..

pernah suatu ketika...semasa kelas malam..aku sengaja melalui kelas AA yang masih gelap..aku seorang diri...bila aku melalui kelas itu..aku terdengar suara orang bercakap dan tiba-tiba lampu menyala...aku sangat terkejut bila mendapati bahawa AA sedang berbual bersama seorang pelajar perempuan yang sekelas denganku,namanya AM*..

sedang aku terkejut..mereka berdua sedar akan kehadiranku..namun disebabkan geram dan SAKIT HATI...aku berlari sekuat hati menuju ke kelasku...aku mahu menangis namun air mata tidak mahu menitis...aku juga mahu menjerit namun suara tak mahu keluar...mereka berdua mengejarku..namun hanya AM* yang terus megejarku hingga ke kelas..AA  entah kemana..sampai saja dalam kelas..aku terduduk di kerusiku...lalu AM datang kepadaku sambil berkata.. 'aku tidak berbuat apa-apa dengan AA...yang kau dengar aku ketawa tadi hanyalah kerana aku geli hati mendengar AA mengatakan bahawa dia menyintaimu..aku hanya menemuinya sekadar mahu bertanya tentang kau dan dia yang heboh diperkatakan budak-budak sedang asyik menyulam kasih...'

selepas kejadian itu aku langsung tidak berjumpa AA..malah ke tandas pun tidak..tiap kali bila aku melihat AA tajam memandang kearahku..aku cepat-cepat berbual dengan pelajar lelaki kelasku...sekadar mahu menyakiti hatinya.

tapi suatu hari,aku rela dalam terpaksa ke tandas..semasa aku sampai..aku dapati kawan rapat AA, SY* ada disitu dan mahu becakap denganku..katanya..'AA  meminta kau memaafkan dia'...SY* menyatakan bahawa AA langsung tidak bersalah..dan dia amat sayang padaku...aku menjawab..'kenapa tidak dia sendiri yang memohon maaf dariku..!'..selepas saja selesai ayat 'dariku' aku terus beredar melangkah menuju ke kelasku..

masih segar dalam ingatan ku…semasa latihan sukan….aku memasuki acara lumba lari.jadi..jadi setiap petang aku dan kawan-kawan akan berlatih di padang sekolah..selesai saja latihan aku mengambil peluang menyaksikan giliran AA pula memulakan latihan…sebelum dia memulakan latihan tersebut..dia menjerit kearah ku..katanya ‘’sally,dapat nombor berapa (lumba lari)?? ‘ aku menjawab ‘dua…’ dalam hati aku berkata..’aduhai.tak malukah bertanya  dengan suara yang kuat di tengah padang!’..

tapi apa yang menghairankan aku…
semasa dia berlari…jelas sekali bahawa dia sepatutnya mendapat tempat pertama..namun kelihatan dia sengaja menjadikan kedudukan nya jatuh ke tangga kedua…aku hairan..

selesai saja latihan AA..dia menjerit kearah ku buat kali kedua dengan suara yg lantang.AA menyatakan bahawa dia juga seperti aku mendapat tempat kedua..aku hanya tersenyum…melihat telatahnya..comel sekali..

ketika akhir tahun..dan aku telah tamat UPSR...aku menerima sepucuk surat dari AA yang dikirimkan melalui kakaknya..
dia meminta maaf atas segala salah silapnya...dan pantun terakhirnya masih ku ingat..

'kain buruk warna merah,
tulisan buruk jangan marah.'
pecah kaca pecah gelas,
habis baca harap balas.'

tapi..aku tidak membalasnya pun..bila tamat sahaja persekolahan..aku melanjutkan pengajianku di sekolah yang agak jauh...dan aku juga telah khatam mengaji...antara aku dan AA...kami tidak bertemu lagi...sehinggalah suatu hari...dia berada diluar rumah tok guru.sedang aku,di luar rumahku....dia memanggilku..aku semacam tidak mahu layan kerana aku rasa bahawa aku dan dia tiada apa-apa..seingatku aku tidak pergi kepadanya..tapi aku bertanyakan kenapa dia memanggilku..kami berinteraksi jarak jauh...kalau tidak silap..dia memberitahuku bahawa dia seorang pengawas sekarang..aku kira dia tidak perlu memberitahuku...(mungkin saja aku ego kerana sudah berbeza sekolah dengannya atau aku takut abangku melihat kami)...selepas kejadian itu.....bertahun-tahun....kami langsung tidak berjumpa.

sehinggalah.....
ketika aku di tingkatan 5...aku dan kawan-kawan ku berada di stesen bas...saat itu aku sudah merasakan bahawa..sekumpulan lelaki asyik memandang ke arah kami...tapi aku senyapkan saja..disebabkan dahaga..aku ke kedai seven eleven bersama seorang  sahabatku..AM*..sedang kami berjalan...tiba-tiba namaku dipanggil....aku berpaling...aku lihat dalam kelompok lelaki itu ada yang aku semacam pernah lihat...wajahnya iras-iras pelakon dan penyanyi...DANNY X-FACTOR..putih,berlesung pipit..namun aku buat tidak tahu dan terus berjalan..

bila aku menaiki bas..dan lelaki itu lalu disebelahku...barulah aku sedar...bahawa lelaki tersebut punya sejarah denganku....AA...!!sepanjang perjalanan pulang,aku tersenyum panjang..segala memori terpasang indah bagai layar perak...

bulan lepas...sahabat baikku J* datang kerumahku...masihku ingat semasa peperiksaan UPSR dulu..aku dan dia tidak bertegur sapa..aku pun tidak pasti mengapa kami begitu..namun..baru-baru ini..dia datang kerumah ku kerana ingin bertanyakan berkenaan tawaran melanjutkan pengajian disamping bertanya khabar...sedang kami bercerita....tiba-tiba..keluarlah soal mengapa kami bergaduh dahulu...aku bertanyakan padanya....J* memberitahuku...rupa-rupanya..dulu dia sakit hati bila mengetahui bahawa AA tidak menyukainya tetapi menyukai aku..kerana kecewa dan geram..dia tidak bercakap denganku...sehinggalah bila keputusan upsr keluar..barulah kami bertegur sapa...

dan sekarang..aku berumur 19 tahun...aku dan AA tidak berjumpa lagi...tapi baru-baru ini aku terserempak dengan sahabat-sahabatnya di sebuah pasaraya...mereka memandangku  seolah-olah belum pernah melihat orang!.salah seorang menegurku..'kenal kah?'..aku mengangguk sambil tersenyum lantas meneruskan urusanku..

itulah...sebahagian kisah hati ku dulu...jauh di lubuk hati ku...ingin saja aku berjumpa dengan AA...dan bercerita panjang dengannya..dalam kalangan ahli keluarganya..apa yang aku perasan..dia lah yang paling baik hati dan jika dulu,dia comel..sekarang,handsome sudah..hahaha..

moga-moga dia dalam keadaan sejahtera hendaknya dan bahagia senantiasa...


ahad
20 mei 2012
5:05 pm

4 comments:

teha said...

sweet nya cerita tu :D

sALLy SoFiEy eBRaHem said...

well..ni kisah benar bukan rekaan tau..
realiti tanpa fantasi..ihik

Kenari Putih said...

best la kan recall balik zaman2 kita stil budak2 dulu.. admire orang tu, orang ni.. hehe... biasa masa tu kita tak tau apa.. hehe.. kalo yg hensem yang jambu.. yg femes kat sekolah, yang tu la kita taram.. hahaha

sALLy SoFiEy eBRaHem said...

hehe....zaman skolah lah zaman yg paling best...!!!!